Monday 27 May 2013

Raja Arab Saudi Meninggal?

Raja Abdullah ketika anugerahkan Darjah Tertinggi King Abdul Aziz Kepada Obama

Seorang wartawan Saudi yang bekerja untuk Asharq Alawsat yang berpusat di London mengatakan bahawa Raja Saudi, Abdullah bin Abdulaziz, telah mati secara klinikal, sejak Rabu (22/5/2013).

Dia juga melalui sumber media di Arab Saudi yang mengatakan bahawa organ utama Raja Saudi itu, termasuk hati, ginjal dan paru-parunya, telah berhenti berfungsi.

Doktor mengatakan telah menggunakan defibrilator pada dirinya beberapa kali. Ia juga dilaporkan saat ini masih hidup dengan bantuan mesin pernafasan.

Pihak kerajaan belum mengulas laporan kematian klinikal Raja tersebut.

Raja Saudi itu tidak muncul di depan awam beberapa waktu belakangan dan putera mahkota hadir mewakilinya dalam majlis rasmi.

Ini adalah buat kali keduaAsharq Alawsat melaporkan kematian Raja Abdullah.

Pada bulan November 2012, harian itu juga melaporkan bahwa Raja Saudi telah koma dan secara klinikal mati hampir seminggu setelah dia menjalani pembedahan punggung selama 14 jam di sebuah hospital di ibukota Saudi, Riyadh.

Laporan itu kemudian disangkal oleh pihak kerajaan.

Kesihatan raja berusia 89 tahun itu telah menurun sejak akhir-akhir ini, di mana ia diberitakan telah menerima rawatan di hospital beberapa kali.


Sumber;

http://www.arrahmah.com/news/2013/05/27/raja-arab-saudi-abdullah-bin-abdulaziz-dilaporkan-mati-secara-klinis-1.html#sthash.0qqAc75s.dpuf

Saturday 18 May 2013

Israel Bantah Bekalan Senjata Russia ke Syria


Israel memberi amaran bekalan senjata teknologi tinggi oleh Russia kepada negara Syria yang sedang berperang boleh jatuh ketangan pejuang yang boleh digunakan menyerang Israel.

Penghantaran senjata anti-kapal perang Yakhont ke Syria telah di kecam oleh Amerika Syarikat pada Jumaat lepas dan Israel juga bimbang terhadap hasrat Russia membekalkan peluru berpandu canggih S-300  bagi pertahanan udara ke Damsyik.

Israel menyatakan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam perang saudara di Syria tetapi baru-baru ini melancarkan serangan terhadap Syria bagi memusnahkan senjata yang dibekalkan kepada kumpulan Lubnan Hezbollah.

Sistem peluru berpandu S-300 jika ditempatkan di Syria boleh menjangkau sejauh 200 km akan menimbulkan ancaman terhadap pesawat Tentera Udara Israel. Tetapi pihak Israel sangsi pihak Syria berupaya menguasai pengendalian sistem tersebut dalam masa singkat. Yiftah Shapir, ketua projek keseimbangan tentera untuk Kajian Keselamatan Israel di Tel Aviv, menyatakan "Dalam keadaan sekarang adalah meragukan pihak tentera Syria mampu mengerahkan tenaga kerja dan sumber kelengkapan untuk mengendalikan S-300. Shapir juga ragu Syria dapat menyediakan tapak kemudahan peralatan dalam jangka masa singkat untuk pengendalian S-300.

Mengikut lapuran dari Al Quds-Al Arabi yang berpusat di London, Kapal perang Russia telah tiba di perairan Syria beberapa hari lepas telah membawa bersama-samanya penasihat teknikal yang akan membantu kerajaan Syria dalam membuat persiapan menyusun kedudukan peluru berpandu yang termaju S-300 itu. Lapuran itu juga menyebut tindakan Moscow itu sebagai langkah pihak Barat yang telah melampaui had sempadan yang tiada tolak ansur.

Sumber;
http://www.reuters.com/article/2013/05/18/us-israel-syria-idUSBRE94H0BO20130518

Thursday 16 May 2013

Ketumbukan Kapal Perang Pasifik Russia Memasuki Mediterranean

Kapal Pemusnah Laksamana Panteleyez



Satu angkatan kapal perang Russia dari Ketumbukan Pasifik telah memasuki perairan Mediterranean buat pertama kali dalam tempoh sedekad, menurut jurucakap angkatan laut tersebut.

"Pasukan khas ini telah berjaya merentasi Terusan Suez dan memasuki Mediterranean. Ini merupakan kali pertama dalam sedekad Ketumbukan Pasifik memasuki wilayah ini", menurut Capt. First Rank Roman Martov.

Kapal perang tersebut sedang menuju Cyprus dan dijadualkan berlabuh di Limasol.

Pasukan tersebut termasuk juga kapal pemusnah Laksamana Panteleyez, kapal perang amfibia Peresvet dan Laksamana Nevelskoi, kapal tangki dan kapal penyelamat yang bertolak dari dermaga Vladivostok pada 19 March lalu untuk bergabung dengan pasukan khas Mediterranean tersebut.

Buat masa ini ketumbukan tersebut terdiri dari kapal anti kapalselam Severomorsk, kapal frigate, kapal penyelamat, kapal tangki dari angkatan Utara dan Ketumbukan Baltic, tidak ketinggalan juga kapal pendarat kereta kebal Ropucha-II dari ketumbukan Black Sea.

sumber

http://en.rian.ru/military_news/20130516/181177002/Russian-Pacific-Fleet-Warships-Enter-Mediterranean.html

Monday 13 May 2013

Kehancuran Nuklear Iran Turut Musnahkan Arab


Pada setiap musim bunga dan panas, semasa keadaan tekanan rendah di Teluk Parsi, satu kuasa angin yang kuat dikenali sebagai " shamals dan sharqi," bertiup kebawah dari utara dan timur laut membawa hingga ke Saudi Arabia, membawa naik bersamanya butiran pasir yang semakin banyak apabila ia menuju kearah selatan dan barat daya merentasi padang pasir Arab. Kerap kali ribut pasir ini menjadi teramat besar - tinggi beratus-ratus meter dan berkilometer lebar dan panjangnya, boleh menutupi sepenuhnya matahari, pada ketika semuanya berakhir, menenggelamkan sesebuah bandar, hinggakan bandar besar seperti Riyadh boleh ditenggelami hingga lebih dari semeter.

Sandstorm hitting Riyadh, Saudi Arabia, 2012
Sandstorm hitting Riyadh, Saudi Arabia, 2012

Kelajuan angin boleh mencapai halaju 30 hingga mencecah 300 km/h, kebiasaan laluannya separuh bulatan, kemudian menukar haluan ke selatan teluk dan negara-negara teluk. Kebiasaannya pada saban tahun semua negara-negara teluk – UAE, Qatar, Bahrain, Oman, Kuwait dan Saudi Arabia, menghadapi beratus kali serangan debu dan ribut pasir sebegitu. Selalunya angin yang mendorong ribut pasir ini bermula dari sebelah utara dan timur laut (Iran, Iraq, Kuwait, dan kadangkala Turki).

NASA satellite image of typical shamal wind directions.
NASA satellite image of typical shamal wind directions.
Peta dibawah menunjukkan kedudukan kelengkapan nuklear Iran dan lombong uranium. Sila lihat sekali lagi image satelit NASA dan perhatikan haluan utama angin Shamal.

iranmap1
Bayangkan "10 kali ganda Fukushima"; pengeboman kelengkapan nuklear Iran akan menyebabkan wilayah Negara Teluk hampir seluruhnya tidak sesuai untuk didiami.

Bencana Fukushima tidak perlu dipersoalkan lagi merupakan bencana nuklear terburuk pernah dialami dunia setakat ini. Sebenarnya, ramai ahli sains percaya, ia merupakan bencana alam sekitar yang paling buruk didunia.

Cuba bayangkan beberapa reaktor nuklear yang besar (Pengeluaran reaktor nuklear Iran Bushehr, adalah 1000 MW berbanding Fukushima Daiichi 784MW), bersama beberapa pusat pengkayaan uranium, dan sudah pasti kawasan simpanan ketenteraan dan pastinya lombong uranium, semuanya dibom hingga menjadi debu dalam beberapa hari saja. Tambahan pula, tidak seperti reaktor Fukushima Daiichi yang alami hanya sebahagian saja kepincangan dengan kebanyakan teras kuasa dan tempat simpanan sisa kuasa nuklear masih lagi dalam keadaan baik. 

Jika semua bahan kuasa nuklear Iran meledak kedalam atmosfera, dan tidak lupa juga serangan oleh US-Israel keatas kelengkapan nuklear Iran pasti menggunakan bahan letupan mengandungi uranium, dan berkemungkinan akan menghasilkan beberapa letupan mini-nuklear. 

Bahkan, berhubung bencana nuklear dan alam sekitar yang dialami oleh Fukushima amat lekeh jika dibandingkan kemusnahan yang disebabkan oleh pengeboman keatas tapak nuklear Iran. Bahan-bahan nuklear yang menimpa untuk kejadian ini adalah amat dahsyat. Secara sederhananya, berpuluh-puluh ribu bahkan mungkin beratus ribu rakyat yang tidak berdosa akan mati dalam masa setahun selepas serangan tersebut. Manakala berjuta lagi akan mati dalam masa satu atau dua dekad dalam bentuk penyakit kanser akibat terdedah kepada radiasi nuklear. 

Sebahagian besar juga bahan nuklear tersebut akan menimpa sama ada dalam masa serta merta atau dalam masa seminggu atau sebulan di kawasan padang pasir Arab, dimana angin, saban tahun, akan mengumpulkan bersamanya butiran pasir dan debu dalam bentuk ribut radiasi raksasa yang menggulung. Tidak akan ada seorangpun yang berada di negara teluk akan selamat dari kesan tersebut. Teluk Parsi kemudiaannya akan menjadi teramat radiasi dan toksik dan langsung tidak mempunyai hidupan dan akhirnya akan menjadi Laut Mati Baharu!

Sudah tentu sebahagian besar radiasi juga akan memasuki laluan aliran angin jet, yang akan mengedarkannya mengelilingi bumi, menggugurkan bahan nuklear itu dimana-mana saja. Tidak ada negara, tidak ada tempat berair, yang terlepas dari nya. Hanya sedikit saja jika disedut atau termakan sudah cukup untuk menyebabkan penyakit kanser yang membunuh.

Tindakan gila perikatan US-NATO-Israel untuk menyerang kelengkapan nuklear Iran, sebenarnya menhancurkan seluruh wilayah Negara Teluk, seterusnya seluruh planet ini akan tercemar dengan radiasi dan sudah tentu akan mencetuskan Perang Dunia III. 

sumber;

Saturday 11 May 2013

Telaga Zamzam Terancam


1368109298978557300.jpg
Terowong dibina melalui Bukit Qubais


Pakar-pakar yang mengambil bahagian dalam Forum Penyelidikan Saintifik untuk Haji dan Umrah ke-13 yang diadakan di Universiti Umm Al-Qura Makkah menyatakan bahawa Gunung Abu Qubais yang terletak dekat pintu Al-Safa Masjidil Haram tidak boleh diruntuhkan karena merupakan sumber mata air Zamzam.

Menteri Dalam Negeri Arab Saudi Putera Muhammad Naif yang juga Pengerusi Majlis Haji baru-baru ini melancarkan pertemuan ilmuwan membincangkan pembangunan kota Mekkah dan tempat-tempat suci umat Islam. Salah satunya rancangannya adalah meruntuhkan gunung Abu Qubais untuk perluasan masjid.

Namun, Muhammad Idris setiausaha rendah Institut Penjaga Dua Tanah Suci di Universiti Al-Qura mengatakan bahwa Gunung Abu Qubais merupakan halangan bagi perluasan laluan Safa tetapi tidak kepada istana diraja.

"Laporan dari penyelidikan Geologi Saudi membuktikan bahwa gunung Abu Qubais berisi hulu air zamzam, dan jika gunung itu dimusnahkan, akan merosak sumber mata air Zamzam," kata Idris.

Untuk pengetahuan, di Makkah terdapat banyak bukit-bukit batu yang telah ditebuk untuk dibuat terowong bagi laluan kenderaan. Bukit-bukit itu juga terdapat di sekitar Masjidil Haram. Salah satunya adalah bukit kecil yang disebut Gunung Abu Qubais ini.

Setiausaha Agung Pembangunan Makkah Sami Barhameen mengatakan bahwa pelan komprehensif untuk pengembangan kota Mekkah telah diluluskan, termasuk projek untuk pembinaan semula Makkah yang dinamakan 'King Abdullah Project for Reconstruction of Holy Makkah.'

Dia mengatakan, pelan itu mencakupi 21 projek pembangunan di Makkah seperti penyelidikan demografi, pelan pengangkutan dan persekitaran, juga perluasan Masjidil Haram.

Sumber;

http://www.arabnews.com/news/451080

Friday 10 May 2013

17 Hari Tertimbus Dalam Surau Masih Selamat




Belajar Quran