Monday 25 March 2013

Selamatkah Bank?


"Hai orang-orang yang beriman! janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan." ( QS. Ali Imran:130)

Dalam ayat ini Allah telah memberi amaran kepada orang-orang yang beriman supaya menjauhi riba dan keuntungan yang sebenarnya hanyalah dengan patuh kepada perintah Allah. Tetapi bank riba-kapitalis mendakwa merekalah yang dapat memberi keuntungan berganda-ganda. Sebenarnya keuntungan yang mereka janjikan hanyalah sementara kerana keuntungan yang diperolehi mereka berdasarkan penindasan dan penipuan akhirnya bukan sahaja mendatangkan kesusahan kepada kita tetapi boleh menjatuhkan sesebuah negara.

Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat ini berkata, Allah Ta'ala melarang hamba-hamba-Nya kaum mukminin dari mengamalkan dan memakan riba yang senantiasa berlipat ganda. Dahulu orang-orang jahiliyyah bila hutang sudah lebih tempoh, mereka berkata kepada yang berhutang, 'Engkau menjelaskan hutangmu atau membayar riba.' Bila ia tidak menjelaskannya, maka pemberi hutangpun menundanya dan orang yang berhutang menambah jumlah pembayarannya. Demikianlah setiap tahun; sehingga hutang yang sedikit menjadi berlipat ganda besar jumlahnya. Dan pada ayat ini Allah Ta'ala memerintahkan hamba-Nya untuk senantiasa bertakwa agar mereka selamat di dunia dan di akhirat.

Bank merupakan teras kepada ekonomi riba-kapitalis semakin goyah menghadapi krisis ekonomi ciptaannnya sendiri. Krisis perbankan yang terbaru terhadap Cyprus sepatutnya membuka mata kita tentang apakah hakikat sebenarnya ekonomi riba-kapitalis.

Tidak ada instituisi yang paling kita percaya hingga kita meletakkan seluruh pendapatan kita didalamnya melainkan perbankan. Sekarang ini menjadi satu kewajipan kepada kita untuk membuka akaun dan membuat simpanan dalam bank kerana kita yakin inilah tempat yang paling selamat dan dipercayai bagi meletakan pendapatan yang kita perolehi. Mungkin kita tidak terlintas duit simpanan kita itu boleh hilang sekelip mata tanpa kita dapat berbuat apa-apa! Adakah kita sedar terdapatnya  terma ... hari operasi bank tidak tertakluk kepada cuti-cuti umum biasa,mempunyai maksud sebaliknya iaitu bank boleh menutup operasi walaupun hari kerja biasa! Ada juga terma yang lebih nyata iaitu 'Bank Holiday' ...iaitu mereka boleh isytihar bercuti tanpa tertakluk kepada cuti-cuti biasa dan mereka boleh bercuti atau menutup bank mengikut keperluan mereka...terloponglah kita kalau berlaku krisis bank pada hari tersebut dan kita tidak dapat berbuat apa-apa seperti yang telah terjadi di beberapa eropah dan terbaru di Cyprus.

BANK HOLIDAY IN CYPRUS GOVERNMENT TO SEIZE 10% OF ALL SAVING DEPOSITS!!!Governmenttoseize10%ofall

Mr Nicos ANASTASIADES, President of Cyprus; Mr Herman VAN ROMPUY, President of the European Council.
Cyprus is to receive a €10 billion (£8.7 billion) bail-out from the eurozone to recapitalise its ailing banking system in return for a series of drastic measures which will hit the country’s savers.
The Mediterranean island nation becomes the fifth country to turn to the eurozone, following in the footsteps of Ireland, Greece, Portugal and Spain.
The emergency funding will be used to prop up the country’s banks which were hit by the financial restructuring of nearby Greece.The Cypriot banking system had grown to be eight times the size of the country’s fledgling economy – which accounts for just 0.2pc of the eurozone’s gross domestic product.
But in a departure from previous bail-outs, the country’s savers are being asked to make sacrifices.
The terms of the deal mean that Cyprus’s savers will sacrifice up to 10pc of their deposits in a move which will raise as much as €6 billion.

Bacaan lanjut;

Friday 8 March 2013

Ahli Falak Sahkan UFO di Yaman

Gambar oleh Aseel Badiyah menunjukkan pesawat putih berbentuk segitiga terbang membelah awan 

Seorang jurugambar Yaman telah menangkap gambar yang beliau percayai merupakan sebuah pesawat UFO melintasi kawasan pergunungan di sebelah utara Yaman.

Gambar yang diperolehi Aseel Badiyan itu menunjukkan pesawat putih berbentuk segitiga sedang terbang membelah awan. Beliau memberitahu ketika beliau sedang mengambil gambar pemandangan gunung apabila objek asing tersebut melintasi lensa kameranya. Kawasan pergunungan tersebut berada kira-kira 90km dari Sanaa.

Mengulas tentang gambar tersebut, seorang ahli falak terkenal Saudi mengatakan beliau telah meneliti gambar tersebut dan mempercayai gambar tersebut adalah tulin.

" Saya telah mencarinya di internet untuk kejadian yang sama diseluruh dunia dan mendapati gambar yang saya ambil ini adalah paling jelas setakat ini..saya percaya sesiapa yang memiliki pesawat tersebut adalah golongan yang mempunyai tamaddun yang amat maju," Ujar Badiyan terhadap akhbar Saudi dan Yaman.

Memetik lapuran Ajel, akhbar harian Saudi berbahasa arab, timbalan pengerusi persatuan Falak Saudi, Sharaf Al Sifyati, berkata:" Tidak dapat dinafikan bahawa kita bukanlah keseorangan didalam alam terbentang luas ini dan disana terdapat makhluk lain yang hanyalah Allah mengetahuinya."

Beliau menambah lagi:" Apabila jurugambar Yaman ini menghubungi saya dan menunjukkan gambar tersebut, saya merasakan beliau bercakap benar..saya telah meneliti gambat tersebut dan mendapati ia adalah tulin dan tidak melibatkan sebarang penambahan atau suntingan..dan untuk objek tersebut, saya percaya ia adalah pelik dan luarbiasa tetapi saya tidak pasti ia adalah pesawat angkasa kerana fenomena ini masih lagi kemungkinan berbanding realiti..saya berpendapat kejadian ini perlu disiasat sepenuhnya."

Sumber


  1. http://www.emirates247.com/news/region/ufo-over-yemen-authentic-astronomer-2013-03-08-1.497707
  2. http://www.albawaba.com/editorchoice/yemen-ufo--475616
  3. http://english.alarabiya.net/en/life-style/2013/03/07/The-Yemen-files-UFO-sighted-tagged-authentic-by-astronomer-.html

Thursday 7 March 2013

Rancangan Jahat Imperialis Untuk Malaysia


Setelah US tidak lagi menghadapi penentangan ketenteraan secara langsung oleh pergerakan Islam di Afghanistan, Iraq dan Iran, rejim Obama telah merancang rancangan mengembangkan perang terhadap umat Islam secara global melalui proksinya seperti yang telah berjaya dilakukannya pada masa yang lepas.

Semasa menjalankan kempen presiden pada 2008, Barack obama seringkali mengatakan dia akan meningkatkan martabat US di mata dunia. Martabat US merupakan keutamaan kepada rejim Obama. Adalah penting bagi US meluaskan kuasa imperialismenya bagi mengembangkan pengaruh dan kekuatannya seperti yang telah berlaku terhadap Afghanistan dan Iraq.

Tetapi peperangan secara langsung seperti yang berlaku di Iraq dan Afghanistan yang telah dilancarkan oleh George W. Bush melibatkan kerugian yang besar.  Mereka menyedari untuk mengembangkan matlamat imperialisma tersebut mereka perlu menggunakan cara lama yang lebih berkesan iaitu melalui proksi seperti yang telah dilakukan waktu perang dingin terhadap USSR dulu, yang akan menghasilkan keputusan yang lebih baik dalam perang keganasan terhadap umat Islam. Contoh utama ialah seperti rancangan yang mereka lakukan terhadap Syria dan Yaman dan inilah dasar baru yang mereka ingin laksanakan mulai sekarang.

Special Force Operations (SFOs) semakin digunakan secara meluas dan merupakan komponen utama dalam tentera US sebagai strategi tindakbalas yang mula digunakan semenjak Obama menjadi presiden. Dia telah mengalihkan strategi ketenteraan dari operasi besar-besaran kepada operasi konvensional berdasarkan operasi secara gerak gempur melalui SFOs dan dengan menubuhkan US Special Operation Command (SOCOM), satu jaringan seluruh dunia menghubungkan pasukan operasi khas dan kumpulan sekutunya bagi memerangi 'keganasan'. Ini bermakna US akan menyediakan bantuan kepada kumpulan-kumpulan yang akan menjalankan kerja kotornya dengan melibatkan secara minima dan selalunya menyelinap secara rahsia. Washington telah melakukannya dibeberapa tempat dengan menggabungkan methodologi operasi rahsia dan terbuka seperti juga sedang berlaku di Syria sekarang ini.

Malaysia mewakili kawasan geo-strategic dan soft-power (http://en.wikipedia.org/wiki/Soft_power)
dalam memberikan halangan kepada kuasa imperialisma. Malaysia telah memainkan peranan utama sebagai role model dalam ekonomi Islam dan polisi umumnya menyediakan beberapa bahagian bagi memajukan umat Islam dan ini mengembangkan pengaruh dalam lingkungan penguasaannya. 

Walaupun setakat US belum lagi menerima cabaran yang kuat terhadap pengaruhnya dari Malaysia, tetapi US dan sekutunya akan menghadapi kerugian yang besar jika rancangannya di Syria tidak berjaya seperti dirancangkan. Apabila berlakunya pertempuran antara pejuang Islam dan sekutu imperialisnya dan juga Israel berlaku. Faktor pergerakan Islam Malaysia akan mendatangkan cabaran terhadap rancangan imperialisma US dan menimbulkan medan baru buat mereka. Walau apapun langkah yang diambil oleh US dan sekutu imperialisnya terhadap Malaysia, propaganda yang mereka lakukan bagi mengadakan suasana kacau-bilau telahpun bermula.

Selang beberapa minggu ini media utama US dan sekutunya telah menyiarkan seolah-olahnya berlaku kekacauan dibahagian Selatan Thai dan Malaysia. Begitu juga tentang ketegangan yang berlaku di Sabah, mereka mengambil kesempatan untuk menggambarkan suasana penentangan yang di hadapi oleh Malaysia. Peristiwa Lahad Datu menampakkan tangan-tangan imperialis tersebut dibelakangnya.

Di adaptasi dari rencana ini;



Wednesday 6 March 2013

Sultan Kiram Talibarut Amerika


1000 jiwa para Syuhada' Tausug yang mempertahankan diri dan keluarga mereka dari serangan Amerika Syarikat di Bud Dahu' pada March 1906 akibat pengkhianatan Sultan Kiram II. Ashabul Kahfi ditidurkan dan bangkit semula dengan izin Allah setelah beberapa ratus tahun, namun Syuhada' Tausug ini ditidurkan buat selama-lamanya sehinggalah hari KEBANGKITAN.

Terdapatnya tangan-tangan ghaib yang didalangi oleh kuasa besar bagi mewujudkan Arab Spring di Malaysia Timur dan seterusnya merampas Sabah dari Malaysia. Serangan yang dilakukan oleh gerakan Kiram ini sebenarnya mempunyai serampang dua mata, ia bukan sahaja untuk mengambil Sabah bahkan juga untuk menjatuhkan Sulu Darul Islam yang ditubuhkan pada 19 Mac 2009 yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muizzuddin II.

Berikut ialah petikan dari blog SSDI yang mendedahkan siapakah sebenarnya Sultan Kiram; 

Sebenarnya banyak pihak yang keliru berkenaan status SULTAN KIRAM ini. Siapa KIRAM? Keluarga Kiram dari jalur kesultanan Sulu ini bermula pada pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808). -Rujuk Rajah A2 di bawah.


Rajah A2
Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini yang kemudian nama ini berakhir pada kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu. Selepas ini tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu. Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu. 

Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4000 orang (yang syahid 1600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan. Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA. Menurut Tausug, Allah swt tidak pernah berfirman kepada RasulNYA untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI. Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.

Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultn. Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit, ada Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya. 

Kalau ada 1000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1000 sultan yang mengaku Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.

Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar MEMBUANG KEWARGANEGARAAN FILIPINA menggantikannya kepada RAKYAT SULU secara hakiki (Independen)?

Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo (rujuk Rajah A2, lihat bulatan berwarna kuning) masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!! 

Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763, rujuk rajah A2) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.

Sultan Bantilan II sedang berpidato di atas pentas di padang Capitol, Jolo, Sulu Darul Islam. Beliau dipaksa oleh rakyat menjadi Sultan Sulu pada tahun 2009. Seminggu Baginda dipujuk akhirnya dengan tangisan beliau menerimanya... baginya jawatan Sultan sangat berat dipikul dalam keadaan Sulu ketika ini. Namun air matanya tidak dapat menghalang rakyat untuk mengangkatnya menjadi Sultan Sulu Darul Islam. Tidak seperti Sultan-sultan KIRAM yang berebut-rebut mengangkat diri sendiri?
Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram. 

Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir. Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah swt.



Inilah pengikut Sultan Bantilan II yang ditembak oleh Filipina "Peluru menjadi air" (air bomba). Biasanya kita mendengar pembunuhan gunakan senjata api kepada penentang Filipina, tapi pengikut Sultan Bantilan II yang walau pun dengan slogan "NYAH FILIPINA DARI SULU!! INI HAK TAUSUG DAN KESULTANAN SULU" namun Filipina tidak dapat berbuat apa-apa.

Monday 4 March 2013

Kuasa Besar Sebalik Serangan di Sabah?


Amerika Syarikat setelah berjaya menguasai kawasan simpanan minyak dunia di Asia Barat seperti di Iraq dan Libya, nampaknya tidak mustahil cuba untuk menguasai rantau asia tenggara terutama Malaysia bagi mencapai matlamat mereka untuk menguasai minyak dunia. Matawang US yang tidak bergantung kepada nilai emas tetapi bergantung kepada nilai minyak, yang juga dikenali sebagai petro-dollar amatlah bergantung kepada pasaran minyak bagi menaikkan nilai dollar untuk mengatasi krisis ekonomi kapitalis yang semakin meruncing.

Mengikut kajian diberitakan bahawa Sabah mempunyai simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak 11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari. 

Berbanding dengan Filipina yang hanya mengeluarkan 6,000 tong sehari. Pada tahun 2012 Filipina mengeluarkan sejumlah 1.64 juta tong dan dipati pengeluarannya telah berkurang sebanyak 29% berbanding tahun sebelumnya. Sumber utama minyaknya dari kawasan minyak Galoc hanya menyumbangkan sebanyak P1.74 billion, amat sedikit jika dibandingkan dengan hanya 5% sumbangan royalti minyak dari Sabah iaitu sebanyak P12.5 billion.

Seperti dilapurkan dalam akhbar antarabangsa, salah seorang waris Sultan Sulu yang merupakan seorang senator, Abraham Rasul Jr. menyatakan ingin mendapatkan bantuan kerajaan Amerika bagi menyelesaikan isu tuntutan Sabah untuk pihak mereka.

Satu kejadian yang berlaku di Laut Sulu apabila kapal perang Amerika, USS Guardian terkandas di terumbu karang Tubbuhata menimbulkan tanda-tanya. Kejadian tersebut berlaku pada 17hb Januari iaitu 24 hari sebelum serangan keatas Sabah oleh tentera Sulu pada 11hb Februari 2013. Adalah jelas seolah-olah kapal perang tersebut sengaja belayar terkeluar dari laluannya memandangkan kapal perang yang mempunyai peralatan termoden ini gagal mengelak terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef yang memang terkenal dengan terumbu karang ini. Walaupun telah diberi amaran berkali-kali oleh Tubbataha Reef Marine Ranger, komander USS Guardian dengan sengaja enggan berhenti dan mengelak untuk mematuhi amaran tersebut.

Jose Ma. Lorenzo Tan merupakan timbalan pengerusi WWF-Filipina, menyatakan dengan hairan dan tidak percaya;

“Why were they even near Tubbataha? The Sulu Sea is so vast, and it takes 10 hours from Puerto Princesa to reach it. Why couldn’t they see it when they had all the state-of-the-art maps and navigation systems?”


Adalah jelas kapal perang tersebut melakukan operasi rahsia apabila pihak US langsung tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina atas kejadian tersebut, beliau terus mempersoalkan lagi;

“The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”


Tambahan pula pihak pengawal marin langsung tidak dibenarkan mendekati kapal tersebut, apabila kapal tersebut telah diisytiharkan berada dalam persediaan perang;


“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”


Paling menghairankan adalah kapal perang tersebut terus diistiharkan musnah dan dimusnahkan dan segala peralatannya di angkut keluar. Inilah buat pertama kalinya dalam sejarah Amerika sebuah kapal perang dimusnahkan dalam keadaan aman bukan dimedan perang! Terdapat banyak kegiatan yang mungkin berselindung atas alasan menyelamat dan memunggah barang-barang yang mungkin dialihkan untuk aktiviti rahsia. Secara fakta juga kesemua anak kapal di pindahkan dan dikatakan dihantar ke pengkalan di Jepun yang berada amat jauh dari tempat kejadian padahal kalaulah betul dalam keadaan kecemasan sudah tentunya mereka didaratkan di Filipina yang lebih munasabah untuk dilakukan. Padahal Filipina adalah sekutu kuat Amerika di rantau ini.

Menurut kenyataan dari satu kumpulan Sulu yang lain yang menentang serang ini, gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II, menyatakan gerakan bersenjata Kiram ini, ada pihak yang lebih besar memainkan peranan dibelakang mereka. Menurut lapuran dari SSDI lagi terdapat kehadiran lelaki berkulit putih didalam kumpulan bersenjata Kiram tersebut.

Oleh itu adalah penting bagi umat Islam di Malaysia untuk mengenali siapakah musuh sebenar mereka yang sentiasa melakukan perancangan bagi melemahkan dan menguasai umat Islam kini. Umat Islam perlu bersedia iaitu dengan kembali berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar, kembali kepada perintah Allah dan Rasulnya seperti terkandung didalam al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Segala kebenaran telah terserlah satu persatu dan janji Allah & Rasulnya kemenangan hanyalah menjadi milik kepada orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh. Dajjal yang sedang memporak-porandakan dan mengelirukan umat Islam bukan sahaja di Timur Tengah tetapi juga telah mula menampakkan peranannya di sebelah sini pula. Disamping itu jangan lupa kita mengamalkan surah al-Kahfi dan menghayatinya supaya kita terlindung dari pancaroba ini.

  1. http://globalnation.inquirer.net/61807/us-navy-ship-stuck-in-tubbataha-why-there
  2. http://globalnation.inquirer.net/66491/salvage-team-removes-uss-guardians-bridge-deck
  3. http://www.emirates247.com/news/philippines/sulu-sultan-heirs-to-ask-us-help-on-sabah-2013-02-20-1.495749
  4. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/03/01/sulu-sultanate-eying-the-riches-of-sabah/
  5. http://tausug-global.blogspot.com/2013/02/siapakah-penceroboh-di-lahad-datu.html

Belajar Quran