Showing posts with label Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan. Show all posts
Showing posts with label Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan. Show all posts

Sunday, 3 August 2014

Pengintip Arab menyamar pegawai perubatan di Gaza



Gambar menunjukkan pasukan perubatan Bulan Sabit Merah di Gaza merupakan kumpulan pegawai pengintip Emirates yang menjalankan operasi kemungkinan bagi pihak Israel. Pihak Hamas sedang menjalankan siasatan rapi bagi menyiasat dakwaan tersebut. Mengikut satu sumber di Gaza hasil siasatan awal mengesahkan beberapa orang petugas perubatan merupakan pegawai perisikan UAE dibawah penyeliaan Mohammad Dahlan yang merupakan penasihat keselamatan Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan. Mohammad Dahlan ialah bekas pegawai Pihak Berkuasa Palestin di bawah PLO.

Selepas Hamas berjaya mengesahkan pengenalan pegawai tersebut dan memerintahkan penangkapannya di Gaza. Pengintip-pengintip arab yang menyamar sebagai doktor itu telah didapati sama dengan gambar berpakaian tentera Abu Dhabi mengikut maklumat yang dipercayai. Mereka telah mengaku bahawa mereka berkhidmat untuk pihak keselamatan UAE untuk memberikan maklumat tentang Gaza ekmungkinan juga untuk pihak Israel.

Pihak Palestin dan Hamas telah merasa curiga tentang tujuan mereka kerana mendapat kebenaran dari pihak berkuasa Mesir memasuki Gaza. Kebenaran yang hanya diberikan kepada pihak Bulan Sabit Merah UAE untuk menempatkan hospital lapangan ketika pihak-pihak lain termasuk Aman Palestin telah mendapat halangan. Hasil siasatan mendapati mereka cuba masuk dalam kawasan Hamas dan mengumpul maklumat tentang kekuatan Hamas.

Wednesday, 3 July 2013

Arab Saudi, UAE dan Syria Mengalukan Rampasan Kuasa Mesir

Negara-negara Arab menunjukkan persefahaman yang jarang-jarang dilakukan dalam tempoh terdekat ini apabila mereka bersatu mengalu-alukan rampasan kuasa terhadap pemerintahan gerakan Islam Ikhwanul Muslimin yang di pimpin Dr Morsi. Pemerintahan Dr Morsi menghadapi banyak kesukaran kerana menghadapi berbagai-bagai pengkhianatan dalam pentadbirannya dalam semua bidang terutamanya oleh badan kehakiman dan juga ekonomi.

Ucapan Tahniah Dari Negara Arab Terhadap Rampasan Kuasa

Raja Arab Saudi, Abdullah, antara pemimpin arab yang terawal mengucapkan tahniah atas rampasan kuasa tersebut. Dengan begitu cepat telah mengirimkan kawat ucap selamat kepada pejabat sementara presiden baru Mesir dan menyatakan perlantikan Adli Mansour sebagai Presiden sementara Mesir berlaku dalam saat kesukaran dalam sejarah bangsa Mesir.

"Atas nama rakyat Arab Saudi saya mengucapkan selamat kepada anda untuk mengambil alih kepemimpinan Mesir pada saat yang genting dalam sejarahnya," kata Abdullah dalam ucapan pertama ucapan selamat oleh pemimpin Arab untuk Adli Mansour. Demikian diberitakan pejabat berita rasmi Saudi SPA. 

"Kami meminta kepada Tuhan untuk membantu anda memikul tanggung jawab untuk mencapai harapan saudara-saudara kami di Mesir," kata penguasa Sunni di negara yang kaya minyak itu dalam pesanannya semalam. 

Ia juga menyampaikan pujian kepada angkatan bersenjata Mesir dan pemimpinnya Abdul Fattah al-Sisi untuk menerapkan "kebijaksanaan" dalam membantu menyelesaikan krisis dan menghindari "kesan-kesan yang tak dapat diramalkan". 

Manakala Presiden Syria, Bashar al-Assad pula memuji penentangan terhadap pemimpin mereka, dan mengatakan rakyat Mesir telah menemui "penipuan" oleh Ikhwan Muslimin.

"Keadaan yang telah berlaku di Mesir merupakan kejatuhan kononnya politik Islam," Assad berkata dalam temuramah media kerajaan Al-Thawra.

Antara yang paling gembira juga, merupakan negara yang paling kuat menentang Ikhwanul Muslimin ialah UAE. UAE menyediakan pasukan keselamatan yang khusus untuk menangani gerakan Ikhwanul Muslimin di bawah Lt General Dahi Khalfan Tamim. Inilah sandiwara negara arab yang menyatakan kononnya mereka berjuang untuk membebaskan Baitul Muqaddis padahal pada masa yang sama merekamengekang pengaruh gerakan Islam!

UAE mengalu-alukan rampasan kuasa di Mesir itu mengikut lapuran agensi berita rasmi kerajaan WAM dan memuji pasukan tentera Mesir.

"Yang Terutama Abdullah bin Zayed al-Nahayan, Menteri Luar UAE, mengatakan beliau yakin bahawa rakyat Mesir akan dapat menghadapi keadaan sukar yang di hadapi oleh Mesir sekarang ini," menurut lapuran dari WAM itu lagi.

Penyokong Morsi Berikrar Berjuang Hingga Syahid

Sementara itu, pendokong Mursi di Bundaran Masjid Rabiah Adawiyah mengecam penggulingan tersebut. 

Mereka menanggapi pengumuman penggulingan itu dengan mengumandangkan takbir Allahu Akbar. 



Penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu.



Para pejuang agama sudah bersiap sekiranya panggilan syahid memanggil mereka. Kain kafan yang ditunjukkan sebagai simbolik mereka bersedia untuk mati syahid untuk mempertahankan kepimpinan Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah.

Amanat Terakhir Dr Morsi : 

Sesungguhnya,

Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa. 

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula. 

Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun,
ku mengharapkan,
kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita. 

Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah,
untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah,
maka aku merasa Kau mencukupi untukku. Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah,
la haula wa la quwwata illa billah!

Bemulanya Penangkapan Besar-besaran Terhadap Pimpinan Islam

Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera. “Morsi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini,” kata anak kepada pembantu Morsi, Gehad El-Haddad. Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan.

Dua pemimpin kanan Ikhwan juga turut ditangkapa, iaitu Saad al-Katami, Ketua parti FJP - sayap politik Ikhwan, dan Rashad Bayoumi, merupakan timbalan kepada gerakan Ikhwan juga turut di tangkap.

Manakala mengikut lapuran akhbar Mesir Al-Ahram, sebanyak 300 waran tangkap telah dikeluarkan terhadap anggota Ikhwan.

Saturday, 26 January 2013

Arab Badui Kembali Hidupkan Jahiliyyah

Pusat Hiburan Ferari di Abu Dhabi
Pada hadith Umar ibn al-Khattab, tentang datangnya malaikat Jibril menemui Nabi s.a.w dan bertanya kepadanya tentang Islam, iman, ihsan dan hari kiamat: Nabi s.a.w menjelaskan akan tanda-tandanya: "Seorang hamba sahaya melahirkan tuannya, engkau mendapati seorang penggembala kambing yang tidak beralas kaki dan bertelanjang, mereka berlomba-lomba dalam meninggikan bangunan"[HR. Muslim].

Dalam riwayat lain: "Apabila anda menyaksikan seorang yang bertelanjang kaki, lapar dan peminta-minta menjadi pemimpin masyarakat; maka itu termasuk salah satu dari tanda kiamat" seseorang bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah pemilik kambing, bertelanjang kaki, lapar dan menjadi peminta-minta? Beliau menjawab: "Bangsa Arab" [HR. Ahmad, dan dishahihkan oleh al-Albani dalam "as-Silsilah as-Shahihah" (3/332)].

Seperti yang telah kita maklum bahawa Rasulullah s.a.w telah mengingatkan akan tiba satu waktu di akhir zaman ini keluarnya golongan pengembala yang dulunya dalam kemiskinan tetapi telah menjumpai kekayaan tetapi menggunakan kekayaan tersebut untuk tujuan kemewahan dan menunjuk-nunjuk. 

UAE merupakan sebuah negara yang diperintah oleh pemimpin yang dulunya adalah seorang badui padang pasir. Ibu negerinya Abu Dhabi telah bertukar dari sebuah padang pasir menjadi sebuah bandar metropolis yang mempunyai segala bentuk kemewahan dan hiburan yang diimpikan oleh manusia. Bangunan pencakar langitnya tiada tandingan didunia ini. Burj al-Khalifa bangunan pencakar langitnya yang tertinggi hanyalah akan dapat diatasi oleh Kingdom Tower ketinggiannya mencecah 1km yang mula dibina tahun lepas di Jeddah, itupun dibina oleh bangsa Arab juga.

Allah menakdirkan Abu Dhabi dari sebuah perkampungan nelayan tibab-tiba berubah secara mendadak pada tahun 1960-an apabila telaga minyak yang terkaya di atas planet ini dijumpai dikawasan perairannya. Ia kini mempunyai 99% dari simpanan minyak dunia. Wang mengalir ibarat sungai di negeri padang pasir ini. Ia mengalir kedalam poket seorang lelaki badui yang dilahirkan pada tahun 1918: Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, yang mana pada tahun 1971 beliau diangkat menaiki takhta Abu Dhabi dan UAE. Dengan kekayaan tersebut beliau telah mula merancang metamorfosis Emiriyyah kedalam bentuk yang tidak pernah dimimpikan oleh puak Badui.

Bangsa Arab Badui ini telah menakrifkan semula apakah maksud kemewahan. Inilah cogankata risalah Hotel Emirates Palace, hotel 7 bintang hanya terdapat di Abu Dhabi. Mereka mengatakan telah menggunakan sebanyak 5 kilo emas tulen setahun semata-mata untuk menghiaskan kawasan gurun tersebut.

Hotel 7 bintang Emirates Palace di Abu Dhabi

Arak bersalut emas ini hanya di hidangkan di Hotel Emirates Abu Dhabi
Wildlife Park di Pulau Sir Bani Yas mempunyai berbagai binatang seperti kijang, dubuk dan zirafah yang dilepaskan bebas berkeliaran bagi pengunjung untuk merasai suasana sebenar binatang liar. Bangunan pencakar langit seperti Corniche, iaitu sebuah bangunan yang dibina mengadap laut dan menjadi pesaing kepada Havana di Cuba untuk kepelbagaian gaya terkini.

Dengan harta kekayaan yang melimpah-ruah berjumlah lebih 27 billion USD, Abu Dhabi merancang menukarkan tanah gurun tersebut menjadi pusat seni budaya dunia yang terulung. Iaitu mengembalikan segala khazanah budaya dunia yang berasaskan hawa nafsu yang dulunya ditentang oleh para nabi dengan kemurniaan kebudayaan Islam.

Mereka merancang membawa masuk muzium Louvre (http://www.louvre.fr/en) dari Perancis dengan membayar 4.8 billion dirham untuk mendapatkan hak menggunakan karya dan juga kepakaran muzium tersebut. Ini juga bermakna ia juga membawa masuk patung-patung yang dipuja oleh kaum jahiliyyah dahulu.

Patung Bactrian Princess dari 3000B.C yang dimiliki UAE
Pada mulanya, jazirah arab dipenuhi oleh kesyirikan dan orang-orang yang menyembah berhala, kemudian Allah utus Nabi-Nya dan memberi kemudahan kepadanya dengan mengirim bala bantuan, sehingga dapat menghancurkan berhala dan mengajak mereka meng-Esakan Allah semata.

Akan tetapi bersamaan dengan semakin dekatnya kiamat, dan semakin jauhnya manusia dari agama serta dari menuntut ilmu, sebagian dari mereka akan ada yang kembali menyembah berhala, dan ini merupakan salah satu tanda kiamat. Usaha yang dilakukan oleh Arab Badui tersebut yang mula membawa masuk patung-patung berhala atas nama kesenian mengingatkan kita terhadap peringatan yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith tersebut;

Berkata Abu Hurairah r.a: bersabda Rasulullah s.a.w: “Tidak akan terjadi kiamat hingga bokong wanita suku Daus kembali bergetar terhadap Dzul Khalashah”[HR. Bukhari dan Muslim] 

“Dzul Khalashah”: adalah nama berhala yang pada zaman jahiliyah disembah oleh qabilah Daus.

Rujukan
  1. http://www.bbc.com/travel/blog/20130111-abu-dhabi-takes-on-the-art-world
  2. http://www.saadiyat.ae/en/masterplan/saadiyat-cultural-district.html
  3. http://www.businesspundit.com/10-ways-people-eat-gold/


Belajar Quran