Thursday, 10 January 2013

Banjir Syria Adalah Petanda

Banjir Besar di Palestin
Bumi Syria merupakan salah satu tempat yang banyak kelebihannya. Syria merupakan sebahagian dari Syam yang meliputi Jordan dan Palestina (Greater Syria). http://en.wikipedia.org/wiki/Greater_Syria

Kelebihan Syria kerana ia merupakan bumi anbiya bermula sejak Nabi Adam lagi. Dimana anaknya Abiel dikebumikan, begitu juga Nabi Yahya a.s di semadikan dibumi Syria dimana makamnya terletak di dalam Masjid Umayyad di Damsyik. http://en.wikipedia.org/wiki/Umayyad_Mosque

Mengikut sejarah dikatakan juga Nabi Ibrahim a.s. pernah menetap dalam satu masa di Aleppo, dan dipercayai menternak lembu susunya disini. Sebab itulah nama Aleppo dalam bahasa arab ialah Halab, bermaksud 'susu'.

Allah juga telah menunjukkan petanda ketika kelahiran Nabi Muhammad s.a.w di Mekah di mana keluarnya cahaya hingga menerangi ke Syria, yang terletak beratus kilometer jauhnya. Begitu juga apabila hampirnya saat hari pengadilan, Nabi Isa a.s. akan turun dari langit untuk menewaskan Dajjal; dimana tempat turunnya di Masjid Umayyad di ibukota Syria, Damsyik. Begitu juga Imam Mahdi yang memimpin umat Islam akhir zaman dengan keadilan akan menetap di Syria.

Bumi Syria merupakan tempat terpilih dan disinilah akan sentiasa terdapat wali Allah al-Abdal yang sentiasa mendapat perlindungan dari Allah swt. Para wali Abdal dari Syamlah yang akan membenarkan dan membaiah Imam Mahdi di hadapan Kaabah ketika beliau diburu oleh tentera Arab dari kabilah Kalb. Allah sentiasa memelihara bumi Syria dan memberikan kemenangan ke atas para walinya dari kalangan Abdal. Diantara tanda pertolongan Allah keatas wali Abdal ialah Allah menurunkan hujan yang melemahkan musuh-musuh Allah hingga menenggelamkan mereka. 

Diriwayatkan dari Saidina Ali r.a. beliau berkata," Al-Abdal adalah dari Syam, dari kalangan mereka 40 lelaki. Apabila salah seorang dari mereka meninggal, maka Allah akan menggantikan tempatnya dengan seseorang yang lain. Kerana merekalah, Allah menurunkan hujan, memberikan kemenangan terhadap musuhnya, dan dijauhkan bala dan azab dari penduduk Syam". (Musnad Ahmad, al-Mukhtara, ibn `Asakir, Hakim at-Tirmidhi, Fada`il as-Sham, al-Haythami, as-Sakhawi and as-Suyuti)

Berlaku kejadian banjir besar dan cuaca sejuk luar biasa yang sedang menimpa bumi Syam meliputi Palestine hinggalah ke Syria, di saat kekalutan peperangan melanda bumi tersebut, mengingatkan kita terhadap satu hadis yang diriwayatkan dari Saidina Ali r.a. kemungkinan dekatnya pertolongan Allah terhadap penduduk Syria khususnya. Dimana dekatnya saat Allah akan menzahirkan pertolongan keatas pejuang-pejuang Islam ke atas musuh-musuhnya.

Banjir juga menenggelamkan penempatan pelarian Syria

Nu'aym ibn Hammad dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ali r.a. beliau berkata: "Akan berlaku fitnah di mana manusia akan memperolehi hasil daripadanya sepertimana ia memperolehi emas yang ada di lombongnya, maka janganlah kamu mencerca penduduk Syam tetapi cercalah kezaliman mereka, kerana sesungguhnya pada mereka itu terdapat Abdal, dan Allah akan mengutus ke atas mereka hujan dari langit lalu menenggelamkan mereka sehinggakan sekiranya mereka memerangi serigala serigala mereka akan menewaskannya. Kemudian Allah akan mengutus di waktu itu seorang lelaki dari keturunan Rasulullah SAW bersama 12,000 orang jika sedikit, dan 15,000 orang jika banyak, tanda tanda mereka "amit amit" (maut maut) di bawah tiga bandera lalu mereka itu memerangi pasukan tujuh bandera tidak seorang pun di kalangan mereka yang memimpin bandera itu melainkan kesemuanya tamakkan kerajaan (kuasa), mereka pun berjuang dan tewas (atau menang), kemudian zahirlah Al Hasyimi (Pemuda Bani Hasyim) lalu Allah mengembalikan kepada manusia kesenangan hidup mereka sehinggalah Allah mengeluarkan Dajjal." Hadis No 41 terjemahan Bahasa Inggeris oleh Muhammad at-Tayyib ibn Gary dalam kitab al-'Arf al-Wardi fi Akhbar al-Mahdi nukilan al-Hafidh Jalal ad-Din as-Suyuti [rahimahullah].

Rujukan;

2 comments:

  1. Tenggelam kampung khrastan di syam..

    ReplyDelete
  2. Ad Daulatul Islamiyah Melayu
    Khilafah Islam Akhir Zaman

    Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
    Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami
    Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
    as A New World Religion Bangsa Islam Akhir Zaman.

    Kami mengundang Anda Menjadi Bagian Bangsa Islam berdasar Aqidah Islam
    Bukan Menjadi bagian dari Bangsa-bangsa berdasarkan Suku ataupun wilayah

    Kunjungi Undangan kami Kehadiran anda kami tunggu di
    di http://khilafahislam.eu.ki

    ReplyDelete

Belajar Quran