Al Quran ialah kitab Allah yang terakhir di turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang mengandungi petunjuk dan membawa rahmat sekelian alam.
Rahmat Allah amatlah luas, mengikut Ibnu Abbas r.a. kerahmatan Allah meliputi orang-orang mukmin dan juga orang-orang kafir.
Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar. (A-li'Imraan 3:74)
Dalam al-quran Allah menyarankan bagi kaum-kaum yang berakal supaya menggunakan fikiran bagi mengkaji kejadian alam ini untuk mendapatkan keluasan rahmatnya.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Al-Baqarah 2:164)
Seorang pengusaha burung layang-layang, En. Harry seorang Cina beragama kristian membuat kajian tentang pengaruh burung layang-layang terhadap panggilan azan. Dari kajian beliau rumah burung yang berdekatan dengan masjid amatlah berjaya. Kajian beliau mendapati burung layang-layang ini akan berterbangan kembali kerumahnya sebaik sahaja azan maghrib bermula dan sebaik sahaja tamat azan, burung-burung tersebut berpusu-pusu masuk kedalam rumahnya. Begitu juga ketika waktu subuh, azan subuh seolah-olah tanda untuk burung tersebut keluar mencari makan dan segera berterbangan mencari serangga.
Sehubungan dengan itu beliau telah mengadunkan bunyi azan tersebut sebagai latarbelakang bersama dengan bunyi pemikat burung layang-layang yang beliau hasilkan secara komersil dan mendapat hasil yang lumayan!
Seterusnya beliau mendapat tahu dari kenalan beliau bahawa HPA menggunakan ayat-ayat suci al quran bagi mengelakkan ayam ternakan mendapat penyakit tanpa menggunakan makanan ayam mengandungi kimia atau suntikan hormon. Ayam-ayam tersebut bukan sahaja sihat tapi kadar kematiannya jauh berkurangan.
Dengan keyakinan tersebut beliau telah menyarankan supaya bacaan-bacaan tersebut di pasang di dalam rumah burung bagi mengelakan penyakit dan supaya ia berkembang biak, ayat-ayat tersebut ialah Surah al-Kahfi, al-Mulk, al-Waqiah dan al-Anbiya'. Rakan beliau yang mengikut saranan tersebut memberitahu rumah burungnya telah berkembang biak dan mengeluarkan hasil yang tinggi.
Inilah mukjizat al-Quran, apabila kita gunakan dengan yakin sama ada untuk perubatan atau perniagaan, insyaAllah kita akan memperolehi rahmatnya.
Untuk mendapatkan lebih lanjut tentang fadhilat ayat-ayat al-Quran, boleh dapatkan maklumat lanjut disini;
No comments:
Post a Comment