Saturday 29 December 2012

Wahabi Fitnah Akhir Zaman


Saturday 22 December 2012

Bintang Berekor dan Ad-Dukhan

Para sahabat dan tabien sejak dari dulu lagi sudah merasakan kebimbangan tentang tanda-tanda kiamat dan sering memerhatikan petanda yang datang dari langit. Munculnya asap dari langit pada akhir zaman merupakan salah satu tanda kiamat besar yang ditunjukkan oleh dalil Al-Kitab dan As-Sunnah. Asap tersebut akan menutupi bumi yang meliputi umat manusia dan menimpakan azab kepada orang-orang kafir.

Dalil-dalil tentang hal ini dari Al- Qur`an adalah:

“Maka tunggulah hari ketika langit membawa asap yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih.” (Ad-Dukhan: 10-11) Maknanya, tunggulah orang-orang kafir itu –wahai Muhammad – pada hari di mana langit mendatangkan asap yang nyata lagi jelas, yang menutupi serta meliputi manusia. Ketika itu, dikatakan kepada mereka: “Inilah azab yang pedih”, sebagai celaan dan cercaan keras terhadap mereka. Atau sebahagian mereka mengucapkan kalimat ini kepada yang lain.

Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Abdullah bin Abi Mulaikah, dia berkata: “Suatu hari, aku bersama Ibnu Abbas di waktu pagi. Dia berkata: ‘Aku tidak tidur tadi malam hingga subuh.’ Aku bertanya: ‘Mengapa?’ Dia berkata: ‘Mereka mengatakan, bintang yang mempunyai ekor telah muncul. Aku khawatir ad-dukhan telah muncul, maka aku tidak tidur hingga subuh’.(Tabari, Ibn Kathir) 

Al-Qurthubi telah berkata: “Mujahid rahimahullahu berkata: ‘Ibnu Mas’ud radhiallahuanhu dahulu berkata: Itu adalah dua asap. Salah satunya telah terjadi. Adapun yang belum terjadi, asapnya akan memenuhi antara langit dan bumi. Asap itu akan menyebabkan seorang yang beriman akan terkena semacam selsema (flu), sedangkan orang kafir akan tembus pendengarannya’.”
(Diambil dari Asyrathus Sa’ah, hal.383-388)


Satu penemuan yang mengejutkan saintis terkini yang membuatkan mereka sentiasa melihat kejadian dilangit ialah kemunculan asap berupa awan raksasa di angkasaraya yang sedang memasuki sistem suria bumi dan boleh mendatangkan kesan yang besar terhadap atmosfera bumi.

Secara teknikalnya dikenali sebagai High Density Interstellar Cloud, kapal angkasa Voyager NASA telah menjumpai awan angkasa gergasi tersebut yang berukuran selebar 30 tahun cahaya dan mengandungi campuran atom hydrogen dan helium dengan suhu pada 6000 deg Celcius. Didapati sistem suria berada betul-betul dalam laluan tersebut.



Persoalan timbul kenapakah masih tidak mengancam sistem suria dan menghanguskan bumi? Sesungguhnya Allah yang Maha Berkuasa masih lagi memelihara umat manusia dari bencana tersebut bagi menimbulkan keinsafan untuk orang beriman.

(Setelah mereka mengejek-ejek dan membuat tuduhan-tuduhan itu) tidakkah mereka melihat apa yang ada di hadapan mereka dan yang ada di belakang mereka dari langit dan bumi (dapatkah mereka melarikan diri)? Jika Kami kehendaki nescaya Kami timbuskan mereka di bumi, atau Kami gugurkan atas mereka ketul-ketul dan serpihan-serpihan dari langit (yang akan membinasakan mereka). Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang memberi keinsafan) bagi tiap-tiap hamba Allah yang mahu kembali kepadanya (dengan taat dan berbakti).(Saba' 34:9


Buat masa ini asap panas tersebut terhalang kekal berada di penjuru sedikit sahaja melepasi penghujung sistem suria kerana kesan medan magnet suria, yang dikembangkan oleh angin suria kedalam gelembung (bubble) magnetic yang melingkungi seluruh sistem planet. NASA sedang mengikuti perkembangan ini dengan teliti, saintis menyatakan mungkin terdapat bukti bumi pernah bertembung dengan asap angkasaraya yang tumpat tersebut. Ini menimbulkan kemungkinan menjelaskan punca pupusnya kehidupan dibumi masa dahulu.

Beberapa lapuran teknikal telah mengandaikan beberapa bahagian asap angkasaraya yang mengancam ini mungkin telah terpisah dan melepasi ruang heliosphere bergerak kedalam sistem suria kita. Mereka mengandaikan pecahan ini memberi kesan terhadap alam angkasa dan mungkin penyebab perubahan cuaca dunia.

Rujukan:
  1. http://al-quran10.blogspot.com/2012/02/tafsir-ibn-kathir-qs-ad-dukhan-9-15.html
  2. http://news.sciencemag.org/sciencenow/2010/05/sun-may-soon-plunge-into-hot-clo.html
  3. http://science.nasa.gov/science-news/science-at-nasa/2009/23dec_voyager/
  4. 40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Ali al-Banjari an-Nadwi (HADIS 42: SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR)

Friday 7 December 2012

US Dan Perancis Sedia Serang Syria

Perang 8 hari antara Israel dan Hamas gagal mencapai matlamatnya untuk menjadikan perang besar di Timur Tengah terutamanya untuk melibatkan Iran. Mengikut maklumat ketenteraan yang terbaru US sedang menempatkan ketumbukan angkatan tenteranya menuju ke Timur Tengah. Beribu tenteranya sedang dipersedia dengan kapal perang pengangkut, kapal perang amphibous dan jet-jet penyerang; melibatkan puluhan ribu tentera.  


Sumber terbaru dari Kementerian Pertahan Perancis menyatakan gabungan ketenteraan Barat - Arab sedang bersedia bila-bila masa sahaja untuk melakukan serangan yang akan dimulai oleh US kemudian akan disertai oleh Perancis, Britain, Turkey, Jordan, Arab Saudi, UAE dan Qatar. Maklumat tersebut juga  menyatakan kapal pengangkut US Eisenhower yang menempatkan 8 jet pengebom dan mempunyai 8,000 tentera telah tiba di sebelah pantai Syria, kemungkinan memulakan serangan melalui darat.

Inikah peristiwa permulaan perang akhir zaman seperti digambarkan dalam artikel yang lepas?



Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Hadis tersebut juga menjelaskan secara terperinci kawasan yang menjadi medan peperangan tersebut merupakan sebuah padang rumput yang berbukit yang terdapat di Syria. Kawasan berbukit yang subur tersebut sekarang ini merupakan kubu kuat bagi puak Alawite yang merupakan penyokong kuat bagi Assad (rujuk artikel CNN: Alawite mountains offer limited shelter to Assad). Persediaan bagi peperangan dipergunungan tersebut telah di adakan dengan rapi oleh pasukan tentera Perancis dan Britain di kawasan mempunyai mukabumi yang hampir sama di Albania, kawasan berbukit berdekatan pantai!

Alawite Mountain 

Puak Alawite Yang Menguasai Bukit Tersebut


Thursday 22 November 2012

Simbol Sek di Tanah Haram!

تم افتتاح معرض باريس هيلتون


Kebimbangan umat Islam tentang pembangunan Mekah sebagai kota metropolitan akan membawa unsur barat semakin menjadi nyata. Dalam artikel PZ sebelum ini tentang pembangunan Mekah dan Madinah adalah petanda tentang wujudnya pengikut Yahudi dan Dajjal dikalangan golongan berpengaruh di Mekah dan Madinah.

Diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu ‘anha:

Rasulullah masuk ke kamarku dalam keadaan aku sedang menangis. Beliau berkata kepadaku: ‘Apa yang membuatmu menangis?’ Aku menjawab: ‘Saya mengingat perkara Dajjal maka aku pun menangis.’ Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: ‘Jika dia keluar sedang aku masih berada di antara kalian niscaya aku akan mencukupi (melindungi) kalian. Jika dia keluar setelah aku mati maka ketahuilah Rabb kalian tidak buta sebelah. Dajjal keluar bersama orang-orang Yahudi Ashbahan hingga datang ke Madinah dan berhenti di salah satu sudut Madinah. Madinah ketika itu memiliki tujuh pintu, setiap celahnya ada dua malaikat yang berjaga. Maka keluarlah orang-orang jahat dari Madinah mendatangi Dajjal ….” (HR. Ahmad, Abdullah bin Ahmad, Ibnu Hibban. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu berkata: Sanadnya shahih)


Kebimbangan ini semakin menjadi nyata dan tabir semakin tersingkap siapakah dalang tersebut apabila pembangunan Mekah turut membawa masuk anasir-anasir Dajjal di hadapan rumah Allah (Baitullah) itu sendiri. 

Paris Hilton dengan bangganya mengatakan dalam twitternya, "Sangat gembira gedung terbaru baru saja di buka di Mecca Mall di Saudi Arabia!,". Beliau mengatakan lagi," Ini merupakah gedung kami ke-5 di Saudi Arabia, dan gedung ke-42 seluruh dunia kini! Sangat bangga dengan kemajuan hebat brand ini!

Alasan mereka membenarkan gudang-gudang seumpama ini ialah kerana Saudi mengamalkan pasaran bebas dimana semua pelabur seluruh dunia boleh datang berniaga dan melabur. Inilah dasar kapitalis barat yang menjadi anutan mereka dan menjadi teras pembangunan Mekah dan Madinah. Umat Islam menjadi lalai dan terpedaya dengan keindahan materialisma ciptaan kapitalis ini sehingga Kaabah di hadapan mereka seolah-olah telah lenyap dan terhapus.

Umat Islam diseluruh dunia seolah-olah diperbodohkan apabila mereka cuba sedaya upaya untuk tidak menyumbang kepada Yahudi apabila memulaukan barangan Yahudi tapi apabila mereka berada di Tanah Suci merekalah yang menjadi penyumbang terbesar apabila membeli-belah barangan mereka dan memasuki hotel-hotel mereka!

Rujukan;
  1. http://edition.cnn.com/2012/11/20/world/meast/paris-hilton-store-mecca/index.html?eref=rss_mostpopular&utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+rss%2Fcnn_mostpopular+(RSS%3A+Most+Popular)
  2. http://www.huffingtonpost.com/2012/11/19/paris-hilton-mecca-holy-city-store-saudi-arabia-offends_n_2160504.html
  3. https://www.facebook.com/MakkahMall


Tuesday 20 November 2012

Keluarnya al-Abdal Dari Syria

Rebel fighters retreat from the frontline with Syrian army troops in the town of Maarat al-Numan, on November 17, 2012.(AFP Photo / John Cantlie)
Rebel fighters retreat from the frontline with Syrian army troops in the town of Maarat al-Numan, on November 17, 2012.(AFP Photo / John Cantlie)




Berita dari Wall Street melapurkan bahawa pejuang-pejuang Islam di Aleppo yang mewakili 14 kumpulan pejuang Islam telah mengeluarkan kenyataan menolak pembentukan Syrian National Coalition (SNC) kerana ia sebagai alat kuasa barat. Mereka sebulat suara mengisytiharkan pembentukan kerajaan Islam berpandukan al-Quran dan Aleppo sebagai ibunegeri. Kumpulan pejuang yang tidak takut mati ini telah melakukan beberapa pengeboman besar-besaran di Aleppo.

Antara kenyataan mereka ialah; " Kami telah mencapai kata sepakat untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam yang adil dan menolak sebarang usaha dari pihak asing untuk membentuk pakatan atau majlis yang menguasai rakyat didalam Syria walau dari pihak mana sekalipun".

Kemunculan pejuang-pejuang Islam yang menentang kezaliman di Syam (Syria) dan juga adanya banyak kumpulan lain yang semata-mata inginkan kekuasaan terdapat didalam beberapa riwayat antaranya;

Diriwayatkan daripada Ali R.A beliau berkata: Akan berlaku fitnah di mana manusia akan memperolehi hasil daripadanya sepertimana ia memperolehi emas yang ada di lombongnya, maka janganlah kamu mencerca penduduk Syam tetapi cercalah kezaliman mereka, kerana sesungguhnya pada mereka itu terdapat Abdal, dan Allah akan mengutus ke atas mereka hujan dari langit lalu menenggelamkan mereka sehiggakan sekiranya mereka memerangi serigala serigala mereka akan menewaskannya. Kemudian Allah akan mengutus di waktu itu seorang lelaki dari keturunan Rasulullah SAW bersama 12,000 orang jika sedikit, dan 15,000 orang jika banyak, tanda tanda mereka "amt amt" (maut bagi penentangnya) di bawah tiga bandera lalu mereka itu memerangi pasukan tujuh bandera tidak seorang pun di kalangan mereka yang memimpin bandera itu melainkan kesemuanya tamakkan kerajaan (kuasa), mereka pun berjuang dan tewas (atau menang), kemudian zahirlah Al Hasyimi (Pemuda Bani Hasyim) lalu Allah mengembalikan kepada manusia kesenangan hidup mereka sehinggalah Allah mengeluarkan Dajjal. 

Semakin hari semakin jelas tentang tanda-tanda akhir zaman dimana banyaknya berlaku peperangan menjelang kedatangan Imam Mahdi. Antara tempat yang menyaksikan pertempuran yang hebat ialah negara Syria. Sebenarnya disinilah lahirnya pejuang-pejuang Islam yang terbaik yang akan berjuang bersama Imam Mahdi menentang Yahudi dan Dajjal. Rasulullah s.a.w telah membayangkan berlakunya fitnah huru-hara di Syria menyebabkan meluasnya kezaliman. Tetapi dikalangan mereka juga akan muncul wali ulama Abdal yang berjuang dan berbaiah dengan Imam Mahdi.

Dari Ummu Salamah, Ummul Mukminin r.a: bahwasanya Nabi s.a.w bersabda: “Akan terjadi perselisihan pada saat meninggalnya seorang Khalifah. Ketika itu ada seorang Quraisy penduduk Madinah yang kabur menuju Makkah, dia didatangi oleh penduduk Makkah dan mengeluarkannya hingga di Bai’at diantara rukun dan maqam dalam keadaan tidak suka. Lalu dikirim kepadanya suatu pasukan dari Syam, namun Allah tenggelamkan pasukan tersebut di al-Baida’(Padang pasir antara Mekah dan Madinah). Melihat kejadian seperti ini, dia didatangi oleh para ulama Syam dan ahli ibadah Irak, mereka langsung membai’atnya" Hadits Shahih riwayat Ibnu Hibban


Thursday 8 November 2012

Arah Kompas Dah Berganjak

Compass
Setiap 100,000 tahun medan magnet bertukar, maknanya 
kompas akan  menunjukkan ke selatan bukan ke utara. 
Kali terakhir bumi mengalami penyonsangan arah ialah 
780,000 tahun dulu. Saintis masih lagi tidak jelas 
kenapa penyongsangan arah itu berlaku.
Kalau ikut arah utara kompas untuk ke Kutub Utara, belum tentu kita sampai ke Kutub Utara sekarang ini. Keadaan medan magnet bumi kini sudah berganjak pada kadar 40 batu setahun. Saintis mengatakan ia perkara normal, tapi anehnya mereka mengatakan ia hanya berlaku dalam kekerapan 100,000 tahun sekali; sudah tentu kalau dikira dalam sejarah kewujudan manusia dibumi ia bukanlah sesuatu yang normal untuk umat manusia.

Ia juga menjadi semakin memberi kesan terhadap kegiatatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Ia memaksa lapangan terbang tersebut ditutup selama sebulan bagi kerja-keja pengubahsuain.

Kedudukan arah baru itu bagi mengambil kira anjakan medan kutub utara, yang berganjak dari Kanada Utara kearah Russia pada kadar 40 batu setahun. Ini bermakna arah kompas kita berganjak 40 batu menghampiri Russia bebanding setahun lalu. Kira-kira setiap 5 hingga 10 tahun, anjakan kutub magnet bumi akhirnya akan mengakibatkan jajaran kompas and arah utara sebenar semakin ketara. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.

Bacaan lanjut;

Tuesday 6 November 2012

Bintang Berekor Inikah?


This image shows the newfound comet C/2012 (ISON) as seen by the Remanzacco Observatory in Italy.
The image, taken by amateur astronomers Ernesto Guido, Giovanni Sostero and Nick Howes,
is a confirmation view of the comet, which was first discovered by Vitali Nevski (Vitebsk, Belarus)
and Artyom Novichonok (Kondopoga, Russia). Image released Sept. 24, 2012.
CREDIT: Remanzacco Observatory/Ernesto Guido, Giovanni Sostero & Nick Howes

Sebuah komet di namakan sebagai C/2012 S1 baru di jumpai pada 21 September lepas oleh ahli astronomi Russia bernama Vitali Nevski dan Artyom Novichonok. Ia dijangka berada pada jarak yang paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013. Ia sedang hangat diperkatakan di kalangan ahli astronomi kerana ia sangat terang lebih 15 kali ganda dari cahaya bulan purnama ketika menghampiri bumi. Ia sangat menakjubkan hingga cahayanya yang terang itu boleh dilihat dengan mata kasar disiang hari. Ini menunjukkan juga walaupun dengan berbagai teknologi yang dimiliki oleh NASA mereka masih lagi tidak dapat mengesan sepenuhnya objek-objek dilangit yang menghampiri sistem suria.
Ketika ia mula dikesan, komet tersebut berada sejauh 625 juta batu dari bumi dan 584 juta batu dari matahari, berada dalam kedudukan buruj Cancer. Tetapi apabila ia berada dalam kedudukan paling hampir dengan matahari pada 28 November tahun depan, ia berada pada jarak 800,000 batu dari matahari menyebabkan ia berubah menjadi objek menakjubkan, yang sangat terang hingga boleh kelihatan di siang hari.
Apabila ia mula beredar dari matahari, ia meninggalkan ekornya yang memanjang yang menjangkau hingga ufuk langit barat ketika matahari terbenam seperti lampu suluh dengan sudut cahaya lengkung 70 darjah.
Detik kemunculannya beberapa hari sebelum berada dalam kedudukan paling hampir dengan matahari pada 28 Nov. 2013 adalah paling menakjubkan. Ia akan berpusar dengan kencang dan menjadi objek paling terang ketika itu.
Comet C/2012 S1 (ISON) Orbit Map
This NASA graphic shows the orbit and current position of comet C/2012 S1 (ISON). The comet is at present located at 6.25 AU from the sun, with 1 AU being the distance from Earth to the sun. Image released Sept. 24, 2012.
CREDIT: NASA/Jet Propulsion Laboratory

















Dalam beberapa riwayat, antara tanda kedatangan al-Mahdi adalah munculnya bintang berekor (komet) yang sangat terang;
Ka'ab r.a. berkata, "Dari Timur akan keluar bintang sebelum kedatangan Imam Al-Mahdi.  Bintang itu berekor".  Dalam tafsirnya ia juga mengatakan, "la sebuah bintang yang muncul dari arah timur, menyinari penduduk bumi sebagaimana bulan bersinar pada malam purnama".

Sebenarnya pembahasan lengkap tentang bintang berekor sudah termaktub dalam kitab al-Jufr yang ditulis oleh Saidina Ali k.a.w. dan di dalam beberapa manuskrip yang lain.
Saidina Ali k.a.w. mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), "Kedatangan Al-Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun), dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad, dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad.  Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah.  Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyongsong fajar.  Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa, memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit.  Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya.  Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang-orang yang jahat".
 Kesimpulan dari ungkapan Saidina Ali k.a.w. dapat diambil kesimpulan seperti berikut;
  1.  Komet-komet itu mempunyai orbit yang tersendiri dan ia beredar di atasnya.  Kita tidak tahu apakah ia akan meninggalkan orbitnya lalu kembali lagi ke orbit itu disebabkan daya tarikannya yang sangat kuat walaupun dari jarak jauh, atau adakah ia akan pergi ke mana sahaja tanpa arah?  Saidina Ali k.a.w. menerangkan satu perkara iaitu setiap komet mempunyai orbit tersendiri.  Bagaimanapun komet Shoemaker yang meledak di permukaan Musytari membuktikan bahawa komet-komet itu boleh meninggalkan orbitnya.
  2. Komet-komet itu beredar dalam ruang orbit yang terbatas.  Oleh sebab itu kemunculannya akan berulang pada masa peredaran yang tertentu.  Saidina Ali k.a.w. telah membicarakan salah satu daripada komet yang muncul di bumi pada setiap dua pertiga dekad.  Satu dekad adalah sepuluh tahun, bererti kemunculannya antara tahun keenam dan ketujuh.  Lalu komet itu menghilang kemudian muncul semula apabila tiba waktunya.  Beliau juga menyatakan salah satu daripadanya yang muncul setiap dua pertiga abad. Dalam kitab lbnu Hamad (al-Fitan) telah menyatakan secara jelas bahawa kedatangan Al-Mahdi akan didahului oleh bintang yang hanya dapat dilihat dalam tempoh beberapa abad.
Apakah bintang berekor seperti inikah yang dimaksud dalam hadis-hadis tersebut sebagai menandakan kemunculan imam Mahdi yang ditunggu-tunggu? Wallahua'lam.

Rujukan;


Fenomena Luarbiasa di Langit Sebelum Hurricane Sandy

Gambar fenomena luarbiasa dilangit ini di ambil oleh David Hathaway dari NASA pakar dalam bidang solar physicist sebelum kejadian puting beliung Sandy. Kebanyakan yang menyaksikan fenomena ini mengatakan belum lagi melihat peristiwa tersebut sebelum ini.


Fenomena yang menakjubkan sebelum datangnya
puting beliung Sandy

Sunday 4 November 2012

NY Subway Musnah Akibat Cerca Islam

Antara kemusnahan sistem subway New York

Serangan puting beliung Sandy menyebabkan sistem pengangkutan utama melalui subway telah lumpuh sepenuhnya. Puting beliung tersebut menyebabkan ombak besar yang menenggelamkan tujuh buah laluan subway New York dan tujuh buah stesen pengangkutan bas merupakan kemusnahan terbesar dalam sejarahnya.

Pengerusi Metropolitan Transport Agency (MTA), Joseph Lhota mengatakan," Sistem subway New York telah menjangkau 108 tahun, tetapi belum pernah mengalami bencana yang memusnahkan seperti ini, puting beliung tersebut telah mengkucar-kacirkan keseluruhan sistem pengangkutan, dalam setiap ceruk dan rantau dalam daerah ini. Ia telah menumbangkan pokok, memutuskan bekalan kuasa dan menenggelamkan segala terowong".

Mereka sebenarnya lupa inilah pembalasan diatas keangkuhan mereka yang mencerca Islam dengan mengadakan iklan secara besar-besaran di seluruh sistem subway dan keretapi mereka. Iklan itu yang dilancarkan oleh kumpulan zionist yang bernama American Freedom Defense Initiative (AFDI). Pada mulanya ia tidak dibenarkan oleh MTA tetapi telah mendapat kebenaran dari mahkamah daerah tersebut. Selepas keputusan tersebut MTA memaklumkan sebanyak 10 buah stesen subway akan memaparkan iklan tersebut bermula bulan lepas. Tidak sampai sebulan selepas iklan yang menghina Islam dengan keganasan kebinatangan dan mengangkat Israel sebagai bangsa bertamaddun; Allah telah menghantar kepada mereka puting beliung Sandy yang menyebabkan mereka bingung diatas kebinasaan yang menimpa mereka.


Air mencurah-curah menenggelamkan seluruh sistem subway New York

Kebinasaan ini menyebabkan mereka kebingungan

Bot dilaut hanyut hingga ke landasan keretapi

Inilah penghinaan keatas Islam yang dilancarkan oleh Yahudi
di seluruh subway New York
Wahai saudaraku teruskanlah perjuangan sesungguhnya
pertolongan Allah pasti datang!

Sesungguhnya janji Allah itu amat benar dan pertolonganNya pasti datang dari arah yang tidak disangka-sangka!

Sebenarnya orang-orang yang terdahulu dari mereka telah menjalankan rancangan jahat (terhadap agama Allah dan Rasul-rasulNya); maka Allah binasakan bangunan mereka dari asas-asasnya, lalu bumbung (bangunan itu) jatuh menimpa ke atas mereka, dan mereka pula didatangi azab kebinasaan dari arah yang mereka tidak menyedarinya.(Al-Nahl 16:26) |

Rujukan;

Saturday 3 November 2012

New York 2012


Gambaran Filem 2012 tentang bencana alam melanda New York
Angin puting beliung Sandy yang membadai kota New York awal minggu ini telah meninggalkan kerosakan yang amat besar yang sama sekali tidak dijangka. Puting beliung tersebut betul-betul berpusat di New York menyebabkan kerosakan yang besar akibat kekuatan anginnya selaju 150km/j hingga menyebabkan ombak setinggi 7 kaki melanda pantainya. 

Ia mengakibatkan kenaikan paras air luar biasa hingga melumpuhkan New York sama sekali. Bekalan letrik setakat ini belum lagi pulih sepenuhnya. Ia juga telah meranapkan sama sekali beratus-ratus buah rumah akibat gabungan kuasa angin dan air yang dahsyat itu. Jumlah kerugian yang dianggarkan adalah lebih dari 50bil dolar.

Puting Beliung Sandy betul-betul berpusat di New York

Ombak besar membadai New York
Kemusnahan akibat puting beliung Sandy
Setakat ini ahli-ahli sains sedang mengkaji tentang perubahan cuaca yang sedang melanda dunia ini dan masih lagi belum lagi menemui jawapan terhadap penyebab yang mengakibatkan perubahan tersebut. 

Kita sebagai umat Islam sepatutnya mengambil pengiktibaran diatas bencana tersebut dan merasa gerun tentang amaran Allah terhadap balasannya kepada kaum yang engkar;


Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?(Al-Mulk 67:17) |

Hurricane Sandy update; http://www.disaster-report.com/2012/10/exclusive-live-news-hurricane-sandy.html

Monday 29 October 2012

Kubah Hijau Masjid Nabi Akan Tinggal Kenangan

Kubah Hijau Masjid Nabi Akan Tinggal Sejarah
Masjid Nabi Bertukar Menjadi Kota Metropolitan Selepas 4 Tahun

Lapuran dari akhbar The Independent melapurkan rancangan Arab Saudi untuk meruntuhkan salah satu dari tiga masjid tertua didunia, iaitu Masjid Nabawi sebaik saja berakhirnya musim haji bulan ini. Ia dikatakan dapat menampung jemaah seramai 1.6j orang dan melibatkan perbelanjaan berbillion dolar. 

Kerja-kerja pembinaan akan bermula sebaik saja musim haji tahun ini berakhir. Ia bakal menjadi bangunan yang dapat menempatkan manusia paling ramai didunia iaitu seramai 1.6j orang jemaah. tetapi kebimbangan telah mula timbul apabila melibatkan kesan-kesan tinggalan terpenting dalam sejarah Islam dirobohkan. Kemarahan telah mula timbul dinegara tersebut apabila kerajaan beraja itu tidak mengendahkan tinggalan sejarah penting didalam projek pembangunan Mekah.

Perobohan kubah hijau masjid Nabawi itu dibimbangi akan menjejaskan makam yang menempatkan Rasulullah s.a.w dan dua sahabatnya iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Saidina Umar Al-Khattab r.a. yang betul-betul terletak dibawah kubah tersebut.

Masjid Ghamama bersebelahan Masjid Nabawi

Antara masjid yang bakal dirobohkan juga ialah Masjid Ghamama yang mempunyai nilai yang amat penting dalam sejarah umat Islam. Setakat ini tidak ada perancangan oleh pihak Saudi untuk memelihara masjid tersebut. Mengikut sejarah, masjid ini dinamakan Ghamama ialah kerana di masjid inilah Nabi s.a.w membuat solat Istiskah (mohon hujan). Perkataan Ghamama bermaksud awan dimana akan muncul secara tiba-tiba dan membawa hujan selepat Nabi s.a.w selesai solat tersebut. Banyak lagi peristiwa sejarah di zaman Nabi s.a.w berlaku di masjid tersebut yang sepatutnya dipelihara oleh pemerintah Islam sebagai pengajaran untuk umat Islam dimasa hadapan. Untuk maklumat boleh rujuk disini http://www.islamiclandmarks.com/saudi/madinah/other/masjid_ghamama.html.

Antara pihak yang melahirkan kebimbangan ialah Dr. Irfan al-Alawi dari Islamic Heritage Foundation, beliau menyatakan," Tidak dapat dinafikan Madinah perlu dibangunkan, tetapi cara pihak berkuasa menanganinya adalah amat membimbangkan ". Beliau menyatakan lagi," Terdapat berbagai cara untuk membangunkannya yang boleh mengelak atau memelihara tempat bersejarah dalam Islam tetapi sebaliknya mereka memilih untuk merobohkannya".

Teguran paling keras dibuat oleh Syed Zaid Zaman Hamid seorang penganalisis ketenteraan Pakistan apabila beliau menempelak kerajaan Saud dengan perbuatan syirik apabila berusaha memelihara patung berhala di Madain Saleh tetapi di masa yang sama meruntuhkan masjid-masjid yang dibina oleh para sahabat di sekitar Mekah dan Madinah.

Beliau menggesa supaya umat Islam seluruh dunia mengemukakan bantahan samada bertulis atau sebagainya dimana-mana kedutaannya terhadap tindakan Arab Saudi tersebut. Kata beliau lagi, ini bukan isu mazhab tetapi isu melibatkan sejarah umat Islam, keimanan dan kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w dan para tabien yang banyak berjasa terhadap Islam. Apakah sikap umat Islam kalau Yahudi melakukan perobohan terhadap Masjid al-Aqsa, umat Islam akan terus istiharkan perang tetapi apakah kita berdiam diri jika pencapaian umat Islam lebih 1400 tahun dimusnahkan begitu saja tanpa sebarang bantahan?

Papan Iklan Promosi Berhala Madain Saleh terletak diluar Masjid Nabawi.  Mereka merasakan sejarah berhala adalah lebih besar berbanding sejarah Masjid Nabi!

Inikah tanda-tanda kerosakan di Madinah yang dimaksudkan didalam hadis yang diberitahu oleh Rasulullah ini?

Berkata Muadz ibn Jabal r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Makmurnya Baitul Maqdis merupakan kerusakan bagi Yatsrib(Madinah), rusaknya Yatsrib(Madinah) sebagai tanda dimulainya al-malhamah, dimulainya al-malhamah merupakan pembebasan bagi Qostantinopel, dan pembebasan Kostantinopel sebagai tanda keluarnya dajjal”, lalu Muadz ibn Jabal memukulkan tangannya ke paha atau pundak orang yang sedang diajaknya bicara, sambil berkata: sungguh ini pasti terjadi, sebagaimana pastinya engkau duduk disini.
Hadits Hasan riwayat Abu Dawud 

Sumber;

  1. http://www.independent.co.uk/news/world/middle-east/medina-saudis-take-a-bulldozer-to-islams-history-8228795.html
  2. http://beyond-pakistan.blogspot.com/2012/10/october-29-2012.html
  3. http://www.constructionweekonline.com/article-19269-historic-mosques-in-madinah-to-be-bulldozed/#.UJCK7Wkqf2Y

Friday 19 October 2012

Planet X dan Masa Dajjal

Dalam kisah tinggalnya Dajjal di muka bumi, hari pertama bagaikan satu tahun, hari kedua bagaikan satu bulan. Sebahagian dari para sahabat ada bertanya kepada Nabi tentang panjangnya hari yang ada Dajjalnya tersebut: (Apakah cukup dalam satu hari yang panjang tersebut untuk melaksanakan shalat seperti hari biasanya?) Nabi s.a.w menjawab: "Tidak, akan tetapi perkirakanlah padanya waktu-waktu shalat".

Sehari setahun seperti Artik alami 6 bulan malam dan 6 bulan siang 
Hadis tersebut disamping mengisahkan tentang waktu kedatangan Dajjal tetapi ia juga memberi alamat tentang bilakah waktu kedatangan tersebut. Pada waktu tersebut berlakunya perubahan cuaca yang amat ketara di bumi ini hingga bertukarnya masa sehari menjadi begitu panjang sehingga setahun dan beransur-ansur mengurang kepada sebulan seterus seminggu dan kembali kepada waktu asal.

Walaupun ada pendapat yang mengatakan tempoh tersebut adalah kiasan seperti di nyatakan oleh Syeikh Imran Hosein; kita amat menghormati pandangannya tetapi kemungkinan ianya berlaku dalam keadaan masa sebenar tidak juga boleh dinafikan. Tetapi setiap perkara yang berlaku itu tertakluk kepada sebab dan musabbab yang telah ditakdirkan oleh Allah swt.

Ahli astronomi sedang menjangkakan kedatangan sebuah planet yang amat besar bakal mendekati orbit bumi. Dijangkakan planet tersebut mempunyai orbit eliptical yang amat besar hinggakan terkeluar dari sistem suria. Ahli astronomi Jepun, Dr. Patryk Sofia Lykawka dan Tadashi Mukai merupakan seorang professor dari Kobe University sedang menjalankan kajian tentang perkara tersebut, Keputusan kajiannya menunjukkan kemungkinan terdapat sebuah planet yang teramat besar yang belum dikenal pasti dan mereka menjangkakan akan dijumpai sekitar 5 tahun lagi.

Beliau mengatakan," Kami telah berjaya mengesan lebih dari 1,000 objek melepasi Neptune sejak 1992, dan sebahagian besar objek menunjukkan kejanggalan orbit yang besar dan mempunyai kelencongan orbit yang besar, lebih besar dari kebiasaannya mengikut teori pembentukan sistem planet yang piawai". Beliau telah membuat simulasi berdasarkan kiraan dan telah menunjukkan terdapatnya planet Hypothetical dalam orbit yang jauh melepasi Neptune, dan di katakan Planet X, dapat menjelaskan kejanggalan orbit objek-objek angkasa tersebut.

[petikan journal universisty Kobe; http://www.kobe-u.ac.jp/en/info/topics/t2008_03_04_01.htm ]

Ini menunjukkan terdapat satu jasad yang mempunyai jisim yang amat besar yang mempengaruhi pergerakan objek-objek tersebut melalui tarikan gravitinya yang kuat menyebabkan orbitnya melonjong. Umpama kita menarik gelung getah untuk melastik.

Satu lagi kejanggalan pergerakan orbit dikesan ialah ketika pencerapan laluan planet venus melintasi matahari pada bulan jun yang lepas. Didapati orbitnya beralun tidak berada dalam keadaan lurus seperti yang dijangkakan, seolah-olah ia mengalami tarikan graviti yang besar kemungkinan pengaruh planet X (atau Nibiru) yang semakin hampir.

Perhatikan laluan Venus yang tidak sekata 

Begitu jugalah kesannya apabila ia menghampiri bumi. Bila ia semakin dekat, pusingan harian bumi akan terjejas. Pada mulanya ia tidak dikesan tetapi ia semakin ketara kerana kawasan Mid-Atlantic Rift yang paling bermagnet tertarik kearah Planet X/Nibiru dan menyebabkan pusingan bumi semakin tertahan apabila ia semakin hampir.

Pergelutan antara tarikan kutub bumi dan tarikan Planet X menyebabkan kutub bumi berpusing hingga berubah seperti gambarajah dibawah;
Hipotesis perubahan polar bumi akibatkan Asia dan Amerika Selatan jadi kutub 
dan Antartika berada di khatulistiwa

Keadaan akan kembali pulih seperti asal selepas berlalunya Planet X. Mungkin kejadian inilah yang menyebabkan kebanyakan kawasan bumi hari ini mengalami sehari seperti setahun seperti yang di alami di Artik sekarang ini akibat dari perubahan polar bumi.

Perhatikan bagaimana keadaan cuaca ketika berlakunya peperangan yang di pimpin oleh Mahdi (menyerang Khalifah Arab ketika itu) dalam keadaan bersalji, padahal tanah Arab berada dipadang pasir!

Dari Tsauban r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga orang anak Khalifah akan saling membunuh untuk memperebutkan harta kalian, namun kemudian tidak satupun dari ketiganya ada yang berhasil… kemudian muncul bendera-bendera hitam dari arah Timur, mereka menyerang kalian dengan pertempuran yang belum pernah terjadi sebelumnya". Tsauban berkata: kemudian Nabi s.a.w menyebutkan sesuatu yang aku tidak hafal, lalu beliau melanjutkan: "Apabila kalian melihatnya, maka baiatlah dia walau harus merangkak diatas SALJI" HR. Ibnu Majah

Sunday 7 October 2012

Dekatnya Kiamat Masa Pembangunan Pencakar Langit dan Terowong Di Makkah

Lihatlah bangunan Menara Jam Mekah (Fairmont Tower) lebih tinggi dari pergunungan sekitarnya!


Pada zaman Nabi s.a.w, jumlah penduduk di kota Makkah masih sedikit, begitu pula dengan bangunannya. Rasulullah saw telahpun memberi amaran bahawa saat dekatnya kiamat ialah apabila didirikan bangunan sekitar Ka'bah melebihi dari pergunungan sekitarnya.  Inilah membuktikan mukjizat Nabi saw apabila secara khusus menggambarkan pembangunan pesat yang akan berlaku di sekitar Ka'bah. Tetapi yang lebih memeranjatkan apabila dinyatakan bahawa golongan yang sama itu jugalah yang bakal meruntuhkan Ka'bah! Alasan golongan tersebut ialah mereka akan membuat binaan yang lebih moden lagi.

Ibnu Syaibah meriwayatkan dengan sanadnya kepada Ya’la ibn Atha’ dari ayahnya, dia berkata: pada suatu hari, aku menuntun tali kekang onta Abdullah ibn Amr, lalu beliau berkata: "Bagaimana pendapat kalian, jika kalian hancurkan Ka’bah dan tidak menyisakan ada batu yang masih menumpuk? Mereka menjawab: oleh kita yang beragama Islam? Beliau menjawab: benar, kalian yang beragama Islam. Seseorang bertanya: lalu apa lagi? Beliau menjawab: kemudian ia akan dibangun dengan yang lebih bagus darinya. Apabila kalian telah melihat galian-galian besar di Makkah, dan bangunan-bangunannya menjulang tinggi melebihi pegunungannya, maka ketahuilah bahwa kiamat telah mendekatimu"[1].

Juga dinyatakan dalam hadis tersebut berlakunya penggalian besar-besaran disekitar Ka'bah. Maksud penggalian tersebut ialah pembinaan terowong (tunnel) didalam tanah dan juga penggalian pembinaan basement untuk bangunan pencakar langit.

Pembinaan terowong (tunnel) tersebut telah dilaksanakan pada tahun 2006 lagi bagi mengalirkan air zamzam dan juga untuk aliran air permukaan disekitar Ka'bah. Sungguh mengejutkan tanda-tanda yang telah di beritahu oleh Rasulullah saw itu begitu tepat dari segi skala pembinaan dan perancangan pembinaan; meliputi pembinaan pencakar langit beserta beserta jaringan terowong (tunnel) yang dilakukan pada masa yang sama, juga sebagai petunjuk tentang masa dan kemunculan golongan yang merendahkan Ka'bah.

Disini dibentangkan gambar-gambar susun atur pembinaan terowong (tunnel) sekitar Ka'bah.





Gambar-gambar tersebut diambil dari Jabatan Geologi Saudi http://www.sgs.org.sa/English/Topics/Pages/Zamzam.aspx


[1] HR. Ibnu Abi Syaibah dan al-Arzaqi . Hadits ini memiliki beberapa jalan yang baik. Hadis ini di ambil dari buku karangan Dr. Muhammad ibn Abdurrahman al-'Areifi Dekan Aqidah dan Agama serta madzhab kontemporer di Universitas al-Malik Sa'ud – Riyadh, juga merupakan anggota Majelis Tinggi Pengetahuan Islami. Ini judul buku tersebut terjemahan bahasa Indonesia http://www.qu2buku.com/Kiamat%20Sudah%20Dekat

Untuk lebih memahami tentang peristiwa ini sila juga lihat artikel petunjukzaman sebelum ini;

Belajar Quran