Friday, 19 October 2012

Planet X dan Masa Dajjal

Dalam kisah tinggalnya Dajjal di muka bumi, hari pertama bagaikan satu tahun, hari kedua bagaikan satu bulan. Sebahagian dari para sahabat ada bertanya kepada Nabi tentang panjangnya hari yang ada Dajjalnya tersebut: (Apakah cukup dalam satu hari yang panjang tersebut untuk melaksanakan shalat seperti hari biasanya?) Nabi s.a.w menjawab: "Tidak, akan tetapi perkirakanlah padanya waktu-waktu shalat".

Sehari setahun seperti Artik alami 6 bulan malam dan 6 bulan siang 
Hadis tersebut disamping mengisahkan tentang waktu kedatangan Dajjal tetapi ia juga memberi alamat tentang bilakah waktu kedatangan tersebut. Pada waktu tersebut berlakunya perubahan cuaca yang amat ketara di bumi ini hingga bertukarnya masa sehari menjadi begitu panjang sehingga setahun dan beransur-ansur mengurang kepada sebulan seterus seminggu dan kembali kepada waktu asal.

Walaupun ada pendapat yang mengatakan tempoh tersebut adalah kiasan seperti di nyatakan oleh Syeikh Imran Hosein; kita amat menghormati pandangannya tetapi kemungkinan ianya berlaku dalam keadaan masa sebenar tidak juga boleh dinafikan. Tetapi setiap perkara yang berlaku itu tertakluk kepada sebab dan musabbab yang telah ditakdirkan oleh Allah swt.

Ahli astronomi sedang menjangkakan kedatangan sebuah planet yang amat besar bakal mendekati orbit bumi. Dijangkakan planet tersebut mempunyai orbit eliptical yang amat besar hinggakan terkeluar dari sistem suria. Ahli astronomi Jepun, Dr. Patryk Sofia Lykawka dan Tadashi Mukai merupakan seorang professor dari Kobe University sedang menjalankan kajian tentang perkara tersebut, Keputusan kajiannya menunjukkan kemungkinan terdapat sebuah planet yang teramat besar yang belum dikenal pasti dan mereka menjangkakan akan dijumpai sekitar 5 tahun lagi.

Beliau mengatakan," Kami telah berjaya mengesan lebih dari 1,000 objek melepasi Neptune sejak 1992, dan sebahagian besar objek menunjukkan kejanggalan orbit yang besar dan mempunyai kelencongan orbit yang besar, lebih besar dari kebiasaannya mengikut teori pembentukan sistem planet yang piawai". Beliau telah membuat simulasi berdasarkan kiraan dan telah menunjukkan terdapatnya planet Hypothetical dalam orbit yang jauh melepasi Neptune, dan di katakan Planet X, dapat menjelaskan kejanggalan orbit objek-objek angkasa tersebut.

[petikan journal universisty Kobe; http://www.kobe-u.ac.jp/en/info/topics/t2008_03_04_01.htm ]

Ini menunjukkan terdapat satu jasad yang mempunyai jisim yang amat besar yang mempengaruhi pergerakan objek-objek tersebut melalui tarikan gravitinya yang kuat menyebabkan orbitnya melonjong. Umpama kita menarik gelung getah untuk melastik.

Satu lagi kejanggalan pergerakan orbit dikesan ialah ketika pencerapan laluan planet venus melintasi matahari pada bulan jun yang lepas. Didapati orbitnya beralun tidak berada dalam keadaan lurus seperti yang dijangkakan, seolah-olah ia mengalami tarikan graviti yang besar kemungkinan pengaruh planet X (atau Nibiru) yang semakin hampir.

Perhatikan laluan Venus yang tidak sekata 

Begitu jugalah kesannya apabila ia menghampiri bumi. Bila ia semakin dekat, pusingan harian bumi akan terjejas. Pada mulanya ia tidak dikesan tetapi ia semakin ketara kerana kawasan Mid-Atlantic Rift yang paling bermagnet tertarik kearah Planet X/Nibiru dan menyebabkan pusingan bumi semakin tertahan apabila ia semakin hampir.

Pergelutan antara tarikan kutub bumi dan tarikan Planet X menyebabkan kutub bumi berpusing hingga berubah seperti gambarajah dibawah;
Hipotesis perubahan polar bumi akibatkan Asia dan Amerika Selatan jadi kutub 
dan Antartika berada di khatulistiwa

Keadaan akan kembali pulih seperti asal selepas berlalunya Planet X. Mungkin kejadian inilah yang menyebabkan kebanyakan kawasan bumi hari ini mengalami sehari seperti setahun seperti yang di alami di Artik sekarang ini akibat dari perubahan polar bumi.

Perhatikan bagaimana keadaan cuaca ketika berlakunya peperangan yang di pimpin oleh Mahdi (menyerang Khalifah Arab ketika itu) dalam keadaan bersalji, padahal tanah Arab berada dipadang pasir!

Dari Tsauban r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga orang anak Khalifah akan saling membunuh untuk memperebutkan harta kalian, namun kemudian tidak satupun dari ketiganya ada yang berhasil… kemudian muncul bendera-bendera hitam dari arah Timur, mereka menyerang kalian dengan pertempuran yang belum pernah terjadi sebelumnya". Tsauban berkata: kemudian Nabi s.a.w menyebutkan sesuatu yang aku tidak hafal, lalu beliau melanjutkan: "Apabila kalian melihatnya, maka baiatlah dia walau harus merangkak diatas SALJI" HR. Ibnu Majah

No comments:

Post a Comment

Belajar Quran