Malaysia masih lagi tidak mengambil iktibar dari kemasukan 'Hot money' oleh penyangak ekonomi dari US yang menyebabkan kejatuhan ekonomi dan pasaran saham pada tahun 97 dahulu. Kerajaan mencanangkan kononnya kemasukan pelabur asing (FDI) adalah kerana dasar ekonominya yang mampan.
Kebanyakan negara seperti China, Hong Kong dan Thailand mengenakan kawalan yang ketat keatas kemasukan pelaburan jangka pendek tersebut. 'Hot Money' adalah wang yang dicetak oleh US bagi menggerakan ekonominya tanpa sebarang sandaran atas dasar di panggil 'Quantative Easing'. Wang demikian tidak akan menerima sebarang imbuhan faedah jika dilabur didalam negara US, oleh itu pelabur-pelabur mereka (sebenarnya penyangak) telah membawa keluar wang tersebut untuk dilaburkan di negara-negara asia yang lemah dalam kawalan kewangannya seperti Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Pada dasarnya pelaburan dari luar negara adalah dialu-alukan tetapi kemasukan 'Hot Money' oleh spekulator atau penyangak ekonomi ini boleh melumpuhkan ekonomi sesebuah negara. 'Hot Money' ini mendatangkan bahana apabila pelabur jangka pendek ini menyuntik sejumlah besar modal dalam pasaran yang menyebabkan kenaikan aras indek yang tinggi dan jatuh merudum dalam masa yang singkat apabila mereka menjual secara lambakan pegangan-pegangan mereka dalam pasaran. Inilah yang berlaku dalam pasaran BSKL sejak bulan jun lalu hinggalah hari ini. Petunjuk zaman telah dalam artikel lepas strategi jangka pendek US dengan berita pembunuhan Osama dalam usaha menyelamatkan ekonominya dengan melambakkan wang Dollar dalam pasaran dunia. Dalam pasaran BSKL hari ini saja; untuk saham PCHEM sahaja hampir RM2 billion telah lesap sekelip mata! Cuba bayangkan berapa banyak wang negara telah dikebas oleh penyangak ekonomi tersebut sejak 3 bulan lepas. Dimanakah pakar-pakar kewangan ketika ini ketika hasil negara dikebas depan mata mereka, terkebil-kebil tidak tahu melakukan apa-apa; atau terlalu sibuk dengan politik hingusan sehingga tidak sedar negara hampir tergadai!
Petronas Chemicals sees RM2b erased from market cap |
Written by Surin Murugiah of theedgemalaysia.com |
Tuesday, 20 September 2011 11:44 |
At 11.30am, the stock fell 25 sen to RM5.80 with 19.26 million shares traded.
A trader said that fundamentally, Petronas Chemicals was sound and that the price retracement was more to do with negative market movement.
“There is no reason to sell down the shares at the moment; a strengthening ringgit would improve its earnings and there are also not indications of a slowdown in demand,” he said.
No comments:
Post a Comment