Saturday, 11 May 2013

Telaga Zamzam Terancam


1368109298978557300.jpg
Terowong dibina melalui Bukit Qubais


Pakar-pakar yang mengambil bahagian dalam Forum Penyelidikan Saintifik untuk Haji dan Umrah ke-13 yang diadakan di Universiti Umm Al-Qura Makkah menyatakan bahawa Gunung Abu Qubais yang terletak dekat pintu Al-Safa Masjidil Haram tidak boleh diruntuhkan karena merupakan sumber mata air Zamzam.

Menteri Dalam Negeri Arab Saudi Putera Muhammad Naif yang juga Pengerusi Majlis Haji baru-baru ini melancarkan pertemuan ilmuwan membincangkan pembangunan kota Mekkah dan tempat-tempat suci umat Islam. Salah satunya rancangannya adalah meruntuhkan gunung Abu Qubais untuk perluasan masjid.

Namun, Muhammad Idris setiausaha rendah Institut Penjaga Dua Tanah Suci di Universiti Al-Qura mengatakan bahwa Gunung Abu Qubais merupakan halangan bagi perluasan laluan Safa tetapi tidak kepada istana diraja.

"Laporan dari penyelidikan Geologi Saudi membuktikan bahwa gunung Abu Qubais berisi hulu air zamzam, dan jika gunung itu dimusnahkan, akan merosak sumber mata air Zamzam," kata Idris.

Untuk pengetahuan, di Makkah terdapat banyak bukit-bukit batu yang telah ditebuk untuk dibuat terowong bagi laluan kenderaan. Bukit-bukit itu juga terdapat di sekitar Masjidil Haram. Salah satunya adalah bukit kecil yang disebut Gunung Abu Qubais ini.

Setiausaha Agung Pembangunan Makkah Sami Barhameen mengatakan bahwa pelan komprehensif untuk pengembangan kota Mekkah telah diluluskan, termasuk projek untuk pembinaan semula Makkah yang dinamakan 'King Abdullah Project for Reconstruction of Holy Makkah.'

Dia mengatakan, pelan itu mencakupi 21 projek pembangunan di Makkah seperti penyelidikan demografi, pelan pengangkutan dan persekitaran, juga perluasan Masjidil Haram.

Sumber;

http://www.arabnews.com/news/451080

1 comment:

  1. Subhanallah. Ya Allah semoga kota suci Makkah dan madinah sentiasa dalam lindungan Mu

    ReplyDelete

Belajar Quran