Wednesday, 7 September 2011

NASA Sahkan Asteroid Sebesar 1300 ka Hampiri Bumi


Asteroid sebesar 1300 ka (400 m) lebar dijangka melintasi bumi pada 8 November 2011 ini. Keluasannya adalah kira-kira satu setengah kali ganda padang bola, cukup besar untuk mendatangkan malapetaka jika tersasar ke bumi. Ia akan melintas kira-kira 0.85 jarak antara bulan dan bumi. Kebetulan pula tarikh itu hampir dengan Raya Haji iaitu kemungkinan pada 6 atau 7 November, 2011. Asteroid ini baru dijumpai pada bulan Disember 2005 dan dinamakan sebagai 2005 YU55.

Kenyataan NASA (Near Earth Object Program) menyebut, " Walaupun tergolong dalam kategori objek yang mungkin berbahaya, 2005 YU55 tidak mendatangkan sebarang ancaman perlanggaran dengan bumi sekurang-kurangnya dalam tempoh 100 tahun akan datang. Bagaimanapun, ini merupakan kejadian object yang menghampiri bumi yang paling dekat yang kami awal-awal lagi dapat tahu dan kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi hinggalah tahun 2028 apabila asteroid (153814) 2001 WN5 melintasi pada 0.6 jarak bulan."


Trajektori Asteroid 2005 YU55

Akhbar Daily Mail melapurkan bahawa, Agensi Angkasa Eropah (ESA) merancang melancarkan satelit 'impactor' kepada asteroid 'ujian' pada 2015 untuk melihat jika trajektori objek tersebut boleh diubah bagi mengelakan perlanggaran dengan bumi. Agensi tersebut sedang melaksanakan misi bagi mengelakan ancaman minimum oleh asteroid Apophis selebar 700-1100 ka, yang mempunyai kemungkinan  satu dalam 250,000 menghentam bumi pada tahun 2036.



No comments:

Post a Comment

Belajar Quran