Tuesday, 9 August 2011

Misteri Kehilangan Ayat Quran

Antara tanda-tanda hampirnya qiyamat ialah Allah akan mengangkat dan dihilangkan keseluruhannya dari kitab al-Quran hanya dalam satu malam sahaja.

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga". Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah"? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali).

H.R Ibnu Majah

Pada akhir tahun 80an Malaysia telah digemparkan dengan peristiwa kehilangan surah-surah tertentu didalam al-Quran. Apakah ia merupakan petanda-petanda awal peristiwa besar qiyamat? Sebenarnya telah banyak berlaku peristiwa-peristiwa akhir zaman kebelakangan ini tetapi peristiwa yang berlaku di Nusantara ini mungkin menunjukkan kebangkitan akhir zaman dimulai di rantau sebelah sini...wallahua'lam.


Peristiwa ini berlaku di Meru, Perak pada tahun 1987 di alami oleh seorang guru quran bernama Hajjah Azizah pada masa itu berumur 51 tahun. Ia berlaku pada pukul 2 pagi di bulan Ramadhan ketika beliau dan kumpulannya bertadarrus di masjid. Ayat-ayat yang didapati hilang ialah Al Mukminun 45-80, An Nur 1-20, 32-47, 61 - hingga akhir dan Al Furqan 1 -11. Setahun kemudian kejadian yang sama dialaminya ketika mengajar tafsir kitab Pimpinan Ar Rahmaan. Ayat-ayat yang hilang ialah Hud 62-70, 77-85, 92-105 dan 113-123.




Begitu berlaku kejadian serupa di Surau An Nur Firdaus KKTM Balik Pulau.




Dalam satu rancangan misteri Nusantara TV3 pernah menyiarkan kejadian tentang peristiwa kehilangan tersebut. Kejadian ini berlaku di sebuah kampung di Kuala Kangsar, Perak. Ia disedari oleh Hajjah Khatijah seorang guru agama berusia 74 tahun yang telah menggunakan naskhah al Quran tersebut selama 40 tahun. Beliau mendapati kehilangan 4 muka surat yang membabitkan ayat dalam surah Ibrahim dan al Hijr.

Kejadian terbaru yang dikesan pada jun 2010 oleh seorang forumer di acehforum. Di bawah ini adalah gambar menunjukkan kejadian tersebut.


9 comments:

  1. Smoga kita msih smpt sdar dan taubat nasuha. amiiin

    ReplyDelete
  2. Pernah berlaku pada sebuah kitab Al Quran milik seorang kawan 20 tahun lepas. Ajaibnya....beberapa kawan lain dari blok asrama lain juga mengalami perkara yang sama. Seingat saya, kami bermuhassabah dan menangis dan terus menangis. Positifnya dari peristiwa itu, ramai yang mula bertudung dan menginsafi diri....Allahu Akbar...!!!

    ReplyDelete
  3. Mengikut logik akal, sepertimana yang kita lihat masa kini, terdapat pelbagai bentuk dan jenis al-quran termasuk al-quran elektronik dan digital. Dengan wujudnya al-quran digital kemungkinan besar akan wujudnya kekurang kepada pencetakan al-quran biasa. Hal demikian, al-quran yang dicetak akan hilang begitu sahaja disebabkan wujudnya al-quran digital/elektronik. Akan berlakunya persoalan seperti kenapa perlu dicetak al-quran sedangkan mereka kini menggunakan al-quran digital/elektronik. Hal ini mungkin tidak berlaku kepada kita, mungkin berlaku kepada anak cucu kita kelak. Wallahu a'lam bissawab.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah baru sy tau halaman al-quran yg hilang ini merupakan tanda qiyamat... bak kata ustazah sy kejadian berlaku krn org x mau baca alquran, maka Allah swt tarik semula ayat alquran tersebut

    ReplyDelete
  5. Saya juga pernah alami perkara sama ketika saya menuntut di Universiti Pertanian cawangan Semenggok Sarawak pada 1987, mushaf di surau kami didapati beberapa muka suratnya kosong, dan bukan sekadar satu mushaf tetapi 4-5 mushaf. Dan ini disaksikan oleh beberapa rakan lain.

    ReplyDelete
  6. Izinkan sy copy gmbr yg trdpt di sini ya

    ReplyDelete
  7. MISTERI KEHILANGAN AYAT QURAN...?? Kalo ayat2 AlQuran itu hilang, ngak ada apa yg pelik yg mahu dirisaukan. Koq itu comaan berlaku kesilapan teknikal, semasa pencetakan, penjilidan, dsbnya lagi... Lagi pun sebenernya Ruh dan Barakah AlQuran (Yg Original) itu sudah sekian lama dihilangkan, setelah diangkat kelangit. Oleh siapa..?? Ngak ketahuan... Allahu'alem, hanya Allah jua Yg Maha Mengetahui, apakah sebab musababnya. Dunia Islam sudah Akhir Zaman, bakal mendapat Petunjuk Zaman. Kitab AlQuran bakal alami transformasi perubahan, penyusunan semula, oleh Sang Penyelamat itu nanti. Sementara itu sebelum bangkit ketemunya Sang Penyelamat yg dinanti, teruskanlah dipelihara dan dihayati isi2 Kitab AlQuran yg sediada itu dulu....

    KITAB MUQADDAM NABI.... Hanya Sang Penyelamat Akhir Zaman itu, yg tidak rujuk Kitab AlQuran, apalagi rujuk Hadis2 Nabi yg banyak palsu. Mengapa Imam Mahdi AS itu ngak rujuk AlQuran dan Hadis..?? Imam Mahdi "Dia DiBimbingi DiBeri Petunjuk Ilahi". Sebab itu Sang Penyelamat itu dia ngak pakei kitab, ngak pakei Hadis, melaenkan ilmunya "Laduni", teros berguru dgn Tohan tanpa perantaraan... Bermakna Imam Mahdi itu sebenernya dia juga "Kitab Yg Berjalan". Kalo ada pun dia rujuk kitab, cumaan "Kitab Muqaddam Nabi". Karna itulah satu2nya Kitab Pusaka Mukjizat Nabi SAW, "khas" utk Ahlulbaitnya terajui Akhir Zaman ini. Serta "amnya" utk Ummat Muhammad mengaji dan mentaati. Apakah dia isinya "Kitab Pusaka Muqaddam Nabi" itu....???? Wallahu'alem.....

    (Sedikit Dari : Khidir / AlMahdi Prophecy...)

    ReplyDelete
  8. Semoga aja kita masih diberi kesempatan oleh Allah SWT...

    ReplyDelete
  9. Apakah ini tanda peringatan bahawa kita harus menghafaz al quran sehingga biarpun tidak ada al quran kita.masih mampu melantunkan surah2.dlm al quran wallahu a'lam

    ReplyDelete

Belajar Quran