Thursday 29 December 2011

Keretapi Emas - Saud Nak Tunjuk Kepada Siapa?


 Akhbar theguardian melapurkan bahawa Raja Abdullah pemerintah Saudi Arabia telah menempah keretapi peribadi berkelengkapan mewah yang akan membawa rombongan diraja antara dua bandar suci Mekah dan Madinah. Keretapi VIP mewah tersebut sedang dibina oleh konsortium Saudi-Sepanyol. Nampaknya kerajaan diraja saud mengambil kesempatan membeli keretapi peribadi tersebut dengan mengambil kesempatan projek keretapi laju yang kos keseluruhannya USD9.2B untuk kemudahan jemaah haji yang menghubungkan dua bandar suci tersebut dan Jeddah, pintu masuk jemaah haji.

Mengikut lapuran syarikat konsortium tersebut, rekabentuk diraja bagi gerabak VIP yang terdiri dari 13 gerabak  akan disadurkan emas.  seperti dilapurkan constructionweekonline.com  bahawa mereka telah diberi kontrak untuk menghiaskan gerabak kereta dengan sadur emas terutamanya dibahagian siling. Inilah yang sepatutnya umat Islam pertikaikan. Disaat ramai umat Islam di Sudan, Somalia, Palestin dan banyak lagi negara Islam kebuluran tetapi raja Saud menunjukan kemewahannya tanpa batas. Sudah pasti pembaziran ini akan menguntungkan kapitalis Yahudi yang sememangnya telah bertapak dan mempunyai kepentingan dalam projek pembangunan besar-besaran Arab Saudi.

Umat Islam menunggu apakah reaksi ulamak atas tindakan kerajaan diraja tersebut yang menunjukkan keangkuhan dengan kemewahan yang keterlaluan. Ulamak mereka dengan senang hati membenarkan pembangunan sesuka hati di tanah suci tersebut dengan menghapuskan semua tinggalan sejarah Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya tanpa bekas sedikitpun dengan alasan hapuskan kurafat dan bidaah. Alasan inilah digunakan sepenuhnya oleh penguasa Saudi bagi membolehkan kontraktor yang mempunyai hubungan dengannya mengaut keuntungan dengan pembangunan yang melampau. Dalam hukum fekah, sudu, garfu dan pinggan mangkuk yang bersadur emaspun haram digunakan bagi tujuan menunjuk-nunjuk apatah lagi dengan gerabak keretapi bersadur emas!

Rasulullah saw telah memberi amaran akan munculnya golongan Arab Badui yang suka menunjukkan kesombongan dan keangkuhannya yang pasti membawa bencana kepada seluruh umat Islam.

حدثنا يحيى بن يحيى قال قرأت على مالك عن أبي الزناد عن الأعرج عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال رأس الكفر نحو الشرق والفخر والخيلاء في أهل الخيل والإبل الفدادين أهل الوبر والسكينة في أهل الغنم

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya yang berkata qara’tu ala [aku membacakan kepada] Malik dari Abi Zanad dari Al A’raj dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “sumber kekafiran datang dari timur, kesombongan dan keangkuhan adalah milik orang-orang pengembala kuda dan unta Al Faddaadin Ahlul Wabar [arab badui] dan kelembutan ada pada pengembala kambing[Shahih Muslim 1/71 no 52]

Sejak berzaman dari bermulanya khalifah hinggalah kalifah Othmaniyyah terakhir mereka amatlah berhati-hati melakukan pembangunan di Mekah kerana menghormati Kaabah sebagai rumah Allah. Tercatat dalam sejarah bahawa pemerintah Othmaniyyah telah menetapkan undang-undang tidak dibenarkan sebarang bangunan yang melebihi ketinggian Kaabah. Begitu juga Sultan Abd Hamid terakhir telah meminta supaya keretapi yang akan dibina untuk laluan Mekah - Madinah pada masa itu supaya menggunakan enjin lebih senyap bagi mengelakkan gangguan di Kaabah. Begitulah hati-hatinya mereka kerana menghormati rumah Allah.

Atas kesedaran inilah kesemua khalifah yang mengawal Mekah dan Madinah menggunakan gelaran "Khadam Dua Tanah Suci" bukannya pemerintah. Ironisnya kerajaan Saud juga mengambil gelaran tersebut tetapi segala tindakan mereka tidak membayangkan gelaran "khadam" yang mereka pakai tetapi menunjukkan merekalah tuan kepada kaabah, mereka berhak melakukan apa saja yang disukainya dan menggunakan khazanah dari bumi suci itu untuk kepentingan kemewahan mereka sendiri. Tunggulah saatnya dimana Allah akan menunjukkan di hadapan rumahnya sendiri Baitullah siapakan tuannya yang sebenar!

Dari Sauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW, 
“Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik. Semuanya adalah anak-anak kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu mereka akan membunuh kamu semua dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun.” Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak berapa ingat. Kemudian baginda bersabda, “Maka apabila kamu semua melihatnya, hendaklah kamu segera berbaiat kepadanya (Pemuda Bani Tamim itu) walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana di sisinya adalah Khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi.” (Ibnu Majah)

Wednesday 28 December 2011

Tsunami Kecil Peringatan Dari Allah

Ombak Besar di Teluk Lipat - sumber: fatinbaharum.blogspot.com

Dalam artikel yang lalu petunjukzaman ada menyiarkan tentang Malaysia Mengundang Tsunami?  iaitu berkenaan langkah kerajaan menerima kemasukan Asahi syarikat minuman keras terbesar Jepun melalui pengambil alihan PERMANIS. Kita berdoa mudah-mudahan Allah menjauhkan kita dari bencana tersebut.  Tetapi Allah telah memberi amaran bahawa terjadinya bala bencana keatas manusia ialah akibat perbuatan manusia itu sendiri yang melanggar perintah Allah. Inilah yang berlaku kepada bandar Asahi di Jepun apabila Allah menenggelamkan bandar tersebut melalui kejadian tsunami dan gempa bumi. Rasulullah s.a.w telah memperingatkan perkara tersebut dalam hadis tersebut;

Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum thamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi".


Peristiwa tsunami kecil yang melanda beberapa kawasan di Terengganu dan Kelantan merupakan amaran dari Allah swt bagi menyedarkan kita tentang kekuasaannya. Kita boleh berdoa supaya dihindarkan dari bencana tersebut tetapi berdoa sahaja tidak mencukupi jika kita tidak mencegah kemungkaran yang sedang menjalar didalam negara ini. 


Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). (Al-An'aam 6:44)


Berita lanjut;

Tuesday 27 December 2011

Tipudaya Halus Nasrani Di sebalik Ucapan Merry Chrisma


Saya ada terlihat rancangan RTM1 sempena sambutan Hari Krismas hari Ahad lepas. Kita tidak kisah kalau rancangan itu hanya melibat orang bukan Islam tetapi untuk menjadikan perayaan tersebut sebagai satu perayaan yang turut disertai oleh umat Islam perlu di beri penjelasan dari segi hukum hakam oleh majlis fatwa. Tetapi amat memeranjatkan yang mungkin tidak disedari oleh penonton apabila diakhir rancangan tersebut pengacaranya seorang muslim telah menghebohkan kepada semua tentang tawaran istimewa wine dan champagne sempena hari krismas! Adakah ini semangat baru 1Malaysia?

Mengucapkan Merry Christmas(Selamat Natal) atau ikut merayakannya (memperingati) itu HARAM hukumnya bagi kita umat Islam alasannya kerana itu merupakan penyelewengan aqidah kita sebagai umat Islam. 


Kenapa dikatakan penyelewengan aqidah, alasannya kerana dengan mengucapkan Merry Christmas berarti kita telah mengucapkan selamat atas lahirnya Tuhan Jesus. Lalu ada sebahagian umat Islam yang berkata kita tidak memperingati Christmas melainkan kita memperingati lahirnya nabi Isa ‘alaihissalam, pendapat yang kedua ini juga keliru kerana nabi ‘Isa ‘alaihissalam atau yang didsebut Jesus oleh umat nasrani tidak dilahirkan tanggal 25 Desember. Lalu siapa sebenarnya yang dilahirkan tanggal 25 Desember itu!

25 Disember sebenarnya upacara  menyembah dewa matahari!
Seperti yang dijelaskan oleh bekas birawati Indonesia Hjh Irene Handono, jarum halus kristianisasi bermula dengan ucapan hari natal. Semuanya yang melibatkan perayaan hari natal ini adalah tipudaya yang menyesatkan dan padahal sambutan itu sendiri hanya bermula pada abad ke-5!





Wednesday 21 December 2011

Senjata Laser Iran Tumpaskan Satelit Pengintip CIA



Sumber perisikan Eropah mendedahkan Iran telah berjaya merosakkan satelit pengintip CIA menggunakan teknologi lasernya sendiri. Ini amat mengejutkan barat tetapi peristiwa ini telah berlaku sekitar dua tahun lepas, dimana dilapurkan bahawa Iran berjaya membutakan satelit tersebut dengan pancaran laser yang tepat.



Berita ini timbul selepas Iran berjaya menggodam sistem kawalan pesawat drone tercanggih US pada awal bulan ini. Iran pertama kalinya umumkan pada 4 december lalu bahawa pasukan pertahanannya telah menjatuhkan pesawat tersebut melalui serangan siber yang sofistikated.

Seorang komander Pengawal Revolusi Islam mengatakan pesawat pengintip dilengkapi dengan sistem pengawasan yang termaju, komunikasi elektronik dan sistem radar telah terpedaya oleh perangkap tentera Iran. Pesawat itu berjaya ditawan tanpa mendatangkan kerosakan dan pihak Iran mengumumkan akan melakukan pembinaan semula komponen melalui reverse engineering, rekabentuk pesawat tersebut dikatakan sama dengan B-2 stealth bomber.

Monday 19 December 2011

Amaran 2012 Dalam Mastika

Saya mula menulis tentang peristiwa 2012 hasil dari kajian Ali Adams sekitar bulan Julai tahun ini, hampir lima bulan yang lepas. Tujuan penulis blog inipun adalah untuk berkongsi pendapat tentang petanda-petanda akhir zaman yang menjurus kepada bencana hari kiamat yang telah diberi amaran oleh Rasulullah s.a.w dan bencana-bencana hari kiamat yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran. Banyak perkara yang saya temui dan saya rasa ingin berkongsi pandangan tersebut dengan umat Islam Melayu di alam siber ini. Bahan bacaan internet dalam bahasa Melayu amatlah kurang dan saya rasa terpanggil untuk menyumbang kearah tersebut di samping meluaskan pemikiran kita dari sejajar dengan perkembangan terbaru semasa.

Dalam pencarian tersebut banyak artikel-artikel kesemuanya dalam bahasa Inggeris dan bagi perkongsian ilmu saya berusaha menterjemahkan sekadar termampu dalam bahasa melayu. Antara artikel yang mendapat sambutan ialah tentang Amaran 2012 Dalam Ar-Rahman. Pagi tadi selepas membeli akhbar saya terpandang Mastika keluaran Januari 2012 ada menyiarkan artikel tersebut sebagai tajuk utamanya. Saya tidak kisah sangatlah artikel saya dipetik untuk disiarkan dilaman-laman blog kerana memanglah tujuan saya untuk berkongsi ilmu tetapi kalau untuk tujuan komersial setidak-tidaknya perlulah meminta izin dahulu atau setidak-tidaknya kredit terhadap blog petunjukzaman ini. Saya berhak meminta kredit tersebut kerana isu ini tidak pernah timbul dimana-manapun sebelum ini melainkan di blog ini. 

Inilah artikel yang dimaksudkan;


Friday 9 December 2011

Gerhana Bulan Penuh 15 Muharram 1423H



KUALA LUMPUR - Masjid Negara akan mengadakan solat sunat gerhana dan khutbah khas bersempena fenomena gerhana bulan penuh pada 10 Disember ini.

Penolong Pegawai Perhubungan Awam Unit Perhubungan Awam dan Pusat Sumber Masjid Negara, Azri Zainal Abidin berkata, program itu bermula pukul 7 malam hingga 10 malam.

Program ini akan diadakan di Dewan Solat Utama Masjid Negara,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Azri seterusnya berkata, orang ramai dijemput hadir ke program tersebut sebagai tanda kesyukuran dan menginsafi kejadian alam kurniaan Allah.

Menurutnya, maklumat lanjut mengenai program itu boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Masjid Negara www.masjidnegara.gov.my. – mynewshub.my

Fasa ke Tiga Dajjal


DAJJAL AKAN MEMERINTAH DUNIA SELAMA 40 HARI

Peringkat Kemunculan Dajjal: "satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang".

Ingatlah dalam sebuah hadis yang paling penting bagaimana Baginda Nabi Muhammad SAW telah memberitahu bahawa apabila Dajjal dilepaskan di dunia, ia akan hidup di Bumi selama 40 hari.

Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?", jawab Rasullullah:

"Selama empat puluh (40) hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang".

Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim)

40 hari ini diwakili oleh 4 fasa, iaitu;-

1 hari yang pertama seumpama setahun,
1 hari kedua seumpama sebulan,
1 hari ketiga seumpama seminggu,
Dan hari2 selebihnya (37 hari) seumpama hari2 kita...

...dan kini kita sudah pun memasuki fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai "1 hari ketiga bersamaan seminggu"..

Dalam buku Jerusalem in the Quran karya Imran Nazar Hosein http://www.imranhosein.org/books/37-jerusalem-in-the-quran.html,  beliau mengatakan fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai 1 hari bersamaan setahun ialah pada ketika British mengepalai tampuk pemerintahan dunia. Waktu itu British adalah penjajah terhandal sehingga berjaya menjajah Jerusalem. Negara kita ini adalah antara mangsa kehandalannya itu. Fasa 1 hari bersamaan sebulan ialah keadaan sekarang ini, di mana Amerika Syarikat menjadi pusat pemerintahan dunia menggantikan British. US Dollar dijadikan mata wang perdagangan utama dunia. Namun sekarang ini US Dollar sudah jelas kelihatan menghampiri ajalnya. US Dollar dah masuk hospital wad ICU. Amerika Syarikat sudah hampir lumpuh ekonominya. Dan tak lama lagi, kita akan masuk ke fasa 1 hari bersamaan seminggu, iaitu apabila Israel pula akan mengambil-alih sebagai pemerintah dunia daripada Amerika Syarikat.

Peralihan kuasa ini pasti melibatkan peperangan yang bakal mengorbankan berjuta-juta manusia. Inilah yang berlaku ketika berlakunya peralihan antara FASA 1 kepada FASA 2 dahulu. FASA 1 Dajjal adalah ketika berlakunya Perang Dunia 1 yang membolehkan penjajahan British di Palestin, dengan menjatuhkan khilafah Othmaniyyah dan perjanjian dengan Raja Saud. Begitu juga ketika peralihan FASA 2 yang menjadikan Uncle SAM (US) sebagai pemerintah dunia. Perang dunia 2 berlaku melibatkan NAZI Jerman , Jepun dan tentera-tentera berikat (US-UK). Akibatnya jutaan manusia terkorban dan kemenangan keatas tentera berikat yang dipimpin US. Seterusnya  US mengenakan cengkamannya ke atas dunia melalui penubuhan UNITED NATION yang mengesahkan penubuhan negara haram Israel di Palestin.

**Pendapat Sheikh Imran dalam bukunya 'Jerusalem in the Quran' berpandukan situasi kebangkitan di negara Arab, berkemungkinan peperangan ini akan terjadi kurang dari 30 tahun dari sekarang. Rujukan lain yang agak menarik menyatakan kemunculan Dajjal pada tahun 2033 (Allahu a'lam). Ini kerana Rasulullah SAW menyatakan kehidupan Dajjal semasa 3 peringkat pertama tidak seperti hari-hari kita, dan meminta (umat) menghitung harinya.

Apakah maksud ini? -Maksudnya, kita perlu membuat kiraan matematik dan menghitung untuk mendapatkan tarikh kemunculan Dajjal. Oleh itu, persoalannya ialah apakah jumlah hari selain hari kita? JAWAPANNYA, terkandung dalam surah al-Hajj:47

Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.
(Al-Hajj 22:47)

Kini kita menemukan fakta dari sumber rujukan sahih iaitu al-Quran bahawa 1 hari bersamaan 1,000 tahun, dan fakta lain ialah terdapat 12 bulan atau 52 minggu di dalam setahun. Selainnya, tahun dikira mestilah mengikut tahun Hijrah dan bukan tahun Gregorian. Hanya Allah berkuasa menentukan kiraan masa dan bilangan tahun.

Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa... 
(Yunus 10:5)

Oleh itu, sedarlah semua. lihatlah dengan mata hati.. bahawa Dajjal telah muncul dalam kehidupan kita, akan tetapi kehidupan Dajjal yang kita huni sekarang tidak berada di dalam dimensi masa manusia di dunia. (contohnya: Malaikat wujud disekeliling kita, akan tetapi, malaikat berada dalam dimensi masa yang berbeza dengan manusia)

Huraian al-Quran & Hadis dalam mendefinisikan taarif dimensi masa manusia dan bukan manusia berbeza ialah:

Dajjal hidup selama 40 hari:

Peringkat Pertama: 1 hari = Setahun = setahun (Dajjal) bersama 1,000 tahun (dimensi masa manusia)
Peringkat Kedua: 1 hari = Sebulan = iaitu 1,000 tahun/12 bulan = 83 tahun (dimensi masa manusia)
Peringkat Ketiga: 1 hari = Seminggu = 1,000 tahun/52 (minggu) = 19 tahun (dimensi masa manusia)

Peringkat Keempat: 37 hari = hari dimana Dajjal berada dalam dimensi masa manusia.

Dari kiraan ini, kita mendapati kehidupan Dajjal selama 1,000 tahun pada peringkat pertama, 83 tahun pada peringkat kedua, dan 19 tahun pada peringkat ketiga. Teori kiraan mengikut tahun Hijrah menyatakan Yakjuj & Makjuj memecah tembok pada tahun 353 Hijrah (965 AD) (kaum Khazar mula aktif berdagang pada 850 AD).

Oleh itu: (fahamilah secara terperinci) 353 Hijrah + 1,000 tahun = 1353 Hijrah (Tahun 1935 AD) = Zaman Dajjal menguasai Europe (Britian) ;

1353 Hijrah + 83 tahun = 1436 Hijrah (Tahun 2014 AD) *Zaman Kita Huni Hari Ini. = Zaman Dajjal menguasai Amerika dan peralihan kepada Israel iaitu bermulanya Perang Dunia III *(saudaraku, kita berada diakhir peringkat kejatuhan Amerika sebelum peralihan kepada Israel) sedikit masa lama untuk berpindah ke peringkat ketiga.

1436 Hijrah + 19 tahun = 1455 Hijrah (2033 AD) = Zaman Dajjal menguasai Israel dan penderitaan Perang Dunia III yang berpanjangan = Kemunculan Imam Mahdi & Nabi Isa *peringkat dimana saintis Yahudi menyatakan bahawa Sea of Galilee akan kering dalam masa 50 tahun dari sekarang lebih kurang seperti pendapat Sheikh Imran yang menyatakan bahawa Sea of Galilee akan kering dalam masa kurang 40 tahun lagi)

**** INGAT! Walaubagaimanapun, kesemua kiraan tarikh sekadar teori dengan kebenaran tarikh sebenar yang BELUM PASTI terbukti. (Allahu a'lam) Kebenaran yang telah terbukti ialah tembok menyekat Yakjuj & Makjuj terbuka dan mereka meluru turun dari kuasa pemerintahan (al-Anbiyaa':95-96). Bukti jelas yang lainnya ialah tuhan yang mereka sembah adalah Lucifer (Iblis). Kebenaran lain yang terbukti ialah tembok tidak berupaya ditebuk dan dinyatakan ayat 97 surah al-Kahfi telah ditebuk dan berlubang semenjak zaman kehidupan Rasulullah saw. Wallahu'alam.


Rujukan lanjut;

Tuesday 29 November 2011

Peristiwa Besar 10 Muharram

Gambaran Laut Terbelah Dua Terjadi Pada 10 Muharram

Diam tak diam kita dah masuk tahu baru hijrah 1433. Tidak lama lagi kita akan menyambut 10 muharram yang mana banyak berlaku peristiwa besar yang mengubah sejarah manusia.
Peristiwa besar yang berlaku pada hari 10 Muharram:
  • Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
  • Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
  • Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
  • Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
  • Allah menjadikan Siti Hawa.
  • Allah menjadikan Syurga.
  • Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
  • Taubat Nabi Adam diterima Allah.
  • Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
  • Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
  • Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
Inilah antara peristiwa besar pada 10 muharram yang telah berlaku, begitu juga dalam beberapa hadis riwayat Nu'aim bin Hammad menyatakan bahawa pembaihan Imam Mahdi juga berlaku dalam 10 Muharram!

Dari buku "Huru-Hara Akhir Zaman" karangan Amin Muhammad Jamaluddin.

Halaman 97:

Keanehan-keanehan yang terjadi pada Ramadhan dan petaka-petaka dahsyat pada bulan Syawwal, Dzulqaidah dan Dzulhijjah. Al-Mahdi akan muncul di bulan Muharram. Pada Ramadhan sebelum kemunculannya, terlihat beberapa tanda-tanda nyata dan peristiwa- peristiwa yang aneh di langit. Mula-mula terjadi guncangan, kemudian muncul gelegar suara yang keras dan dahsyat, setiap orang bisa mendengarnya, kemudian muncul bintang berekor yang menerangi langit, kemudian matahari dan bulan mengalami gerhana.
Huru-hara di Timur Tengah

Jika peristiwa-peristiwa diatas telah terjadi pada bulan Ramadhan, maka pada bulan Syawal akan terjadi huru-hara (ma'ma'ah). Kemudian pada bulan Dzulqaidah akan terjadi konflik antara suku dan perselisihan antara negeri Islam. Kemudian pada bulan Dzulhijjah, pada musim haji, akan terjadi perompakan terhadap para jama'ah haji dan peperangan antar suku dan bangsa Islam, sehingga darah mengalir di Jumrah 'Aqabah pada hari-hari Idul Adha di Mina.

Jika peristiwa di atas telah terjadi, maka Al-Mahdi muncul dan dibaiat pada hari Asyura bulan Muharram.

Saya akan menyebutkan beberapa hadits mengenai hal ini yang sebenarnya cukup banyak:

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
"Pada bulan Ramadhan terlihat tanda-tanda di langit, seperti tiang yang bersinar, pada bulan Syawwal terjadi malapetaka, pada bulan Dzulqa'idah terjadi kemusnahan, pada bulan Dzulhijjah para jamaah haji dirampok, dan pada Muharram, tahukah apakah Muharram itu?"

Rasulullah saw. juga bersabda:
"Akan ada suara dahsyat di bulan Ramadhan, huru-hara di bulan Syawwal, konflik antar suku pada bulan Dzulqa'idah, dan pada tahun itu para jamaah haji dirampok dan terjadi pembantaian besar di Mina dimana banyak orang terbunuh dan darah mengalir disana, sedangkan pada saat itu mereka berada di Jumrah Aqabah".

Beliau saw. juga bersabda:
"Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Muhammad bin Ali berkata:
"Sesungguhnya, Al-Mahdi yang kita nantikan itu memiliki dua mukjizat yang belum pernah terjadi semenjak Allah menciptakan langit dan bumi, bulan mengalami gerhana pada malam pertama bulan Ramadhan, sedangkan matahari mengalami gerhana pada pertengahan bulan itu, dan kedua hal itu belum pernah terjadi sejak Allah menciptakan langit dan bumi". (diriwayatkan Daruquthni dalam sunan-nya).

Monday 21 November 2011

Tanduk Setan Najd Selamatkan Amerika

Ibu pejabat konglemerat Kingdom Holding dipusat bandar Riyadh (Najd) di miliki oleh
Alwaleed bin Talal Al Saud - Mercu tandanya tanduk setan!

Rasulullah s.a.w telah mengingatkan umat Islam antara bahaya yang besar diakhir zaman adalah munculnya fitnah dan setan dari Najd, sekarang ini dinamakan Riyadh iaitu pusat pemerintahan kerajaan Saud di Saudi Arabia.

Kemunculan Saudi Arabia itu sendiri merupakan satu episod kelam umat Islam kerana ia secara rasminya menumbangkan kerajaan khalifah yang telah tertegak hampir 1000 tahun. Pengasas kerajaan tersebut, Abdul Aziz Ibn Al Saud bersama dengan pemimpin kabilah yang lain, semuanya telah diberi habuan rasuah, menyokong dan memberi bantuan sepenuhnya kepada British dan Zionist bagi menumbangkan kerajaan Othmaniyyah di Turki dan menghapuskan Islam dari sana (penguasaan Atartuk). Sebagai balasannya, British melalui perjanjian Treaty of Friendship pada 1916, telah menobatkan Abdul Aziz Ibn Al Saud sebagai pemimpin dengan penguasaan terhadap Najd dan penawanan Riyadh.

Sebelum kita melihat lebih jauh akibat yang kita telah lihat (secara fakta) fitnah yang keluar bersama tanduk setan tersebut disini saya paparkan hadis-hadis sahih dari Rasulullah yang menceritakan secara terperinci tentang sifat-sifat kaum tersebut.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ الْحَسَنِ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ عَوْنٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna yang berkata telah menceritakan kepada kami Husain bin Hasan yang berkata telah menceritakan kepada kami Ibnu ‘Aun dari Nafi’ dari Ibnu Umar yang berkata [Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam] bersabda “Ya Allah berilah keberkatan kepada kami, pada Syam kami dan pada Yaman kami”. Para sahabat berkata “dan juga Najd kami?”. Beliau bersabda “disana muncul kegoncangan dan fitnah, dan disanalah muncul tanduk setan” [Shahih Bukhari 2/33 no 1037]

Selain menunjukkan nama tempat tersebut, Rasulullah s.a.w juga menyebutkan ciri-ciri orang atau penduduk di tempat tersebut. Diantaranya Rasulullah s.a.w menyebutkan kalau orang-orang disana [tempat munculnya fitnah] adalah orang yang berhati sombong dan angkuh termasuk pengembala unta atau dikenal dengan sebutan Ahlul wabar.

حدثنا يحيى بن يحيى قال قرأت على مالك عن أبي الزناد عن الأعرج عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال رأس الكفر نحو الشرق والفخر والخيلاء في أهل الخيل والإبل الفدادين أهل الوبر والسكينة في أهل الغنم

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya yang berkata qara’tu ala [aku membacakan kepada] Malik dari Abi Zanad dari Al A’raj dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “sumber kekafiran datang dari timur, kesombongan dan keangkuhan adalah milik orang-orang pengembala kuda dan unta Al Faddaadin Ahlul Wabar [arab badui] dan kelembutan ada pada pengembala kambing[Shahih Muslim 1/71 no 52]

حدثنا عبدالله بن عبدالرحمن أخبرنا أبو اليمان عن شعيب عن الزهري حدثني سعيد بن المسيب أن أبا هريرة قال سمعت النبي صلى الله عليه و سلم يقول جاء أهل اليمن هم أرق أفئدة وأضعف قلوبا الإيمان يمان والحكمة يمانية السكينة في أهل الغنم والفخر والخيلاء في الفدادين أهل الوبر قبل مطلع الشمس

Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman yang berkata telah mengabarkan kepada kami Abul Yaman dari Syu’aib dari Az Zuhri yang berkata telah mengabarkan kepadaku Sa’id bin Al Musayyab bahwa Abu Hurairah berkata aku mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Penduduk Yaman datang, mereka bertingkah laku halus dan berhati lembut iman di Yaman, hikmah di Yaman, kelembutan ada pada penggembala kambing sedangkan kesombongan dan keangkuhan ada pada orang-orang Faddadin Ahlul Wabar [arab badui] di arah terbitnya matahari [Shahih Muslim 1/71 no 52]

Kedua hadis di atas menyebutkan tempat munculnya fitnah adalah tempat pada arah timur matahari terbit dimana orang-orang disana dikenal sebagai pengembala unta, orang yang berhati kasar sombong dan angkuh yang merupakan tabiat kebanyakan dari ahlul wabar atau arab badui. Ahlul wabar bisa diartikan sebagai orang arab badui karena tempat tinggal mereka terbuat dari al wabr atau bulu. Di masa Nabi s.a.w Ahlul wabar tinggal di Najd.

Selain menyebutkan ciri-ciri mereka, Rasulullah s.a.w juga menyebutkan kabilah mereka yang dikenal sebagai Rabiah dan Mudhar. Rabi’ah dan Mudhar dikenal sebagai Ahlul Masyriq [penduduk timur] di masa Nabi s.a.w

حدثنا مسدد حدثنا يحيى عن إسماعيل قال حدثني قيس عن عقبة بن عمرو أبي مسعود قال أشار رسول الله صلى الله عليه وسلم بيده نحو اليمن، فقال الإيمان يمان هنا هنا، ألا إن القسوة وغلظ القلوب في الفدادين، عند أصول أذناب الإبل، حيث يطلع قرنا الشيطان، فيربيعة ومضر

Telah menceritakan kepada kami Musaddad yang berkata telah menceritakan kepada kami Yahya dari Isma’il yang berkata telah menceritakan kepadaku Qais bin Uqbah bin Amru Abi Mas’ud yang berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengisyaratkan tangannya kearah Yaman dan berkata “Iman di Yaman disini dan kekerasan hati adalah milik orang-orang Faddadin [arab badui atau pedalaman] yang sibuk dengan unta-unta mereka dari arah munculnya tanduk setan [dari] Rabi’ah dan Mudhar [Shahih Bukhari no 3126]

Mereka sibuk menghabiskan wang berpesta semata-mata kerana unta padahal saudara Islam mereka sedang dibunuh dibumi Palestin!

Saud Selamatkan Ekonomi Amerika

Salah seorang lelaki terkaya didunia sekarang ini ialah Putera Alwaleed bin Talal bin Abdulaziz Al Saud, kerabat diraja Saudi. Kisah beliau memperolehi kekayaan secara tiba-tiba adalah sukar dipercayai dan misteri. Beliau menubuhkan syarikat sendiri pada umur 14 tahun, billionaire umur 31 tahun dan sekarang ini 56 tahun dalam senarai Forbes ke 26 terkaya didunia. Beliau menjadi perhatian masyarakat pelaburan antarabangsa apabila beliau menyelamatkan Citibank (Bank Riba Terbesar didunia - mempunyai kepentingan yahudi) dari bangkrap yang mengancam ekonomi Amerika. Beliau mendapat mandat untuk menambahkan sahamnya dalam bank tersebut ketika Saudi berkerjasama dengan tentera Amerika menakluk Iraq dalam perang teluk tahun 1991.

Selepas itu beliau bekerjasama erat dengan penyangak-penyangak ekonomi yahudi mengembangkan perniagaannya tanpa mengira halal haram dari perbankan riba-kapitalis hinggalah rangkaian hotel perjudian terkemuka, Grand Monte Carlo Casino.

Antara syarikat-syarikat mempunyai kepentingan yahudi yang menjadi penyumbang besar kepada Israel yang diselamatkannya dengan wang pelaburan saud ialah;  AOL, Apple Inc., MCI Inc., Motorola, Fox News, Citigroup Inc., The Plaza Hotel (New York), Fairmont Hotel, Four Seasons Hotels Inc., Mövenpick Hotels & Resorts AG,PepsiCo Inc, The Walt Disney Company, Time Warner Inc..

Kita hairan kenapakah ulamak-ulamaknya yang begitu berkira dengan isu remeh-temeh tetapi mendiamkan diri terhadap tindak-tanduk golongan atasannya yang terang-terang terlibat dengan bukan sahaja dengan pekerjaan yang mungkar tetapi secara langsung bersama dengan musuh Islam!

Keluarga Saud melalui Putera Alwaleed ini belum lagi merasa berpuas hati dengan pembangunan di Riyadh (Najd) sekarang ini. Benarlah ingatan Rasulullah s.a.w dalam satu hadis panjang mengenai Iman, Islam, Ehsan dan tanda-tanda kiamat; berlumba-lumbanya Arab Badui membina bangunan pencakar langit sebagai menunjukkan keangkuhan. Mereka sekarang ini merancang untuk membina bangunan pencakar langit di Riyadh (Najd) yang tiada lagi tolak bandingnya didunia ini yang dinamakan Kingdom Tower. Sekali lagi pembinaan yang memberikan kepentingan kepada kapitalis dan juga penyangak ekonomi yahudi. Inilah cara yang terselindung oleh yahudi mendapatkan sumber kewangan bagi meningkatkan kekuatan Israel melalui pembiayaan kewangan secara riba-kapitalis melalui projek mega tersebut.  http://www.msnbc.msn.com/id/43988244/ns/world_news-mideast_n_africa/t/worlds-tallest-building-coming-saudi-arabia/#.TsowtHOzUwR

Bangunan pencakar langit tiada tolak bandingnya lagi!


Dari manakah kekayaannya?

Satu persoalan yang ditimbulkan oleh penganalisis ekonomi antarabangsa ialah dari manakah datangnya sumber kewangan Putera Alwaleed kerana dari segi pulangan pelaburannya tidak memungkinkan beliau menguasai syarikat-syarikat gergasi tersebut. Mengikut kenyataannya beliau memulakan perniagaannya pada tahun 1979 adalah menggunakan sumber peribadinya yang diberikan oleh bapanya sebanyak $30,000. Beliau juga mendakwa menggadaikan rumahnya sebanyak $400,000 dan juga hasil elaun di raja sebanyak $15,000 sebulan. Padahal dengan jumlah sedemikian untuk sara hidup sebagai putera raja sahaja tidak mencukupi apatah lagi untuk modal empayar perniagaan berbilion dollar.

Apakah beliau hanyalah orang perantara sahaja bagi pelaburan dinasti Saud? Para penganalisis ekonomi membuat analisa dan unjuran dengan segala pelaburannya diluar negara dan dalam negara Saudi hanyalah menyumbangkan 1/10 dari pendapatannya, inilah menimbulkan misteri dikalangan penganalisa. http://www.economist.com/node/187913

Sebenarnya tidak ada rahsia, kekayaannya adalah bersumber dari jutaan jemaah haji yang bertandang setiap tahun ke Mekah dan Madinah, dan tentu sekali hasil minyak yang melimpah ruah yang menjadi millik keluarga di raja saud itu sendiri. http://www.forbes.com/profile/abdullah-bin-abdul-aziz-al-saud/

Umat Islam diabad ini dilalaikan dan terkeliru dengan isu sunnah-syiah hingga tidak nampak segala bahaya yang telah diberi amaran oleh Rasulullah s.a.w. Kita terutamanya mengira bahawa bahaya itu akan datang dari syiah Iran yang akan menolong yahudi satu ketika nanti tetapi tidak nampak apakah gerakan yang sedang dilakukan oleh yahudi di keliling tanah suci umat Islam sendiri. kita tidak nampak bahawa revolusi Iran pada tahun 1979 yang lalu merupakan satu tamparan kepada yahudi yang ingin menjadikan Israel Raya dengan kerjasama Shah Iran. Yahudi setelah berjaya menjadikan Turki sebagai negara rahsia Zionis melalui Kamal Atartuk menerima kesan yang hebat membantutkan rancangan perluasannya. Kalaulah tidak ada pertolongan Allah menegakkan revolusi Islam Iran nescaya kehidupan kita sebagai Umat Islam tidak lagi aman seperti sekarang ini, padahal dengan segala propaganda Amerika dan Zionis sekarang inipun umat Islam sudah menerima pelbagai tekanan.

Dengan takdir Allah tabir tipudaya fitnah ini semakin tersingkap, rahsia semakin terbongkar. Siapakah musang berbulu ayam yang membuatkan dunia Islam bercelaru ketika ini akan terbongkar. Sila baca kajian yang mendedahkan tipudaya yahudi dilaman berikut;

  1. http://www.strategic-culture.org/news/2011/10/25/the-doenmeh-the-middle-easts-most-whispered-secret-part-i.html
  2. http://www.strategic-culture.org/news/2011/10/26/the-doenmeh-the-middle-easts-most-whispered-secret-part-ii.html

Sunday 20 November 2011

Persamaan Cubaan Bunuh Obama dan Duta Saudi

Oscar Ramiro Ortega-Hernandez penembak White House

Seorang lelaki umur 21 tahun bernama Oscar Ramiro Ortega-Hernandez dari Idaho telah ditahan atas cubaan membunuh Obama atau pun pegawai-pegawainya. Ini berikutan tembakan yang dilepaskan olehnya tepat mengenai tingkap white house tetapi terhalang oleh cermin kalis peluru. Motif cubaan membunuh seperti yang dikemukakan kepada mahkamah adalah ganjil iaitu beliau mendakwa Obama adalah "anti christ" yang menimbulkan kebenciannya. Sumber mahkamah juga mengatakan mungkin lelaki itu mempunyai masalah mental. Dalam artikel yang lalu petunjukzaman ada mengemukakan sumber bahawa Obama adalah mungkin pengikut kumpulan rahsia Knights Templer.

Dakwaan terhadap beliau menimbulkan lebih persoalan kerana didapati beliau mempunyai tattoo yang mempunyai tulisan ISRAEL dikiri tengkuknya. Siapakah sebenarnya beliau? Apakah dia Mossad? 

Tattoo ISRAEL jelas di tengkoknya

Kebolehannya membuat tembakan dari dalam kereta pada waktu malam dan tepat mengenai tingkap white house membayangkan beliau seorang penembak professional dan bukannya seorang mempunyai masalah mental seperti yang dilapurkan polis.

Pihak berkuasa menjumpai didalam keretanya selaras senjata semi-automatik Romanian Cugir SA lengkap dengan teropong jauh. Senjata ini juga banyak digunakan oleh tentera US dalam perang Iraq. Sekali lagi persoalan bagaimana seorang yang mempunyai masalah mental mendapat senjata yang terkawal dan melepasi kawalan keselamatan untuk melancarkan serangan tersebut.

Tetapi mengikut sumber FSB bahawa serangan itu dilancarkan oleh anggota salah satu cartel dadah Mexico yang sedang bertarung merebut kuasa kerajaan mexico. Terdapat dua kumpulan cartel dadah Mexico yang sedang berperang setakat ini iaitu Sinaloa Cartel dan Los Zetas Cartel, yang telah mengorbankan lebih 40,000 nyawa. Tetapi kumpulan Sinaloa Cartel dilapurkan mendapat bantuan senjata dan immunity dari CIA bagi mengimbangi kumpulan Los Zetas Cartel yang mampu menumbangkan kerajaan Mexico. http://www.washingtontimes.com/news/2011/aug/11/was-cia-behind-operation-fast-and-furious/

Jadi persamaan yang saya cuba kaitkan dalam kononya cubaan bunuh Obama dan cubaan membunuh duta Saudi (yang didakwa US di rancang Iran) adalah melibatkan cartel dadah Mexico! http://www.miamiherald.com/2011/10/11/2449467_p2/us-says-iran-plot-to-kill-saudi.html
Apakah ini amaran CIA terhadap Obama supaya melancarkan perang terhadap Iran atau menerima nasib seperti John F. Kennedy? 

Friday 18 November 2011

Amalan Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
  • Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

قَالَ عَبْدُ اللهِ بْنِ جَعْفَرَ : لَمَّا جَاءَ نَعْيُ جَعْفَرِ حِيْنَ قُتِلَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِصْنَعُوْا لآلِ جَعْفَرِ طَعَامًا فَقَدْ اَتَاهُمْ مَايُشْغِلُهُمْ . (حسنه الترمزى وصححه الحاكم)
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”.
Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim.
  • Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
  • Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
  • Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
  • Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
  • Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
  • Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduripun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
  • Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
  • Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
  • Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.


sumber; http://www.facebook.com/jomdakwah

Friday 11 November 2011

Yahudi Isfahan telahpun keluar bersama Dajjal!


Berita tentang perbicaraan kes Moshe Katsav, merupakan bekas presiden Israel (2000 - 2007) menarik perhatian saya, tapi bukan kerana kes yang dibicarakan. Tahukah kita bahawa beliau dilahirkan dalam wilayah Isfahan Iran? Jumlah penduduk Yahudi di Iran sebelum terjadinya Revolusi Islam adalah seramai 150,000 pada tahun 1948 dan sebaik sahaja revolusi yang tinggal hanyalah 80,000 orang, iaitu seramai 70,000 orang telah keluar berhijrah ke Israel! Yang tinggal sekarang ini hanyalah sekitar 25,000 orang sahaja Yahudi di Iran, sebahagian besarnya dalam wilayah Isfahan.

http://en.wikipedia.org/wiki/Persian_Jews

Beberapa hadis Rasulullah ada menceritakan kedatangan Dajjal pada akhir zaman. Selain itu, ada dimaklumkan tentang keluarnya Dajjal adalah ia dikuti oleh Yahudi Isfahan yang menjadi anggota pasukan tentera Dajjal.

Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW :

"Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama Khurasan."- Hadis riwayat al-Tirmizi.

Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW :

حدثنا منصور بن أبي مزاحم حدثنا يحيى بن حمزة عن الأوزاعي عن إسحق بن عبد الله عن عمه أنس بن مالك
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال يتبع الدجال من يهود أصبهان سبعون ألفا عليهم الطيالسة
"Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai Al-Tayalisah ". Hadis riwayat Muslim.

Hadis ini memberi panduan untuk mengetahui bahawa Dajjal telah muncul ialah dengan mengenal pasti pengikutnya secara khusus iaitu Yahudi Isfahan. Kaum Yahudi pada asasnya terdiri dari 12 suku dan Yahudi Isfahan merupakan salah suku tergolong dalam suku Ephraim. 

"Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar,..."(Al-A'raaf 7:160

Berbeza dengan puak-puak yang lain Yahudi Isfahan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri yang jelas dapat dibezakan dari puak-puak lain.

Rasulullah s.a.w menjelaskan secara khusus bahawa Yahudi Isfahan ini memakai Al-Tayalisah (Persian Shawl) yang merupakan pakaiannya tersendiri membezakan dari puak-puak yang lain. Pengenalan yang khusus ini membolehkan kita mengetahui peristiwa kemunculan Dajjal seperti yang diberitahu dalam hadis tersebut. 

Gambar-gambar yang dipaparkan ini menunjukkan selendang Al-Tayalisah tersebut dengan ciri-cirinya kain berwarna putih dan mempunyai corak jalur biru tua secara memanjang.

Inilah selendang al-Tayalisah yang dipakai Yahudi Isfahan


Yahudi Isfahan dapat dibezakan dari yang lain ketika berada di Wailing Wall



Tentera Yahudi Isfahan yang memakai Al - Tayalisah berada di medan perang


Tentera Dajjal bersamanya Yahudi Isfahan memakai Al-Tayalisah


Lambang Dajjal Jelas Pada Pesawat Tempurnya



Friday 4 November 2011

Munculnya Pejuang Dari Aden-Abyan di Yaman Adalah Janji Rasulullah!

File:Yemen-Abyan.png
Wilayah Aden-Abyan di Yaman

Rasulullah s.a.w telah mengkhabarkan berita gembira buat pejuang Islam bahawa akan muncul di Yaman satu pasukan tentera terbaik yang bakal membawa kemenangan Islam di akhir zaman.

Dari Abdullah bin Abbas t, Rasulullah r bersabda:

يَخْرُجُ مِنْ عَدَنِ أَبْيَنَ اثْنَا عَشَرَ أَلْفًا يَنْصُرُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ هُمْ خَيْرُ مَنْ بَيْنِي وَبَيْنَهُمْ

“Akan muncul dari Aden Abyan, 12.000 orang yang menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka adalah sebaik-baik orang di antaraku dan mereka.” (HR. Ahmad: 2918, 2079 dan Ath-Thabrani dalam Al-Kabir: 11029 (11/56).

Tentang Aden Abyan

Al-Allamah Al-Hazimi berkata:

أما اْلأَوَّلُ: (عَدَنٍ) – بِفَتْحِ العين والدال، وآخره نون – : عدن أبين من مدن الْيَمَن المشهورة، يُنْسَبُ إليها جَمَاعَة من الأئمة ورواة الحديث.

“Adapun yang pertama (yaitu Adan) –dengan fathah ain dan dal dan akhirnya nun-: Aden Abyan dari kota-kota Yaman yang terkenal. Dinisbatkan padanya (kota Aden) beberapa imam dan perawi hadits.” (Al-Amakin au Mattafaqa Lafzhuhu: 87). Sehinggapenisbatan kepada kota Aden disebut dengan Al-Adeni.

Al-Allamah Ibnu Sayyidih berkata:

والعدن موضع باليمن ويقال له أيضا عدن أبين نسب إلى أبين رجل من حمير لأنه عدن به أي قام

“Aden adalah sebuah tempat di Yaman. Disebut pula Aden Abyan. Seseorang dari Himyar dinisbatkan kepada Abyan karena ia telah “adan” (yaitu: bermukim) pada tempat itu (yaitu Abyan).” (Al-Muhith wal Muhkam Al-A’zham: 2/18).

Dan kota Aden adalah termasuk kota pelabuhan. Al-Allamah Ibnul Atsir Al-Jazari berkata:

فيه [ من كذا وكذا إلى عدنِ أبْيَنَ ] أبيَنُ – بوزن أحمر – : قرية على جانب البحر ناحية اليمن . وقيل هو اسم مدينة عدن

“Di dalam hadits ada lafazh (dari demikian menuju Aden Abyan). Abyan –dengan wazan ‘ahmar’- adalah desa di tepi laut dari arah Yaman. Dan dikatakan bahwa Aden Abyan adalah nama kota Aden.” (An-Nihayah fii Gharibil Hadits: 1/22).

Sejarah Mujahidin di Yaman


Yaman adalah ‘kampung’ bagi para mujahidin yang menentang Soviet Union (USSR) ketika mereka menyerang Afghanistan dahulu. Kebanyakkan mujahidin kembali ke Yaman selepas tamatnya konflik terbabit. Di akhir peperangan Afghanistan menentang USSR, kem latihan (mujahidin) tumbuh bagaikan cendawan di Yaman sekitar tahun 1990-an. Salah satunya di Huttat, selatan Yaman merupakan markaz bagi tentera Aden-Abyan. Sebagai ‘mangsa’ buruan Amerika, Aden-Abyan dikatakan menjadi sayap gerakan Al-Qaeda selepas tragedi 11 Sept 2001.

Yaman memberikan laluan kepada Amerika malah menyertainya dalam misi menyerang umat Islam. Sepertimana Pervez Musharraf, Presiden Ali Abdullah Saleh akur dengan kehendak Amerika serta mengharapkan balasan berbentuk bantuan (kewangan) dari Amerika melalui perjanjian dengan Bush apabila berjaya menangkap bekas mujahidin tersebut. Kerajaan di Sana’a memerlukan bantuan mujahidin dalam perang saudara pada tahun 1994 menentang selatan yang cuba melarikan diri (kebanyakannya adalah bekas pengikut ideologi Marxis). Semuanya berubah apabila USS Cole di Aden diserang pada Oktober 2000 di mana 17 pelaut Amerika terbunuh. Dan peristiwa 9/11 hanyalah sebagai penguat tuntutan Amerika di Yaman. Disuntik dana 70 miliar dollar oleh AS, pemerintahan Yaman di bawah Ali Abdullah Saleh mulai melancarkan perang melawan Islam dan kaum Muslimin di Yaman, dengan dalilh perang melawan terorisme.

Kerjasama US dan Arab Saudi Menyerang Mujahidin di Yaman

Kerajaan Arab Saudi dan Yaman cuba mengaitkan hubungan Al-Houthi dengan Iran kerana masing-masing beraliran Syi’ah walaupun berbeza mazhab (Syi’ah di Yaman bermazhab Zaydi manakala Iran bermazhab Imam dua belas). Arab Saudi telah lama berhadapan dengan masalah di sempadan Yaman dan undang-undang persempadanannya. Ketika ini, Arab Saudi terpaksa meletakkan zon bebas sejauh 10 km dalam sempadan Yaman.

Atas arahan Presiden Barack Obama, tentera kuffar Amerika telah melancarkan peluru berpandu pada 20 Disember 2009 ke atas dua kawasan yang disyaki sebagai kem Al-Qaeda di Yaman. Sekarang Amerika benar-benar telah menceroboh Yaman dengan menggunakan pendekatan ‘umpan dan hukum’ terhadap kerajaan Yaman. Pasukan khas dilatih oleh Amerika dalam melakukan serangan melalui maklumat perisikan Amerika sejak Ali Abdullah Saleh menyertai kempen Amerika memerangi keganasan. Serangan-serangan tersebut merupakan peningkatan serangan utama pemerintahan Obama di wilayah tersebut.


Rakyat Bangkit Menentang Diktator Yaman


Pergolakan Yaman Sekarang

Revolusi Islam di Yaman yang terjadi sejak beberapa bulan lalu tidak terlepas dari pengaruh gelombang tsunami revolusi Islam yang melanda Timur Tengah dan sekitarnya. Pasca Revolusi di Tunisia yang mendorong revolusi lainnya termasuk di Yaman, ribuan penduduk telah berdemonstrasi di ibukota Yaman, San’a, menuntut turunnya pemerintah diktaktor kejam, Ali Abdullah Saleh yang telah berkuasa selama 30 tahun lebih.

Bersamaan dengan revolusi rakyat yang menuntut pemerintah diktaktor Yaman berundur, mujahidin Al Qaeda Jazirah Arab (AQAP) yang berpusat di Yaman, khususnya di Yaman Selatan, yakni di wilayah Abyan, telah berjuang untuk menegakkan syariat Islam dan mendirikan Imarah Islam (Negara Islam) di negara tersebut.

AQAP berkali-kali terlibat pertempuran dengan pasukan tentera pemerintahan Yaman yang dibantu Amerika. Yaman, sebuah negara yang dalam sejarahnya memiliki sumbangan besar dalam perjalanan dan perkembangan Islam, sayangnya selepas serangan 11 September 2011 telah berkerjasama dengan musuh Islam pimpinan Amerika dan sekutunya.

Sejak tahun 2005, Yaman telah mengusir 16.000 orang yang dicurigai sebagai anggota Al Qaeda. Amerika pun semakin giat menyumbang dana untuk membunuhi para mujahidin AQAP dan menentang gerakan penegakan syariat Islam di Yaman. Maka bantuan sebanyak 150 juta USD pun telah diberikan agar pasukan tentera Yaman dapat segera melenyapkan mujahidin AQAP. Sebaliknya bukannya surut, jihad di Yaman semakin berkobar dan meluas yang keseluruhannya digelorakan oleh para mujahidin AQAP!

Sementara itu, ribuan anggota suku Yaman telah mengancam akan membanjiri ibukota Yaman, Sana’a untuk bergabung dalam pertempuran melawan pasukan yang setia kepada rejim presiden Saleh.

Mereka memperingatkan pemerintah bahwa jika pemerintah lebih berjuang habis-habisan untuk mempertahankan kekuasaan, mereka akan bergabung dengan suku yang lain yang telah berjuang dengan kekuatan melawan pasukan rejim Saleh dalam dua minggu terakhir.

Rujukan; http://www.kavkazcenter.com/eng/content/2011/10/29/15309.shtml







Tuesday 1 November 2011

Masjid Turki Tidak Terjejas Gempa

Gambar menunjukkan sebuah masjid di Okcular sebuah kampung di timur Turki tidak terjejas selepas gempa 23 Okt.

Berita dari akhbar Turki melapurkan hampir semua masjid tidak terjejas walaupun berada di kawasan yang paling teruk dilanda gempa bumi kuat di wilayah timur Turki baru-baru ini, seperti dilapurkan oleh Press TV.

Akhbar Turki Akit memetik kenyataan Abdulhamit Ovec, Mufti daerah Ercis dalam wilayah Van mengatakan, dari 150 buah masjid di wilayah itu hanya dua sahaja yang rosak itupun kerana masjid tersebut dibina daripada bata lumpur.

Kekuatan gempa tersebut adalah 7.2 pada skala Richter telah mengorbankan lebih 600 jiwa dan mencederakan lebih 2230 yang lain. Ia juga menyebabkan kebinasaan lebih 2,600 buah bangunan di kawasan Ercis yang paling teruk dilanda gempa.

sumber;
http://presstv.com/detail/207083.html

Wednesday 26 October 2011

1432H Tahun Tumbangnya Diktator Arab

1432H Tumbangnya Diktator Tersebut!
Lebih kurang  setahun lalu pemimpin tersebut telah diambil gambarnya dan anehnya apabila disusun mengikut urutan tahun 1432H adalah urutan kejatuhan pemerintahan mereka.
Berikut adalah nama pemimpin mengikut susunan tersebut;
1- Zainal Abidin bin Ali - Tunisia
2- Husni Mubarak - Mesir
3- Muammar Gadafi - Libya
4- Ali Abdullah Saleh - Yemen (Sedang bergolak)
Gambar tersebut diambil ketika sidang kemuncak Arab di Sirte Libya, pada 11 Oktober 2010 yang lalu.

Apakah kejatuhan diktator Libya petanda dekatnya kemunculan al-Mahdi? Dalam buku 'Imam Mahdi Diambang Pintu' tulisan Muhammad Isa Dawud  ada menceritakan riwayat tentang jatuhnya kerajaan Libya dan dipimpin oleh seorang pemimpin adil setelah berlaku pertempuran berdarah. Pemimpin yang adil menggantikan pemerintah sebelum itu akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada tentera al-Mahdi.




Sunday 23 October 2011

Telah Tiba Masanya..

Raja Abdullah Berjabat Mesra Dengan Hillary Clinton


عن رسول الله (ص):
(يحكم الحجاز رجل اسمه اسم حيوان ، إذا رأيته حسبت في عينه الحول من البعيد ، وإذا اقتربت منه لاترى في عينه شيئاً ، يخلفه أخ له اسمه عبدالله. ويل لشيعتنا منه ، أعادها ثلاثاً ؛ بشروني بموته أبشركم بظهور الحجة )
مئتان وخمسون علامة: 122

Akan diperintah tanah Hejaz(Saudi) oleh seorang lelaki bernama haiwan, jika kamu melihatnya dari jauh, kamu mengira matanya kuyu, jika kamu dekatinya kamu tidak lihat ada sebarang masalah pada matanya. Dia kelak akan digantikan oleh abangnya bernama Abdullah. Celakalah sesiapa yang menjadi pengikutnya! - diulanginya 3 kali - Berikan khabar gembira kepadaku tentang kematiannya, dan aku akan memberi tahu kamu khabar gembira tentang munculnya hujjah (Imam Mahdi).

Sedia kita maklum bahawa Raja Abdullah sekarang ini adalah raja yang menggantikan Fahd, makna Fahd adalah nama seekor haiwan iaitu harimau kumbang. http://babynamesworld.parentsconnect.com/meaning_of_Fahad.html

Rasulullah telah memberi amaran kepada umat akhir zaman telah munculnya raja tersebut dan kita dapat lihat sendiri bagaimana mereka memperdaya umat Islam dengan menganggap merekalah pemimpin Islam yang sebenar padahal kehidupan sebenar keluarga mereka membayangkan sebaliknya. Keluarga diraja ini memiliki bank riba terbesar di dunia Citigroup hinggalah Walt Disney. Putera Al-Waleed bin Talal tidak membenarkan wanita menutup aurat berada dalam pejabatnya, bahkan mereka mendapatkan segala kemewahan tanpa mengira halal haram dan berpoya-poya di pusat-pusat perjudian terkemuka didunia.

Mereka mendakwa kononnya membantu Islam tetapi mereka bersama-sama Yahudi merosakan akal fikiran dan cara hidup umat Islam. Tetapi amat malang apabila ulamak mereka sibuk dengan perkara remeh temeh tetapi sengaja membiarkan maksiat dikalangan pemerintah mereka berleluasa.






Thursday 20 October 2011

AYUH KUBURKAN KAPITALIS!


Gerakan Occupy Wall Street semakin mendapat perhatian dan mungkin merebak keseluruh dunia. Krisis ekonomi global sekarang ini menonjolkan penindasan, kerapuhan dan ketaktentuan terhadap sistem ekonomi riba-kapitalis. Ketidakadilan terserlah apabila kerajaan-kerajaan bersedia menyelamatkan bank dan instituisi kewangan yang gagal dengan wang rakyat akibat kerakusan mereka sendiri, tetapi sebaliknya tiada yang berusaha menyelamatkan nasib beribu-ribu rakyat biasa yang kehilangan tempat tinggal dan wang simpanan mereka.

Golongan biasa rakyat Amerika sekarang memberontak meminta mereka diberi layanan yang sama seperti gergasi perbankan dalam kadar pinjaman mereka. Peminjam ini kebanyakannya pinjaman pendidikan tidak dapat pertimbangan pengurangan kadar interest pinjaman kolej mereka; tidak seperti dinikmati oleh syarikat koperat yang mendapat berbagai keistemewaan dan pengecualian.  Akhirnya ia membuahkan hutang yang diluar kemampuan mereka. Sesiapa yang tamat belajar dari kolej akan mempunyai hutang yang mengambil masa berdekad untuk dilunaskan. Purata USD23,000 seorang pelajar; sesiapa yang mengambil ijazah profesional mencecah bebanan enam angka! Inilah bebanan yang menimpa generasi muda Amerika akibat kezaliman sistem riba-kapitalis dan menyebabkan mereka bangkit memberontak dihadapan mercu tanda kapitalis dunia itu sendiri - wall street. Bencana seperti ini juga menimpa setiap generasi muda yang tamat pendidikan tinggi dinegara kita!

Walaupun negara kita mengembar-gemburkan mengamalkan kewangan Islam tapi hakikatnya ia adalah pembohongan atas nama Islam. Ia lebih kepada pelengkap kepada sistem Kapitalis; bahkan lebih menonjolkan ketidak adilan kepada rakyat yang terdesak. Baru-baru ini seorang rakan menceritakan kepada saya bahawa beliau membuat pinjaman peribadi secara islamik, pinjaman ekpress dengan kaedah syariah dinamakan Financing-i. Prosedurnya amat mudah, dalam masa 2 hari sahaja beliau mendapat pinjamannya sebanyak RM5,000. Tetapi amat mengejutkan kadar 'keuntungan' yang dikenakan adalah 25% setahun dan dalam masa 5 tahun pinjamannya jumlah penyelesaiannya mencecah RM11,250! Ini merupakan satu omokan terhadap keadilan Islam!

Padahal dalam al-Quran dengan jelas menyatakan, penambahan hutang akibat penambahan tempoh masa adalah jelas riba;

"Hai orang-orang yang beriman) janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan." ( QS. Ali Imran:130)

Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat ini berkata, Allah Ta'ala melarang hamba-hamba-Nya kaum mukminin dari praktik dan memakan riba yang senantiasa berlipat ganda. Dahulu orang-orang jahiliyyah bila hutang sudah lebih tempoh, mereka berkata kepada yang berhutang, 'Engkau menjelaskan hutangmu atau membayar riba.' Bila ia tidak menjelaskannya, maka pemberi hutangpun menundanya dan orang yang berhutang menambah jumlah pembayarannya. Demikianlah setiap tahun; sehingga hutang yang sedikit menjadi berlipat ganda besar jumlahnya. Dan pada ayat ini Allah Ta'ala memerintahkan hamba-Nya untuk senantiasa bertakwa agar mereka selamat di dunia dan di akhirat.

Baru-baru ini juga saya terdengar dalam radio Ikim tentang porak puranda menimpa masyarakat akibat penindasan bank kapitalis ini. Nasib seorang lelaki yang hidupnya bahagia tiba-tiba berubah selepas beliau mengalami kemalangan motorsikal dan terpaksa berehat dari bekerja dalam tempoh yang lama. Masalahnya bermula apabila beliau tidak mampu menjelaskan bayaran pinjaman perumahan akibat tidak bekerja dan di istiharkan bengkrap oleh mahkamah. Seterusnya beliau terpaksa juga dimasukan penjara kerana tidak mampu juga membayar jumlah yang ditetapkan mahkamah dan menyebabkan rumah tangganya porak peranda. Masalahnya mungkin beliau gagal menyelesaikan pinjaman mungkin hanya RM100,000 tapi kisahnya berlainan jika beliau membuat pinjaman hutang RM1 billion atau RM7 billion; maka pihak berkuasa sedaya upaya akan memberi bantuan, bahkan mungkin mahkamah sendiri akan mempertahankan beliau...
(Nota: sumber itu baru saya perolehi selepas artikel ini ditulis; hutangnya hanya RM30,000 sahaja..kenapa kita sudah hilang pertimbangan dan menjadi kapitalis yg totok..kemana perginya duit zakat?
1- http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rayubebassuamimuflisdaripenjara/Article/index_html
2 - http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sudahdiisytiharmuflis_dipenjarapulasebulan/Article )

Pernah saya bertanya kepada seorang pengurus perbankan Islam terkemuka, bagaimanakah sistem perbankan Islam menetapkan kadar keuntungan? Beliau mengatakan tidak pasti, beliau hanya membuat pengiraan berdasarkan tetapan yang dibuat oleh perisian komputer dan kadarnya adalah selaras dengan jumlah pasaran semasa. Perbezaannya hanyalah dari segi terma-terma instrument kewangan. Sebenarnya setakat ini tidak adapun rumusan formula yang berdasarkan Syariah. Semua ekonomi berdasarkan sistem kapitalis, yang menetapkan kadar keuntungan akan bertambah apabila bertambahnya masa. Semuanya berdasarkan formulasi Time Value Money.

Krisis kapitalis dan kononnya perbankan syariah hari ini ialah kerana mereka tidak percaya bahawa riba itu bukan perniagaan, pinjaman ialah jumlah hutang yang tidak bertambah dengan masa dan sedekah lah yang sebenarnya mengembangkan ekonomi!

Perbankan Syariah cuba berselindung bahawa pinjaman itu adalah perniagaan, tetapi kalau perniagaan mereka mesti menanggung untung rugi bukan mengaut keuntungan semata-mata. Khilafah Islam telah membuktikan dan tersurat dalam sejarah apabila kewangan Islam dijalankan sepenuhnya; kemiskinan berjaya dihapuskan secara total. Kita cabar kapitalis ini tunjukkan modelnya yang kemiskinan boleh dihapuskan...hakikat sebenarnya kekayaan yang mereka maksudkan ialah hutang..debt based money system...hutang itu mereka cagarkan keatas kepala rakyat dan negara..NAH INILAH PEMBANGUNAN YANG KAMU MINTA!

Allah dan Rasulnya telah lama mengistiharkan perang terhadap Riba-Kapitalis, apakah yang menghalang kita untuk turun berjuang?

"Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa." (Al-Baqarah 2:279)



sumber;

Monday 17 October 2011

US Kudakan Saudi Jatuhkan Kerajaan Islam


US dalam usahanya menjajah Iran iaitu Kerajaan Islam terakhir abad ini mengadakan berita kononnya Iran terlibat dalam rancangan untuk membunuh duta Saudi ke US. Sebagai orang yang beriman, sikap kita terhadap berita sedemikian patutnya berpandukan firman Allah dalam al-Quran;

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat 49:6) "

Yakni ketika suatu berita telah sampai pada kalian tentang suatu jama'ah atau suatu kaum atau suku atau tentang seseorang bahwa dia telah berbuat demikian dan demikian. Maka janganlah engkau tergesa-gesa pada suatu perkara sehingga engkau memiliki bukti dari kebenaran berita tersebut.

Sebab turunnya kalam Allah Ta'ala ( إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ ) ini adalah sebagaimana yang telah disebutkan oleh Al - Hafidz Ibnu Katsir rohimahulloh dan selain beliau bahwa ayat ini turun pada kabilah Mustolaq, suatu kabilah yang telah masuk Islam, dan Nabi s.a.w memerintahkan mereka dan selain mereka untuk membayar zakat dari kalangan kaum muslimin, akan tetapi terdengar kabar bahwa kabilah ini enggan membayar zakat akan tetapi Nabi s.a.w tidak tergesa-gesa dalam memutuskan sampai Allah Ta'ala mewahyukan ayat ini.

Kemudian datanglah pemimpin kabilah tersebut kepada Nabi s.a.w dalam keadaan meminta udzur dan dia menjelaskan kepada Nabi s.a.w bahwa utusan beliau dan surat beliau belum sampai pada mereka. Dan Allah S.W.T telah menjaga Nabi s.a.w dari ketergesa-gesaan dan pemahaman yang salah atas suatu kaum padahal mereka tidaklah berdosa. Dan hanyasannya utusan yang diutus oleh Nabi belum sampai pada mereka disebabkan dari sebab-sebab yang Allah S.W.T lebih mengetahuinya. Maka mereka adalah orang-orang yang tidak menghalangi atas penunaian zakat dan tidaklah mereka menyelisihi perintah Allah S.W.T.

Menteri Luar Saudi, Putera Saud al-Faisal ketika di tanya pemberita di Austria tentang berita tersebut dengan lantang menyatakan," Mereka akan bertanggungjawab terhadap tindakan yang mereka lakukan, dan kami akan mengambil tindakan sewajarnya". Seperti kebiasaan Saudi menanggap US adalah rakan sejati mereka dan pasti akan mendapatkan bantuan ketenteraan US untuk mehancurkan Iran, kerjasama bagi meluaskan penguasaan US-Yahudi didunia Islam.

Rancangan Saudi dan US untuk menyerang Iran bukanlah perkara baru, seperti didedahkan oleh lapuran Wikileaks, Menteri Luar Saud al-Faisal semasa perjumpaan di Kaherah dengan diplomat US David Satterfield pada May 2008. Beliau meminta dikerahkan askar arab yang disokong kekuatan udara US dan NATO untuk menghancurkan Hizbollah yang menentang Israel dengan penyokong kuatnya iaitu Iran. (Riyadh 'Offers Airspace' For Israel Attack On Iran)

Pendedahan oleh wikileak ini merupakan satu penghinaan, tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam seorang pemimpim yang mengaku Penjaga Dua Tanah Suci (Mekah & Madinah) meminta bantuan musuh Islam dan Umat Islam apatah lagi dari pemimpin Yahudi & Nasrani untuk melancarkan peperangan keatas negara Islam lain (Iran).

Pakatan Saudi-US bagi menghancurkan dan menjajah negara Islam lain berlaku dari dulu lagi. Ia bermula dengan penyerahan Palestin kepada Yahudi juga hasil kerjasama Saudi dan US, begitu juga penjajahan terhadap Iraq dan Afghanistan. Dalam penjajahan terhadap Iraq, Saudi menerima bulat-bulat saranan US bahawa Saudi akan diserang oleh Saddam. Dengan serta-merta Saudi memberikan kerjasama sepenuhnya kepada US dan menyediakan sebuah bandar Dahran sebagai pengkalan ketenteraan US untuk melakukan serangan keatas Iraq. Dalam perang Afghanistan, Saudi dan US bekerjasama mewujudkan kononnya rangkaian al-Qaeda bagi mengesahkan serangan keatas Afghanistan. 

Hubungan akrab King Abd Aziz dan Franklin D. Roosevelt

Kerjasama Saudi-US ini bermula sejak dari penubuhan awal Saudi selepas menjatuhkan kerajaan Khilafah. Pada tahun 1897, Zionist merancang untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi di Palestin. Sepuluh tahun kemudian dalam tahun 1907 British memutuskan dalam London Colonial Conference untuk membentuk sebuah kerajaan yang sentiasa menjadi Timur Tengah dalam keadaan tidak aman. Ini membawa kerjasama British dan Zionist bersama dan mereka bergabung menjatuhkan kerajaan Othmaniyyah Turki ketika perang dunia 1.

Abdul Aziz Ibn Al Saud bersama dengan pemimpin kabilah yang lain, semuanya telah diberi habuan rasuah, menyokong dan memberi bantuan sepenuhnya kepada British dan Zionist bagi menumbangkan kerajaan Othmaniyyah di Turki dan menghapuskan Islam dari sana (penguasaan Atartuk). Sebagai balasannya, British melalui perjanjian Treaty of Frienship pada 1916, telah menobatkan Abdul Aziz Ibn Al Saud sebagai pemimpin dengan penguasaan terhadap Najd dan penawanan Riyadh.

Sesungguhnya Rasullah s.a.w telah memberi amaran tentang fitnah yang datang dari Najd ini;

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna yang berkata telah menceritakan kepada kami Husain bin Hasan yang berkata telah menceritakan kepada kami Ibnu ‘Aun dari Nafi’ dari Ibnu Umar yang berkata [Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam] bersabda “Ya Allah berilah keberkatan kepada kami, pada Syam kami dan pada Yaman kami”. Para sahabat berkata “dan juga Najd kami?”. Beliau bersabda “disana muncul kegoncangan dan fitnah, dan disanalah muncul tanduk setan” [Shahih Bukhari 2/33 no 1037]

Ada juga sumber yang mengatakan bahawa Saud inilah keturunan Dzul Khuwaisirah yang diberitahu Rasulullah s.a.w dalam hadis ini;

Telah menceritakan kepada kami Abul Yaman yang berkata telah mengabarkan kepada kami Syu’aib dari Az Zuhri yang berkata telah mengabarkan kepadaku Abu Salamah bin ‘Abdurrahman bahwa Abu Sa’id Al Khudri radiallahu ‘anhu berkata kami bersama Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] dan Beliau sedang membagi harta rampasan perang, tiba-tiba datanglah Dzul Khuwaisirah dan dia seorang laki-laki dari bani Tamim, ia berkata “wahai Rasulullah berbuat adillah!”. Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] berkata “celaka engkau, siapa yang bisa berlaku adil jika aku dikatakan tidak berlaku adil, sungguh celaka dan rugi jika aku tidak berlaku adil”. Umar berkata “wahai Rasulullah izinkanlah aku memenggal lehernya”. Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] berkata “biarkanlah ia, sesungguhnya ia memiliki para sahabat dimana salah seorang dari kalian menganggap kecil shalat kalian dibanding shalat mereka dan puasa kalian dibanding puasa mereka, mereka membaca Al Qur’an tetapi tidak melewati tenggorokan mereka, mereka keluar dari agama seperti keluarnya anak panah dari busurnya. Dilihat mata panahnya maka tidak nampak apapun, dilihat pegangan panahnya maka tidak nampak apapun, dilihat batang panahnya maka tidak nampak apapun, dilihat bulu panahnya maka tidak nampak apapun sungguh ia mendahului kotoran dan darah. Ciri-ciri mereka adalah seorang laki-laki hitam yang salah satu lengannya seperti payudara perempuan atau seperti daging yang bergerak-gerak dan mereka keluar saat terjadi perselisihan di antara orang-orang. Abu Sa’id berkata “aku bersaksi bahwa aku mendengar hadis ini dari Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] dan aku bersaksi bahwa Ali bin Abi Thalib telah memerangi mereka dan ketika itu aku bersamanya, maka ia [Ali] memerintahkan untuk mencari laki-laki itu, akhirnya orang itu ditangkap dan dibawa kehadapannya maka aku bisa melihat ciri-ciri yang disebutkan oleh Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] [Shahih Bukhari 4/200 no 3610] 

Sikap Dzul Khuwaisirah ini amat nyata dalam fahaman agama mereka yang ibadat mereka adalah tulin bahkan hebat melebihi Rasulullah s.a.w. Kita dapat lihat mereka telah menghapuskan semua tinggalan oleh Nabi s.a.w dan para sahabat yang amat penting untuk iktibar umat Islam dan menjadikan Mekah dan Madinah sebuah bandaraya metropolitan yang mengundang penguasaan Yahudi dalam gedung-gedung perniagaan dan perhotelan!


Wallahu'alam.

Belajar Quran