Wednesday 27 April 2011

Hari-Hari Syirik

Nabi Muhammad s.a.w telah memberi amaran bahawa Dajjal akan menguji ummat manusia dengan berbagai-bagai ragam syirik. Baginda menjelaskan lagi bahawa serangan syirik adalah sangat sukar untuk dikenali seperti sukarnya mengenali semut hitam berjalan diatas batu hitam dimalam yang gelap, dan dalam hadis yang lain pada waktu pagi beriman dan waktu petangnya kafir, atau waktu petang masih lagi beriman tapi esoknya kafir. Begitulah sukarnya untuk kekal didalam iman pada akhir zaman ini.

Tanpa kita sedari pada tiap pertukaran hari dan pertukaran bulan memang manusia sentiasa mengingati dan memuja-muja nama-nama penyembahan tuhan-tuhan patung berhala. Setiap nama-nama hari daripada “Sunday” hingga “Saturday”, dan seluruh nama bulan dari “January” hingga “December” dinamakan sempena sembahan patung berhala.

Berikut adalah nama-nama hari yang dikaitkan sempena sembahan patung berhala;


The First Day: Sunday was named after the Sun god. Old English Sunnandæg (pronounced [sun.nan.dæg] or [sun.nan.dæj), meaning "sun's day" preserves the original pagan/sun associations of the day

The Second Day: Monday was named after the moon goddess. Old English Mōnandæg (pronounced [mon.nan.dæg] or [mon.nan.dæj'), meaning "moon's day" the moon is personified as a god, Máni.

The Third Day: Tuesday was named after the god Tyr. Old English Tīwesdæg (pronounced [ti.wes.dæg] or [ti.wes.dæj], meaning "Tiw's day." Tiw (Norse Týr) was a one-handed god associated with single combat and pledges in Norse mythology and also attested prominently in wider Germanic paganism.

The Fourth Day: Wednesday was named after the god Odin. Old English Wōdnesdæg (pronounced [woːd.nes.dæg] or [woːd.nes.dæj) meaning the day of the Germanic god Wodan.

The Fifth Day: Thursday was named after the god Thor. Old English Þūnresdæg (pronounced [θuːn.res.dæg] or [θuːn.res.dæj]), meaning the Þunor's day. Þunor is commonly known in Modern English as Thor, the god of thunder in Germanic Paganism.

The Sixth Day: Friday was named after the goddess Frigga. Old English Frīgedæg (pronounced [fri.je.dæg] or [fri.je.dæj]), meaning the day of the Anglo-Saxon goddess Fríge.

The Seventh Day: Saturday was named after the god Saturn. the only day of the week to retain its Roman origin in English, named after the Roman god Saturn associated with the Titan Cronus, father of Zeus and many Olympians.

Bagi negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah amat beruntung kerana menghormati hari Jumaat dan di isytiharkan cuti sebagai syiar ummat Islam. Tetapi untuk negeri-negeri yang bercuti pada hari Ahad hendaklah kita tahu bahawa golongan Dajjal (illuminati, freemason) mengisytiharkan hari tersebut sebagai hari kebesaran mereka. Mereka menganggap bahawa Sun God adalah tuhan mereka paling agung, dan ajaran ini bukan asal dari kristian, yang dibawa masuk oleh Dajjal al - Masikh (menyeleweng ajaran Nabi Isa al-Masih).


Berikut ialah kenyataan satu majalah rasmi gereja Katholic "Catholic World" yang dicetak pada 1894;


"The church took the pagan philosophy and made it the buckler of faith against the heathen.  She took the pagan Roman Pantheon, temple of all gods, and made it sacred to all the martyrs; so it stands to this day.  She took the pagan Sunday and made it the Christian Sunday.  She took the pagan Easter and made it the feast we celebrate during this season...........


"The sun was a foremost god with heathendom..............There is, in truth, something royal, kingly, about the sun, making it a fit emblem of JESUS, the Sun of justice.  Hence the church in these countries would  seem to have said, 'Keep that old pagan name.  It shall remain consecrated, sanctified.'  And thus the pagan Sunday, dedicated to Balder [the god of light and peace], became the Christian Sunday, sacred to JESUS.---Vol. 58, # 348,  March 1894, p.809.


Oleh itu kita sebagai ummat Islam adalah wajib untuk kita menggunakan nama-nama hari dalam urusan harian kita mengikut amalan sunnah iaitu Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Antara nama-nama hari tersebut hari Jumaat dan Sabtu terdapat di dalam al-Quran.


Begitu juga marilah kita sama-sama mengingati dan mengamalkan dalam urusan kita nama-nama bulan mengikut sunnah iaitu;

Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rajab, Sya’ban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah.


InsyaAllah nasyid dari kumpulan Alarme ini dapat membantu kita mengingati bulan-bulan tersebut.



Tuesday 26 April 2011

Salam Terakhir - Al Ghazali



Imam Ghazali terbangun pada dini hari dan sebagaimana biasanya melakukan shalat dan kemudian beliau bertanya pada adiknya, “Hari apakah sekarang ini?”

Adiknya pun menjawab, “Hari isnin.”

Beliau kemudian memintanya untuk mengambilkan sajadah putihnya, beliau menciumnya, menebarkannya dan kemudian berbaring diatasnya sambil berkata lirih, “Ya Allah, hamba dengan rela mematuhi perintahMu,”

… dan beliau pun menghembuskan nafas terakhirnya.

Di bawah bantalnya mereka menemukan bait-bait berikut, ditulis oleh Al-Ghazli, barangkali pada malam sebelumnya.

“Katakan pada para sahabatku, ketika mereka melihatku, mati
Menangis untukku dan berduka bagiku
Janganlah mengira bahwa jasad yang kau lihat ini adalah aku

Dengan nama Allah, kukatakan padamu, ini bukanlah aku,
Aku adalah jiwa, sedangkan ini hanyalah sekeping daging

Ini hanyalah rumah dan pakaian ku sementara waktu.
Aku adalah harta karun, azimat yang tersembunyi,
Dibentuk oleh debu,yang menjadi singgasanaku,

Aku adalah mutiara, yang telah meninggalkan rumahnya,
Aku adalah burung, dan badan ini hanyalah sangkar ku

Dan kini aku bebas terbang dan badan ini kutinggal sebagai kenangan
Puji Tuhan, yang telah membebaskan aku

Dan menyiapkan aku tempat di syurga tertinggi,
Hingga hari ini , aku sebelumnya mati, meskipun hidup diantara mu.

Kini aku hidup dalam kebenaran, dan pakaian kubur ku telah ditanggalkan.

Kini aku berbicara dengan para malaikat diatas,
Tanpa hijab, aku bertemu muka dengan Tuhanku.
Aku melihat Lauh Mahfuz, dan didalamnya ku membaca
Apa yang telah, sedang dan akan terjadi.

Biarlah rumahku runtuh, baringkan sangkarku di tanah,
Buanglah sang azimat, itu hanyalah sebuah kenang2an, tidak lebih

Sampingkan jubahku, itu hanyalah baju luar ku,
Letakkan semua itu dalam kubur, biarkanlah terlupakan
Aku telah melanjutkan perjalananku dan kalian semua tertinggal.

Rumah kalian bukanlah tempat ku lagi.
Janganlah berpikir bahwa mati adalah kematian, tidak, itu adalah kehidupan,

Kehidupan yang melampaui semua mimpi kita disini,
Di kehidupan ini, kita diberikan tidur,
Kematian adalah tidur, tidur yang diperpanjang

Janganlah takut ketika mati itu mendekat,
Itu hanyalah keberangkatan menuju rumah yang terberkati ini
Ingatlah akan ampunan dan cinta Tuhanmu,

Bersyukurlah pada KaruniaNya dan datanglah tanpa takut.
Aku yang sekarang ini, kau pun dapat menjadi
Karena aku tahu kau dan aku adalah sama
Jiwa-jiwa yang datang dari Tuhannya

Badan badan yang berasal sama
Baik ataupun jahat, semua adalah milik kita
Aku sampaikan pada kalian sekarang pesan yang menggembirakan
Semoga kedamaian dan kegembiraan Allah menjadi milikmu selamanya

Wednesday 20 April 2011

Kemelut Wang Akibat Kita Lari Dari Sunnah




Demokrasi bukan untuk matawang
Orang menyangka dalam sistem demokrasi mereka mempunyai pilihan dalam semua perkara, selepas berlaku krisis ekonomi barulah mereka sedar dalam penggunaan wang harian mereka tiada pilihan. Contohnya Bank Negara boleh memansuhkan nilai wang kita bila-bila masa seperti wang RM500 dan RM1000 yang sudah tidak sah nilai.  Tragisnya manusia dalam zaman moden ini sangat mementingkan wang ringgit tetapi sebaliknya mereka tidak tahu apa-apa tentang perjalanan sistem ekonomi berasaskan wang kertas ini. Secara perlahan-lahan tabir mula tersingkap.
Pasaran bebas bukan sahaja dikuasai oleh syarikat-syarikat besar yang monopoli tetapi juga di batasi oleh pihak kerajaan. Sepatutnya dalam pasaran yang betul-betul bebas, pasaran yang menentukan apakah matawang yang mereka kehendaki, sama ada emas, perak, platinum atau apasahaja yang bernilai. Dalam keadaan yang ekonomi sedemikian , kita digalakan supaya bersederhana dan membelanjakan untuk keperluan ekonomi yang sebenar. Inilah konsep sebenar ekonomi islam berbeza dengan ekonomi kapitalis yang diamalkan diseluruh dunia kini. Apabila kerajaan kelantan mengeluar kan matawang dinar dan dirham, banyak pihak yang mengeluarkan kata-kata sinis bahkan ada yang mengatakan tidak mungkin cukup emas dibumi ini kalau gunakan duit dinar. Beginilah pemikiran kita yag telah dipengaruhi unsur dajjal hingga hilang pergantunagn kepada Allah swt. Padahal Rasulullah pernah di tawarkan oleh malaikat untuk menukar gunung uhud kepada emas, ini menunjukakan kalau kita bertawakkal kepada Allah swt, insyaAllah ada jalan keluarnya.
Dalam zaman teknologi maklumat ini, penggunaan dinar boleh dilaksanakan dalam bentuk debit kad, kad telepon atau transaksi internet dari segi teknikalnya tidak ada masalah. Masalah yang paling besar masa ini ialah kaedah pengeluaran wang kertas oleh bank-bank komersial samada konvensional atau bertopengkan perbankan islam adalah dicipta atas angin berdasarkan keuntungan pinjaman yang dikeluarkan. Mereka memasukkan nilaiannya kedalam akaun pelanggan melalui kaedah perakaunan mudah. Wang wujud dalam akaun seperti matrik, secara realiti bayangan hanya angka-angka yang muncul dalam penyata akaun. Wang ini akan beredar dipasaran selepas  dibelanjakan oleh pelanggan.
Kita ditipu bulat-bulat oleh sistem ekonomi riba-kapitalis ini, mereka mencipta berbagai-bagai formula rumusan bagi memperdayakan kita seolah-olah sistem mereka adalah termaju dan membawa kesenangan. Sebenarnya kita membuatkan mereka membolot semua hasil negara yang Allah anugerahkan untuk semua manusia menikmatinya. Ini mewujudkan jurang yang besar antara kaya dan miskin.
Duit Atas Angin
Mengikut arahan terbaru bank negara, bank-bank hanya memerlukan kurang 2% dalam bentuk simpanan wang sebenar (statutory reserve requirement). Katakan kita simpan dibank sebanyak RM100, dari RM100 ini mereka boleh mengadakan wang sebanyak RM5,000 yang kemudiannya dikeluarkan kepada pelanggan melalui pinjaman. Katakan pelanggan ini membeli di kedai runcit sebanyak RM100, kemudian peruncit tersebut menyimpan dibank. Proses yang sama akan berlaku, kemudian pihak bank termasuklah yang bertopengkan perbankan islam memberi pinjaman melalui wang yang dicipta atas angin ini. Sistem ini seolah-olah silap mata (inilah sihir dajjal sebenarnya), namun ia terus berjalan selagi bank yakin bahawa peminjam  dapat membuat bayaran. Jika wang tersebut di belanjakan atau pelaburan menghasilkan wang, semua orang akan mendapat bayaran dan kitaran penghasilan wang akan berterusan.
Tetapi sistem ekonomi palsu berasaskan wang kertas ini sudah sampai ke penghujungnya. Sistem matawang yang bersandarkan hutang ini telah runtuh di US dan kebanyakan negara eropah apabila pinjaman yang dikeluarkan dengan pertaruhan harga rumah akan terus naik tidak menjadi kenyataan. Apabila harga rumah turun, peminjam hilang pertaruhannya dan gagal membayar balik pinjaman. Ini meyebabkan tindakbalas rantaian apabila bank-bank gagal mendapat kembali wang tersebut hingga menyebabkan bankrup.
Inflasi

Mengikut satu kajian dari Malaysian Insider , kuasa beli rakyat malaysia di KL adalah yang terendah berbanding beberapa bandar raya lain didunia.  Ini adalah inflasi yang memang sifat semulajadi penggunaan wang kertas. Dalam penggunaan matawang sunnah dinar dan dirham, tidak akan berlaku inflasi. 1 dinar (4.25g emas) zaman Rasulullah boleh membeli se ekor kambing sama harga seperti sekarang, begitu juga 1 dirham dapat membeli se ekor ayam sama seperti hari ini. Melalui inflasi kerajaan melalui sistem riba-kapitalis mengambil balik wang rakyat tanpa disedari. Kaedah penghasilan wang tanpa bersandarkan nilai wang sebenar seperti emas inilah membuatkan inflasi, apabila wang dicetak tanpa had. Ia hanya bersandar jaminan pembayaran bond yang dikeluarkan kerajaan yang terkandung didalamnya hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank. Semakin banyak bond dikeluarkan, banyak faedah yang perlu dibayar kepada pelabur-pelabur, sudah tentu diperolehi daripada inflasi.

Ekonomi Kita Sekarang Ini
Matawang Malaysia bersandarkan sepenuhnya kepada USD berdasarkan perjanjian IMF tahun 1971. Kejatuhan mata wang USD pasti menyeret sama ekonomi kita. Keadaan ekonomi di US sekarang ini amatlah tenat dan memaksa mereka melakukan Quantitave Easing iaitu mencetak mata wang lebih banyak lagi (sekarang ini dah QE2). Wang baru yang dikeluarkan ini sebanyak 600bn USD. Duit yang dihasilkan melalui kaedah ini dipanggil Hot Money. Polisi kebanyakan negara seperti China, mereka mengadakan langkah-langah tertentu untuk menyekat kemasukan wang tersebut. Wang-wang tersebut tidak diniagakan dalam US kerana kadar faedahnya adalah sifar. Wang tersebut dilambakan dinegara-negara ketiga bertujuan mendapatkan keuntungan dalam jangka masa pendek.
Amat menghairankan bank negara mengalu-alukan pelaburan hot money ini. Walaupun hakikat sebenarnya tidaklah begitu menghairankan kerana keperluan pemimpin politik untuk mendapatkan wang bagi membiayai pilahanraya yang mesti diadakan tahun ini sebelum Hot Money ini ditarik keluar. Ini kita dapat lihat dengan kemasukan penyangak-penyangak ekonomi seperti  Goldman Sachs, House of Rothschild, Bear Stearns dan lain-lain. Mereka sebenarnya sisa toksik kepada ekonomi negara. Tidak hairanlah apabila awal tahun ini pasaran saham KLSE naik mendadak hingga tahap 1500 mata. Sebenarnya kenaikan ini adalah sementara apabila mereka sudah dapat keuntungan jangka pendek, wang tersebut akan dikeluarkan.
Inilah telah terjadi pada tahun 2007 semasa pemerintahan Pak Lah, apabila sejumlah besar dana asing di bawa keluar. Akibatnya bank negara terpaksa mencetak sebanyak RM67bn duit atas angin bagi mengelakan keruntuhan ekonomi. Kesannya kita rasai sekarang ini apabila harga rumah teres terutamanya di Lembah Klang melebihi RM500,000 dan kenaikan harga semua barang-barang keperluan. Dan tsunami kenaikan harga ini pasti akan berlaku selepas pilihanraya umum ke 13 apabila Hot Money dasar kewangan jangka pendek US dibawa keluar!
Rujukan
  1. http://www.themalaysianinsider.com
  2. Matthias Chang - http://wikilekz.blogspot.com/2011/03/governor-bank-negara-malaysia-its-not.html

Tuesday 19 April 2011

Kisah Disebalik Kematian Adik Saiful Syazani

Salah satu alat utama memesongkan pemikiran manusia yang diasaskan oleh pergerakan zionis ialah media dan TV. Rancangan samada hiburan atau berita dipesongkan bagi mencapai matlamat mereka untuk menguasai umat manusia. Rancangan hiburan diadakan supaya melalaikan manusia dan dimasa yang sama mempengaruhi manusia mendapatkan kebendaan yang langsung tidak perlu dalam kehidupan mereka.

Begitu juga dengan berita-berita yang disebarkan bertujuan mempengaruhi kita supaya mempercayai sesuatu walaupun jauh dari kebenaran. Tambahan lagi dizaman materialisma ini kita disibukan dengan berbagai urusan sehingga tidak ada masa untuk menyiasat sendiri samada benar atau salah. Kita menjadi malas untuk berfikir dan membiarkan kotak TV berfikir untuk kita. Kita hanya menjadi seperti burung kakaktua mengiakan apa saja yang keluar dari kotak tersebut.

Antara berita yang menarik perhatian saya ialah berita seorang ustaz yang membelasah anak muridnya hingga mati hinggakan tanpa usul periksa pemimpin tertinggi juga membuat kutukan. Ya, kalau kita melihat dari TV dan berita media kita pun mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak berperi kemanusiaan tersebut kalau benar ianya berlaku. Tetapi saya mendapat berita yang sebenarnya dari sahabat yang berkunjung sendiri di madrasah tersebut. Berita lanjutnya seperti berikut...


Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,
“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )
“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -
Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.
Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.
CERITA SEBENAR
Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.
“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.
Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.
Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.
Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”
Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.
Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )
Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini,meniggal akibat kekurangan oksigen.
Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya.
Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.
GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.
rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri

Thursday 14 April 2011

Sheikh Imran Hosein 's Speaking Schedule - KL & Shah Alam

APRIL 2011

Sunday
Thursday
Friday
Saturday
1
2




3
7
8
9




10
14
15
16


Akedemi 
Islam
University
Malaya
(8pm-10pm)

17
21
22
23
Masjid Malabar Selayang
(8pm-10pm)

UIA Mosque
(Before Jum’at)
AKM PJ
(8pm-10pm)
24
28
29
30
Surau Al Abqary VillaBestari, Gombak
(8pm-10pm)
Masjid Negeri
Shah Alam
(8pm-10pm)
KLIA Mosque
(Before Jum’at)
Masjid
Al-Ghufran
TTDI
(8pm-10pm)
Masjid Taman TAR
 (8pm-10pm)
31









Date/Topic
  1. 15th April/ Islamic Response to the Arabs Uprising
  2. 16th April/ Islam and the International Monetary System
  3. 22nd April/ TBC
  4. 24th April/ Islam and the International Monetary System
  5. 28th April/ Prohibition of Riba in the Quran and Sunnah

Belajar Quran