Thursday, 22 November 2012

Simbol Sek di Tanah Haram!

تم افتتاح معرض باريس هيلتون


Kebimbangan umat Islam tentang pembangunan Mekah sebagai kota metropolitan akan membawa unsur barat semakin menjadi nyata. Dalam artikel PZ sebelum ini tentang pembangunan Mekah dan Madinah adalah petanda tentang wujudnya pengikut Yahudi dan Dajjal dikalangan golongan berpengaruh di Mekah dan Madinah.

Diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu ‘anha:

Rasulullah masuk ke kamarku dalam keadaan aku sedang menangis. Beliau berkata kepadaku: ‘Apa yang membuatmu menangis?’ Aku menjawab: ‘Saya mengingat perkara Dajjal maka aku pun menangis.’ Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: ‘Jika dia keluar sedang aku masih berada di antara kalian niscaya aku akan mencukupi (melindungi) kalian. Jika dia keluar setelah aku mati maka ketahuilah Rabb kalian tidak buta sebelah. Dajjal keluar bersama orang-orang Yahudi Ashbahan hingga datang ke Madinah dan berhenti di salah satu sudut Madinah. Madinah ketika itu memiliki tujuh pintu, setiap celahnya ada dua malaikat yang berjaga. Maka keluarlah orang-orang jahat dari Madinah mendatangi Dajjal ….” (HR. Ahmad, Abdullah bin Ahmad, Ibnu Hibban. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu berkata: Sanadnya shahih)


Kebimbangan ini semakin menjadi nyata dan tabir semakin tersingkap siapakah dalang tersebut apabila pembangunan Mekah turut membawa masuk anasir-anasir Dajjal di hadapan rumah Allah (Baitullah) itu sendiri. 

Paris Hilton dengan bangganya mengatakan dalam twitternya, "Sangat gembira gedung terbaru baru saja di buka di Mecca Mall di Saudi Arabia!,". Beliau mengatakan lagi," Ini merupakah gedung kami ke-5 di Saudi Arabia, dan gedung ke-42 seluruh dunia kini! Sangat bangga dengan kemajuan hebat brand ini!

Alasan mereka membenarkan gudang-gudang seumpama ini ialah kerana Saudi mengamalkan pasaran bebas dimana semua pelabur seluruh dunia boleh datang berniaga dan melabur. Inilah dasar kapitalis barat yang menjadi anutan mereka dan menjadi teras pembangunan Mekah dan Madinah. Umat Islam menjadi lalai dan terpedaya dengan keindahan materialisma ciptaan kapitalis ini sehingga Kaabah di hadapan mereka seolah-olah telah lenyap dan terhapus.

Umat Islam diseluruh dunia seolah-olah diperbodohkan apabila mereka cuba sedaya upaya untuk tidak menyumbang kepada Yahudi apabila memulaukan barangan Yahudi tapi apabila mereka berada di Tanah Suci merekalah yang menjadi penyumbang terbesar apabila membeli-belah barangan mereka dan memasuki hotel-hotel mereka!

Rujukan;
  1. http://edition.cnn.com/2012/11/20/world/meast/paris-hilton-store-mecca/index.html?eref=rss_mostpopular&utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+rss%2Fcnn_mostpopular+(RSS%3A+Most+Popular)
  2. http://www.huffingtonpost.com/2012/11/19/paris-hilton-mecca-holy-city-store-saudi-arabia-offends_n_2160504.html
  3. https://www.facebook.com/MakkahMall


1 comment:

  1. THE HOLY & THE BEASTS... Semenjak Holy City Mecca telah bertukar wajah, kesucian Kota Mekah juga telah berubah. Setiap mata kedap kedip memandang disangkanya itu perubahan zaman segalanya perlu berubah serba indah. Tetapi sebaliknya akibatnya telah membawa padah bertambah parah. Jangan sangka disekeliling luar Kaabah Kota Mekah dijamin bebas dari kemaksiatan. Pusat2 hiburan malah persundalan secara sulit diam2 tetap beroperasi ngak bisa 100% terhindar dlm kawalan. Tunggulah kedatangan AlMahdi mengkhabarkan membersihkan...

    ReplyDelete

Belajar Quran