Saturday, 7 May 2011

Kematian Osama Untuk Selamatkan Dollar US


Cerita kematian Osama diterima dengan berbelah bagi oleh masyarakat dunia, walaupun Obama buat masa ini berjaya meyakinkan sebahagian besar penduduk US berdasarkan undi populariti yang dibuat oleh mereka. Tetapi semakin hari berbagai-bagai cerita yang berlainan di berikan oleh US apabila dunia meminta bukti tentang kematian Osama. Pada mulanya mereka katakan mayat Osama dikebumikan dilaut. Kemudiannya berjanji untuk menunjukkan gambar Osama di bunuh, tetapi tidak lama kemudian menarik balik janji tersebut dengan alasan gambar amat ngeri bimbang kemarahan umat Islam. Ada lagi kenyataan rasmi bahawa Osama di tembak di kepala dan yang paling baru ialah Osama meletupkan dirinya sendiri bagi mengelakkan di tangkap oleh askar US. Semakin hari semakin terserlah pembohongan mereka, insyaAllah Allah akan menunjukan kepada kita akan kebenarannya.

Sejarah telah membuktikan semua peperangan besar antaranya perang dunia pertama dan kedua adalah kerana faktor ekonomi. Peperangan adalah diperlukan bagi memaksa dunia menerima matawang kertas terutamanya Dollar. Inilah asas utama ekonomi riba-kapitalis. Inilah juga yang mendorong Jepun terlibat dalam peperangan dunia kedua, iaitu apabila mereka melihat pihak British berjaya meningkatkan kekayaan dengan mencetak duit-duit kertas dan dengan itu dapat membiayai penjajahan bagi meluaskan empayar mereka. Seperti tertulis dalam sejarah Tanah Melayu selepas Jepun tewas, wang kertas mereka langsung tidak bernilai. Sebenarnya inilah yang sedang dilaksana oleh US sekarang ini apabila mereka mendapati matawang Dollar turun mendadak disebabkan bebanan hutang mereka yang mesti mereka jelaskan pada bulan Jun ini atau mereka akan menghadapi risiko penurunan taraf ekonomi, kesannya lebih teruk daripada krisis ekonomi tahun 30an dulu.

Pada tanggapan mereka, berita kematian Osama yang kononnya dalang serangan 9/11 akan melonjakkan pasaran saham tetapi meleset. Amat tidak berbaloi apabila dibandingkan usaha pemburuan Osama memakan masa 10 tahun dengan mengorbankan beribu-ribu nyawa dan melibatkan perbelanjaan sekurang-kurangnya 1.3 trillion dollar. Hanya berlaku sedikit kenaikan dalam indeks DXY dari 72.72 point kepada 73.04 point pada penutup ketika hari berita itu diumumkan. Perubahan kepada kenaikan nilai dollar adalah akibat manipulasi pasaran komoditi seperti emas dan perak kononnya akibat pengukuhan nilai dollar berikutan berita tersebut. Tidak ada reaksi yang sepatutnya dari pasaran Wall Street untuk menerangkan kejatuhan nilai emas dan perak melainkan terang-terang berlakunya manipulasi.

Apakah satu kebetulan apabila masa kematian Osama datang tepat pada waktunya ketika matawang dunia ini berada dihujung tanduk? Nilai Dollar sedang turun dengan membimbangkan sejak tiga bulan yang lepas, yang melonjakkan pasaran komoditi tetapi mengancam kedudukan taraf penilaian Dollar US. Keputusan "menamatkan" Osama samada berlaku atau tidak, buat masa ini berjaya mengurangkan kebimbangan penurunan penarafan nilai Dollar, buat masa ini. Rancangan jangka pendek mereka untuk mengukuhkan nilai Dollar berjaya, tapi tipudaya akhirnya kan terbongkar dan memakan diri mereka sendiri. Kita yakin dengan janji Allah bahawa mereka (iaitu Zionis dan sekutu-sekutu mereka) akan dihancurkan dengan kehancuran yang hebat akibat dari kezaliman sistem Riba-Kapitalis hingga menyebabkan dunia porak-poranda. Mereka (Zionis) itu merancang dan Allahpun merancang, tapi perancangan Allah itulah yang paling baik!

6 comments:

  1. Insyaallah, nilai emas perak akan turun dengan hebat kali ini, inilah peluang kita untuk membeli dan memborong seberapa banyak yang termampu, kemudian dilebur untuk dijadikan Dinar dan Dirham.

    ReplyDelete
  2. Sama2 kita berusaha perangi riba-kapitalis. Tukarkan wang kertas kpd dinar dirham dan gunakan dlm muamalat. Dapatkan emas sementara kita masih dpt membelinya dgn wang ringg; akan tiba satu masa kita terpaksa berperang utk dptkannya, tika itu hanya 1 dalam 100 selamat!

    ReplyDelete
  3. sila nyatakan hadis atau dalil dari AlQuran pls..psl perang tu....trima kasih

    ReplyDelete
  4. Dalam hadis tanda2 kiamat; oleh bukhari & muslim,

    53. PELBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA-TANDA KIAMAT.
    Perkara : 6. TIDAK AKAN BERLAKU KIAMAT SEHINGGALAH SUNGAI FURAT MENGELUARKAN BUKIT (TIMBUNAN) EMAS.


    Hadis : 1652 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Hari Kiamat sehinggalah sungai Furat kering dan mengeluarkan gunung (timbunan) emas yang menyebabkan manusia berbunuh-bunuhan. Maka seramai sembilan puluh sembilan daripada seratus orang telah dibunuh dan setiap lelaki dari kalangan mereka itu akan mengharapkan kejayaan itu menjadi miliknya.

    hadis ini no 1652 dalam website keluaran pejabat perdana menteri malaysia;
    http://www3.pmo.gov.my/WebNotesApp/hadism.nsf/Malay%20Frame?OpenFrameSet

    Dalam riwayat yang lain pula
    Ertinya : Daripada Saidina Abu Hurairah r.a , bahawasanya Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda : (( “ Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Sungai Furat menjadi surut airnya, sehingga kelihatan sebuah gunung drp emas . Ramai orang yang berperang untuk merebutnya ( emas itu ) . Maka terbunuhlah setiap 99 orang daripada 100 orang yang berperang . Dan masing-masing yang terlibat berkata : “ Mudah-mudahan akulah yang menjadi orang yang terselamat itu “ )) ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Muslim rh .

    Hadis di atas telah pun dikeluarkan ( disampaikan ) oleh al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Muslim rh dengan beberapa lafaz hadis dan sanad ( silsilah ) yang berbeza, tetapi semuanya menjurus kepada makna yang sama .

    Al-Imam al-Bukhari rh meletakkan hadist ini di dalam Kitab al-Fitan , Bab-25 ( Khuruj an-Nar ) , hadist-7119 ( sbg mana dinyatakan oleh al-Imam Ibnu Hajar al-‘Asqolani rh di dalam Fathul Bary ).

    Al-Imam Muslim rh pula meletakkan hadist ini di dalam Kitab al-Fitan wa Ashrot as-Sa’ah , Bab-786 ( Bab Iqtirob al-Fitan , Fath rodam Yaajuj wa Maajuj……) , Hadist-2323 sampai ke hadist-2327 ( Sbg mana dinyatakan oleh Prof. Dr. Musa Shahin Lashin ha di dalam Fathul Mun’iem ).

    Kenapa manusia sanggup berperang kerana merebutkan emas?
    kita lihat dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w telah memberi tahu sampai satu masa sesuatupun tidak bernilai melainkan dinar dan dirham.

    Menunjukkan juga pada waktu itu manusia untuk menyara hidup mesti mendapatkan emas itu sendiri, walaupun mereka mungkin mempunyai wang kertas menimbun atau duit di akaun bank berjuta tapi sudah tidak bernilai lagi, yang bernilai hanyalah emas dan perak. Oleh itu tidak hairan apabila Allah menampakkan gunung emas di Sg Furat manusia sanggup bertaruh nyawa bagi mendapatkan emas tersebut, kerana wang tidak lagi berguna! Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  5. seperkara lagi pendapat saya bukanlah manusia berebut dan sanggup berbunuh-bunuhan kerana inginkan kekayaan, walaupun sifat manusia akhir zaman ialah materialistic tapi mereka lebih takutkan mati. Tetapi apabila manusia kelaparan mereka sanggup buat apa saja termasuklah berbunuh. Jadi manusia ketika itu sanggup berbunuhan walaupun hanya 1 dalam 100 terselamat ialah kerana terdesak, ketika itu tidak satupun bernilai yang diterima untuk jual beli melainkan emas. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  6. sungai furat dah keluar emas?

    ReplyDelete

Belajar Quran