Tuesday 23 August 2011

Pembangunan Mekah dan Kedatangan Dajjal



Mekah tempat lahirnya Nabi Muhammad saw dan tempat terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam sedang mengalami pembangunan komersial yang terhebat dalam sejarah. Beratus-ratus buah bangunan sedang dalam pembinaan tanpa meninggalkan sedikitpun sejarah dan binaan asal dari Rasulullah, para sahabat dan kesemua tinggalan Khilafah Rashidin dan apatah lagi Khilafah Othmaniyyah. Tinggalan Kubu Ajyad dari zaman Othmaniyyah pada abad ke 18 merupakan kubu yang dibina untuk mempertahankan Mekah pada masa itu telah diratakan tanpa sebarang kesan. Dengan satu malam sahaja bukit yang menempatkan kubu tersebut telah diratakan untuk pembinaan menara Abraj Al Bait. Begitu juga seluruh penduduk yang mendiamai kawasan tersebut telah dipindahkan ke pinggir-pinggir Mekah dan bandar-bandar yang berdekatan. Kawasan yang dulunya adalah bersejarah dalam tamadun Islam akan bertukar menjadi komplek membeli belah yang terhebat, hotel termasyhur dan kediaman mewah.

Apakah Hijaz yang dikuasai Raja Badwi itu adalah milik sepenuhnya. Apakah tujuan pembangunan besar-besaran itu untuk kebaikan umat Islam? Gabenor Mekah, Putera Khaled Al Faisal sering melaung-laungkan menjadikan Mekah bandar abad 21, menukar destinasi ibadat haji ini kepada bandar contoh dari segi pembangunan dan pemodenan. Mereka berpegang dengan fatwa tempat tinggalan Rasulullah dan sahabatnya adalah bidaah tapi peliknya membawa masuk pengaruh yahudi di Mekah dan Madinah, telah memusnahkan semua sejarah dan senibina yang telah di asaskan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat.

Pembangunan Mekah sepatutnya dikongsi bersama oleh umat Islam bukan dibolot oleh dinasti Raja Badwi sahaja. Setidak-tidaknya umat Islam tidak terbeban dengan kewangan yang tinggi bagi menunaikan rukun Islam yang kelima itu. Tetapi motif sebenar pembangunan tersebut seperti yang terjadi adalah kerana dorongan keuntungan kepada suku sakat Raja Badwi semata-mata.

Pembangunan di Mekah menyebabkan harga tanah melonjak lebih dua puluh kali ganda sejak sepuluh tahun lepas kepada purata $70,000 per meter persegi dan harga apartment sekurang-kurangnya $3 juta. Akibat dorongan mendapatkan keuntungan semata-mata, pemaju pembinaan tidak memberikan keutamaan kepada keperluan sebenar jemaah haji (tidak seperti didakwa pemerintah). Kesemua pembangunan setakat ini hanya menumpukan kepada keperluan golongan berada dan hartawan, daripada gedung membeli belah ternama, restoran terkenal berada dalam mall hinggalah hotel-hotel berjenama antarabangsa (yang dikuasai Yahudi) yang mengenakan caj sekurang-kurangnya $700 semalaman. Umat Islam amat berkira untuk berbelanja supaya tidak terbeli barangan buatan Yahudi tapi rupanya di Mekah uamt Islam berbelanja tanpa had di gedung-gedung dan hotel-hotel milik Yahudi! Siapakah yang menggadaikan tanah suci dan kiblat umat Islam ini? Inilah tahap umat Islam sekarang ini yang tergambar oleh Rasulullah s.a.w ketika hampir wafatnya beliau, ya ummati, ya ummati!



Antara mercutanda terbaru ialah pembinaan Menara Abraij Al Bait (menara Jam) atau Fairmont Tower merupakan pembangunan yang merangkumi Masjidil Haram itu sendiri. Komplek menara tersebut mempunyai keluasan lantai 15.6 juta kp adalah terbesar didunia dan menaranya adalah antara tertinggi didunia; binaan pencakar langit akhir zaman seperti yang di beritahu oleh Rasulullah yang dibina oleh kaum badwi adalah betul-betul berada di hadapan Kaabah!

Abraij Al Bait merupakan penswastaan komersial yang terbesar didunia. Ia dibiayai sepenuhnya oleh Saudi Binladen Group (SBG), dan diberi kontrak selama 25 tahun untuk menguruskan komplek tersebut. Sebahagian akan disalurkan kepada Wakaf Malik Abdul Aziz tetapi SBG mempunyai hak terhadap keuntungan selepas tamat tempoh penswastaan selama 25 tahun.
Sebelum ini umat Islam di warwarkan menara tertinggi ini akan menempatkan jam terbesar didunia yang akan menjadi kemegahan umat Islam dan bilik-bilik penginapan akan dibuka untuk pelaburan umat Islam seluruh dunia. Tetapi sebenarnya kesemuanya sebanyak 1005 bilik telah diserahkan kepada  rangkaian hotel antarabangsa Yahudi, Fairmont hotel; rangkaiannya meliputi kasino di Monte Carlo hingalah Tel Aviv.  Fairmont hotel ini diasaskan oleh Benjamin Swig seorang banker dan aktivis Yahudi di San Francisco pada tahun 1945. Dia merupakan tokoh Yahudi dan termasuk dalam senarai tokoh Yahudi paling berpengaruh.



Siapakah penduduk Madinah yang menjadi pengikut Yahudi dan bersama Dajjal?
Diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu ‘anha:


“Rasulullah masuk ke kamarku dalam keadaan aku sedang menangis. Beliau berkata kepadaku: ‘Apa yang membuatmu menangis?’ Aku menjawab: ‘Saya mengingat perkara Dajjal maka aku pun menangis.’ Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: ‘Jika dia keluar sedang aku masih berada di antara kalian niscaya aku akan mencukupi (melindungi) kalian. Jika dia keluar setelah aku mati maka ketahuilah Rabb kalian tidak buta sebelah. Dajjal keluar bersama orang-orang Yahudi Ashbahan hingga datang ke Madinah dan berhenti di salah satu sudut Madinah. Madinah ketika itu memiliki tujuh pintu, setiap celahnya ada dua malaikat yang berjaga. Maka keluarlah orang-orang jahat dari Madinah mendatangi Dajjal ….” (HR. Ahmad, Abdullah bin Ahmad, Ibnu Hibban. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu berkata: Sanadnya shahih)


Badge Askar

Lambang Polis

Emblem Askar
New World Order

Sila perhatikan simbul-simbul tersebut adakah terdapat persamaan, sila buat kesimpulan masing-masing. Wallahu’alam.

48 comments:

  1. masyaAllah...terima kasih..saya minta izin untuk pastekan dalam wall facebook saya..:)

    ReplyDelete
  2. kepada Anon, silakan dan kembangkan supaya umat Islam sedar siapa dibelakang tabir yg menguasai umat Islam sekarang ini..

    ReplyDelete
  3. wow info yg sgt mendlm
    tq

    ReplyDelete
  4. tq kongsi info nih~

    ReplyDelete
  5. Ada aper dengan simbol tu???? bagi tau lah....suruh kita plak yang piker n buat kesimpulan....bagitau ajerla...buat otak penin nk piker banyak2....ingat gua ada mase ke piker soal simbul2 tu.....merepek

    ReplyDelete
    Replies
    1. simbol piramid (pada lambang polis) dan simbol mata satu (pada emblem askar).....kedua2 simbol ni adalah simbol bagi dajjal dan pengikutnya2....ianya telah digunakan secara meluas di sekliling kita kalau anda perasan...bahkan sebuah parti politik di negara kita pun menggunakan bendera yg ada simbol mata satu..

      Delete
    2. tambah sket..
      bahkan ada pati poltik yang terus terang guna gambar pengandar yang sinonim dengan DAJJAL MENGANDAR

      Delete
  6. badge polis kt tengah tu macam mata
    lambang polis ada piramid
    emblem askar tu nmpak macam mata.. warna hitam cam anak mata.. sori kalau salah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar....lambang mata satu (one eye) dan piramid (piramid yg x siap) inilah lambang2 dajjal dan illuminati...

      Delete
  7. Saya tidak paksa sesiapa utk terima pendapat saya, seperti kata almarhum Sykh Hassan al-Banna, " Pendapat seseorang itu boleh diterima atau ditolak, kecuali jika ianya datang dari al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w".

    Salah satu kelemahan umat melayu ialah menerima bulat-bulat berita dibawa media arus perdana, tanpa menyelidik apakah tujuan disebaliknya, dan hanya berfikir mengikut acuan mereka. Tujuan sy menulis blog ini ialah utk sama2 berkonsi pendapat apakah kisah disebalik yg berlaku dikeliling kita, sebab itulah Rasullulah meminta umat akhir zaman mengambil iktibar dari kisah dlm surah al-kahfi; antaranya kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa; melihat sesuatu bukan hanya zahir tapi yg sebenarnya adalah yg tersirat.

    Utk memahami siapakah Dinasti Saud yg menguasai Hijaz kala ini saya syorkan supaya saudara membaca tulisan Sheikh Imran Hosein ini,

    http://www.imranhosein.org/books/126-the-caliphate-the-hijaz-and-the-saudi-wahabi-nation-state.html

    http://imranhosein.org/media/books/caliphate.pdf

    Sama-samalah kita berdoa semoga Allah melindungi kita dari fitnah Dajjal akhir zaman.

    ReplyDelete
  8. mulkan jabriyyan...

    ReplyDelete
  9. saya suke berkongsi akan perbualan saya dengan salah seorang panel pembangunan mekah yang mewakili msia

    seorang profesor di UIA ...anda boleh google atau tanya warga UIA siapa..atau boleh google panel pembangunan mekah...kejadian tersbut berlaku di hadapan kaabah pada tahun 2008 masa saya mengerjakan haji dan kerja naik taraf baru sahaja dimulakan...

    suka dikatakan mekah bukan milik sesiapa....malah raja arab saudi hanya digelar penjaga 2 masjid paling mulia...
    oelh itu segala yang berkenaan dengan mekah bukan keputusan seorang manusia samada sekecil2 zarah, shingga nak masuk dalam kaabah, shingga sebesar2 nak membangunkan kaabah sebegitu pesat....raja arab saudi pun tidak mampu buat apa2 keputusan berkenaan mekah...bagi yg tidak tahu mekah mempunyai 7 imam yang keturunannya dipelihara sejak zaman nabi lagi....setiap anak dari imam ini akan dipilih seorang dan sejak bayi akan ditatang dalam beragama..boleh dikatakan mereka ini diberikan perhatian sepenuhnya untuk menimba ilmu dan merayu sbg hamba ALLAH...

    dalam apa jua halnya berkenaan mekah 7 imam ini haruslah solat istikarah selama 40 hari..imam2 tue sejak kecil mmg tak penah miss satu waktu solat pun oleh itu petunjuk dari ALLAH adalah terang bagi mereka...

    waima seorang dari 7 ini mendapat petunjuk yg tidak sama maka tidak boleh dilakukan..perihal ini jelas seperti soalan seorang jemaah ketika itu yg menjelaskan tun dr mahathir pada tahun 90-an pernah menyarankan raja arab saudi untuk membina lrt atau kertapi tetapi ditolak(cerita ini semua pegawai tabung haji di mekah tahu).....tapi hari ini haji menggunakan keretapi...kenapa???kerana perlunya 7 imam ini mendapat petunjuk dalam solat istikarah yang sama...

    di arafah pula kita akan ketemu sebuah masjid dimana setengah masjid tersebut termasuk dalam padang arafah, setengah lagi di luar kawasan ukuf...kenapa kerajaan arab saudi buat seperti itu.....jawapan dia kerana persempadan kawasan ukuf digariskan oleh malaikat jibril..soalannya bila???bagaimana manusia boleh tahu?????dan sempadan itu digariskan oleh jibril selepas masjid itu siap.....sbb itu masjid itu setngah keluar dari kawasan ukuf stgh lagi dalam kawasan ukuf....

    banyak lagi yang mahu dicoretkan tapi yang paling penting janganlah dipandang remeh kekuasaan ALLAH dalam melindungi mekah waima dari firaun ini pula dari raja badwi yang beragama islam....orang arab tahu kenapa raja mereka sakit dsb sbb ada petanda yang ALLAH berikan pada tujuh imam ini tidak mahu diikuti oleh para raja(soal harta dan takhta)...perkara ini bukan rahsia dalam pentadbiran kerajaan mekah....

    lagi sekali akhir...yakinlah bahawa ada satu tempat dimana dajjal sejak zaman nabi hanya mampu berlegar tetapi tidak boleh masuk langsung iaiatu tanah haram mekah....

    janganlah kerana sakit hati kita dek kerana bayaran mahal pergi haji kita berfikir buruk pada kesucian mekah..sedangkan kalau melancong, beli kereta import boleh pulak....lagi satu kita yg nak keselesaan padanlah dengan harag 9 ribu keatas....di mekah sendiri ada yg memasang khemah, duduk di kawasan gua hira dan mereka datang dari bangla, pakistan, india, yemen....mereka hanya perlu bayar rm 100-150 visa haji sehari..kalau saya kira balik...perbelanjaan nak masuk kemekah untuk tunaikan haji untuk 10 hari hanya 1500 sahaja....soalnya kita nak mewah naik kapal terbang..nabi naik unta jalan kaki meredah padang pasir...tiada niat untuk saya menafikan teknologi..cuma sekadar pengetahuan yang kita nie terlupa kemewahan sudah memanjakan kita dan kita merungut pula harga untuk tunaikan haji.... sehingga kita persoalkan pula kesucian mekah yang ALLAH jamin dari dajjal yg hebat ini pula manusia yg jahat dia tak sehebat dajjal...

    wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. "perihal ini jelas seperti soalan seorang jemaah ketika itu yg menjelaskan tun dr mahathir pada tahun 90-an pernah menyarankan raja arab saudi untuk membina lrt atau kertapi tetapi ditolak(cerita ini semua pegawai tabung haji di mekah tahu).....tapi hari ini haji menggunakan keretapi...kenapa???kerana perlunya 7 imam ini mendapat petunjuk dalam solat istikarah yang sama..."

      Wah...hebat Tun M mendahului imam2 tersebut..tapi Tun M kata Nabi SAW tak cukur janggut sbb tak ada gillete...hehe..masok nama Tun M je...aku dah nak muntah...

      Delete
  10. Terimakasih atas pandangan sdr Mustaqim,
    Sy tidak dpt mengulas atas perkara yg berlaku dibalik tabir tapi apakah benarnya begitu? Yg nampak jelas Saud berkuasa penuh keatas pembangunan Mekah. Apakah penyerahan Mekah Tower kepada syarikat perhotelan Yahudi Fairmont Hotel itu juga setelah mendapat petunjuk dari imam yg 7 itu?
    Ummat Islam tidak pernah ambil iktibar dari sejarah. Kejatuhan khilafah Othmaniyyah bermula dari pembangunan Mekah! Ia bermula abila Sultan Abd Hamid II menerima bantuan barat untuk melaksanakan pembinaan landasan keretapi dari Mekah ke Madinah utk kemudahan jemaah haji. Hasil dari tipudaya Yahudi kerajaan Othmaniyyah yg tidak berhutang sesenpun akhirnya jatuh bankrap akibat perbelanjaan pembangunan tersebut, akhirnya membawa tumbangnya khilafah!

    http://en.wikipedia.org/wiki/Hejaz_Railway

    http://books.google.com.my/books?id=QjzYdCxumFcC&pg=PA253&lpg=PA253&dq=ottoman+mecca+train&source=bl&ots=PdX4RfFIu4&sig=Ra57VSEeSqkVdJvK0IXyHPDXVOo&hl=en&ei=yT3YTrPDMIzQrQet2c2DDg&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=5&ved=0CDwQ6AEwBA

    (sila copy paste dlm browser utk dptkan maklumat tsbt)

    ReplyDelete
  11. terima kasih kepadaa sdr nursi dan mustaqim, saya risau membayangkan apa yang mungkin berlaku jika mekah,tempat yang suci tidak lagi mendapat perlindungan Allah. nauzubillah. boleh saya tahu, mengapa pula mekah mengambil kputusan untuk mengunakan teknologi untuk menghijaukan padang arafah. saya ada terlihat gambar bumi arafah semakin menghijau kerana teknologi yang digunakan. namun, hijaunya padang arafah adalah salah satu tanda kiamat,bukan? harap saya diberi fahaman. terima kasih, assalam

    ReplyDelete
  12. Salam buat Sdr Nuri dan Mustaqim

    Perbincangan yang bernas dari anda dan juga sahabat-sahabat yang lain berkaitan hal pembangunan Kota Mekah ini dan saya menunggu-nunggu reply yang selanjutnya dari anda.

    Jangan berhenti setakat ini dalam tanda tanya yang tak bernoktah di kalangan peminat blog ini berkaitan hal ini.Bukan untuk mencari siapa menang atau kalah dalam perbincangan ini tetapi adalah lontaran info yang kalian ada untuk sama-sama kita fikirkan dan renungkan!

    Kita maklum 2 kota suci itu dalam jagaan Allah swt tetapi suatu ketika dahulu Kaabah pernah dirosakkan dan suatu ketika nanti ianya akan dirosakkan lagi menjelang akhir zaman - maksud saya `jagaan Allah swt' itu pasti ada sesuatu maksud yang perlu diambilfaham oleh hamba-hamba Nya ???

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  13. Zaman akhir zaman merupakan zaman fitnah, banyak hadis dari Rasulullah saw yg memberi amaran tentang fitnah yg berlaku;

    Rasulullah SAW mengingatkan kita agar mengelakkan diri daripada terjatuh dalam fitnah yang menimpa umatnya laksana malam yang gelap gelita dengan sabda baginda yang bermaksud:

    "Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia."

    Jika kita tidak melengkapkan diri kita dengan amanat yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw kita akan turut terjatuh dalam fitnah tersebut. Fitnah yang paling besar terjadi di akhir zaman dan sejak adanya tamadun manusia adalah fitnah Dajjal. Keluarnya Dajjal merupakan tanda besar kiamat, disaat itu keimanan tidak berguna kepada sesiapa belum beriman.

    هَلْ يَنْظُرُوْنَ إِلاَّ أَنْ تَأْتِيَهُمُ الْمَلاَئِكَةُ أَوْ يَأْتِيَ رَبُّكَ أَوْ يَأْتِيَ بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ لاَ يَنْفَعُ نَفْسًا إِيْمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيْمَانِهَا خَيْرًا قُلِ انْتَظِرُوا إِنَّا مُنْتَظِرُوْنَ

    “Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka) atau kedatangan (siksa) Rabbmu atau kedatangan beberapa ayat Rabbmu. Pada hari datangnya ayat dari Rabbmu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: ‘Tunggulah olehmu, sesungguhnya kamipun menunggu (pula)’.” (Al-An’am: 158)

    Yang dimaksud dengan ‘tanda-tanda Rabbmu’ dalam ayat ini adalah munculnya Dajjal, terbitnya matahari dari sebelah barat, dan munculnya daabbah (binatang). Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menjelaskan di dalam sebuah sabdanya:

    ثَلاَثَةٌ إِذَا خَرَجْنَ لَمْ يَنْفَعْ نَفْسًا إِيْمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ: الدَّجَّالُ وَالدَّابَّةُ وَطُلُوْعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا

    “Tiga hal apabila telah muncul (terjadi) maka tiada bermanfaat lagi sebuah keimanan bagi seorang jiwa yang belum beriman (sebelumnya): Dajjal, daabbah, dan terbitnya matahari dari arah barat.”

    Rasulullah telah berpesan untuk menjauhkan dari fitnah Dajjal, antaranya ialah menghafal samada 10 ayat terawal atau 10 terakhir dari surah al-kahfi.

    Amalkan doa permohonan perlindungan Allah pada saat duduk sholat tahiyyat terakhir dalam sebelum salam kanan dan kiri:

    اللهم إني أعوذبك بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

    وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

    "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian serta dari jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal" (HR Muslim)

    Beramalah dengan amanat yang telah dipesan oleh Rasulullah saw tersebut, insyaAllah Allah akan memberi petunjuk kejalan kebenaran diatas segala kegelapan fitnah yang melanda kini.

    ReplyDelete
  14. as salam...
    berkenaan pandangan saudara mustaqim
    kalau nk kata zaman nabi dulu naik unta
    zaman kita ni bermewah2 naik kapal terbang? kapal terbang itu satu2nya pengangkutan boleh dipakai itu bukan kemewahan, hotel2 mahal2 kat mekah, petunjuk imam ke? ke nafsu serakah pemimpin nk untung lebih, saya sudah dua kali pergi ke mekah, saya kecewa... niat suci mengerjakan haji jgn biarkan jemaah terbeban, bermcm2 penipuan org arab menekan jemaah haji, sampai nk pegi umrah pun menekan dgn harga tinggi, nk kata niat ibadah xnk belanja mahal, memang xkan mampu serendah 2000 ringgit, memanglah org bangla bayar murah duduk merempat dimana mereka suka, diorg negara dekat dgn jarak yg berbeza, org kita? mampu ke nk duduk mcm org bangla sedangkan yg pergi haji pesara2 tua kerajaan? duduk hotel jarak jauh2 sbb murah, subhanallah... kesian, kita tengok je diorg tertunduk2 meredah jalan pergi ke masjid... hakikatnya nk pegi waktu muda x mmpu kena menabung ribuan ringgit... kerana negara kita bukan berpendapatan tinggi... lg satu nk tunggu turn pegi haji pun lambat... ikut giliran...

    mekah yg saya pergi 10 tahun lps tidak lg seperti dulu... :(

    ReplyDelete
  15. patut dibaca dan disedari oleh setiap orang Islam yang cintakan agamanya.

    ReplyDelete
  16. Salam,
    Saya kurang percaya nak buat semua benda kena tunggu 7 imam solat istikarah dpt pentunjuk baru boleh buat sebab langsung x logik. Takkan 7 imam solat istikarah di Mekah depan Kaabah dapat petunjuk guna rangkaian hotel Yahudi? x pernah dengar ni.. Mungkin kita ni lupa sejarah. Cuma Abrahah yang kena bala Allah nak musnahkan Kaabah; Tapi Yusuf At-taqafi telah merosakkan kaabah + hajar aswad dgn manjanik masa perang dengan Abdullah bin Zubair zaman Khalifah Marwan dulu kita dah lupa...Hajar Aswad hari ni adalah batu hitam yang pecah 7-8 ketulan kecil. Camna pulak Snouck Hugronje (@Abd Ghaffar) boleh tawaf Kaabah sedangkan dia kafir? Snouck ni lepas pi Mekah dia dihantar ke Indonesia untuk memusnahkan kerajaan Islam terakhir di Acheh 1905. Dia membuat fatwa memesongkan seperti tiada jihad, doa penjilat Queen Belanda dalam khutbah Jumaat...

    Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batu hitam tu dengar kabar pecah 9, jadi ada seketoi lagi orang dok bekunun ada di England, orang British simpan.

      kalau perkabaran ini salah .. mohon maaf ajelah

      Delete
  17. saudara mustaqim...sila jelaskan... sudah hampir setahun...masih tiada jwpn dari saudara...

    ReplyDelete
  18. Bahaya umat akhir zaman tidak kenal agama , tetapi lebih kenal politik?

    Awal-awal Islam ialah mengenal Allah , mengenal ugama , syariat / hukum hakam.


    Firman Allah :

    يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ إِن تَنصُرُواْ اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

    [ Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah
    Nescaya Allah membela kamu ( untuk mencapai kemenangan )
    Dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

    [ Surah Muhammad ayat 7

    Green / islam لا اله إلا الله محمد رسول الله

    Semua orang islam itu bersaudara.

    ReplyDelete
  19. ADAKAH DENGAN 7 IMAM ITU BARU MEKAH BOLEH BERBUAT SESUATU? INI ISRAILIAT ENCIK MUSTAKIM

    ReplyDelete
  20. raja saudi akan digulingkan....eksport minyak dihentikan....minyak arab perlu ditukar dengan senjata 2 dari rusia dan china.terusan suez ditutup.roket 2 dan peluru berpandu perlu menhujani israel selama 100 hari tanpa henti.ghanimah perang yang banyak dibahagi kepada semua mujahiden dan orang islam

    ReplyDelete
  21. Salaam semua. Raja arab saudi adalah dari keturunan yahudi.Ini adalah pengakuan dia sendiri apabila diwawancara akhbar dari perancis. Hotel2 dan disekeliling masjidil haram di mekah dan masjid nabawi di madinah adalah milik orang yahudi sehingga bas yang kita naiki dimekah dan di madinah pun hak kepunyaan orang yahudi. Dikatakan orang kafir tak dapat memasuki kota mekah, ini adalah semata mata karut sebab fairmont ( menara jam )hotel itu sendiri berada didalam kawasan mesjid haram. Paris hilton pelakun barat ada 5 buah kedai di kompleks itu. Orang islam dengan bangganya melebel dirinya HAJI sekembalinya dari mekah,tapi yang realitinya dai balik dari melawat hahudi tanpa perlu pergi keisrael. Tiada lagi kesan sejarah peninggal islam di mekah .Masjid Kucing peningalan Nabi SAW pun sudah di roboh.sehinggakan tapak peningalan Nabi pun dijadikan perpustakaan. Tak ada apa lagi tinggal di mekah, hanya yahudi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bas kaler merah dok angkut orang Mekah via Madinah, tuan dia nama ABDULELAH M.ALI MAGHRABI
      dia ni orang Maghrib, buleh jadi bukan yahud
      Abdulelah ni Arab Beber

      Delete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. masha allah...

    ReplyDelete
  24. Salam...

    Ingin hamba utarakan di sini ...

    Adakah pembangunan pesat di Mekah ini ada kaitan dengan kata2 seorang Bishop dalam dialognya dengan seorang pemuda Melayu yang mana dia mengata mengenai Haji yg terkhir akan dibuat oleh Umat Islam ..

    http://www.dinar-emas.com/vaticans.html#axzz2MqgQMg3B




    Aku ; apasal pak cik nampak sibuk je…

    selalu outstation je,

    buat apa…

    orang Islam pegi Haji.Mekah…

    pak cik pegi Vatican pulak,

    Vatican ada buat haji jugak ke ?

    (aku rasa macam nak ketawa…haha,saja je perli dia)

    Bishop ; bagaimanakah kamu boleh ketawakan saya

    padahal setahun dua ini adalah haji yg terakhir bagi umat islam…

    kamu sudah berkahwin?



    Aku; belum lagi…

    kenapa pak cik tanya?

    (ada hati nak tanya padahal dia dah tua nak mampos tapi tak kawin2)

    Bishop ;…

    skrng ini adalah keturunan islam yg terakhir melansungkan perkahwinan…

    jika kamu tidak berumah tangga dlm masa setahun dua ini,

    kamu akn menyesal seumur hidup…

    tidak ada lagi kesempatan untuk berumah tangga

    apabila Paus Roman Peter ii dilepaskan dari rantai yg mengikatnya sejak sekian lama….

    umat islam sendiri yg membuatkan rantai itu terputus…



    Aku ; ni apasal pulak yang terakhir haji la,kawin la….

    sapa Paus Roman Peter ii tu..

    yang terakhir jugak ke….

    Bishop ; akan sampai masanya kami akan tanggalkan pakaian kami,

    kami tidak lagi perlukan semua ini…

    kami pula yg akan menuntut segala hutang2 budi yang manusia ambil dari kami,

    sedangkan selama 1000 tahun kami bersabar

    kami tidak ambil sedikitpun nikmat kehidupan dari kamu,

    malah hanya cukup-cukup saja makan minum untuk jasad kami…..

    sekarang kamu akan membayar harga “dunia” yg kami binakan untuk kamu…….

    Paus benedict xvi sudah hampir selesai pekerjaannya…

    sedikit lagi masa sebelum Vatican melepaskan “Penghulu Segala Paus”

    …ya.. Paus Roman Peter ii …

    dia adalah Paus yg paling hebat,

    Paus yg paling agung,

    Paus yg terakhir sebelum hari pengadilan (hari kiamat)….

    dia akn menunggu Muhamad ke-2 (Al-Masih Mahdi) datang….

    habislah Muhamad ke-2 (Al-Masih Mahdi)nanti…

    ReplyDelete
  25. Imam Mahdi akan segera datang dalam beberapa tahun ini

    ReplyDelete
  26. dajal tak boleh masuk mekah dan madinah so mesti dia ada guna rangkaian (org tghnya) sbg melancarkan agenda halusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dajjal Mata Satu tak boleh masuk keMekah dan Madinah, Hadis itu maksodkan pada zaman dulu dimana Dunia Islam bebas dari Fitnah Dajjal. Tapi kini Akhir Zaman, Dunia Islam telah terlingkop dilanda Fitnah Dajjal. Sekarang Dajjal Mata Empat lagi cekap dari Dajjal Mata Satu. Dajjal Mata Empat bukan setakat telah masuk, malah telah pun bertahta kukoh diMekah dan Madinah..

      Delete
    2. Siapakah "Orang Tengah" yg telah membantu Dajjal 4 Mata bertapak bertahta kukoh bukan saja diMekah dan Madinah, malahan seluruh bumi Arab AlJazeera jatoh dibawah jajahannya..?? Dimana ada Dajjal disitu pasti berada bala tenteranya. Siapakah bala tenteranya..??

      Tidak lain ha3... Maklok Perosak yg dinamakan Yakjod Makjod.. Maka dinamakan pakatan ikatan erat 3 bersaudara - Sang Dajjal AlMasikh dgn Sang Yakjod dan Sang Makjod... Bageimana dan kapankah Pakatan 3 Saudara itu melancarkan percaturan licik mereka itu...??? Wallahu'alam...

      Delete
  27. Saudara mustaqim, post ini bukan untuk memperlekehkan orang yang bina menara jam atau pembangunan di Mekah..memang kita tak boleh tolak pembangunan, pemodenan dan kemajuan mengikut zaman....tetapi perlu kita berfikir yang fitnah dajjal dan tentera dajjal, orang orang munafik ada di dalam mekah...memang dajjal tak boleh masuk ke tanah suci tetapi dia ada tentera dia yang menggerakkan misi secara halus dan misi itulah yang post, artikel ini mahu sampaikan..bagi pendapat saya lah.
    Jadi muslimin perlu berhati hati dgn fitnah dajjal..Semoga kita semua dilindungi Allah dari fitnah dajjal.Amin

    ReplyDelete
  28. anda semua tahu tak yang Nabi kita ajarkan adalah cara hidup Islam akhlak Islam, kalau nk rasa apa itu Islam yang sebenar anda semua ambillah sunah2 kehidupan Nabi Kita Muhammad S.A.W secara mutlak.

    Pasti anda semua akan terasa kekok, malu, diperli masyarakat, dll itulah yg pernah saya lalui dan saya selalu berdoa suatu hari nanti saya akan menjalani cara kehidupan Rassullah biarpun dipandang sebagai jumud.

    anda tahu bagaimana Kehidupan Nabi kita cuba buangkan segala kehidupan barat, kemewahan2 yg dibawa barat dlm kehidupan harian anda, ambil sedikit sahaja sabagai keperluan jauhi riba, kuatkan amal, banyakkan sedekah, membantu org dlm kesusahan, cubalah jika anda insan yang kuat Imannya.

    pasti anda akan terasa seperti kehidupan anda terbalik 180' darjah bukan, sebab jauhnya kita terperosok dlm fitnah dunia ciptaan manusia2 pengikut dajjal. ingat kita tidak diminta menjadi kaya dan maju untuk Berjaya di dunia dan akhirat, dlm Islam org yang paling bijak adalah org yg beriman dan kuat amalnya dan selalu memikirkan akan kematiannya kerana yg akan dibawa berjumpa Allah swt adalah amalan bukan harta kekayaan..

    saya percaya anda semua pernah diberi peluang merasai lebihan harta tapi apakah yg anda lakukan dengan harta itu, anda sebenarnya sudah boleh brubah dari awal utk family anda hidup dlm Islam yg diperintahkan Nabi tetapi ramai dari kita menggunakan lebihan harta itu untuk bermewah2han lalu bila roda hidup sudah dibawah (tidak berharta) ramai yg terus leka dengan terus menerus mencari, menumpuk2 dan menghitung2 harta untuk sentisa berada dlm kemewahan ciptaan dajjal dan lupa akan perintah Allah swt dan Allah swt campakkan penyakit wahan kepada mereka.

    kemewahan adalah musuh utama ummat Islam masa kini ingatlah carilah harta untuk dekat kepada Allah swt bukan utk bermewah2han..

    ingatan ini untuk semua dan diri saya sendiri..

    berjuanglah untuk menjadi hamba yang zuhud semoga kita diberikan kekuatan untuk berubah.

    ReplyDelete
  29. Assalam, tak perlu susah2 cari sampai keMekah fitnah dajjal..lihat tangan anda semua..jam tangan?? YA!! jam tangan..apa maknanya ya..salah satu fitnah Dajjal untuk merosakkan aliran semulajadi badan kita..jantung mengepam darah dan mengalir dari kiri ke kanan selari dengan gerakan tawaf di kaabah serta pergerakan planet2 di alam semesta.Jam rekaan yahudi khas dicipta untuk mengganggu pergerakan harmoni ini...wahhh sudah dibina jam yg begitu besar di Mekah..mahu melawan pergerakan tawaf yaa.Sila kaji ilmu metafizika islam mengenai pergerakan tawaf kiri kekanan.anda akan faham maksud saya..wallahualam JJ

    ReplyDelete
  30. MENARA MEKAH berdiri megah belum tentu lagi ia teguh selamat.
    Dgn rakusnya ia dibina bertingkat2 dgn ketinggian setakat 76 Tingkat.
    Angka Kod 76 koq itu alamat sudah dekat kedatangan SiPenyelamat.
    Koq itu juga petanda Dajjal akan haup ajal Yakjod Makjod makin dekat...
    Gambaran dari movie Lord Of The Ring koq bisa dianggap satu ibarat.
    Kekuasaan sihir Dajjal bertahta teguh dimenara The Tower bertingkat2.
    Bala tentera Dajjal bermaharaja-lela kejam menyeksa hamba dan rakyat.
    Fellowships Of The Ring rela berjuang setelah diputuskan kata sepakat...
    Bersatu tentera hamba rakyat berjuang dgn harapan menang selamat.
    Terkepong tentera hamba rakyat ditengah2 lemah melawan tidak larat.
    Setelah sihir dimatikan akhirnya kekuatan menara Dajjal tombang rapat.
    Datang penyelamat terbelah bumi tentera Dajjal berkubur turut tamat....
    Jangan percaya koq itu comaan satu gambaran movie bikinan Barat.
    Sebelum datang AlMahdi akan didahului tentera Bani Tamim berjihad.
    Setelah terkepong muncul Miracles AlMahdi coma kita ngak bisa lehat.
    Tunggu berita Kota Mekah siapa mereka siapa Sang Juru Penyelamat...
    " Finally the realm of the Pure Ahlulbaits will be known to the world. "

    ReplyDelete
  31. Surah At Taubah ayat 19:
    "Apakah (org-org) yg memberi minuman kpd org-org yg mengerjakan haji dan Mengurus Masjidilharam, kamu samakan dgn org-org yg beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah ; dan Allah tidak memberi petunjuk kpd kaum yg zalim)

    ReplyDelete
  32. MasyaAllah...

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah, pengalaman yang luar biasa, cek paket umroh 2017 lengkap. Izinkan Hamba berkunjung ke Rumah-Mu Ya Allah. Aamiin

    ReplyDelete
  35. Abisla nasi lemak bungkui pon akan dikata bentuk piramid nt... Huhu

    ReplyDelete
  36. Dajjal hanya mampu berdiri dari luar Makkah, dan menyeru pengikutnya (orang munafiq). Dan berbondong-bondong mereka keluar dari Makkah menuju kepada Dajjal. Bagaimana serangan ke atas Makkah tidak dapat saya pastikan sehingga runtuhnya kota Makkah. Ada sesiapa yang boleh ceritakan? Untuk pedoman kita bersama.

    ReplyDelete
  37. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim no. 157 dari Abu Hurairah secara marfu’ dengan lafazh:

    لَا تَقُومُ السَّاعَةُ…حَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا

    “Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga tanah Arab menjadi lahan yang subur dan dialiri sungai- sungai.”.” (HR Muslim)

    ReplyDelete
  38. Informasi yang bermanfaat, terimakasih banyak, TRAVEL UMROH TERBAIK

    ReplyDelete

Belajar Quran