Saturday 26 January 2013

Arab Badui Kembali Hidupkan Jahiliyyah

Pusat Hiburan Ferari di Abu Dhabi
Pada hadith Umar ibn al-Khattab, tentang datangnya malaikat Jibril menemui Nabi s.a.w dan bertanya kepadanya tentang Islam, iman, ihsan dan hari kiamat: Nabi s.a.w menjelaskan akan tanda-tandanya: "Seorang hamba sahaya melahirkan tuannya, engkau mendapati seorang penggembala kambing yang tidak beralas kaki dan bertelanjang, mereka berlomba-lomba dalam meninggikan bangunan"[HR. Muslim].

Dalam riwayat lain: "Apabila anda menyaksikan seorang yang bertelanjang kaki, lapar dan peminta-minta menjadi pemimpin masyarakat; maka itu termasuk salah satu dari tanda kiamat" seseorang bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah pemilik kambing, bertelanjang kaki, lapar dan menjadi peminta-minta? Beliau menjawab: "Bangsa Arab" [HR. Ahmad, dan dishahihkan oleh al-Albani dalam "as-Silsilah as-Shahihah" (3/332)].

Seperti yang telah kita maklum bahawa Rasulullah s.a.w telah mengingatkan akan tiba satu waktu di akhir zaman ini keluarnya golongan pengembala yang dulunya dalam kemiskinan tetapi telah menjumpai kekayaan tetapi menggunakan kekayaan tersebut untuk tujuan kemewahan dan menunjuk-nunjuk. 

UAE merupakan sebuah negara yang diperintah oleh pemimpin yang dulunya adalah seorang badui padang pasir. Ibu negerinya Abu Dhabi telah bertukar dari sebuah padang pasir menjadi sebuah bandar metropolis yang mempunyai segala bentuk kemewahan dan hiburan yang diimpikan oleh manusia. Bangunan pencakar langitnya tiada tandingan didunia ini. Burj al-Khalifa bangunan pencakar langitnya yang tertinggi hanyalah akan dapat diatasi oleh Kingdom Tower ketinggiannya mencecah 1km yang mula dibina tahun lepas di Jeddah, itupun dibina oleh bangsa Arab juga.

Allah menakdirkan Abu Dhabi dari sebuah perkampungan nelayan tibab-tiba berubah secara mendadak pada tahun 1960-an apabila telaga minyak yang terkaya di atas planet ini dijumpai dikawasan perairannya. Ia kini mempunyai 99% dari simpanan minyak dunia. Wang mengalir ibarat sungai di negeri padang pasir ini. Ia mengalir kedalam poket seorang lelaki badui yang dilahirkan pada tahun 1918: Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, yang mana pada tahun 1971 beliau diangkat menaiki takhta Abu Dhabi dan UAE. Dengan kekayaan tersebut beliau telah mula merancang metamorfosis Emiriyyah kedalam bentuk yang tidak pernah dimimpikan oleh puak Badui.

Bangsa Arab Badui ini telah menakrifkan semula apakah maksud kemewahan. Inilah cogankata risalah Hotel Emirates Palace, hotel 7 bintang hanya terdapat di Abu Dhabi. Mereka mengatakan telah menggunakan sebanyak 5 kilo emas tulen setahun semata-mata untuk menghiaskan kawasan gurun tersebut.

Hotel 7 bintang Emirates Palace di Abu Dhabi

Arak bersalut emas ini hanya di hidangkan di Hotel Emirates Abu Dhabi
Wildlife Park di Pulau Sir Bani Yas mempunyai berbagai binatang seperti kijang, dubuk dan zirafah yang dilepaskan bebas berkeliaran bagi pengunjung untuk merasai suasana sebenar binatang liar. Bangunan pencakar langit seperti Corniche, iaitu sebuah bangunan yang dibina mengadap laut dan menjadi pesaing kepada Havana di Cuba untuk kepelbagaian gaya terkini.

Dengan harta kekayaan yang melimpah-ruah berjumlah lebih 27 billion USD, Abu Dhabi merancang menukarkan tanah gurun tersebut menjadi pusat seni budaya dunia yang terulung. Iaitu mengembalikan segala khazanah budaya dunia yang berasaskan hawa nafsu yang dulunya ditentang oleh para nabi dengan kemurniaan kebudayaan Islam.

Mereka merancang membawa masuk muzium Louvre (http://www.louvre.fr/en) dari Perancis dengan membayar 4.8 billion dirham untuk mendapatkan hak menggunakan karya dan juga kepakaran muzium tersebut. Ini juga bermakna ia juga membawa masuk patung-patung yang dipuja oleh kaum jahiliyyah dahulu.

Patung Bactrian Princess dari 3000B.C yang dimiliki UAE
Pada mulanya, jazirah arab dipenuhi oleh kesyirikan dan orang-orang yang menyembah berhala, kemudian Allah utus Nabi-Nya dan memberi kemudahan kepadanya dengan mengirim bala bantuan, sehingga dapat menghancurkan berhala dan mengajak mereka meng-Esakan Allah semata.

Akan tetapi bersamaan dengan semakin dekatnya kiamat, dan semakin jauhnya manusia dari agama serta dari menuntut ilmu, sebagian dari mereka akan ada yang kembali menyembah berhala, dan ini merupakan salah satu tanda kiamat. Usaha yang dilakukan oleh Arab Badui tersebut yang mula membawa masuk patung-patung berhala atas nama kesenian mengingatkan kita terhadap peringatan yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith tersebut;

Berkata Abu Hurairah r.a: bersabda Rasulullah s.a.w: “Tidak akan terjadi kiamat hingga bokong wanita suku Daus kembali bergetar terhadap Dzul Khalashah”[HR. Bukhari dan Muslim] 

“Dzul Khalashah”: adalah nama berhala yang pada zaman jahiliyah disembah oleh qabilah Daus.

Rujukan
  1. http://www.bbc.com/travel/blog/20130111-abu-dhabi-takes-on-the-art-world
  2. http://www.saadiyat.ae/en/masterplan/saadiyat-cultural-district.html
  3. http://www.businesspundit.com/10-ways-people-eat-gold/


Wednesday 16 January 2013

Perang India



عَنْ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( عِصَابَتَانِ مِنْ أُمَّتِي أَحْرَزَهُمَا اللَّهُ مِنْ النَّارِ : عِصَابَةٌ تَغْزُو الْهِنْدَ ، وَعِصَابَةٌ تَكُونُ مَعَ عِيسَى بْنِ مَرْيَمَ عَلَيْهِمَا السَّلَام ) العصابة : الجماعة . أحرزهما : وقاهما .
رواه النسائي (رقم/3175)، والإمام أحمد في " المسند " (37/81) طبعة مؤسسة الرسالة ، وحسنه محققو هذه الطبعة ، وصححه الألباني في " السلسلة الصحيحة " (رقم/1934)

Daripada Thauban r.a. meriwayatkan bahawa Raulullah s.a.w. bersabda, " Terdapat dua golongan dari umatku yang Allah telah mengharamkan mereka dari api neraka. Satu golongan yang berperang menentang India, dan satu golongan lagi yang berperang bersama-sama Nabi Isa a.s putera Maryam (menentang Dajjal dan pengikutnya)".

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : ( وَعَدَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَزْوَةَ الْهِنْدِ ، فَإِنِ اسْتُشْهِدْتُ كُنْتُ مِنْ خَيْرِ الشُّهَدَاءِ ، وَإِنْ رَجَعْتُ فَأَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ الْمُحَرَّرُ )

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa telah bersabda Rasulullah s.a.w, umat ini di janjikan Ghazwat ul Hind, jika aku (Hazrat Abu Hurarirah r.a) menjumpainya dan mendapat syahid, aku merupakan sebaik-baik syuhada, jika aku dapat kembali, maka aku "Abu Hurairah" akan bebas dari api neraka.

Peperangan dengan India dikenali sebagai Ghazwatul-e-Hind diriwayatkan adalah peperangan dimana kaum Muslimin akan menakluk India dan menegakkan Islam di benua tersebut. Peperangan di India ini diriwayatkan dalam beberapa hadis. Walaupun terdapat beberapa pendapat tentang khabar dalam riwayat tersebut dimana setengahnya berpendapat bahawa kejadian tersebut telah berlaku semasa penaklukannya oleh Khalifah Umayyah yang diketuai oleh panglima Muhammad bin Qasim. Setengah pendapat yang lain mengatakan penaklukan tersebut akan berlaku ketika saat akhir zaman. Walau bagaimanapun kita kita tidak ada masalah menerima kedua-dua pendapat tersebut kerana India kini dikuasai oleh Hindu Zionis yang menindas umat Islam di samping itu juga cuba menjatuhkan negara umat Islam Pakistan.

Tentera Pakistan mengerahkan tenteranya sepanjang sempadan Rajasthan dan Gujerat 

Oleh itu pertikaian yang semakin meruncing antara Pakistan dan India ketika ini menandakan peperangan yang hampir terjadi ini merupakan peperangan yang akhirnya membawa kemenangan kepada umat Islam seluruhnya yang selama ini ditindas oleh kaum kafirin. Ghazwa-e-Hind seperti diriwayatkan didalam hadis merupakan peperangan umat Islam yang paling penting di akhir zaman kerana pasukan tentera yang menakluk India itu merupakan pasukan yang sama bersama-sama dengan Nabi Isa a.s. dalam peperangan dengan Dajjal.

Rujukan

Thursday 10 January 2013

Banjir Syria Adalah Petanda

Banjir Besar di Palestin
Bumi Syria merupakan salah satu tempat yang banyak kelebihannya. Syria merupakan sebahagian dari Syam yang meliputi Jordan dan Palestina (Greater Syria). http://en.wikipedia.org/wiki/Greater_Syria

Kelebihan Syria kerana ia merupakan bumi anbiya bermula sejak Nabi Adam lagi. Dimana anaknya Abiel dikebumikan, begitu juga Nabi Yahya a.s di semadikan dibumi Syria dimana makamnya terletak di dalam Masjid Umayyad di Damsyik. http://en.wikipedia.org/wiki/Umayyad_Mosque

Mengikut sejarah dikatakan juga Nabi Ibrahim a.s. pernah menetap dalam satu masa di Aleppo, dan dipercayai menternak lembu susunya disini. Sebab itulah nama Aleppo dalam bahasa arab ialah Halab, bermaksud 'susu'.

Allah juga telah menunjukkan petanda ketika kelahiran Nabi Muhammad s.a.w di Mekah di mana keluarnya cahaya hingga menerangi ke Syria, yang terletak beratus kilometer jauhnya. Begitu juga apabila hampirnya saat hari pengadilan, Nabi Isa a.s. akan turun dari langit untuk menewaskan Dajjal; dimana tempat turunnya di Masjid Umayyad di ibukota Syria, Damsyik. Begitu juga Imam Mahdi yang memimpin umat Islam akhir zaman dengan keadilan akan menetap di Syria.

Bumi Syria merupakan tempat terpilih dan disinilah akan sentiasa terdapat wali Allah al-Abdal yang sentiasa mendapat perlindungan dari Allah swt. Para wali Abdal dari Syamlah yang akan membenarkan dan membaiah Imam Mahdi di hadapan Kaabah ketika beliau diburu oleh tentera Arab dari kabilah Kalb. Allah sentiasa memelihara bumi Syria dan memberikan kemenangan ke atas para walinya dari kalangan Abdal. Diantara tanda pertolongan Allah keatas wali Abdal ialah Allah menurunkan hujan yang melemahkan musuh-musuh Allah hingga menenggelamkan mereka. 

Diriwayatkan dari Saidina Ali r.a. beliau berkata," Al-Abdal adalah dari Syam, dari kalangan mereka 40 lelaki. Apabila salah seorang dari mereka meninggal, maka Allah akan menggantikan tempatnya dengan seseorang yang lain. Kerana merekalah, Allah menurunkan hujan, memberikan kemenangan terhadap musuhnya, dan dijauhkan bala dan azab dari penduduk Syam". (Musnad Ahmad, al-Mukhtara, ibn `Asakir, Hakim at-Tirmidhi, Fada`il as-Sham, al-Haythami, as-Sakhawi and as-Suyuti)

Berlaku kejadian banjir besar dan cuaca sejuk luar biasa yang sedang menimpa bumi Syam meliputi Palestine hinggalah ke Syria, di saat kekalutan peperangan melanda bumi tersebut, mengingatkan kita terhadap satu hadis yang diriwayatkan dari Saidina Ali r.a. kemungkinan dekatnya pertolongan Allah terhadap penduduk Syria khususnya. Dimana dekatnya saat Allah akan menzahirkan pertolongan keatas pejuang-pejuang Islam ke atas musuh-musuhnya.

Banjir juga menenggelamkan penempatan pelarian Syria

Nu'aym ibn Hammad dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ali r.a. beliau berkata: "Akan berlaku fitnah di mana manusia akan memperolehi hasil daripadanya sepertimana ia memperolehi emas yang ada di lombongnya, maka janganlah kamu mencerca penduduk Syam tetapi cercalah kezaliman mereka, kerana sesungguhnya pada mereka itu terdapat Abdal, dan Allah akan mengutus ke atas mereka hujan dari langit lalu menenggelamkan mereka sehinggakan sekiranya mereka memerangi serigala serigala mereka akan menewaskannya. Kemudian Allah akan mengutus di waktu itu seorang lelaki dari keturunan Rasulullah SAW bersama 12,000 orang jika sedikit, dan 15,000 orang jika banyak, tanda tanda mereka "amit amit" (maut maut) di bawah tiga bandera lalu mereka itu memerangi pasukan tujuh bandera tidak seorang pun di kalangan mereka yang memimpin bandera itu melainkan kesemuanya tamakkan kerajaan (kuasa), mereka pun berjuang dan tewas (atau menang), kemudian zahirlah Al Hasyimi (Pemuda Bani Hasyim) lalu Allah mengembalikan kepada manusia kesenangan hidup mereka sehinggalah Allah mengeluarkan Dajjal." Hadis No 41 terjemahan Bahasa Inggeris oleh Muhammad at-Tayyib ibn Gary dalam kitab al-'Arf al-Wardi fi Akhbar al-Mahdi nukilan al-Hafidh Jalal ad-Din as-Suyuti [rahimahullah].

Rujukan;

Monday 7 January 2013

Bersedia Hadapi Ribut Sonamu

Laluan Ribut Tropika Sonamu

Amaran dari Jabatan Meteorologi Malaysia telah memberikan amaran tentang kemungkinan ribut tropika Sonamu melanda Pantai Timur Semenanjung iaitu Kelnatan, Terengganu dan Pahang. Jabatan Meterologi Malaysia (MMD) dalam laman FB telah mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m. Keadaan ini dijangka bermula hari ini berterusan hingga Jumaat.  Berikut adalah butiran amaran tersebut:


Di keluarkan pada 06:00PM 07 Januari 2013

Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).

Masa Pencerapan : 5:00 petang, 7 Januari 2013.

Kedudukan : Latitud 6.3 Utara; Longitud 108.3 Timur; kira-kira 534 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.

Pergerakan : Perlahan ke arah Selatan-Barat Daya.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 567 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.


Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan mengajak umat Islam berdoa agar ribut Tropika Sonamu tidak berlaku bencana besar.

Katanya, beliau membaca dengan cemas dan bimbang laporan akhbar yang memberikan amaran tentang ribut tropika sonamu yang dijangka melanda Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini.

"Saya menyeru kepada semua pihak agar mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Banyakkan berdoa agar tidak berlaku bencana yang besar, berdoalah di mana juga kita berada dan tidak semestinya ketika solat sahaja.

"Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa menyelamatkan sesiapa yang dikehendaki dan menguji sesiapa yang dikehendaki.
Antara doa yang sesuai untuk dibaca ialah :

اللهم حوالَيْنَا ولا علينا، اللهم غَيْثًا مُغِيثًا، لَا مُهْلِكًا وَلَامُدَمِّرًا

yang bermaksud : Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah angin sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan...

Rujukan:

Wednesday 2 January 2013

Clinton Parah dan Komander US Terbunuh Dalam Misi Rahsia US di Iran



Satu lapuran dari Agensi Perisikan Russia (GRU) menyatakan Setiausaha Negara US, Hillary Clinton telah mengalami kecederaan dan Komander tertinggi US Navy Seal telah terbunuh apabila pesawat pengangkut tentera C-12 Huron terhempas ketika mendarat di bandar Ahvaz berdekatan sempadan Iraq. Kejadian tersebut berlaku kira-kira 3 minggu lepas.

Petikan Perisikan Iran mengesahkan dalam lapuran GRU tersebut bahawa pesawat C-12 Huron itu masih dalam simpanan di Ahvaz, tetapi hanya menyatakan pesawat tersebut terpaksa mendarat akibat masalah teknikal. 

Pegawai Tentera US Navy Seal yang dilapurkan terbunuh dalam kejadian aneh ini di kenali sebagai Commander Job W. Price merupakan ketua dalam pasukan tentera elit ini yang melindungi diplomat penting dalam urusan di Timur Tengah dan medan peperangan di Asia.

Menariknya apabila dalam lapuran media US menyatakan kematian Commander Price sedang disiasat atas kemungkinan membunuh diri di nyatakan sebagai bukan kematian akibat peperangan.

Commander Job W. Price
Apakah tujuan misi rahsia Amerika tersebut tidak dinyatakan didalam lapuran GRU tersebut, melainkan dengan satu ulasan, memandangkan negara-negara teluk sedang sedang sepakat untuk menyaingi kekuatan Iran, dan dengan Presiden Obama telah memeterai undang-undang baru minggu ini bagi memperkuatkan sempadan Amerika dari ancaman Iran, dan dengan latihan tentera besar-besaran Iran 'Velayat 91' yang sedang dijalankan meliputi sebahagian besar Selat Hormuz, satu peperangan baru dan dahsyat dalam wilayah tersebut teramat hampir dari yang dijangka!

Rujukan
  1. http://www.eutimes.net/2012/12/clinton-injured-us-navy-seal-killed-in-secret-us-mission-to-iran/
  2. http://news.yahoo.com/blogs/ticket/clinton-admitted-hospital-blood-clot-015548623--politics.html
  3. http://gulfnews.com/news/region/iran/iran-us-plane-made-emergency-landing-1.1125651
















Belajar Quran