Tuesday, 11 June 2013

RAHSIA MASJID NABI YANG DI SEMBUNYIKAN - BHG 1


Tanda-tanda rahsia yang disembunyikan
Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid Nabi s.a.w itu sendiri. Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?

Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-temapt suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam. Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup samasekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya? 

Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi penghayatan umat Islam yang kemudian. Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.

Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi (http://saudi-archaeology.com/sites/madain-saleh/attachment/nabatean-inscription/)
Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan sejarah Nabi s.a.w diabaikan
Umat Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak ayat quran. Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil terhadap segala peninggalan Rasulullah bukan setakat tempat tinggal Rasulullah tetapi tempat baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun disembunyikan.
Tulisan didinding timur makam dihapuskan - dalam petak merah
Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan
Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi
Tulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai

Kotak bertanda hijau dalam gambar diatas merupakan tempat yang paling disukai oleh baginda Nabi s.a.w mengerjakan solat tahajjud. Tetapi pihak berkuasa Saudi telah menutupnya Mehrab Tahajjud ini dengan rak-rak buku. Timbul persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai nilai yang tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.

Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku
http://www.islamiclandmarks.com/saudi/madinah/masjid_e_nabwi/mehrab_e_tahajjud.html
Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup oleh pihak berkuasa Saudi












52 comments:

  1. salam tuan...
    tertarik dengan artikel ni, bole x tuan mendedahkan ayat2 ape yg dihilangkan dan kenapa dihilangkan sebab cara memadam ayat 2 terlalu ketara dibuat oleh penguasa saudi

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. InsyaAllah, mudah2an dipermudahkan Allah, bhg 2 nanti saya akan siarkan. Ayat2nya sudah, cuma cuba mendapatkan pengesahan dari sahabat2 yang pakar. Ayat2 tersebut adalah qasidah yg memuji nabi s.a.w kebanyakannya biasa kita dengar yg dialunkan oleh Syeikh Habib as-Saqaf.

    ReplyDelete
  3. asalamualaikum yg ditunjuk sedikit tetapi banyak lagi yg diubahnya oleh golongan ini.dilihat 360 darjah di situ tiada kesan lagi ciri terdahulu..........

    ReplyDelete
  4. Tkasih pkongsian..

    ReplyDelete
  5. Good info............

    ReplyDelete
  6. kerja golongan yang hatinya jauh dari kecintaan kepada rasul s.a.w....hujjah nya adalah satu..bida'ah dan syirik...sungguh kelam dan zulumatnya hati mereka2 ini..

    ReplyDelete
  7. Wahabi punya keje la nih..

    ReplyDelete
  8. wahabi punya keje???

    kita bernasib baik kerana Arab Saudi telah menjaga kesucian dan kemuliaan Mekah dan Madinah dengan begitu kemas dan sistematik sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..mu kene tipu dgn wahabi..dulu sapa yg jaga mekah/kaabah..bukan ke abu jahal & the gang..baik punya jaga dia bubuh beratus berhala kat situ..wahabi & the gang (saudi) pun sama gak..jaga tp ada udang sebalik batu..

      Delete
    2. Jika Wahabbi & his gang hahaha... ada udang sebalik batu,
      Abu Bakar & his gang pula hehehe... ada udang sebalik mee..

      Delete
  9. Nasib baik? Nasib malang adalah..baru balik dari umrah, banyak kekangan daripada "penjaga Haramain" untuk ziarah maqam Rasulullah & perkuburan baqi'. Sekarang ni yg ditonjolkan ialah kecanggihan senibina & masjid. Orang datang nak posin dulu sedangkan keutamaannya ialah ziarah Rasulullah saw. Umpama kita pergi rumah orang la..takkan kita masuk dalam rumah org, x bagi salam pastu terus pg posing2 dlm tu?

    ReplyDelete
  10. Ape yg arab saudi jg.. dpt jd pemerintah kat madinah n mekah pn sbb d restui pnjjh barat.. mereka lh yg menjatuhkn kerajaan islam ottoman dahulu bersama barat..kaji la sejarh brother..

    ReplyDelete
  11. Mereka adalah asalnya pengembala-pengembala kambing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa dgn gembala kambing? jgn la lupe kybykan nabi pernah jd pengembala kambing....

      Delete
    2. OOO TERIMA KASIH SEBAB BERITAHU

      Delete
    3. MEGACITAULEE BT APE TU

      Delete
    4. NO NO I,M ISLAM

      Delete
    5. LAIN MACA APE SIAK

      Delete
    6. GENG SEMUA SIHAT X

      Delete
    7. SIHAT BRO TERLEBIH SIHAT

      Delete
  12. kawan saya kata..." mujur Mekah dan Madinah ada di Arab SAudi, kalau tak, sorry nak pergi ke sana". sebab dia tahu siapa Kerajaan As-Saud dan apa yg diaorang dh buat kat kedua-dua tanah suci . wallahuaklam.

    ReplyDelete
  13. sikit sikit wahhabi, semua nak tuduh wahhabi, itu jalan penyelesaian orang masa kini nak salahkan siapa salahkan wahhabi.

    tapi siapa boleh huraikan apa erti wahhabi? full details please, bukan "ah golongan sesat" etc. 'movement' muhammad ibn abdul al-wahhab mendapat sanjungan kerana memerangi syirik dalam jazirah arab pada zamannya. 'movement' ini membawa kebaikan, tapi kita tak boleh nafikan ada juga buruknya... manusia tak maksum dalam keputusannya.

    so kita jangan nak pergi hukum sesetengah kumpulan yang kita rasa sesat atau lain-lain. nah kata-kata dr yusuf al-qaradawi berkata tentang orang2 yang suka menghukum dan mengkafirkan orang2..

    Dr Yusuf al-Qaradawi berkata: “Semenjak beberapa tahun yang lalu aku ada mendengar tentang satu jamaah yang zahir di Lebanon, ia menimbulkan masalah kepada umat Islam di sana dengan pandapat-pendapat yang pelik, menyeleweng dan pandangan-pandangan yang merbahaya dalam persoalan aqidah, fekah dan akhlak…dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dalam kalangan umat Islam hari ini atau yang terdahulu. Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti tokoh tajdid tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Demikian juga mereka mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-’Allamah al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya… Golongan Ahbash yang pelampau dan menyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abu al-Hasan al-’Asy’ariy segi aqidah, mazhab al-Imam al-Syafi’i segi Fekah, dan mengikut Tarikat al-Rifa’iyyah dalam berakhlak. Akan tetapi hakikatnya mereka amat jauh dari manhaj kesemua para imam itu samada dalam pemikiran, adab dan akhlak.. Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lebanon, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah (Ethopia) berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belahkan kesatuan umat Islam, mengucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. (Dr Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Muasarah 3/685-686, Dar al-Qalam).

    ReplyDelete
  14. KERANA KERAJAAN SAUDI ADALAH ORG2 MUNAFIK SEPERTI YG DISEBUT RASULULLAH. INI MENJAWAB MENGAPA SAUDI PULA YANG MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA TENTERA MESIR SELEPAS MENGGULINGKAN MURSI.

    ReplyDelete
  15. saya setuju dengan saudara Hamzah Junior...melalui sejarah kita boleh tahu bagaimana wujudnya negara saudi dan siapa sebenarnya keluarga saudi

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. untuk anda mengetahui siapa sebenarnya Raja Arab Saudi, sila baca sejarah terlantiknya Raja Saudi sekarang, yang berpunca daripada keturunan Yahudi.

    ReplyDelete
  18. Orang yang akan mula2 hilang adalah orang yang paling kita sayang , benda yang selalu hilang dan dihilangkan adalah benda yang penting , perkara yang selalu dihilangkan atau disembunyikan adalah perkara yang amat mustahak dan susah untuk ditemui atau diketahui ,

    ayat2 masjid nabi itu tak perlu dihairankan , kerana sejak dahulu sudah diwasiatkan bahawa apa sahaja benda atau apa sahaja perkara tinggalan Nabi itu terlalu ramai musuhnya ,
    pemerintah saudi itu Wahabi
    Wahabi tak suka benda2 gini takut ianya jadi kefanatikan dan 'sembahan' umat islam ,
    segala rumah2 sahabat , kini hilang tiada kesan langsung dimamah atas nama pembangunan ,
    begitulah adanya pusingan zaman , yang asli dan berharga kian hilang , yang baru dan tiada nilai akhirat pula semakin dikejar di cipta ..

    ReplyDelete
  19. gpp itu manusiawi....semuanya hanya benda yang penting ajaran nya enggak toh...east java

    ReplyDelete
  20. Selepas Musim Haji Tahun 2014 ini, regim Yahudi Saudi Wahabbi Dajjal akan meroboh Masjid Nabawi termasuk Maqam Nabi Muhammad SAW, kononnya utk pembesaran penambah-baikan. Warna hijau kesukaan Nabi bakal hilang terus, berganti dgn warna baru kegemaran Saudi Wahabbi. Apakah Dunia Islam hanya mampu diam menyepi..??

    ReplyDelete
  21. Saudi Arabia=Yahudi

    ReplyDelete
  22. wahhabi=yahudi

    ReplyDelete
  23. Orang pergi Mekah nak tunaikan haji atau umrah bukan nak hayati qasidah dan tempat bersejarah..masing2 ada pendapat masing2

    ReplyDelete
  24. Bila pergi ziarah dan umrah..., saya tertarik dengan sikap orang Arab tulen yang mengajar agar sentiasa berselawat kepada Rasul SAW tetapi apabila berdoa...berdoalah kepada ALLAH.... apa yang dibuat walaupun kadangkala amat mengecewakan tertutama dari sudut penjagaan aspek nilai sejarah tetapi adalah untuk mencegah pemujaan kepada Rasul SAW sehingga mengesampingkan ALLAH....

    ReplyDelete
  25. Org tunaikan haji di zaman sebelum Rasulullah lagi

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

  27. Menunai haji pada ketika sebelum Rasulullah,tepatnya haji penyembah Latta,uzza berhala batu,agama Budaya ciptaan tangan-tangan makhluk yang diberi nikmat hidup didunia yang fana ini oleh sang Khalik yang Esa....
    Sungguh menelusuri dan kajiansejarah dari sudut Pandang Sarjana Muslim dari kurun ke 18 silam jelas Dinasti Saudi dan Wahabiyyah didokong oleh British dan Organisasi dari Barat bagi melemahkan dan memundurkan Ummah Islam dari Kasih sayang dan kecintaan sesama Muslim dan Muslimin.....

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. Yang terbaru.kenapa Arab Saudi menaikkan lagi caj visa haji..smpai rm2k..tidakkah sudah banyak rezeki yg Allah berikan kepada kerajaan Saudi..minyak lagi,duit hasil umat Islam masuk keluar makkah madinah lagi..bukan sikit..berbilion biloin..
    Pertambahan caj visa walaupun bagi untuk haji ke dua bagi saya agak besar jumlahnya..bagi saya Makkah dan Madinah milik semua umat Islam..
    kesian bagi mereka yang ingin tunaikan ibadat kepada Allah..bukan senang untuk kumpul duit di zaman ini..banyak rakyat yang hidup susah di negara-negara miskin khususnya..
    sekadar pandangan peribadi..jika salah harap maafkan..
    moga Allah memberi peluang kepada kita semua untuk mengerjakan Haji dan Umrah ikhlas kerana Allah..

    ReplyDelete
  30. Ini cara licik kaum syiah majusi dan pengikutnya dalam menghancurkan islam...
    Dia ingin ummat islam memusuhi saudi dg memfitnah macam2 Iran syiah majusi la'natullah

    ReplyDelete
  31. Sabar saudaraku sesama Muslim.. Islam adalah agama Rahmatan lil alamin..
    Jangan memusuhi sesama Muslim.. Sesungguhnya Allah sangat tak rela, karna itu adalah fitnah akhir zaman oleh kaum Yahudi.

    ReplyDelete
  32. Sabar saudaraku sesama Muslim.. Islam adalah agama Rahmatan lil alamin..
    Jangan memusuhi sesama Muslim.. Sesungguhnya Allah sangat tak rela, karna itu adalah fitnah akhir zaman oleh kaum Yahudi.

    ReplyDelete
  33. SAUDI DI BAWAH RAJA SALMAN TELAH BERUBAH LEBHI BAIK KE ARAH ISLAM

    JGN TRAUMA DGN SAUDI DI MASA LALU.

    TETAPI SYIAH SEMAKIN JAHAT.. TIADA LAGI YG MENDEKATI SUNNI.. SEMUA DAH JADI CONDONG KE RAFIDAH IRAN YG JAHAT ITU

    WAHABI ADALAH LABEL BERLEBIHAN YG DI KEMPEN IRAN SYIAH UTK MEMUSUHI SUNNI

    JGN TERPERANGKAP PERMAINAN SYIAH ZIONIST ILLUMINATI NWO

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Belajar Quran