Wednesday, 28 December 2011

Tsunami Kecil Peringatan Dari Allah

Ombak Besar di Teluk Lipat - sumber: fatinbaharum.blogspot.com

Dalam artikel yang lalu petunjukzaman ada menyiarkan tentang Malaysia Mengundang Tsunami?  iaitu berkenaan langkah kerajaan menerima kemasukan Asahi syarikat minuman keras terbesar Jepun melalui pengambil alihan PERMANIS. Kita berdoa mudah-mudahan Allah menjauhkan kita dari bencana tersebut.  Tetapi Allah telah memberi amaran bahawa terjadinya bala bencana keatas manusia ialah akibat perbuatan manusia itu sendiri yang melanggar perintah Allah. Inilah yang berlaku kepada bandar Asahi di Jepun apabila Allah menenggelamkan bandar tersebut melalui kejadian tsunami dan gempa bumi. Rasulullah s.a.w telah memperingatkan perkara tersebut dalam hadis tersebut;

Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum thamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi".


Peristiwa tsunami kecil yang melanda beberapa kawasan di Terengganu dan Kelantan merupakan amaran dari Allah swt bagi menyedarkan kita tentang kekuasaannya. Kita boleh berdoa supaya dihindarkan dari bencana tersebut tetapi berdoa sahaja tidak mencukupi jika kita tidak mencegah kemungkaran yang sedang menjalar didalam negara ini. 


Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). (Al-An'aam 6:44)


Berita lanjut;

1 comment:

  1. Di Dungun sekarang ni berlaku peningkatan pelbagai masalah sosial: (1) anak-anak derhaka yang menyisih, membuang, mengabaikan ibubapa yang sudah tua dan uzur (boleh rujuk pegawai JKM), (2) anak-anak & remaja yang tidak hormat orang lain spt. pemandu, pengguna jalan raya, warga tua, guru dan jiran tetangga,dll. (3) kecurian, pecah rumah, penipuan, dll. (4) rasuah dan penyelewengan melibatkan projek-projek awam (kualiti yang rendah, tidak siap, tidak lengkap, mudah rosak, dll. (5) maksiat, arak, dadah,judi, zina semakin dapat dilihat (bukti-bukti ditinggalkan). Semuanya gambaran atau petanda suatu bala bencana bakal berlaku. Seorang teman pernah berkata, "Setiap sesuatu yang akan terjadi Allah akan berikan tanda-tanda tertentu. Tiada yang berlaku tanpa tanda - orang akan boleh anak, kita nampak dia mengandung, orang minum arak di kuala kita tengok tin dan botol arak di teluk, nak hujan pun awan gelap."

    ReplyDelete

Belajar Quran