Showing posts with label Pakistan. Show all posts
Showing posts with label Pakistan. Show all posts

Wednesday, 16 January 2013

Perang India



عَنْ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( عِصَابَتَانِ مِنْ أُمَّتِي أَحْرَزَهُمَا اللَّهُ مِنْ النَّارِ : عِصَابَةٌ تَغْزُو الْهِنْدَ ، وَعِصَابَةٌ تَكُونُ مَعَ عِيسَى بْنِ مَرْيَمَ عَلَيْهِمَا السَّلَام ) العصابة : الجماعة . أحرزهما : وقاهما .
رواه النسائي (رقم/3175)، والإمام أحمد في " المسند " (37/81) طبعة مؤسسة الرسالة ، وحسنه محققو هذه الطبعة ، وصححه الألباني في " السلسلة الصحيحة " (رقم/1934)

Daripada Thauban r.a. meriwayatkan bahawa Raulullah s.a.w. bersabda, " Terdapat dua golongan dari umatku yang Allah telah mengharamkan mereka dari api neraka. Satu golongan yang berperang menentang India, dan satu golongan lagi yang berperang bersama-sama Nabi Isa a.s putera Maryam (menentang Dajjal dan pengikutnya)".

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : ( وَعَدَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَزْوَةَ الْهِنْدِ ، فَإِنِ اسْتُشْهِدْتُ كُنْتُ مِنْ خَيْرِ الشُّهَدَاءِ ، وَإِنْ رَجَعْتُ فَأَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ الْمُحَرَّرُ )

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa telah bersabda Rasulullah s.a.w, umat ini di janjikan Ghazwat ul Hind, jika aku (Hazrat Abu Hurarirah r.a) menjumpainya dan mendapat syahid, aku merupakan sebaik-baik syuhada, jika aku dapat kembali, maka aku "Abu Hurairah" akan bebas dari api neraka.

Peperangan dengan India dikenali sebagai Ghazwatul-e-Hind diriwayatkan adalah peperangan dimana kaum Muslimin akan menakluk India dan menegakkan Islam di benua tersebut. Peperangan di India ini diriwayatkan dalam beberapa hadis. Walaupun terdapat beberapa pendapat tentang khabar dalam riwayat tersebut dimana setengahnya berpendapat bahawa kejadian tersebut telah berlaku semasa penaklukannya oleh Khalifah Umayyah yang diketuai oleh panglima Muhammad bin Qasim. Setengah pendapat yang lain mengatakan penaklukan tersebut akan berlaku ketika saat akhir zaman. Walau bagaimanapun kita kita tidak ada masalah menerima kedua-dua pendapat tersebut kerana India kini dikuasai oleh Hindu Zionis yang menindas umat Islam di samping itu juga cuba menjatuhkan negara umat Islam Pakistan.

Tentera Pakistan mengerahkan tenteranya sepanjang sempadan Rajasthan dan Gujerat 

Oleh itu pertikaian yang semakin meruncing antara Pakistan dan India ketika ini menandakan peperangan yang hampir terjadi ini merupakan peperangan yang akhirnya membawa kemenangan kepada umat Islam seluruhnya yang selama ini ditindas oleh kaum kafirin. Ghazwa-e-Hind seperti diriwayatkan didalam hadis merupakan peperangan umat Islam yang paling penting di akhir zaman kerana pasukan tentera yang menakluk India itu merupakan pasukan yang sama bersama-sama dengan Nabi Isa a.s. dalam peperangan dengan Dajjal.

Rujukan

Thursday, 5 May 2011

Teori Kematian Osama



  • Operasi pembunuhan Osama pada masa krisis kewangan US untuk meningkatkan populariti Obama bagi meraih undi untuk pilihanraya presiden dan pada masa sama juga mengalih perhatian dari isu sijil kelahiran beliau.
  • Gambar Osama dibunuh yang disiarkan oleh media adalah penipuan oleh US atau Pakistan.
  • Mayat dibuang kelaut untuk menghapuskan bukti.
  • Sebenarnya Osama tidak dibunuh, tiada pengebumian dilaut.
  • Operasi telah berlaku seminggu sebelum pengumuman.
  • Osama telah meninggal sejak tahun 2001 lagi.



  • Jasadnya telah dibekukan sejak tahun 2001 lagi.



  • Menamatkan kekeliruan antara Osama atau Obama.
  • Dakwaan Osama bersembunyi di Abbottabad adalah helah untuk menakluki Pakistan.
  • Osama telah berada dalam tahanan Pakistan selama ini.
  • Pengisytiharan pembunuhan Osama bagi mengundang tindak-balas pejuang Islam dan memulakan perang dunia ke 3 dengan Iran.
  • Bukan Osama yang sebenar, lelaki dibunuh itu hanya penyamaran sahaja.
  • 1 Mei juga merupakan tarikh kematian Hitler di isytiharkan.
  • Kerajaan US mendakwa mereka telah bandingkan DNA Osama dengan salah seorang kakaknya yang kononnya mati di Hospital Massachussets. Tetapi pihak hospital menafikan kakaknya pernah dirawat disitu.


  • Benazir Bhutto pernah mengisytiharkan Osama telahpun mati dan tidak lama kemudian beliau telah dibunuh.



  • Osama masih lagi hidup dan berkerjasama dengan CIA bagi melancarkan satu lagi serangan pengganas terhadap US.
  • Sebenarnya Osama bin Ladin tidak pernah wujud.
  • Kematiannya jelas telah di photoshop.

Monday, 2 May 2011

Kenapakah Osama dimatikan

Gambar didakwa Osama


Apakah benar Osama sudah mati? Apakah sudah lama mati , baru di isytihar mati, atau belum mati di isytihar mati. Itu tidak penting, tetapi yang penting ialah kenapa US mematikan watak Osama?
Apakah secara kebetulan tarikh kematian Osama pada 2/5 sama dengan tarikh Hitler secara rasminya di isytiharkan mati? Obama isytiharkan bahawa Osama dibunuh di daerah Abbottabad di Pakistan, secara rasminya juga secara tidak langsung mengesahkan Pakistan sebagai pengkalan pengganas al-Qaeda. Serta-merta juga US memberi amaran berjaga-jaga kepada warga dan kepentingannya di seluruh dunia terhadap serangan balas pengganas, secara tidak langsung ditujukan kepada Pakistan. Seperti biasa alasan ini digunakan untuk menyerang dan menjajah negara-negara lain seperti berlaku kepada Afghanistan dan Iraq. Dimanakah Abbottabad? Ia satu daerah terletak dalam daerah Hazara dalam wilayah Khyber Pakhtunkwa di Pakistan. Daerah ini terletak di lembah Orash, berada 50km dari timur laut Islamabad dan 150km dari Peshawar. Ia bukanlah kawasan terpencil dan merupakan kawasan peranginan terkenal pada musim panas disebabkan cuacanya yang nyaman kerana terletak dikawasan tanah tinggi. Kawasan ini merupakan juga penempatan ketenteraan kerana terletak berdekatan dengan wilayah Azad Kashmir yang menjadi pertikaian dengan India.


Where Osama was killed

Sekarang kita tahu bandar manakah yang sebenarnya menjadi sasaran bagi mencetuskan peperangan di Pakistan itu sendiri. Tidak lain ialah Islamabad. Kalau dulu Osama dan al-Qaeda di gunakan sebagai alasan untuk menjajah Afghanistan, sekali lagi alasan yang sama di gunakan US untuk menjajah Pakistan. US sering mengembar-gemburkan bahawa kerajaan di Islamabad akan digulingkan oleh militan Islam yang ingin menegakkan kerajaan Islam yang boleh mengancam dunia dengan senjata nuklear. Agen-agen US sudah beberapa kali merancang untuk menjatuhkan Pakistan melalui perbalahan mazhab tetapi tidak mencapai kejayaan dan inilah usaha terdesak mereka bagi sebagai alasan untuk menjajah Pakistan.


Kejayaan pembunuhan Osama bin Laden ini selepas wikileaks dedahkan kononnya Al-Qaeda akan melakukan serangan nuklear di US tidak lama lagi;
Wikileaks: Al-Qaeda plotted chemical and nuclear attack on the West Guantanamo interrogators have uncovered a determined attempt by al-Qaeda to attack Western countries using chemical or nuclear weapons, according to the top-secret files. Khalid Sheikh Mohammed was involved in a range of plans including attacks on US nuclear plants and a 'nuclear hellstorm' plot in America. Khalid Sheikh Mohammed was involved in a range of plans including attacks on US nuclear plants and a 'nuclear hellstorm' plot in America By Holly Watt 6:45AM BST 26 Apr 2011

US sekarang ini berada diambang kejatuhan ekonomi, perbelanjaan ketenteraan di Afghanistan menyebabkan mereka hampir bankrap dan tentera-tentera Taliban sedang melancarkan serangan habis-habisan bagi menyingkirkan penjajahan tentera bersekutu. Penguasaan US di Afghanistan semakin lemah, hinggakan baru-baru ini beratus-ratus pejuang Taliban berjaya melepaskann diri dari penjara yang dikawal rapi di Kabul itu sendiri. Inilah usaha terdesak mereka bagi mencipta perang yang mengakibatkan krisis kewangan dunia semakin meluas hingga ke Asia dan rancangan jangka pendek menaikan nilai dolar. Bukanlah satu kebetulan tarikh penyelesaian hutang US pada pertengahan bulan mei ini, jika tidak dapat diselesaikan US menghadapi kemungkinan taraf kewangan US akan diturun taraf dan boleh menyebabkan keruntuhan ekonomi.

Belajar Quran