Sunday, 24 July 2011

Keretapi Laju di Sambar Petir

Ribut petir sabung menyabung

Kilat petir sabung menyabung di bandar Wenzhou pada hari yang menyaksikan kemalangan keretapi paling dahsyat di negeri China semalam. Di beritakan bahawa kilat petir telah memutuskan sumber kuasa keretapi laju tersebut menyebabkan berlakunya perlanggaran yang menyebabkan lebih 30 kematian.

Kebelakangan ini kerap kita dengar berita tentang kejadian di sambar petir. Apakah ia semata-mata fenomena alam?

Sebuah rumah hangus di sambar petir di Kenya yang mengorbankan seorang perempuan dan tujuh anaknya pada 2 jul 2011
Dalam surah ar-Ra'd, ayat 12-13 Allah berfirman;

Guruh dan petir merupakan tanda kebesaran Allah dan pembalasan terhadap kaum yang engkar. Sebab itulah antara tanda akhir zaman berlaku banyaknya ribut petir akibat berleluasanya kemungkaran. Abu Said Al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda;

Daripada hadis tersebut jelas menunjukkan pada akhir zaman ini peristiwa kematian akibat di sambar petir akan menjadi satu kebiasaan.

Oleh itu Rasullah s.a.w telah memberikan panduan kepada umatnya apabila mendengar suara guruh dan petir hendaklah berzikir kepada Allah supaya di jauhkan dari bala tersebut. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda;


Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w berdoa seperti berikut apabila mendengar guruh dan petir;


Dalam riwayat yang lain Imam Ahmad melapurkan Rasulullah s.a.w membaca doa berikut;

«قَالَ رَبُّكُمْ عَزَّ وَجَلَّ: لَوْ أَنَّ عَبِيدِي أَطَاعُونِي لَأَسْقَيْتُهُمُ الْمَطَرَ بِاللَّيْلِ، وَأَطْلَعْتُ عَلَيْهِمُ الشَّمْسَ بِالنَّهَارِ، وَلَمَا أَسْمَعْتُهُمْ صَوْتَ الرَّعْد»
sumber: Tafsir Ibnu Kathir - Surah Ar-Ra'd

2 comments:

  1. Mohon Bole share d fb infonya

    ReplyDelete
  2. Boleh saja. Terimakasih kerana mengunjung.

    ReplyDelete

Belajar Quran