Monday, 4 July 2011

Amaran 2012 dalam Ar-Rahmaan!





Nombor Perdana adalah Kuncinya 

Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hubungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999. Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.

Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.

Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.

Penemuan 2012 dalam al-Quran

Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;


13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77


dan jumlahnya


13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433

merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!
tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).


Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);


30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 355 days
sumber: http://www.islamicfinder.org/Hcal/hdate_year.php?year=1433&base=h


Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).


Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.


Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.


Apakah Peristiwa Itu?


Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.


"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:

بسم الله الرحمن الرحيم      أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟ 
فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ
But if you don’t do it, and you shall never do it,
then beware The Fire for which Men and stone
s are its fuel;  it is prepared for the unbelievers.


"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:

بسم الله الرحمن الرحيم      أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ 
فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ
These are they who buy the life of this world for the hereafter,
so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.


" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]



بسم الله الرحمن الرحيم
      أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ
Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.



36 comments:

  1. Mukjizat al-Quran terserlah hingga ke akhir zaman, dengan adanya komputer dan Allah memberi ilham kepada umat Islam yg mengkaji dan meneliti setiap ayat Allah itu, maka ternyata kehebatan bukan sahaja dari segi makna tetapi dari segi susunan ayat sahaja sudah menakjubkan. Walaupun dgn segala teknologi yg ada manusia gagal meniru Al-Quran! Tapi manusia termasuklah umat Islam masih lagi ragu2 terhadap hukum Allah. Apakah mereka menunggu hingga Allah turnkan hujan batu neraka seperti ke atas tentera Abrahah baru nak sedar? Nauzubillah..

    Lagi kajian terperinci keseimbangan al-Quran dalam matematik oleh pengkaji Turki..
    http://www.symmetricbook.com/

    ReplyDelete
  2. Nombor tuhan dan nombor manusia telah disembunyikan oleh org2 munafik yg mencipta Islam setelah membariskan Al Quran. No. tuhan ialah Alif Lam Lam Ha iaitu 139. No. manusia pula ialah sebgn dari no. tuhan iaitu 13. Surat al fataha ada 13 Al, Al quran mengandungi 113 surat, rukun solat 13, 13 anak tangga mimbar nabi, 319 syahid perang badar. Perhatikan pula no 3, nabi pindah ke Madinah umur 53 thn, wafat 63 thn, al quran 30 juzuk, surat ke 13 Ibrahim merujuk kpd mengikuti agama Ibrahim, surat ke 3 Al Imran merujuk kpd nabi A'yasaya diakhir zaman. mahadaya-asalama.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...ILMU HURUFIAH ISLAM TERSIRAT NO. ANGKA TERSENDIRI...
      Bermula mengaji Muqaddam dimulai dgn mengenali 30 huruf2 Jawi.
      Murid yg ketumbit sakit mata diketawa terpaksa cuti sementara ngaji.
      Alip Ba Ta Sa Jin Ma Mod, Sakit mata dikencing semut.. dsbnya lagi.
      Hinggalah kita khatam Muqaddam menuju ngaji AlQuran lebeh tinggi..
      Ilmu Hurufiah Islam ngak disebar meluas walo kita udah masuk Jawi.
      Bermula Nama ALLAH angkanya 66 akhirnya menjadi 70 mahu dikaji.
      Seperti Bismillah angka 786 Geng Mamak amat gemari separuh mati.
      Luas Ilmu Allah itu yg dikhabari yg tersirat Allah Yg Maha Mengetahui...

      Delete
    2. ALQURAN DGN MUQADDAM MANA LEBEH UTAMA / TINGGI..??
      Pasti ramei jawab AlQuran itu lebeh tinggi dgn alasan begitu begini.
      Koq ramei berkata Muqaqddam itu awalan kaji disuruh dulu mengaji.
      Hingga dilupa Muqaddam itulah dia Kitab Nabi amalan pakaian Nabi.
      Kalo ngak ada Muqaddam Nabi ngak ujud AlQuran kisah Para Nabi....

      Delete
  3. Mahadaya, ajaran apakah yg kamu ingin bawa? Menuduh para sahabat yang menulis dan menyusun al quran adalah munafik adalah dgn sendirinya iman kamu akan gugur menjadi kafir. Kamu mesti beriman bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah seorg ummi kerana ini membuktikan bahawa al quran itu adalah wahyu Allah yg disampaikan oleh malaikat Jibrail. Kalau kamu se orang beriman kamu wajib percaya bahawa Allah pasti memelihara al-Quran hingga hari kiamat.

    “Sesungguhnya kami yang menurunkan Adz Dzikkra (Al-Qur’an), dan sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya.” (QS. Al Hijr : 15). Demikian jaminan Allah terhadap keabadian Al Qur’an hingga akhir zaman.

    Kaedah penyusunan dan penulisan al-Quran yang dibuat oleh para sahabat dan khususnya khalifah yg empat adalah mengikut kaedah yg telahpun ditetapkan oleh Rasulullah ketika beliau masih lagi hidup. Penyusunan al Quran adalah secara talaqi berhadapan dengan sahabat yang hafal al quran.

    Penemuan secara saintifik dan mathematic tentang kehebatan al Quran sepatutnya menambahkan lagi keimanan kita bukan membawa ajaran baru yang menyeleweng seperti contohnya kod 19, yg mendakwa Rashad Khalifa sbg nabi.

    Pembuktian secara matematik tentang kesimbangan al Quran dalam setiap penyusunan ayat adalah membuktikan mustahil al Quran dicipta manusia. Untuk maklumat lanjut tentang perkara itu sila lihat disini http://www.symmetricbook.com/

    ReplyDelete
  4. cuba cari buku kat kedai buku pasal kiamat tulisan seorang pengkaji indon.kiamat berpunca dari hentaman meteor keatas bumi.dia compare ayat quran.tp tahun masih tak tahu..

    ReplyDelete
  5. Ali Adam yang membuat kajian tentang surah ar_Rahmaan ini menegaskan, beliau bukan meramal tentang hari kiamat. Kajian beliau tertumpu kepada hubungan nombor perdana di dalam al-Quran. Dalam kajian itu beliau menemui kemungkinan berlaku 31 peristiwa dalam 2012 yang menggemparkan dunia didalam surah ar-Rahmaan.

    Hanya Allah sahajalah mengetahui bila kiamat;
    Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi; tiadalah hal kedatangan hari kiamat itu melainkan seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat lagi; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Nahl 16:77)

    Walau bagaimanapun kebanyakan tanda2 kecil dan tanda2 besar kiamat sudah ada yang muncul; boleh rujuk buku 40 hadis tanda kiamat.

    ReplyDelete
  6. Bagus kalau kita mengkaji, tapi ditahap mana kita berada, itu lebih memberi manfaat. Marilah kita sama-sama beribadah dan kembali kepadanya seolah2 esok adalah hari terakhir kita dimuka bumi ini dan berusahalah kita seolah2 kita akan hidup seribu tahun lagi.

    ReplyDelete
  7. Benar sdr Sang Pencinta. Al Quran adalah mukjizat paling agung yang Allah kurniakan kpd Nabi Muhammad s.a.w. Ilmu pengetahuan yang terdapat didalamnya seperti lautan yg luas kita hanya mendapat sebahagian kecil saja.

    Saya tertarik dgn seorang penceramah semasa kuliah Ramadhan, beliau mengatakan, tidak benar ungkapan, " Sesiapa mengenali dirinya, maka dia akan mengenali Tuhannya". Beliau tegaskan, nabi beruzlah di gua hira' beberapa lama utk mencari kebenaran tetapi setelah turunnya wahyu barulah beliau jelas tentang hakikat Tuhan itu.

    Oleh itu tanpa wahyu dan Al-Quran manusia tidak dapat petunjuk yang sebenar. Oleh itu untuk mengenali Allah yang sebenarnya kita hendak mengkaji dan berguru mendalami al Quran kerana inilah jalan petunjuk yang sebenar.

    ReplyDelete
  8. hari kiamat pasti berlaku sama ada kita mahu atau tidak.

    ReplyDelete
  9. Adakah kajian Ali Adam ini mendapat pengesahan pada mana-mana ulamak tafsir ?

    ReplyDelete
  10. Tulisan Ali adam ini adalah semata-mata pendapat beliau menggunakan kepakarn yang beliau ada dalam analisis komputer dan sains nuklear. Pertukaran dari abjad kepada pernomboran adalah sistem yang memang telah lama diguna pakai dan diiktiraf dalam tamaddun Islam terutamanya dikalangan sufi. Tapi bagi orang-orang melayu ia hanya di gunakan sebagai tangkal untuk menghalau jin! Biasanya diletakan oleh bomoh di sudut-sudut rumah atau kedai!

    Padahal ulamak dahulu telah mengkaji dan terdapat bnyak rahsia yang masih lagi belum terbongkar hingga kini. Sebenarnya tafsiran ulamak dalam islam adalah luas bukan setakat ilmu fekah dan syariah sahaja, bahkan ia meliputi semua bidang ilmu yang Allah anugerahkan kepada manusia di muka bumi ini.

    Contohnya penemuan saintifik didalam al-quran bukanlah dijumpai oleh ulamak 'tafsir' seperti yang kita fahami dan kebanyakannya oleh saintis bukan Islam! http://www.islamicmedicine.org/nonmuslim.htm

    Kita harus berbangga dengan Ali Adam kerana sanggup meluangkan masanya untuk mengkaji al-Quran dalam dimensi yang tidak pernah diceburi oleh umat Islam sebelum ini dan sanggup berkongsi penemuannya dengan kita, Sebenarnya beliau menggunakan tema 2012 adalah untuk menarik minat umat Islam meneliti pandangannya yang amat saintifk dan jika diberi tema yang begitu saintifik nescaya tidak mendapat perhatian umat islam. Bahkan bidang sains yang diterokainya HELICAL PARTICAL WAVE adalah amat baru dan masih lagi dalam kajian saintis. Saya nasihatkan saudara supaya download tulisan beliau tapi ia memerlukan pengetahuan advanced sains dan math utk betul2 faham hujah beliau, selamat menimba ilmu!

    http://www.heliwave.com/Quran.and.2012.pdf

    ReplyDelete
  11. salam..saya nk bertanya.apa kaitan nombor perdana dengan kajian ini?seperti (1+4+3+3=11).kenapa mesti dijelaskan nombor 11 itu adalah nombor perdana?apakah nombor perdana mengesahkan sesuatu benda itu betul?apa sebenar fungsi nombor perdana?

    ReplyDelete
  12. salam juga sdra..ini menunjukkan keajaiban al-quran! 1433 adalah no perdana dan jumlahnya 11 juga adalah no perdana.

    Allah menjadikan alam ini seimbang dan penemuan kajian terbaru dalam al-Quran membuktikan dari segi math juga seimbang!

    kajian menunjukkan kaitan bilangan ayat, nombor & jumlahnya adalah seimbang samada dari segi no perdana, no ganjil atau no genap! Jadi mustahil Quran di tulis sendiri oleh Nabi Muhammad s.a.w atau manusia..kerana ia hanya dapat dibongkar dizaman moden ini dgn bantuan perisian komputer..

    link ini adalah satu lagi kajian dari saintis yg lain..
    http://www.symmetricbook.com/subject4.pdf

    ReplyDelete
  13. The Fire for which Men and stones are its fuel;

    Salam... ini mcm bermaksud, sesuatu yg manusia cipta daripada batu/galian... uraniam? plutoniam? nuclear war?

    yang kita tau, Rasulullah SAW berpesan armageddon involves semua negara di dunia. ia akan bermula di mediterranean sea, 2 kuasa besar akan berperang... US dan Russia?? kita boleh perasan yg memang byk betul tentera2 US dan Russia di mediterranean sekarang... dan saling mengugut sekutu2 mereka... so, tak mustahil, itulah harinya bom2 nuklear dilancarkan ke seluruh pelusuk dunia...

    semoga Allah melindungi kita...

    ReplyDelete
  14. Kalau Rasulullah pun tidak tahu, masakan kita manusia akhir zaman tahu rahsia yg disimpan Allah...

    Tetapi tidak rugi kalau kita takutkan hari kiamat dan bersedia dari sekarang... semoga Allah pilih kita sebagai penghuni2 syurga.

    ReplyDelete
  15. Sila rujuk khutbah terakhir Nabi s.a.w, ada amanat utk umat akhir zaman, iaitu perkara yg tidak dpt difahami dizaman tersebut , mudah2an akan lebih difahami oleh umat sesudahnya. Tiadalah matlamat paling tinggi bg umat Islam melainkan bersama Rasul tercinta didalam syurga nanti. Amin.

    ReplyDelete
  16. hhhahah apsal ramai sangat manusia yang percaya pada nombor, mengarut jer tuh, baik percayakan apa yang tertulis dalam Al Quran dah ler, masing2 nak menegakkan kebenaran masing2. Bacaan dan tafsiran nombor org lain salah, yang dia je benar, mengarut...kaitan dengan mcm2, nombor perdana etc hehe mengarut

    ReplyDelete
  17. Sdr anon 04:06 jangan mudah mengatakan sesuatu yg kita tidak fahami adalah mengarut. Gunakan akal fikiran yg Allah gunakan utk menkaji AL Quran, ilmunya lebih luas dari lautan. Tidak ada salahnya utk kita mengkaji!

    Masalahnya kita tinggalkan Al Quran, tidak mahu meneliti Al Quran.

    Cuba perhati ayat al-kahfi dibawah, bagaimana Allah menjelaskan tempoh mereka berada dlm gua dlm bentuk begitu saintifik!

    وَلَبِثُواْ فِى كَهۡفِهِمۡ ثَلَـٰثَ مِاْئَةٍ۬ سِنِينَ وَٱزۡدَادُواْ تِسۡعً۬ا

    Maksudnya: Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu). (al-Kahfi 18:25).

    Allah mengajar kita membuat pengiraan antara tahun masehi dan hijriyyah. jika dibuat pengiraan jumlah hari maka 300 tahun Masehi bersamaan dengan 309 tahun Hijriyyah.

    Setiap tahun terdapat perbezaan sebanyak 11 hari antara Hijriyyah dan Masehi. Bulan Hijriyyah berdasarkan Qamari iaitu bulan. Lazimnya ada bulan yang genap 30 hari dan ada pula bulan yang hanya 29 hari. 29 atau 30 hari bukan predetermined tetapi ditentukan dengan tanda hakiki iaitu anak bulan.

    Tapi dengan panduan yg diberikan al-Quran kita boleh buat penukaran spt ini:

    Masehi Hijriyyah Perbezaannya

    1 tahun = 365 hari = 1 tahun = 354 hari + 11 hari
    5 tahun = 5 tahun + 55 hari
    10 tahun = 10 tahun + 111 hari
    20 tahun = 20 tahun + 222 hari
    30 tahun = 30 tahun + 333 hari
    32 tahun = 32 tahun + 1 tahun + 1 hari
    40 tahun = 40 tahun + 1 tahun + 90 hari
    50 tahun = 50 tahun + 1 tahun + 101 hari
    60 tahun = 60 tahun + 1 tahun + 112 hari
    70 tahun = 70 tahun + 1 tahun + 123 hari
    80 tahun = 80 tahun + 1 tahun + 134 hari

    Ini hanyalah satu contoh, sebenarnya byk lagi penemuan matematik menakjubkan dlm al-Quran. Dari segi susunan ayat, bil ayat, antar surah genap dan ayat genap, surah ganjil ayat ganji, dan penemuan terbaru adalah nombor perdana!

    ReplyDelete
  18. salam
    saya rasa kita perlu berpegang kepada Al-Quran dan Hadis. Perkara nombor di dalam Al-Quran yang kemudian dikomputerkan leh Ali Adam bukanlah sesuatu yang dituntut leh ulamak kita. Saya nampak saudara Nursi cuba mengolah ayat ke sana ke mari supaya apa yang dibuat oleh Ali Adam itu nampak betul.

    Saya percaya bahawa pada 2012M / 1433 H, akan berlaku mala petaka besar di bumi. Tarikhnya, menurut kajian saya ialah 2/8/2012 bersamaan 15 Ramadhan 1433 (Khamis Malam Jumaat). Ada hadis Nabi yang menceritakan hal itu. Maka saya mengkajilah. Apa yang benar itu adalah dari Allah. Wallahu ahlam.

    ReplyDelete
  19. Terimakasih atas pendapat Cikgu, Saya konsistent dalam mengatakan terdapat rahsia yg perlu dikaji oleh orang Islam tentang nombor perdana. Saya tidak pernah menyatakan perlu berpegang dgn tarikh2 yg diberi oelh Ali Adam sebagai satu pegangan ia hanyalah pendapat beliau semata-mata. Yang lebih penting sebenarnya adalah penemuan Ali Adam tentang teori Helical Particle Waves yang sebenarnya beliau cungkil dari al-Quran dalam surah an-Nur.

    Sebenarnya ada byk lagi rahsia nombor perdana dalam al-quran bukan sahaja di temui oleh Ali Adam ttp oleh pengkaji-pengkaji yg lain tapi kesuntukan masa membantutkan usaha saya utk menjelaskannya.

    ReplyDelete
  20. Salam Saudara,

    Mungkin berita di bwh berkait dgn artikel saudara..hanya berkongsi.. Allah jua yng mengetahuinya..

    Lokman

    http://freemalays.blogspot.com/2011/12/kapal-angkasa-rusia-bakal-melanggar.html

    ReplyDelete
  21. firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Penegtahuannya." (Surah Luqman: 34)

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum.....nak cakap skit boleh....apepun pendapat/kajian saudara Islam kita yg dibuat/diberikan, perlulah dihormati. terima tak nak terima belakang kira..yg penting muhasabah diri kita dulu, ukur sejauh mane dah amalan kita, senantiasa taubat dan dzikir byk2....psl angka2 tu hanyalah ramalan shj, seandainya terjadi/ tidak terjadi pun, itu hanyalah kuasa Allah SWT sebagai pemilik hari pembalasan (Al-fatihah:ayat3)....fahami al-quran dan hidupkan sunnah Rasulullah SAW....bersama2 kita berjihad utk berada dalam petunjuk yg lurus....inshaAllah. Jika kita mengkehendakan yg baik, inshaAllah, Allah SWT akan mempermudahkan...amin.

    ReplyDelete
  23. kita semua sepatutnya beringat2 lah, bila2 sahaja Allah boleh turunkan apa2 bencana kepada manusia di muka bumi ini.
    hari ni baru sy jumpa artikel ni. hari ni hari ke 44 tahun hijri. bersamaan 7hb Januari 2012.

    ReplyDelete
  24. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya. Kita manusia walau sehebat mana pun, hanyalah makhluk kecil & lemah disisi Allah....Ilmu kita tidak mampu menjangkau walau 1% pun ilmu ALLAH. Mari kita bertaubat atas segala dosa kita..

    ReplyDelete
  25. jawapan Ali Adam atas kajiannya di http://heliwave.com/

    قُلْ إِنْ أَدْرِىٓ أَقَرِيبٌۭ مَّا تُوعَدُونَ أَمْ يَجْعَلُ لَهُۥ رَبِّىٓ أَمَدًا
    ”Say: "I know not whether the (Punishment) which ye are promised is near, or whether my Lord will appoint for it a distant term.”
    Since nothing significant has occurred on 7th January 2012, and since some readers cannot wait until 14th March 2012 and have started accusing me of "misleading the masses with my personal fantasies", I have decided to take full responsibility for any misinterpretations of my research findings and thus deserve all the cursing thrown at me.

    As promised, I will continue developing QuranCode as an open source project to support numerical research into the Quran in the hope of understanding some of its unique interwoven structure, if God permits.

    May God forgive me and offer me a big enough test to redeem myself before being made to depart this open-book exam world, where the book is the Quran itself, the Readable despite being encrypted book.

    Glory to God, the Creator and Sustainer of all seen and unseen worlds.

    Ali Adams – 9th Jan 2012

    ReplyDelete
  26. apakah yang dikaji oleh NASA dalam masa 2hari lagi bumi kita akan mengalami ribut solar ini ada kaitan dgn pengiraan 31 peristiwa tahun 2012?? SubahanAllah....mengikut kiraan 2 hari tersebut adalah hari jumaat.

    ReplyDelete
  27. tgk kat kalendar......15 Ramadan 1433H = Hari sabtu = 4 Ogos 2012

    ReplyDelete
  28. Nothing happened on 21/12/2012 man

    ReplyDelete
  29. or it is a countdown process already starts when huge meteorite fall on Russia soil...

    ReplyDelete
  30. maaf pada semua yg berceramuk samakin kasar samakin banyak ayat2 yg dbentang.namun disini saya ingin mengatakan,baca alquran setiap hari pada masa lapang,dan terus khatam dan terus khatam sehingga akhir hayat.semoga mendapat taufiq dan hidayah drnye.sekira ape yg dikaji oleh org sama dgn ape yg kita faham maka terasa ludah kelagit jatuh atas muka sendiri

    ReplyDelete
  31. Asslamualaikum..

    Kenapa kebanyakan manusia suka membuat kajian/meramal masa hadapan?

    ReplyDelete
  32. Saya cuba baca dan fahamkan ayat-ayat al-Quran melalui terjemahan dan tafsir. Suatu hari saya terjumpa video tentang 'Fibonachi Numbers' dan beberapa video lagi tentang Fizik. Daripada susunan stigma-stigma bunga matahari dan kelopak-kelopaknya sehinggalah bentuk-bentuk pada sayap sibu-sibu semuanya ada ilmu matematik. Itu semua menambah keyakinan dan keimanan saya bahawa Rasulallah membawa ajaran yang benar, Allah itu Maha segala-galanya, al-Quran dan hadis itu petunjuk, panduan dan pegangan bagi saya supaya saya tidak akan sesat selagi saya berpegang kepada kedua-duanya. Seperkara lagi...pernah dengar azan Syiah tak. Perlukah Ali diagung-agungkan seperti Rasulallah?

    ReplyDelete

Belajar Quran