Saya ada terlihat rancangan RTM1 sempena sambutan Hari Krismas hari Ahad lepas. Kita tidak kisah kalau rancangan itu hanya melibat orang bukan Islam tetapi untuk menjadikan perayaan tersebut sebagai satu perayaan yang turut disertai oleh umat Islam perlu di beri penjelasan dari segi hukum hakam oleh majlis fatwa. Tetapi amat memeranjatkan yang mungkin tidak disedari oleh penonton apabila diakhir rancangan tersebut pengacaranya seorang muslim telah menghebohkan kepada semua tentang tawaran istimewa wine dan champagne sempena hari krismas! Adakah ini semangat baru 1Malaysia?
Mengucapkan Merry Christmas(Selamat Natal) atau ikut merayakannya (memperingati) itu HARAM hukumnya bagi kita umat Islam alasannya kerana itu merupakan penyelewengan aqidah kita sebagai umat Islam.
Kenapa dikatakan penyelewengan aqidah, alasannya kerana dengan mengucapkan Merry Christmas berarti kita telah mengucapkan selamat atas lahirnya Tuhan Jesus. Lalu ada sebahagian umat Islam yang berkata kita tidak memperingati Christmas melainkan kita memperingati lahirnya nabi Isa ‘alaihissalam, pendapat yang kedua ini juga keliru kerana nabi ‘Isa ‘alaihissalam atau yang didsebut Jesus oleh umat nasrani tidak dilahirkan tanggal 25 Desember. Lalu siapa sebenarnya yang dilahirkan tanggal 25 Desember itu!
25 Disember sebenarnya upacara menyembah dewa matahari! |
Barang siapa lahir tanggal 25 Disember, dia dibawah pengaruh Zodiak Capricorn (The Sea Goat). Jesus was a Pisces (The Twin Fishers), the house sorrow and burden. He was born just opposite his mother's house the Virgo (The Virgin). Makanya tarikh 25 Disember itu bukan tarikh sebenar kelahiran Jesus...
ReplyDelete