Sunday, 7 October 2012

Dekatnya Kiamat Masa Pembangunan Pencakar Langit dan Terowong Di Makkah

Lihatlah bangunan Menara Jam Mekah (Fairmont Tower) lebih tinggi dari pergunungan sekitarnya!


Pada zaman Nabi s.a.w, jumlah penduduk di kota Makkah masih sedikit, begitu pula dengan bangunannya. Rasulullah saw telahpun memberi amaran bahawa saat dekatnya kiamat ialah apabila didirikan bangunan sekitar Ka'bah melebihi dari pergunungan sekitarnya.  Inilah membuktikan mukjizat Nabi saw apabila secara khusus menggambarkan pembangunan pesat yang akan berlaku di sekitar Ka'bah. Tetapi yang lebih memeranjatkan apabila dinyatakan bahawa golongan yang sama itu jugalah yang bakal meruntuhkan Ka'bah! Alasan golongan tersebut ialah mereka akan membuat binaan yang lebih moden lagi.

Ibnu Syaibah meriwayatkan dengan sanadnya kepada Ya’la ibn Atha’ dari ayahnya, dia berkata: pada suatu hari, aku menuntun tali kekang onta Abdullah ibn Amr, lalu beliau berkata: "Bagaimana pendapat kalian, jika kalian hancurkan Ka’bah dan tidak menyisakan ada batu yang masih menumpuk? Mereka menjawab: oleh kita yang beragama Islam? Beliau menjawab: benar, kalian yang beragama Islam. Seseorang bertanya: lalu apa lagi? Beliau menjawab: kemudian ia akan dibangun dengan yang lebih bagus darinya. Apabila kalian telah melihat galian-galian besar di Makkah, dan bangunan-bangunannya menjulang tinggi melebihi pegunungannya, maka ketahuilah bahwa kiamat telah mendekatimu"[1].

Juga dinyatakan dalam hadis tersebut berlakunya penggalian besar-besaran disekitar Ka'bah. Maksud penggalian tersebut ialah pembinaan terowong (tunnel) didalam tanah dan juga penggalian pembinaan basement untuk bangunan pencakar langit.

Pembinaan terowong (tunnel) tersebut telah dilaksanakan pada tahun 2006 lagi bagi mengalirkan air zamzam dan juga untuk aliran air permukaan disekitar Ka'bah. Sungguh mengejutkan tanda-tanda yang telah di beritahu oleh Rasulullah saw itu begitu tepat dari segi skala pembinaan dan perancangan pembinaan; meliputi pembinaan pencakar langit beserta beserta jaringan terowong (tunnel) yang dilakukan pada masa yang sama, juga sebagai petunjuk tentang masa dan kemunculan golongan yang merendahkan Ka'bah.

Disini dibentangkan gambar-gambar susun atur pembinaan terowong (tunnel) sekitar Ka'bah.





Gambar-gambar tersebut diambil dari Jabatan Geologi Saudi http://www.sgs.org.sa/English/Topics/Pages/Zamzam.aspx


[1] HR. Ibnu Abi Syaibah dan al-Arzaqi . Hadits ini memiliki beberapa jalan yang baik. Hadis ini di ambil dari buku karangan Dr. Muhammad ibn Abdurrahman al-'Areifi Dekan Aqidah dan Agama serta madzhab kontemporer di Universitas al-Malik Sa'ud – Riyadh, juga merupakan anggota Majelis Tinggi Pengetahuan Islami. Ini judul buku tersebut terjemahan bahasa Indonesia http://www.qu2buku.com/Kiamat%20Sudah%20Dekat

Untuk lebih memahami tentang peristiwa ini sila juga lihat artikel petunjukzaman sebelum ini;

6 comments:

  1. Tahniah tuan, artikel yang amat menarik, dedahkan lagi, saya pengunjung setia blog tuan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, Saya punpeminat no 1 blog tuan. Byk blog saya kunjung termasok blog tuan yg menjadi favourite saya :)

    Saya panas Hati kenapa org islam membiarkan b angunan besar tu dibuat. Katanya, ketua bahagian arkitek yg membuat bangunan tersebut juga salah seorg org islam sarawak berasal dr Gedung Sarawak.

    Kalo ikut memang aku nak marah tp BERsabar paling penting bukan.

    Boleh Tuan Terangkan Pasal Jabal Habshi yg Digelar Kingdom Palaca Berdekatan dgn madinah. Apabila ditanya org tempatan, mereka berkata itu Istana Dajjal :)

    ReplyDelete
  3. canggih giler .. tapi duit yg nak naik taraf tu bek bagi kat org2 susah sedunia ni kan??

    ReplyDelete
  4. The time of the Hour and the Rise of the Imam is …: http://youtu.be/PcEgCOhFaXU

    ReplyDelete
  5. Mohon fahami dgn mata hati.fahami sejarah antara islam n yahudi...d sana anda temui jawapan..dan ini antara tanda2 kiamat..

    ReplyDelete
  6. Yang aku tak faham . kenapa orang arab sendiri yang semestinya berugama islam membina bangunan2 pencakar langit dan terowong bawah tanah sedangkan mereka sendiri tahu apa yang baginda Rasulullah katakan dahulu..

    Pelik tol kan ?? Orang2 Arab ni memang nak bagi dunia ni kiamat ke .. Kenapa tak ada pemimpin dunia lain nasihat menasihati ??

    Kalau aku pandai bahasa arab / enggris, dah lama aku tentang.

    ����

    ReplyDelete

Belajar Quran