Wednesday, 13 July 2011
NASA Kesan Perlanggaran Komet dan Matahari
Satu perlanggaran antara komet dan matahari telah dikesan pada awal bulan ini, kejadian yang pertama seperti itu dikesan dalam sejarah manusia kata saintis.
Kejadian perlanggaran antara komet dan matahari itu berlaku pada 6 Julai baru-baru ini. Ia dikesan oleh satelit NASA Solar Dynamic Observatory (SDO), satelit yang mengorbit bumi untuk mengkaji matahari. Satelit tersebut merakamkan saat-saat komet tersebut menghentam matahari, terus hangus, cair, meruap dan hilang ditelan kepanasan dan radiasi matahari.
sumber: http://www.space.com/12250-comet-death-sun-photograph-spacecraft.html
Labels:
Komet berlanggar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment