Showing posts with label Obama. Show all posts
Showing posts with label Obama. Show all posts

Wednesday, 2 January 2013

Clinton Parah dan Komander US Terbunuh Dalam Misi Rahsia US di Iran



Satu lapuran dari Agensi Perisikan Russia (GRU) menyatakan Setiausaha Negara US, Hillary Clinton telah mengalami kecederaan dan Komander tertinggi US Navy Seal telah terbunuh apabila pesawat pengangkut tentera C-12 Huron terhempas ketika mendarat di bandar Ahvaz berdekatan sempadan Iraq. Kejadian tersebut berlaku kira-kira 3 minggu lepas.

Petikan Perisikan Iran mengesahkan dalam lapuran GRU tersebut bahawa pesawat C-12 Huron itu masih dalam simpanan di Ahvaz, tetapi hanya menyatakan pesawat tersebut terpaksa mendarat akibat masalah teknikal. 

Pegawai Tentera US Navy Seal yang dilapurkan terbunuh dalam kejadian aneh ini di kenali sebagai Commander Job W. Price merupakan ketua dalam pasukan tentera elit ini yang melindungi diplomat penting dalam urusan di Timur Tengah dan medan peperangan di Asia.

Menariknya apabila dalam lapuran media US menyatakan kematian Commander Price sedang disiasat atas kemungkinan membunuh diri di nyatakan sebagai bukan kematian akibat peperangan.

Commander Job W. Price
Apakah tujuan misi rahsia Amerika tersebut tidak dinyatakan didalam lapuran GRU tersebut, melainkan dengan satu ulasan, memandangkan negara-negara teluk sedang sedang sepakat untuk menyaingi kekuatan Iran, dan dengan Presiden Obama telah memeterai undang-undang baru minggu ini bagi memperkuatkan sempadan Amerika dari ancaman Iran, dan dengan latihan tentera besar-besaran Iran 'Velayat 91' yang sedang dijalankan meliputi sebahagian besar Selat Hormuz, satu peperangan baru dan dahsyat dalam wilayah tersebut teramat hampir dari yang dijangka!

Rujukan
  1. http://www.eutimes.net/2012/12/clinton-injured-us-navy-seal-killed-in-secret-us-mission-to-iran/
  2. http://news.yahoo.com/blogs/ticket/clinton-admitted-hospital-blood-clot-015548623--politics.html
  3. http://gulfnews.com/news/region/iran/iran-us-plane-made-emergency-landing-1.1125651
















Tuesday, 15 May 2012

Pentadbiran Obama Rancang Serang Tanah Suci?

Dalam artikel yang lepas, petunjukzaman ada membangkitkan, apakah Obama merupakan "Dzus Suwaiqatain" yang akan menyerang Kaabah seperti ciri-cirinya telah jelaskan oleh Rasulullah saw.


Persoalan yang dibangkitkan itu nampaknya berasas dan lebih besar lagi kemungkinan jika Obama sekali lagi terpilih sebagai presiden Amerika. Ia diakui sendiri oleh Pentagon apabila terbongkar sukatan kursus pegawai tenteranya melibatkan serangan keatas bandar suci umat Islam di Mekah dan Madinah.

Pegawai Pentagon latih askar benci Muslim, saran bom Tanah Suci

VIRGINIA: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) terpaksa mengakui bahawa seorang jurulatih di Kolej Pegawai Turus Tentera di Virginia, mengajar satu kursus menyokong ‘perang habis-habisan’ terhadap Islam selain menyarankan supaya kota Makkah dan Madinah dibom tanpa mengira nasib orang awam, pendedahan yang memberi malu besar kepada Washington.

Sukatan kursus yang boleh dipilih pegawai tentera tetapi tidak diwajibkan itu, jelas bertentangan dengan dakwaan yang berulang kali dibuat pentadbiran Presiden Barack Obama, bahawa usaha Amerika untuk memerangi keganasan tidak menyasarkan agama Islam.

Pengerusi Ketua Turus Tentera, Jeneral Martin Dempsey

Butir terperinci kursus yang diajar Leftenen Kolonel Matthew Dooley di kolej berkenaan, diperoleh blog Wired.com, Julai lalu. Dooley dalam kursus itu menyatakan bahawa tindakan memusnahkan kota suci umat Islam, menyusul serangan bom nuklear, sama seperti yang dilakukan tentera Bersekutu di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua dan serangan bom di Dresden, Jerman.

Kursus yang dikendalikan dikenali sebagai ‘Perspektif Mengenai Islam dan Radikal Islam’. Kursus itu digantung pada April lalu selepas Pentagon menerima bantahan daripada seorang pelajar dan Leftenen Kolonel Dooley sendiri tidak lama kemudian, apabila beliau yang tidak lagi mengajar kursus itu, walaupun masih bertugas di kolej berkenaan.

Kursus itu diadakan lima kali setahun dan dihadiri 20 pelajar. Sehingga ia digantung April lalu, seramai 800 pegawai tentera peringkat pertengahan dan pegawai kanan menyertainya. Dooley dianggap seorang pegawai tentera berpengalaman yang pernah berkhidmat di Iraq, Bosnia dan Kuwait. Sementara itu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengakui pihaknya juga diarah membuat perubahan ke atas beberapa dokumen rujukan yang boleh disalah anggap sebagai menghina Islam.

“Apa yang berlaku adalah bertentangan dengan nilai yang kami cuba terapkan dan jelas sekali ia bukan untuk tujuan akademik. Ia satu perbuatan amat tidak bertanggungjawab,” kata Pengerusi Ketua Turus Tentera, Jeneral Martin Dempsey.

Dooley, dalam kursus yang dikendalikannya Julai lalu, menjelaskan mengenai keperluan untuk memerangi habis-habisan ‘falsafah dan ideologi Islam.

“Mereka membenci dan tidak akan menerima sebarang pendirian anda selain tidak akan bekerjasama kecuali anda tunduk kepada mereka,” katanya.

Beliau menambah, oleh kerana Amerika yang melancarkan peperangan, maka ia tidak perlu terikat dengan Konvensyen Geneva kerana konvensyen itu kini tidak lagi relevan.

“Keadaan ini membuka peluang kepada kita untuk sekali lagi melancarkan perang ke atas penduduk awam jika perlu seperti di Hiroshima, Nagasaki dan Dresden,” katanya. – Agensi

sumber;

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2012051306380620120513063806/Article

Sunday, 20 November 2011

Persamaan Cubaan Bunuh Obama dan Duta Saudi

Oscar Ramiro Ortega-Hernandez penembak White House

Seorang lelaki umur 21 tahun bernama Oscar Ramiro Ortega-Hernandez dari Idaho telah ditahan atas cubaan membunuh Obama atau pun pegawai-pegawainya. Ini berikutan tembakan yang dilepaskan olehnya tepat mengenai tingkap white house tetapi terhalang oleh cermin kalis peluru. Motif cubaan membunuh seperti yang dikemukakan kepada mahkamah adalah ganjil iaitu beliau mendakwa Obama adalah "anti christ" yang menimbulkan kebenciannya. Sumber mahkamah juga mengatakan mungkin lelaki itu mempunyai masalah mental. Dalam artikel yang lalu petunjukzaman ada mengemukakan sumber bahawa Obama adalah mungkin pengikut kumpulan rahsia Knights Templer.

Dakwaan terhadap beliau menimbulkan lebih persoalan kerana didapati beliau mempunyai tattoo yang mempunyai tulisan ISRAEL dikiri tengkuknya. Siapakah sebenarnya beliau? Apakah dia Mossad? 

Tattoo ISRAEL jelas di tengkoknya

Kebolehannya membuat tembakan dari dalam kereta pada waktu malam dan tepat mengenai tingkap white house membayangkan beliau seorang penembak professional dan bukannya seorang mempunyai masalah mental seperti yang dilapurkan polis.

Pihak berkuasa menjumpai didalam keretanya selaras senjata semi-automatik Romanian Cugir SA lengkap dengan teropong jauh. Senjata ini juga banyak digunakan oleh tentera US dalam perang Iraq. Sekali lagi persoalan bagaimana seorang yang mempunyai masalah mental mendapat senjata yang terkawal dan melepasi kawalan keselamatan untuk melancarkan serangan tersebut.

Tetapi mengikut sumber FSB bahawa serangan itu dilancarkan oleh anggota salah satu cartel dadah Mexico yang sedang bertarung merebut kuasa kerajaan mexico. Terdapat dua kumpulan cartel dadah Mexico yang sedang berperang setakat ini iaitu Sinaloa Cartel dan Los Zetas Cartel, yang telah mengorbankan lebih 40,000 nyawa. Tetapi kumpulan Sinaloa Cartel dilapurkan mendapat bantuan senjata dan immunity dari CIA bagi mengimbangi kumpulan Los Zetas Cartel yang mampu menumbangkan kerajaan Mexico. http://www.washingtontimes.com/news/2011/aug/11/was-cia-behind-operation-fast-and-furious/

Jadi persamaan yang saya cuba kaitkan dalam kononya cubaan bunuh Obama dan cubaan membunuh duta Saudi (yang didakwa US di rancang Iran) adalah melibatkan cartel dadah Mexico! http://www.miamiherald.com/2011/10/11/2449467_p2/us-says-iran-plot-to-kill-saudi.html
Apakah ini amaran CIA terhadap Obama supaya melancarkan perang terhadap Iran atau menerima nasib seperti John F. Kennedy? 

Saturday, 30 July 2011

Obama Dakwa Keturunan Jesus

Pendedahan Menggemparkan oleh Murdoch

Sehubungan tulisan petunjukzaman mengenai kemungkinan Obama adalah Dzu as-Suwaiqataini iaitu lelaki kulit hitam yang akan menyerang kaabah berdasarkan sifat-sifat yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w.  Satu lapuran yang menggemparkan yang dikeluarkan oleh pihak perisikan Russia (FSB) mungkin menguatkan lagi andaian tersebut. Lapuran FSB tersebut mengaitkan penahanan Murdoch jutawan media kerana beliau akan membuat pendedahan tentang Obama yang pasti menggemparkan dunia. Pendedahan itu akan dibuat dalam sebuah buku yang akan di terbitkan oleh Murdoch tentang Obama adalah keturunan dari Jesus Christ. Oleh itu skandal pengintipan telefon dan rasuah kepada polis di UK hanyalah untuk memalingkan Murdoch dari meneruskan usaha tersebut.

Empayar media Murdoch dipercayai dibiayai dan di kuasai oleh kumpulan rahsia Knights Templar. Kumpulan kultus Knights Templer ini mempercayai Jesus mempunyai keturunan melalui Mary Magdalene. Tetapi satu masalah timbul keturunan yang didakwa dari Jesus dan Mary Magdalene dari Ethiophia ini adalah mereka berkulit hitam dan bukan berkulit putih (menepati amaran Rasulullah golongan ini akan menyerang kaabah!); dimana golongan ini telah di perangi dan cuba dihapuskan oleh pengasas gereja Katolik termasuklah Knights Templer. Peperangan tersebut ditulis secara terperinci oleh pengkaji Amerika Ean Berg bertajuk " The Cult of Black Virgin".

Pendedahan Murdoch itu akan diterbitkan olehnya dalam buku bertajuk “Barack Obama, The Christ Child Among Us.” Mengikut lapuran FSB lagi pendedahan yang menggemparkan dalam buku tersebut ialah dakwaan Obama adalah keturunan langsung dengan Jesus Christ dan Mary Magdalene, dimana beliau sejak lahir lagi telah dilindungi oleh Knights Templer. Kononnya misinya adalah mendamaikan manusia seluruh dunia tetapi terlebih dahulu memusnahkan semua peraturan-peraturan lama ( Old World Order ). Tetapi kebimbangan utama mereka adalah, apabila dakwaan Obama ini diketahui ramai, lapuran FSB itu menyatakan, kestabilan Amerika akan tergugat kemungkinan berpuluh-puluh juta lagi yang akan bangkit memberontak beliau kerana mempercayai beliaulah Anti-Christ yang ditakuti diramalkan akan muncul sebelum kehancuran dunia. Menariknya apabila semua isu ini timbul adalah mengesahkan asal-usul Obama yang misteri dan semua latarbelakangnya yang lalu telah di rahsiakan menyebabkan ramai mempercayai dia bukanlah  kerakyatan Amerika.

Beberapa perkembangan yang berlaku sekarang ini termasuklah penyingkiran/penangkapan Strauss-Kahn dari IMF (kerana mendapati simpanan emas US telah tiada), serangan Norway, serangan Libya  dan skandal Murdoch adalah kerana Amerika ingin menyembunyikan masalah ekonomi mereka yang tenat dan mengheret sama dunia dalam krisis.

Monday, 18 July 2011

Obamakah Akan Serang Ka'abah?

Ka'bah di Runtuhkan

Di antara tanda Kiamat kubro adalah dihancurkannya ka'bah yang mulia, perhiasan dan kiswahnya dirampas oleh seorang laki-laki dari Habasyah yang diberi nama oleh Rasulullah saw dengan cirinya "Dzu as-Suwaiqataini".

Nama dan Sifatnya

Dzus Suwaiqatain begitu dia dinamakan dengan wazan (bentuk kata) yang menunjukkan kecil karena kedua kakinya ringkih, kurus dan lemah. Rasulullah saw telah menjelaskan sifatnya secara cermat, beliau meyebutkan bahwa dia berkulit hitam, kedua kakinya renggang dan ini termasuk ciri orang-orang Habasyah, beliau juga menyatakan bahwa dia botak, ubun-ubunnya licin, persendian tulangnya bengkok sebagian keluar dari tempatnya.

Di dalam hadits shahih dari Ibnu Abbas berkata, saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda, "Seolah-olah diriku melihatnya berkulit hitam, kedua kakinya saling berjauhan, dia mencongkel Ka'bah, bata demi bata." (HR. al-Bukhari)

Dari Abdullah bin Amru bin al-Ash berkata, saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda, "Ka'bah akan dihancurkan oleh Dzu as-Suwaiqatain dari Habasyah, dia merampas perhiasannya, menanggalkan kiswahnya. Seolah-olah saya melihatnya botak, persendiannya tidak lurus, dia menghantamnya dengan cangkul dan kapaknya." (HR. Ahmad dan at-Thabrani).

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w telah menceritakan secara terperinci gambaran laki-laki tersebut iaitu;
1 - Asal Habasyah (Somalia, Ethiopia, Kenya dan Eritria)
2 - Mempunyai pengaruh dan ramai tentera
3 - berkulit hitam,
4 - kakinya bengkok
5 - ubun-ubunnya licin

Apakah Kebetulan?

Mari kita lihat adakah Obama memenuhi ciri-ciri tersebut? Apakah maksud disebalik nama Obama itu sendiri, cuba lihat pautan ini



Obama merupakan nama untuk puak Luo di Kenya. Mengikut tradisi Luo, nama gelaran Bama, bermaksud " melengkong, nampak seperti bengkok."

Dengan kata lain, boleh di simpulkan nama gelaran Obama bermaksud seorang yang berkaki atau tangan  yang bengkok. Apakah ini satu kebetulan Obama mempunyai semua ciri-ciri tersebut atau akan muncul lagi seorang Obama mempunyai kelakuan dan sifat seperti yang di beritahu Rasulullah? Wallahua'lam.


Image
Majalah Globe Dedahkan Obama di lahirkan di Afrika

Image
Papan tanda di sempadan Kenya

Thursday, 5 May 2011

Reaksi Di Internet Terhadap Berita Osama

Cartoon: Obama Photoshop X Osama (medium) by Wilmarx tagged obama,laden,bin,politicians,terrorism

Tindakan US mendakwa membunuh Osama dan membuangnya kelaut menimbul berbagai-bagai tanda tanya di kalangan masyarakat dunia. Sebenarnya inilah permainan Zionis yang menandakan fasa baru bagi rancangan mereka untuk menguasai dunia seluruhnya. Dijangkakan perancangan besar Zionis akan dilaksanakan pada tahun  2012. Sebahagiannya telah bermula, seperti serangan ke atas Libya.

Berikut ialah ulasan-ulasan spontan menarik di internet yang membuka minda kita apakan maksud sebenar di seballik dakwaan pembunuhan Osama.

jdog;
Bush let Bin Laden run wild for eight years. Obama brought him down in two. Republicans are very unhappy…

Jane;
Bush started a useless war against Iraq, mishandled the war in Afghanistan, ruined the economy, and still did not get Bin Laden. Barack Obama started the withdrawal from Iraq and Afghanistan, saved America (and the world) from the greatest

Recession since the Great Depression, and GOT BIN LADEN!! God Bless America!

eric;
Donald Trump is demanding to see the death certificate.

John;
"I don't know where bin Laden is. I have no idea and really don't care. It's not that important. It's not our priority." -- GW Bush.

Dwilliam;
This is the only good thing since Obama came on board the ONE and ONLY Thing!

Its not like Bush didnt want him dead as well.

Liz;
Quickly buried at sea, I hope they got something to prove to the American people that this was truly Bin Laden. Thank you U.S. Service man and women, you serve your country well.
Tommy
quite honestly after knowing several people in all different branches of the military i can say the military lies. a lot. the government lies about so much if you dont realize that, youre a nieve fool. this is some fishy business this burial at sea immediately following.

Frenchie;
WHERE IS OSAMAS' S, BODY, WHY DITCH THE PROOF IN THE OCEAN, THIS MAKES NO SENSE TO ME, SHOW US THE UNDENIABLE PROOF??????????????, COULD BE A LOOK ALIKE SO FAR AS WE ALL KNOW, I WOULD LIKE TO BELIEVE BUT THIS SOUNDS VERY SUSPICIOUS TO ME, I AM A VIETNAM VETERAN AND SOMEBODY THIS FAMOUS AND THEY DITCH THE BODY IN THE OCEAN THIS FAST, SOMETHING IS WRONG WITH THIS SCENARIO

Nunya Beeswax;
I don't believe it. When Saddam Hussein was caught (and he did not attack America) they showed the trial and everything. This is someone who attacked Americans on their own soil and you mean to tell me they "shot him and quickly buried him at sea"....yea right....something is not right with that. This is all a ploy and I am sure Osama has the best plastic surgeon money can buy. I dont believe it. Still will not get my vote. I dont trust anything from any of them.

Vajita;
It is because he is not dead they are just trying to reelect obama

Belajar Quran