Monday, 19 December 2011

Amaran 2012 Dalam Mastika

Saya mula menulis tentang peristiwa 2012 hasil dari kajian Ali Adams sekitar bulan Julai tahun ini, hampir lima bulan yang lepas. Tujuan penulis blog inipun adalah untuk berkongsi pendapat tentang petanda-petanda akhir zaman yang menjurus kepada bencana hari kiamat yang telah diberi amaran oleh Rasulullah s.a.w dan bencana-bencana hari kiamat yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran. Banyak perkara yang saya temui dan saya rasa ingin berkongsi pandangan tersebut dengan umat Islam Melayu di alam siber ini. Bahan bacaan internet dalam bahasa Melayu amatlah kurang dan saya rasa terpanggil untuk menyumbang kearah tersebut di samping meluaskan pemikiran kita dari sejajar dengan perkembangan terbaru semasa.

Dalam pencarian tersebut banyak artikel-artikel kesemuanya dalam bahasa Inggeris dan bagi perkongsian ilmu saya berusaha menterjemahkan sekadar termampu dalam bahasa melayu. Antara artikel yang mendapat sambutan ialah tentang Amaran 2012 Dalam Ar-Rahman. Pagi tadi selepas membeli akhbar saya terpandang Mastika keluaran Januari 2012 ada menyiarkan artikel tersebut sebagai tajuk utamanya. Saya tidak kisah sangatlah artikel saya dipetik untuk disiarkan dilaman-laman blog kerana memanglah tujuan saya untuk berkongsi ilmu tetapi kalau untuk tujuan komersial setidak-tidaknya perlulah meminta izin dahulu atau setidak-tidaknya kredit terhadap blog petunjukzaman ini. Saya berhak meminta kredit tersebut kerana isu ini tidak pernah timbul dimana-manapun sebelum ini melainkan di blog ini. 

Inilah artikel yang dimaksudkan;


1 comment:

  1. AMARAN 2012 DLM ARRAHMAN masing2 dgn taksiran kefahaman.
    Tersirat tahun 1433H bersamaan 2012 satu keajaiban ato kebetulan.
    Surah ArRahman kalo diperhatikan itu kesah Bani Nun dilambangkan.
    Kalo tahun 2012 ramalan berlaku kiamat telah meleset hanya omongan.
    Kalo tahun 2012 berlaku transformasi perubahan itu ada perkhabaran.
    Kod tahun 2012 tersirat dlm satu Surah yg laen mahulah dulu dicarikan.
    Kod tahun 2012 bermula pembersihan perubahan terajui Akhirul Zaman.
    Kod tahun 2012 Mr Magician & his Prodigies were at work satu persiapan.
    Kod tahun 2012 diSurah itu permulaan kekuatan Islam satu kebangkitan.

    ReplyDelete

Belajar Quran