Friday, 9 December 2011

Fasa ke Tiga Dajjal


DAJJAL AKAN MEMERINTAH DUNIA SELAMA 40 HARI

Peringkat Kemunculan Dajjal: "satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang".

Ingatlah dalam sebuah hadis yang paling penting bagaimana Baginda Nabi Muhammad SAW telah memberitahu bahawa apabila Dajjal dilepaskan di dunia, ia akan hidup di Bumi selama 40 hari.

Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?", jawab Rasullullah:

"Selama empat puluh (40) hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang".

Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim)

40 hari ini diwakili oleh 4 fasa, iaitu;-

1 hari yang pertama seumpama setahun,
1 hari kedua seumpama sebulan,
1 hari ketiga seumpama seminggu,
Dan hari2 selebihnya (37 hari) seumpama hari2 kita...

...dan kini kita sudah pun memasuki fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai "1 hari ketiga bersamaan seminggu"..

Dalam buku Jerusalem in the Quran karya Imran Nazar Hosein http://www.imranhosein.org/books/37-jerusalem-in-the-quran.html,  beliau mengatakan fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai 1 hari bersamaan setahun ialah pada ketika British mengepalai tampuk pemerintahan dunia. Waktu itu British adalah penjajah terhandal sehingga berjaya menjajah Jerusalem. Negara kita ini adalah antara mangsa kehandalannya itu. Fasa 1 hari bersamaan sebulan ialah keadaan sekarang ini, di mana Amerika Syarikat menjadi pusat pemerintahan dunia menggantikan British. US Dollar dijadikan mata wang perdagangan utama dunia. Namun sekarang ini US Dollar sudah jelas kelihatan menghampiri ajalnya. US Dollar dah masuk hospital wad ICU. Amerika Syarikat sudah hampir lumpuh ekonominya. Dan tak lama lagi, kita akan masuk ke fasa 1 hari bersamaan seminggu, iaitu apabila Israel pula akan mengambil-alih sebagai pemerintah dunia daripada Amerika Syarikat.

Peralihan kuasa ini pasti melibatkan peperangan yang bakal mengorbankan berjuta-juta manusia. Inilah yang berlaku ketika berlakunya peralihan antara FASA 1 kepada FASA 2 dahulu. FASA 1 Dajjal adalah ketika berlakunya Perang Dunia 1 yang membolehkan penjajahan British di Palestin, dengan menjatuhkan khilafah Othmaniyyah dan perjanjian dengan Raja Saud. Begitu juga ketika peralihan FASA 2 yang menjadikan Uncle SAM (US) sebagai pemerintah dunia. Perang dunia 2 berlaku melibatkan NAZI Jerman , Jepun dan tentera-tentera berikat (US-UK). Akibatnya jutaan manusia terkorban dan kemenangan keatas tentera berikat yang dipimpin US. Seterusnya  US mengenakan cengkamannya ke atas dunia melalui penubuhan UNITED NATION yang mengesahkan penubuhan negara haram Israel di Palestin.

**Pendapat Sheikh Imran dalam bukunya 'Jerusalem in the Quran' berpandukan situasi kebangkitan di negara Arab, berkemungkinan peperangan ini akan terjadi kurang dari 30 tahun dari sekarang. Rujukan lain yang agak menarik menyatakan kemunculan Dajjal pada tahun 2033 (Allahu a'lam). Ini kerana Rasulullah SAW menyatakan kehidupan Dajjal semasa 3 peringkat pertama tidak seperti hari-hari kita, dan meminta (umat) menghitung harinya.

Apakah maksud ini? -Maksudnya, kita perlu membuat kiraan matematik dan menghitung untuk mendapatkan tarikh kemunculan Dajjal. Oleh itu, persoalannya ialah apakah jumlah hari selain hari kita? JAWAPANNYA, terkandung dalam surah al-Hajj:47

Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.
(Al-Hajj 22:47)

Kini kita menemukan fakta dari sumber rujukan sahih iaitu al-Quran bahawa 1 hari bersamaan 1,000 tahun, dan fakta lain ialah terdapat 12 bulan atau 52 minggu di dalam setahun. Selainnya, tahun dikira mestilah mengikut tahun Hijrah dan bukan tahun Gregorian. Hanya Allah berkuasa menentukan kiraan masa dan bilangan tahun.

Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa... 
(Yunus 10:5)

Oleh itu, sedarlah semua. lihatlah dengan mata hati.. bahawa Dajjal telah muncul dalam kehidupan kita, akan tetapi kehidupan Dajjal yang kita huni sekarang tidak berada di dalam dimensi masa manusia di dunia. (contohnya: Malaikat wujud disekeliling kita, akan tetapi, malaikat berada dalam dimensi masa yang berbeza dengan manusia)

Huraian al-Quran & Hadis dalam mendefinisikan taarif dimensi masa manusia dan bukan manusia berbeza ialah:

Dajjal hidup selama 40 hari:

Peringkat Pertama: 1 hari = Setahun = setahun (Dajjal) bersama 1,000 tahun (dimensi masa manusia)
Peringkat Kedua: 1 hari = Sebulan = iaitu 1,000 tahun/12 bulan = 83 tahun (dimensi masa manusia)
Peringkat Ketiga: 1 hari = Seminggu = 1,000 tahun/52 (minggu) = 19 tahun (dimensi masa manusia)

Peringkat Keempat: 37 hari = hari dimana Dajjal berada dalam dimensi masa manusia.

Dari kiraan ini, kita mendapati kehidupan Dajjal selama 1,000 tahun pada peringkat pertama, 83 tahun pada peringkat kedua, dan 19 tahun pada peringkat ketiga. Teori kiraan mengikut tahun Hijrah menyatakan Yakjuj & Makjuj memecah tembok pada tahun 353 Hijrah (965 AD) (kaum Khazar mula aktif berdagang pada 850 AD).

Oleh itu: (fahamilah secara terperinci) 353 Hijrah + 1,000 tahun = 1353 Hijrah (Tahun 1935 AD) = Zaman Dajjal menguasai Europe (Britian) ;

1353 Hijrah + 83 tahun = 1436 Hijrah (Tahun 2014 AD) *Zaman Kita Huni Hari Ini. = Zaman Dajjal menguasai Amerika dan peralihan kepada Israel iaitu bermulanya Perang Dunia III *(saudaraku, kita berada diakhir peringkat kejatuhan Amerika sebelum peralihan kepada Israel) sedikit masa lama untuk berpindah ke peringkat ketiga.

1436 Hijrah + 19 tahun = 1455 Hijrah (2033 AD) = Zaman Dajjal menguasai Israel dan penderitaan Perang Dunia III yang berpanjangan = Kemunculan Imam Mahdi & Nabi Isa *peringkat dimana saintis Yahudi menyatakan bahawa Sea of Galilee akan kering dalam masa 50 tahun dari sekarang lebih kurang seperti pendapat Sheikh Imran yang menyatakan bahawa Sea of Galilee akan kering dalam masa kurang 40 tahun lagi)

**** INGAT! Walaubagaimanapun, kesemua kiraan tarikh sekadar teori dengan kebenaran tarikh sebenar yang BELUM PASTI terbukti. (Allahu a'lam) Kebenaran yang telah terbukti ialah tembok menyekat Yakjuj & Makjuj terbuka dan mereka meluru turun dari kuasa pemerintahan (al-Anbiyaa':95-96). Bukti jelas yang lainnya ialah tuhan yang mereka sembah adalah Lucifer (Iblis). Kebenaran lain yang terbukti ialah tembok tidak berupaya ditebuk dan dinyatakan ayat 97 surah al-Kahfi telah ditebuk dan berlubang semenjak zaman kehidupan Rasulullah saw. Wallahu'alam.


Rujukan lanjut;

41 comments:

  1. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    ReplyDelete
  2. saya sedang memikirkan adakah kaitan kaum khazar dengan keluarga rosthchild..kerana rosthchild yg membawa gog and magog kembali ke jurusalem melalui pelan-pelan jangka masa yang lama dan fitnah-fitnah ke atas dunia islam.. adakah rosthchild dari kaum khazar?

    ReplyDelete
  3. Anon 29july, benar sangkaan sdr..banyak kajian menyatakan Rothschild sebenarnya keturunan khazar yg dikenali juga sebagai Askenazi Jews. Mereka asalnya dari keturunan Mongol. Alasannya Rothschild mendakwa mereka adalah yahudi kerana khazar dibawah arahan Raja pada tahun 740 ad telah diterima sebagai yahudi; walaupun dari segi genetiknya masih lagi mongol asia.

    Ramai ulamak berpendapat bangsa mongol inilah Yakjuj & Makjuj (gog & magog), antaranya Syed Qutub & imam al-qasimi. Syed Qutub seorang pengkaji Islam yang masyhur berpendapat bahawa ada kemungkinan Yakjuj dan Makjuj adalah orang Mongol, kerana itulah orang Mongol dan Tartar mengganas serta membuat kebinasaan di Timur.

    Berapa ramaikah bilangan Yakjuj dan Makjuj? Ada yang berpendapat bahawa jika dirujuk pada Surah Al-Anbiya' Ayat 96, ternyata bahawa Yakjuj dan Makjuj turun dalam keadaan laju dari tempat yang tinggi dan keadaan mereka (kelajuannya) adalah seperti serigala berjalan. Dan jelas bahawa ayat itu menunjukkan jumlah mereka adalah ramai. Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga diriwayatkan oleh Abdu bin Hamid melalui sanad sahih daripada Abdullah bin Salam: "Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada zuriat Adam dan di belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka melainkan meninggalkan lebih daripada seribu zuriat. Dari Tabrani dan Ibnu Mardhawiyyah dan Al-Baihaqi dan Abdu bin Hamid daripada Ibnu Umar: "Dinamakan (Yakjuj dan Makjuj) kepada tiga umat: Tawil, Taris dan Mansik". Imam Al-Alusi berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj mempunyai umur yang paling panjang. Ibnu Kathir telah berkata bahawa bilangan mereka tidak dapat ditetapkan, tetapi pasti jumlah mereka sangat ramai.

    boleh rujuk disini...http://www.iamthewitness.com/DarylBradfordSmith_Rothschild.htm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa-apa pun wahai saudara seIslamku sekalian kita cukupkan amal ibadat kita kepada Allah. Sudah ke kita bersedia untuk nyawa kita dicabut kelak?. Soal kiamat itu kita tak boleh ramal. Kita tidak tahu bila kita akan mati. Kerana mati itu anytime. Yang penting perhebatkan lagi amal ibadat kita dan kuatkan iman & ketaqwaan kita kepada Allah. Sama-sama lah kita mengumpul saham akhirat dan mencari keredhaanNya di dunia ini. Kita hanya mampu merancang sebaliknya Allah yang menentukan. Bila kiamat akan berlaku itu Wallahhualam, kemungkinan ada diantara kita sudah tidak ada didunia pada ketika itu. Sama-sama lah kita berdoa memohon keampunan dan semoga segala ibadat kita didunia diterimaNya. Amin Ya Rabb.

      Delete
  4. salam

    err.. mcm2 kiraan tntg kedatangan dajjal
    ni teori kiraan yg lain pulak
    camni haa --->

    Fasa 1 : 1 hari = 1 tahun = Britain atr tahun 900 – 1900
    Fasa 2 : 1 hari = 1 bulan = Amerika atr tahun 1917 - 2000
    Fasa 3 : 1hari = 1 minggu = Israel atr tahun 2000 - 2020
    dan selebihnya seperti hari2 biasa kita nih
    -HR Muslim-

    mean sekarang kita berada di fasa terakhir Dajjal
    kerana kita telah berada antara tahun 2000 – 2020
    iaitu di zaman pemerintahan Israel.

    Secara simboliknya, pemerintahan Dajjal
    melalui Israel dibahagikan kepada dua :

    1st Boneka Israel = tahun 2000 sehingga jatuhnya sistem wang kertas (tak lama dah)
    2nd Israel = bermulanya electronic money sehingga tahun 2020

    sebab klunya..
    atr tahun 2023 - 2025 akan berlaku ad-dukhan
    (slh 1 tanda hampirnya kiamat)
    tahun tu dikatakan akan meletusnya WW3 atr US & Russia
    sebab mereka gunakan senjata nuklear. so ramai yg akan mati.
    dan US & Russia adalah gol. yakjuj dan makjuj yg mereka akan bertempur sesama sendiri.(ada hadis cerita sal ni)

    pastu, after ww3, elektrik xda wat selama-lamanya.dah musnah.

    klu ni diberi oleh sheikh imran hosein

    dan tasik galilie ada masa kurang dr 40 tahun dr skang. dlm area tahun 2050 tasik tu betul2 kering dan petanda turunnya Isa AS.

    papepun, semua tu hanya andaian je. aku pun copy paste dr blog pengkaji akhir zaman dan da jugak dr ceramah sheikh sendiri.

    sebarang khilaf, mintak maap yek.

    Wallahualam



    ReplyDelete
  5. saya setuju dgn anonymous...............bermula 21 disember 2012,kita telah masok fasa ke 5..........FASA KEDAMAIAN atau dipanggil "MASA KEEMASAN"......dajjal hanya berkuasa pada fasa ke 4 sahaja.............kita tggu ajela imam mahdi dan nabi asa muncul pada awal fasa ke 5 ni utk bunuh dajjal yg sudah hilang kuasa pada fasa ke 5 ni......

    ReplyDelete
  6. x kisah la fasa berapa pun.. pengetahuan tu Allah je tahu.. x perlu la nak buat2 terer sangat..

    baik belajar agama lebih lg, dan pergi luaskan dakwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tue nape masuk blog ni? kita semua kat sini umpama pengkaji agama...ada keinginan utk merungkai misteri akhir zaman...baru ada semangat dalam perjuangan kerana Allah SWT...awak nak tunjuk awak terror sbb tak mau tau, baik awak duduk dlm surau jgn keluar2.

      Delete
  7. mmg allah sj yg tau..tp allah suruh kita brfkir dn sebarkan agar umat mnusia x sesat dr jln allah,sbb itu lh d trunkn al-qurqn kpd rasulullah yg kita cintai, utk kita kaji dn bramal dgn kitab allah trsebut, dn sdra mr Q maafkn sy jika tgurn sy myinggung hati mr Q, mereka bukan nk buat2 terer tp sbagai pendakwah yg berdakwah d jln allah utk brkongsi ilmu kpd kita, jd prlu lh kita brsyukur kpd shbt2 kita yg sudi mnulis utk mmbuka mata kita ttg btpa kita di hujung zaman...subhanallah

    ReplyDelete
  8. setuju...ilmu utk seluruh manusia bukan utk ulama semata2...knowledge is power! nabi bukan ahli sihir bole predict masa tp die genius tentang sejarah dan matematik utk predict future.

    ReplyDelete
  9. Apapun semuanya adalah perancangan Allah...rasa kerdil sangat kita hambanya...

    ReplyDelete
  10. Teori karut dari IMRAN HUSSIEN SYIAH YG TELAH BERTAKIAYAH...apa jadi dengan nilai emas yg di war-warkan?

    semua tepok dahi skang! graph emas meniti jurang.... :) dia seorang berlatarkan pelajaran dlm bidang kewangan...mudah kata seorang spekulator yg bertopeng wajah ulamak Syiah yg pandai bertakiyah. Kebanyakan 'ulamak' syiah sahaja yang sgt taksub pada Imam Mahdi dan Dajjal...

    Lihat ulamak ASWJ, semua percaya Imam Mahdi dan kedatangan dajjal tapi tidak setaksub imam-imam Syiah.

    Bila ISSUE syria bangkit....barulah semua takiyah-takiyah SYIAH terbongkar. satu-satu terlanjang sama sendiri. jelas pendirian si spekulator emas yg banyak masa kehidupannya berada di US. Hasil selidik kami, kemungkinan beliau adalah seorang AGEN CIA. Imran Nazar Hosein Agen CIA, Beware ! Imran Nazar Hosein Agen CIA , Beliau seorang Shiah Tegar. Kenyataan-kenyataan beliau mengatakan Sokongan terhadap kerajaan BASHAR ASSAD ALFIRAUN SYRIA jelas menunjukkan beliau seorang berfahaman Syiah YG SESAT.

    Sikap beliau yg suka berhujah dengan ramalan-ramalan karut dan terpesong berdasarkan akal logik beliau menambahkan lagi wasangka setiap orang tentang kreadibiliti beliau yg nampak seperti meraih populariti.

    Kesimpulan : jangan sibuk meramal! jangan sibuk meramal! jangan sibuk meramal! jangan sibuk meramal! jangan sibuk meramal!

    DAJJAL telah lama muncul!!! jangan sibuk meramal! DAJJAL telah lama muncul!!! jangan sibuk meramal! DAJJAL telah lama muncul!!! jangan sibuk meramal! DAJJAL telah lama muncul!!! jangan sibuk meramal!

    SILA PERHATI DUNIA, ISLAM di hina atau di puji?

    SYRIA atau BUMI SYAM telah dimusnahkan oleh siapa?

    IMRAN HUSIN MEMIHAK PADA SIAPA wahai umat islam sekalian?

    adakah beliau memihak pada umat islam yg tertindas?

    tidak sama sekali IMRAN HUSIEN memihak pada rakan sealiran nya....BASSAR SI ANJING. Semoga beliau sempat bertaubat dari menjadi pengikut SYIAH laknatullah.

    Hentikan dari menyebarkan ajaran karut di bumi malaysia ini.

    ANTI SYIAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ni sakit jiwa eh? dari kata2 terlalu hitam hati penuh kebencian yang meluap luap

      tiada sifat2 terpuji yg sepatutnya

      Delete
    2. Laknat utk Syiah7 October 2014 at 08:48

      betul kata saudara ini. hati2 dgn imran husin ini. i pun syak dia syiah.

      dia sokong bashar laknat iran dan russia. dia kata russia akan jadi islam.

      bagi peminat imran husin, tolong dgr sama apa pandangan ulamak dan sheikh2 lain seluruh dunia mengenai beliau.

      tolak imran husin

      Delete
    3. tda pn imran houssien bkata myokong basar assad.apa yg beliau komentarkan ialah rwjim basar saja yg tidak tunduk kpd yahudi\ israel.sbb klu syria jatuh ciya2 israel untuk mcetuskan perang ww3 tjadi.sbb mereka pcaya wilayah israel bmula dr ayria hgga ke messir.

      Delete
  11. Anon 28july jgn menabur fitnah jika hanya berdasarkan sangkaan. Sila bawakan fakta. Pandangan beliau tentang Syria sama dengan pandan As-Syahid Said Ramadhan. Pada awalnya memang ada campurtangan israel sebelum ia meletus luar kawalan. Kalau anon dengar kuliahnya beliau kerap mengatakan syiah akan ikut mahdi palsu.

    Beliau ada hujahnya tersendiri dan beliau mengatakan ini adalah pendapat beliau dan tak paksa sesiapapun untuk terima. dan beliau merupakan anak murid Dr Fazlul Rahman seorang sarjana islam tersohor. Sila baca komen sarjana Islam tentang penulisan beliau yg membuka minda umat Islam
    http://www.imranhosein.org/about-imran-n-hosein.html
    mungkin anon ni lebih hebat dari mereka
    mungkin anon niaga emas rugi besar, jgn salahkan org lain, buat kajian sendiri

    jgn kita sendiri jadi mangsa CIA, sekarang menjadi trend utk menghalalkan darah dan kehormatan umat Islam dgn menuduh seseorg itu syiah. Tidak kira syiah Bassar atau sunni Sisi, kedua2nya wajib diperangi kerana membunuh rakyat tidak berdosa.

    Beliau hanya menunaikan tugasnya sebagai pendakwah menjelaskan jarum yahudi zionis yg telah byk meresapi dalam seluruh sistem kehidupan dunia...sebelum ini tidak ada pun yg memberi amran tersebut. Cthnya perjalanan sistem kewangan yg selama ini tidak pernah diambil tahu oleh pendakwah lain kerana kejahilan mereka sendiri. Belaiu berjaya menarik perhatian khalayak kerana penyampaiannya digabungkan dengan peristiwa akhir zaman. Bayangkan jika beliau menerangkan penyelewengan kewangan sahaja tanpa mengaitkan bahawa inilah rancanagn dajjal adakah org akan ambil peduli.

    Sebelum ini kalau penceramah menceritakan tentang kisah dajjal, hanya cukup setakat hadis Tamim ad-Daari shj...tapi tidak faham bahawa tipudayanya telah lama berjalan yg dibawa oleh yahudi nasrani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapan yang sangat bijak buat mereka yang buta hati @ taksub..wallahua'lam..

      Delete
  12. Saya selalu ikuti ceramah Sheikh Imran Hossein di youtube....dan saya setuju 100% dgn beliau setelah lama saya membuat kajian tentang hal ini..... kita skrg berada dibawah pentadbiran laskar laskar Dajjal Laknatullah!!..cuba perhatikan Slogan "Bersekutu bertambah Mutu" berseketu dgn siapa? bersekutu dgn iblis syaitan dan dajjal ker? mutu atau kata lainnya maju..ooo ada kilang arak ada kelab malam tu dah kire maju!! bila Mat salleh dan minah salleh dtg malaysia..ooo ada arak..maju maju ini negeri!! maksudnya banyak arak dijual maka ramai orang mabuk..bila ramai mabuk kira maju la yer!! huhuhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak pendek penilaian saudara..sebenarnya kepercayaan saudaralah yang terpesong..bermuhasabah lebih baik..

      Delete
    2. agak pendek penilaian saudara..sebenarnya kepercayaan saudaralah yang terpesong..bermuhasabah lebih baik..

      Delete
  13. Assalamualaikum wbt.

    Pertama sekali saya ingin tegaskan bahawa Syeikh Imran bukan seorang syiah, atau Pro syiah sebagaimana pandangan saudara. Sekian lama saya mengikuti perkembangan kuliah2 beliau, tidak pernah sekali saya mendapati beliau cenderung menyatakan sokongan kepada Regim Syiah. Yang beliau tegaskan adalah supaya kita menilai konflik di syria dan mesir dengan mata hati, bukan sekadar membuat penilaian dengan mata zahir dan akal fikiran kita semata2. Dan, ketahuilah Bashirah tidak akan kita perolehi tanpa melalui proses penyucian rohani ( Tasawwuf ).

    Syeikh Imran tidak pernah menyuruh kita mempercayai beliau, melainkan setelah kita meneliti dan menemui kebenaran yang hakiki. Sebagai seorang manusia, beliau juga tidak terlepas daripada kekhilafan dalam membuat sesuatu penilaian. Namun, di sinilah tanggung jawab kita, untuk terus mencari kebenaran berdasarkan ilmu2 yang telah Allah anugerahkan kepada kita - Berpandukan Al Qur'an sebagai asas, dan Al Hadis sebagai pengukuh.

    Sesungguhnya banyak dari apa yang beliau ajarkan, telah terjadi. Beliau bukanlah seorang ahli ramal, nujum dsb. Analisis beliau mempunyai asas yang kukuh, bersumberkan Al Qur'an sebagai panduan. Pernahkah anda meneliti secara mendalam Surah Al Kahf? Didalamnya ada riwayat mengenai Ashabul Kahf, Kisah Dzul Qarnain dan kisah pengembaraan Nabi Musa AS menemui Khidr AS. Allah tidak mengajarkan kita kisah2 tersebut sekadar untuk kita mengetahui tentang mereka, bahkan untuk memberi panduan kepada kita (umat Akhir zaman) agar tidak terpesong. Ini dikuatkan lagi dengan dalil hadis yang menyuruh kita mengamalkan dan memahami kandungan Surah Al Kahf ini sebagai satu usaha untuk kita mengelak daripada terjerumus di dalam perangkap fitnah Al Masikh Dajjal.

    Pernahkah anda ditipu oleh seseorang? dan merasakan betapa hebatnya seseorang itu menipu anda. Ketahuilah, sesungguhnya tipu daya dajjal adalah tipu daya terhebat sepanjang sejarah peradaban manusia.

    Ramai di antara kita menyangka jihad menentang penindasan Bashar Al Assad adalah jihad yang sebenar. Pendapat saya, ia adalah jihad yang benar tetapi untuk mencapai tahap kebenaran tidaklah semudah yang disangka2. Masihkah kita berada di pihak yang benar, sekiranya kita bergabung dengan proksi Dajjal (Amerika) dan pakatan Yakjuj/makjuj (Zionis)? Sedangkan Allah telah memberi kita satu amaran yang keras agar tidak sesekali bergabung/bersekongkol/berpakat dengan golongan tersebut.

    Dalam Surah Al Maidah, ayat ke 51 Allah telah berfirman: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

    Masih tidak cukupkah ayat di atas sebagai dalil untuk kita? Masihkah kita mahu bergembira sekiranya pasukan jihad Yankee pro zionis ini memenangi konflik di syria dengan bantuan Nato, PBB, dan sekutu2 dajjal yg lain.

    Pun, disebalik itu, ketahuilah tidak semua pejuang di bumi Syria yang menentang rejim Assad itu pro Pakatan zionis. Pasti ada para mujahid yang benar2 ikhlas dalam memperjuangkan Islam, dan mereka tidak akan sesekali bersekutu dengan pakatan zionis dan konco2nya. Merekalah mujahiddin yang sebenar. Dari kalangan mereka jualah akan muncul sekelompok yang akan memenangkan Islam. Insya Allah, merekalah tentera Al Mahdi yang kita tunggu2 selama ini....

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  14. .
    ...SIAPA DAJJAL ALMASIKH & YAKJOD MAKJOD DI AKHIRUL ZAMAN...

    DIMANA ada tamaddun peradaban Manusia disitu ada Dajjal yg menyesatkan.
    Dimana ada Dajjal disitu berada pula tenteranya Yakjod Makjod yg merosakkan.
    Dajjal AlMasikh dan makhlok perosak Yakjod Makjod sudah ada sejak berzaman.
    Wajah watak2 peranan2 mereka berubah2 hingga keFitnah Dajjal Akhirul Zaman...
    DAJJAL Akhir Zaman dia berjubah tersembunyi rapi rantei Salib ngak kelehetan.
    YAKJOD Akhir Zaman pembekal Salib kepada Dajjal sebagei sihir penguasaan.
    MAKJOD Akhir Zaman pembekal Holy Water berpuaka utk Dajjal melumpuhkan.
    Berbilion menjadi kesesatan sejak berzaman lemah tunduk ngak kuasa melawan...
    SUDAH dekat ajal balasan Tuhan kesesatan kekejaman tetap terima pembalasan.
    Bermula dulu 3 tembok kukoh dunia ego sombong ha3 pasti berkubor dirobohkan.
    Tinggal 2 tembok keras kepala bodoh sombong akan diadili pula terima hukuman.
    Antara Syiah dan Sunni he3 siapa dulu roboh dibimbing semula kepangkal jalan.??

    ...ALMAHDI sentiasa perhatikan ZULQARNAEN berkali2 khabarkan beri Amaran...
    .

    ReplyDelete
  15. Mungkinkah kehilangan pesawat MH 370 merupakan perancangan Dajjal? Peristiwa ini kuat menunjukkan Amerika yg menerima arahan dari tuannya Zionis laknat melakukan kekejaman ini atas sebab2 yg direka oleh zionis untuk memungkinkan kewajaran hamba nya (Amerika) melakukan kjahatan ini. Sebenarnya sudah tentu ada agenda yang sangat besar terselindung disebalik tragedi ini. Bukankah didalam pesawat itu komposisi penumpang Cina sangat ramai? Provokasi ini sengaja dilakukan supaya Cina berperang dengan Amerika setelah mendapat maklumat sebenarnya siapa yg menjadi dalang sehingga terkorban bilangan besar rakyatnya didalam pesawat tersebut. Siapa yg akan membocorkan rahsia? Sudah tentu yahudi zionis itu sendiri ygmembocorkan rahsianya demi menjayakan misi dajjalnya! Setelah dua kuasa besar dunia bertempur sudah tentu yahudi zionis dgn mudah mengambil alih pemerintahan dunia ini setelah kedua2 nya hancur lebur nanti! Wallah huaklam!

    ReplyDelete
  16. Sila rujuk maksud Yakjuj dan Makjuj yang selama ini terlalu lama disalahtafsirkan dibawah;-

    http://yakjujdanmakjuj.com/blog/bumi-akan-menjadi-planet-gunung-berapi-1/#sthash.Q3U5DMbO.dpbs

    ReplyDelete
  17. Sesungguhnya Nabi Isa alaihi salam diangkat ke langit ( planet lain ) pada usia 33 th menuju planet yg terletak pada jarak 1000 th cahaya dari bumi dengan berkendaraan UFO yg memiliki kecepatan cahaya, maka diperlukan waktu selama 1000 th untuk sampai di sana yaitu th 1033 masehi ( waktu bumi ) . Kedatangan beliau disana tidak menginap hanya sebentar saja , kemudian beliau dipulangkan lagi kebumi dlm waktu 1000 th perjalanan sehingga begitu sampai di bumi pada th 2033 masehi . Jadi bolak balik bumi-planet memerlukan waktu 2000 th manusia, tapi karena beliau berada dlm benda yg berkecepatan cahaya maka baginya berlaku hukum relatifitas waktu , sehingga bagi manusia bumi Nabi Isa telah pergi selama 2000 th dari bumi, tapi bagi nabi Isa beliau hanya pergi selama 2 hari saja karena 1000 th bagi manusia sama dg 1 hari saja bagi Allah ( relatifitas waktu einstein ). Begitu sampai di bumi semua manusia yg sezaman dengan beliau sudah pada mati tapi umur beliau masih tetap muda hanya bertambah dua hari saja, tapi keadaan di bumi sudah berubah, zaman sudah berubah. Nabi Isa sampai di bumi th 2033 masehi , pada th ini bangsa Israel ( yahudi ) sedang memerangi umat islam dan Imam Mahdi sebagai pemimpin umat Islam melawan serangan bangsa Israel yg didukung Amerika dan sekutunya, maka pada th inilah nabi Isa bersama Imam Mahdi membunuh yahudi dan melenyapkan israel dari muka bumi dan Nabi Isa membunuh dajjal lanatullah, membunuh babi, mematahkan salib sehingga orang-orang kristen katolik dan semua agama akan masuk Islam. Beliau akan hidup selama 7 th sehingga beliau wafat pada usia 40 th ( 2040 th bagi manusia bumi )

    ReplyDelete
  18. Aduhai kesiannya Dunia Islam sentiasa tetipah tertipu lagi.
    Mana satu Hadis Nabi mana Hadis Israeliat ngak bisa ia kenali.
    Yg mati disangkanya maseh hidup turun kebumi bertugas lagi.
    Janganlah Dunia Islam maseh berpaut didahan yg rapuh lagi.
    Percayalah sabda Nabi Ahlulbaitnya AlMahdi bakal menerajui...

    ReplyDelete
  19. Ya Allah jauhkan kami dari fitnah dajal al-masih..

    ReplyDelete
  20. Saya tidak setuju pendapat yang mengatakan fasa kemunculan dajjal telahpun bermula. Buat masa ini dajjal masih belum menampakkan diri, cuma dia sebagai master mind kepada aliran zionis. Ini kerana nabi swt telah menjawab kepada persoalan bagaimana nak sembahyang dalam fasa dajjal yang sehari sama dengan setahun , sebulan dan seminggu itu. Kita disuruh sembahyang mengikut tempoh biasa ikut jam dan minit, tidak mengikut pergerakan matahari. Ini jelas menunjukkan keadaan itu belum berlaku lagi. Fasa fasa berikut adalah salah kerana kita tiada masalah untuk bersolat mengikut kedudukan matahari seperti biasa.:
    Fasa 1 : 1 hari = 1 tahun = Britain atr tahun 900 – 1900
    Fasa 2 : 1 hari = 1 bulan = Amerika atr tahun 1917 - 2000
    Fasa 3 : 1hari = 1 minggu = Israel atr tahun 2000 - 2020
    dan selebihnya seperti hari2 biasa kita nih.

    ReplyDelete
  21. dajjal dah muncul bro,yaitu saibaba dr sirdi yg k2 satya saibaba.yg dimaksud 1hr sprti stahun ialah di abad 18 smpe awal 19,coba analisa di abad itu hari hari terasa pnjang,dikiaskan sprti stahun,trus diabad 19 smpe20 hari harinya terasa pendek.prhatikan adzan dulu ma skarang atau jam 5 dl msih gelap,liat skrg udah terang.saibaba ini nnti ingkarnasi lg.dajjal itu manusia kturunan adam yg trkutuk ,ditangguh kan umurnya oleh alloh untuk mnguji iman kita.rosululloh brsabda tak cukup sholat sprti biasa,mksudnya harus di tambah tapi ttp sesuai hitungan wktu,mksudnya kl sholat duha y wktu duha,sholat tahadzud sama juga

    ReplyDelete
  22. Pe hal pulak, sai baba tu kan keling... Dajal tu keling ke? Hidayat ko ni tinggi betol taste dengan filem tamil

    ReplyDelete
  23. Dajjal dari segi bahasa Arab memberi beberapa makna kata sifat yang sesuai ditujukan kepada umat manusia, di antaranya adalah seperti berikut:

    Satu golongan manusia yang amat ramai - sehingga meliputi permukaan bumi sebab mereka berada di merata tempat. Mereka terdiri dari bangsa-bangsa tetapi sifat, cara dan tujuan hidup mereka adalah sama.
    Satu golongan manusia yang bersifat pemalsu, pendusta, menggelincirkan, memesongkan. Pada zahirnya bersikap baik tetapi penuh dengan tipu muslihat. Semua yang mereka lakukan dipandang untuk kebaikan semua, namun terselindung disebalik kebaikan itu ialah kehancuran kepada pihak lain. Keimanan seseorang boleh tergelincir disebabkan pengaruhnya yang meliputi segenap kehidupan dari masa kanak-kanak hinggalah ke masa tua.
    Orang yang sangat kaya raya - kekayaan yang dimiliki tidak dapat ditandingi oleh sesiapapun. Bangsa lain mengemis pada mereka. Ringkasnya ekonomi dunia dalam genggaman mereka.
    Pengembara atau musafir - merantau ke merata tempat adalah kegemaran mereka dan ini adalah sebahagian dari cara hidup mereka. Bukan hanya permukaan bumi dikelilingi malah di luar angkasa mereka juga terokai.
    Menyeliputi atau membungkus - Ini adalah salah satu sifat buruk yang mereka miliki iaitu menutupi kesalahan-kesalahan yang dilakukan dan sentiasa menyembunyikan niat jahat mereka dengan pelbagai cara.
    Kelompok orang ramai yang membawa barang dagangan - semenjak dahulu kala lagi hingga sekarang mereka bijak berniaga dan memasarkan barangan mereka menembusi seluruh pelosok dunia. Hal ini juga menyebabkan mereka sangat kaya dan dapat menguasai ekonomi dunia.

    Kata sifat yang tertera seperti di atas sememangya amat tepat ditujukan oleh Rasulullah saw kepada bangsa Barat atau orang kafir. Mereka berada di mana-mana, suka mengembara, kaya raya – kuasa ekonomi dunia berada dalam  genggaman mereka – jatuh ekonomi negara mereka bermakna jatuhlah ekonomi seluruh dunia. Mereka adalah pedagang yang berprestasi tinggi diperingkat global. Mereka pembohong besar, penipu dan begitu angkuh disebabkan kemajuan dalam segala bidang yang mereka capai. Mereka amat licik dalam melaksanakan tipu muslihat memperdayakan bangsa lain sehingga sesebuah negara boleh muflis dan tergadai dan kemudian mereka jajah samada dalam bentuk ekonomi, mental ataupun fizikal. Perhatikan negara-negara yang bernasib malang termasuk negara-negara Islam, hingga ke hari ini masih ramai yang merempat hidup sengsara disebabkan tipu muslihat bangsa Dajjal.

    ReplyDelete
  24. keling pun bley jadik dajjal jugak....apew ingat melayu jerr bley jadi al-mahdi...
    asal bukan jadi al-jubori sudah laa wakakakaka
    welcome to new world order
    welcome to satanic illumination freemason
    perang akhir zaman akan tiba saat nya tahun 2020

    ReplyDelete
  25. Klu nk selamat dari fitnah dajjal ni, hafal aje 10 ayat pertama surah Kahfi atau bace surah kahfi 10 ayat pertama dan terakhir hari jumaat. Komen sy psl Sheikh Imran Huseein ni sya dulu pn minat dgr cermam sehinggalah suatu ketika dia menyatakan bahawa, "Dajjal was created on the day of the creation of Adam a.s. " sjak itu sya meragui dkwahnya. Yg terbaik sekali x usah buang mase mengata sesama Islam, klu nk kaji sgt rujuklah Quran. ALLAH knows best

    ReplyDelete
  26. Asalamualaikum saudara sekalian drpd brtgkar gini lebi baik kita kuatkan dalaman dan luaran tuk sedia hadapi dajjal dan sekutunya dan jgn trlampau taksub dgn ramalan nnt bila dajjal tiba2 mncl dpn mata baru mau igt apa patut dbuat suda trlmbat jdi marila kita kuatkan iman dan pada Allah tuk sedia hadapi hari2 akan dtg

    ReplyDelete
  27. Wahai syeikh Imran and the gang.ketahuilah bahawa negara Islam bukan 1,2,3 atau 100 negara. Tetapi negara Islam hanya sebuah sahaja kerana 1 orang sahaja Khalifah yg menerintah. Dan jgn kamu menyokong demokrasi kerana barangsiapa berhukum dengan hukum yg diturunkan selain drp al quran adalah kafir,fasik dan munafik,rujuk surah al maidah ayat 44,45,46... wahai syeikh imran tarikh yg kamu berikan begitu mengelirukan saudara seagama kerana tarikh israel memerintah telah tamat pd tahun 2012 iaitu tarikh kalendar maya berakhir. Kata org yahudi kiamat pada tahun 2012 iaitu tamatlah pemerintahan israel selama 19 tahun dgn kejayaan menjajah masjid al aqsa. Ramai syiah iaitu sekutu israel telah disembelih dgn bukti hukum qisas telah dilaksanakan oleh khalifah. Hukuman qisas dgn merujuk surah al baqarah ayat 137 dgn pembalasan hukum qisas bagi individu yg dibunuh dgn hukuman seimbang. Kalau org kafir bom bangunan hingga menyebabkan org Islam mati terbakar, kita boleh bakar org kafir tersebut kerana undang2 adalah hak Allah bukannya hak asasi manusia... pada tahun 2013 meteor menghentam russia menyebabkan 2000 jiwa terkorban.dilanjutkan pula salji turun d negara arab serta kemunculan bulan berwarna merah.pada tahun 2013 juga api dalam tanah di yaman mula menyala.api ini merupakan tanda kiamat besar yg telah diperlihatkan kpd kita. Petanda alam merupakan bukti kemunculan Imam Mahdi serta kemunculan Khilafah ke 5 yg dideklarasikan pd ramadhan 1436 hijrah. Cerita ini sekadar pendapat berdasarkan apa yg berlaku sekarang, mengikut dalil, serta pendapat penulis sendiri. Belum tentu betul belum tentu salah. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum..
    maaf mencelah..
    sekarang donald j trumph dah menang.. dia anti islam
    adakah sekarang kita berada di kemuncak kehancuran???
    sbb tiada siapa tau siapa imam mahdi, tiada siapa tau nabi isa dan tiada siapa tau siapa dajjal. nama dia pun dah macam dajjal..

    ReplyDelete
  29. admin page ni masih ada ka.. lama tak nampak post

    ReplyDelete
  30. World war 3 dah nak mula 2020
    Amerika Israel vs Syiria Rusia Korea
    India vs Pakistan
    Arab saudi vs Yaman

    ReplyDelete
  31. Jika rujuk kalendar islam hijr 1473(tahun 2051) ramadhan 1 jatuh pada hari jumaat. Dukhan berlaku hari jumaat di bulan ramadhan kan? Rasulullah pernah berkata umatnya tidak akan sampai 1500 tahun
    . Mohon huraian atau pembetulan.terima kasih.saya remaja yang ingin tahu.

    ReplyDelete
  32. https://youtu.be/aw0pakjXsdQ
    Al Mahdi 2020
    Israel binasa 2024

    ReplyDelete
  33. https://youtu.be/aw0pakjXsdQ
    Perang dunia ketiga
    Perang akhir zaman
    Al marhamah kubro
    Armagedon

    ReplyDelete

Belajar Quran