Thursday 7 March 2013

Rancangan Jahat Imperialis Untuk Malaysia


Setelah US tidak lagi menghadapi penentangan ketenteraan secara langsung oleh pergerakan Islam di Afghanistan, Iraq dan Iran, rejim Obama telah merancang rancangan mengembangkan perang terhadap umat Islam secara global melalui proksinya seperti yang telah berjaya dilakukannya pada masa yang lepas.

Semasa menjalankan kempen presiden pada 2008, Barack obama seringkali mengatakan dia akan meningkatkan martabat US di mata dunia. Martabat US merupakan keutamaan kepada rejim Obama. Adalah penting bagi US meluaskan kuasa imperialismenya bagi mengembangkan pengaruh dan kekuatannya seperti yang telah berlaku terhadap Afghanistan dan Iraq.

Tetapi peperangan secara langsung seperti yang berlaku di Iraq dan Afghanistan yang telah dilancarkan oleh George W. Bush melibatkan kerugian yang besar.  Mereka menyedari untuk mengembangkan matlamat imperialisma tersebut mereka perlu menggunakan cara lama yang lebih berkesan iaitu melalui proksi seperti yang telah dilakukan waktu perang dingin terhadap USSR dulu, yang akan menghasilkan keputusan yang lebih baik dalam perang keganasan terhadap umat Islam. Contoh utama ialah seperti rancangan yang mereka lakukan terhadap Syria dan Yaman dan inilah dasar baru yang mereka ingin laksanakan mulai sekarang.

Special Force Operations (SFOs) semakin digunakan secara meluas dan merupakan komponen utama dalam tentera US sebagai strategi tindakbalas yang mula digunakan semenjak Obama menjadi presiden. Dia telah mengalihkan strategi ketenteraan dari operasi besar-besaran kepada operasi konvensional berdasarkan operasi secara gerak gempur melalui SFOs dan dengan menubuhkan US Special Operation Command (SOCOM), satu jaringan seluruh dunia menghubungkan pasukan operasi khas dan kumpulan sekutunya bagi memerangi 'keganasan'. Ini bermakna US akan menyediakan bantuan kepada kumpulan-kumpulan yang akan menjalankan kerja kotornya dengan melibatkan secara minima dan selalunya menyelinap secara rahsia. Washington telah melakukannya dibeberapa tempat dengan menggabungkan methodologi operasi rahsia dan terbuka seperti juga sedang berlaku di Syria sekarang ini.

Malaysia mewakili kawasan geo-strategic dan soft-power (http://en.wikipedia.org/wiki/Soft_power)
dalam memberikan halangan kepada kuasa imperialisma. Malaysia telah memainkan peranan utama sebagai role model dalam ekonomi Islam dan polisi umumnya menyediakan beberapa bahagian bagi memajukan umat Islam dan ini mengembangkan pengaruh dalam lingkungan penguasaannya. 

Walaupun setakat US belum lagi menerima cabaran yang kuat terhadap pengaruhnya dari Malaysia, tetapi US dan sekutunya akan menghadapi kerugian yang besar jika rancangannya di Syria tidak berjaya seperti dirancangkan. Apabila berlakunya pertempuran antara pejuang Islam dan sekutu imperialisnya dan juga Israel berlaku. Faktor pergerakan Islam Malaysia akan mendatangkan cabaran terhadap rancangan imperialisma US dan menimbulkan medan baru buat mereka. Walau apapun langkah yang diambil oleh US dan sekutu imperialisnya terhadap Malaysia, propaganda yang mereka lakukan bagi mengadakan suasana kacau-bilau telahpun bermula.

Selang beberapa minggu ini media utama US dan sekutunya telah menyiarkan seolah-olahnya berlaku kekacauan dibahagian Selatan Thai dan Malaysia. Begitu juga tentang ketegangan yang berlaku di Sabah, mereka mengambil kesempatan untuk menggambarkan suasana penentangan yang di hadapi oleh Malaysia. Peristiwa Lahad Datu menampakkan tangan-tangan imperialis tersebut dibelakangnya.

Di adaptasi dari rencana ini;



No comments:

Post a Comment

Belajar Quran