Presiden Venezuala Hugo Chavez akan memilik negarakan kesemua lombong emas didalam negaranya dan mengarahkan kerajaannya mendapatkan kembali kesemua simpanannya emasnya di luar negara bagi menguatkan ekonomi negaranya.
Venezuala merancang memindahkan kesemua simpanan emasnya berjumlah 211 ton dari bank-bank Eropah dan Amerika kepada bank-bank di Russia, China dan Brazil. Walaupun Venezuala adalah kuasa kecil ekonomi di dunia tetapi ia boleh memberi kesan yang besar kepada Amerika kerana bank yang terbesarnya iaitu JP Morgan memegang sebanyak (338,303 Ounce seperti dalam jadual) 10.6 ton emas Venezuala. Langkah ini boleh menggugat kestabilan JP Morgan kerana sepertimana kebiasaan perbankan kapitalis, mereka telah menggandakan sekurang-kurangnya 100 kali ganda dalam bentuk sijil kewangan dalam berbagai pasaran yang mesti dilunaskan.
Disamping itu juga beliau juga meminta Bank of England memulangkan kembali deposit emas Venezuala sebanyak 99 ton. Chavez menegaskan beliau ingin menghalang diktator akibat US Dollar dan mengarahkan bank pusatnya mengalihkan sebanyak USD28.7 billion simpanannya dari badan-badan kewangan Amerika. Presiden Bank Pusat, Nelson Merentes memberitahu sidang media setakat ini matawang sebanyak USD6.3 billion telah dipindahkan ke China, Russia, Brazil dan India.

sumber;
Informasi yang bermanfaat terimakasih, TRAVEL HAJI DAN UMROH
ReplyDelete