Monday, 23 May 2011

Jangkaan Barang Naik Melampau



Graf statistic terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan trend peningkatan harga yang membimbangkan. Walaupun peningkatan CPI indek hanyalah 3% tetapi peningkatan harga barang makanan adalah lebih tinggi iaitu 5%. Perbandingan harga bulanan juga menunjukkan peningkatan sekitar 0.3%. Peningkatan harga makanan ini memberi kesan secara langsung kepada kita semua dan kesannya sudah kita rasai.

Apakah kadar inflasi pada 2008 yang teringgi dalam sejarah negara akan berulang? Kalau kita perhatikan trend peningkatan harga makanan adalah seperti tempoh bulan April 2008, yang meningkat hingga 12% sebelum turun pada tahun 2009. Kenaikan harga makanan ketika itu disebabkan kenaikan harga minyak RON 97 kepada RM2.70. Pada April tahun ini RON 97 dinaikkan kepada RM2.70 sama paras harga tertinggi 2008 dan 5 mei baru-baru ini dinaikkan lagi kepada RM2.90.

Jadual 1: Harga minyak dari tahun 1990 hingga 2008

Harga runcit minyak Malaysia (RON 97)
TarikhHarga baruPerubahanHarga sejagatPerubahan
RM/literPeratus (%)AS$/tongPeratus (%)
Sebelum 19900.89-18.33 (1989)-
19901.102524.4933.6
1 Oktober 20001.20924.680.8
20 Oktober 20011.308.325.904.9
1 Mei 20021.321.530.8619.2
31 Oktober 20021.33124.535.3
1 Mac 20031.351.531.5428.6
1 Mei 20041.371.540.2827.7
1 Oktober 20041.423.653.1391.8
5 Mei 20051.52756.265.9
31 Julai 20051.626.658.704.3
28 Februari 20061.9218.561.645
5 Jun 20082.7041121.0096.3
23 Ogos 20082.55(5.6)114.60(5.3)
25 September 20082.45(3.9)109.20(4.7)
15 Oktober 20082.30(6.1)84.07(23)
1 November 20082.15(6.5)64.38(23)
18 November 20082.00(7.0)55.37(13)
3 Disember 20081.90(5.0)46.96(15)
16 Disember 20081.80(5.3)46.28(1.4)
1 September 20092.0513.969.9651.2


Jadual 2: Harga minyak selepas RON 95 diperkenalkan
Harga runcit minyak Malaysia
TarikhRON 95BezaRON 97BezaDieselBeza
RM/literPeratus (%)RM/literPeratus (%)RM/literPeratus (%)
1 Sept 20091.75/1.80 -2.0513.91.70 -
16 Julai 20101.852.82.102.41.752.9
2 Nov 2010 -2.152.4 -
1-4 Dis 20101.902.72.307.01.802.9
5 Jan 2011 -2.404.3 -
1 Feb 2011 -2.504.2 -
1 April 2011 -2.708.0 -
5 Mei 2011 -2.907.4 -


Kita lihat lagi petunjuk kenaikan barangan apabila pihak bank menaikkan kadar BLR sehingga 6.6% baru-baru ini.

Year
BLR (%)
Remark
2011
6.60
Adjusted May 2011
2010
6.30
Adjusted July 2010
2010
6.05
Adjusted May 2010
2010
5.80
Adjusted March 2010
2009
5.55

2008
6.50
Adjusted March 2009
2007
6.75

2006
6.00

2005
6.00

2004
6.00

2003
6.50

2002
6.50

2001
6.75

2000
6.75

1999
8.00

1998
10.50

1997
9.25

1996
8.50

1995
6.60



Daripada kesemua graf dan jadual-jadual diatas jelas menunjukkan peningkatan harga barangan yang melampau tidak dapat dielakkan. Melihat kepada data tersebut, adalah jelas sekarang ini kerajaan adalah dalam keadaan terdesak menaikkan harga barangan; tetapi tidak dapat dilaksanakan buat masa terdekat ini kerana bimbang kemarahan rakyat jika pilihanraya diadakan dalam waktu tersebut. Dalam situasi ini kenaikan melampau adalah dijangkakan selepas pilihanraya kerana disamping faktor-faktor sedia ada ditambah lagi perbelanjaan pilihanraya dan perlaksanaan projek-projek segera yang tentunya memakan belanja yang besar. Contoh kenaikan melampau harga barangan seperti harga beras, sebelum inflasi 2008 untuk 10kg harganya sekitar RM15 tapi ketika kemuncaknya sehingga lebih RM30; ketika ini harga beras sekitar RM20 kalaulah trend tersebut berlaku, harganya boleh meningkat melebihi RM40!

Dalam dasar ekonomi riba-kapitalis, kesan kenaikan harga menyebabkan inflasi memberikan kesan secara langsung kepada Time Value Money (TVM). Inflasi merupakan komponen utama kadar faedah (interest rate) yang menjadi asas kepada pengiraan TVM. Sehubungan perubahan keatas kadar inflasi seterusnya menyebabkan kadar faedah juga turut berubah. Bank mengetahui bahawa inflasi akan menghakis nilai wang dalam tempoh masa pinjaman, oleh itu mereka meningkatkan kadar faedah bagi mengimbangi pengurangan nilai tersebut. Secara tidak langsung kerugian yang mereka alami dipindah kepada masyarakat, inilah dikatakan perompakan secara tersembunyi.

Sementara pihak bank sentiasa mengaut keuntungan berganda, kita semualah yang menanggung akibatnya dengan kenaikan harga barang yang menyebabkan nilai wang kertas semakin berkurangan. 
Langkah pihak bank menaikkan BLR sehingga 6.6% berikutan kenaikan OPR oleh Bank Negara memerlukan penjelasan dari kerajaan. Pihak bank telah meningkatkan kadar margin keuntungan tanpa sebarang penjelasan munasabah. Berbanding 2008 ketika OPR adalah 3.25% dan BLR adalah 6.5%, tetapi sekarang ini OPR 3% dan BLR adalah 6.6%. Bermakna pihak bank telah meningkat kadar margin keuntungan sebanyak 35 basis point tanpa sebarang halangan dari pihak kerajaan. Kenaikan kadar margin ini seolah-olah jaminan kerajaan terhadap keuntungan berganda oleh pihak bank. Dengan jumlah pinjaman sebanyak RM900bil akan melonjakkan keuntungan bank sebanyak RM3.2bil dengan mencekik rakyat!

Kenaikan ini pasti membebankan keseluruhan masyarakat, walaupun kita tidak membuat sebarang pinjaman dengan bank tetapi kebanyakan perusahaan yang mengeluarkan keperluan pengguna membuat pinjaman bank. Sudah tentu pertambahan kos dalam operasi akan dibebankan kepada pengguna melalui kenaikan caj perkhidmatan atau harga barangan.

4 comments:

  1. cara yang paling selamat mesti berjimat cermat serta melakukan perbelanjaan secara berkhemah... save a part of your money in trusted financial instrument like gold, properties, etc..

    ReplyDelete
  2. then....apa nak buat..takat simpan emas saja ka?..lepas tu nak buat apa?..Ali

    ReplyDelete
  3. sistem perbankan yg memudaratkan ekonommi..fractional banking system..bank bukan berniaga...tak pernah rugi kecuali ada penyelewangan....wang kertas yang penipu..cetak dan terus cetak..letak nilai...seolah2 mereka dapat percuma apa yang mereka hendak eg. beli emas, minyak dll....Ali

    ReplyDelete
  4. salam semua,
    saranan cikgu tu betul tetapi bila melibatkan barang keperluan tak byk boleh kita lakukan. Kita persoalkan peranan kerajaan, slogan rakyat berpendapatan tinggi belum jd kenyataan yg terjadi ialah semua barang2 dah melambung naik. Apatah lagi rancangan mengenakan cukai GST 5% terhdp semua barangan mula kuatkuasa tahun 2012. Sekarang nipun tanpa disedari cukai tersebut dah dikenakan, dan terbaru terhadap Top Up telefon.
    Mana silapnya? semua subsidi utk rakyat ditarik balik spt gula, diesel dsbnya. Tp kenapa pula subsidi utk konglemerat spt IPP yg memakan belanja berbillion dlm masa sebulan saja tidak disentuh. Begitu juga PETRONAS dagangan dgn gah iystiharkan bonus RM90billion, tp pada masa sama menarik subsidi rakyat! Padahal PET Dagangan anak syarikat PETRONAS...subsidi minyak hanya RM20bill itupun kalau 100% subsidi.
    Pengawalan harga barang keperluan asas tanggung jawab krjaan, contohnya gula,gandum,beras..phk berkuasa sepatutnya mempunyai reserve strategik utk mengimbangkan manupulasi pasaran.
    Sebab itulah hukum asal pembayaran zakat dgn makanan asasi. Saya ingin memperkata lebih lanjut tentang hal ini tp kesuntukan masa. Hukum zakat yg asal ini adalah utk keperluan strategik umat Islam kerana Rasulullah saw sudah mengetahui kerja jahat Yahudi/Nasrani manupulasi bekalan makanan manusia (lihat artikel Dajjal kuasai bekalan makanan).
    Apa yg En Ali katakan itu amat betul, dalam kegawatan ini matlamat utama kita sebagai umat Islam ialah membebaskan diri dari cengkaman sistem Kapitalis-Riba. Model Islamic Village yg dicadangkan oleh Sheikh Imran Hosein adalah langkah terbaik bg matlamat tersebut. Tapi cabaran ini amat besar, kalau kita baca hadis-hadis nabi utk mengelakan dari fitnah Dajjal inilah sepatutnya. Jadi benarlah amaran Rasulullah saw bahawa sesiapa yg bersama Dajjal melihatnya seolah2 membawa syurga & neraka!

    ReplyDelete

Belajar Quran