Pendedahan Menggemparkan oleh Murdoch |
Sehubungan tulisan petunjukzaman mengenai kemungkinan Obama adalah Dzu as-Suwaiqataini iaitu lelaki kulit hitam yang akan menyerang kaabah berdasarkan sifat-sifat yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Satu lapuran yang menggemparkan yang dikeluarkan oleh pihak perisikan Russia (FSB) mungkin menguatkan lagi andaian tersebut. Lapuran FSB tersebut mengaitkan penahanan Murdoch jutawan media kerana beliau akan membuat pendedahan tentang Obama yang pasti menggemparkan dunia. Pendedahan itu akan dibuat dalam sebuah buku yang akan di terbitkan oleh Murdoch tentang Obama adalah keturunan dari Jesus Christ. Oleh itu skandal pengintipan telefon dan rasuah kepada polis di UK hanyalah untuk memalingkan Murdoch dari meneruskan usaha tersebut.
Empayar media Murdoch dipercayai dibiayai dan di kuasai oleh kumpulan rahsia Knights Templar. Kumpulan kultus Knights Templer ini mempercayai Jesus mempunyai keturunan melalui Mary Magdalene. Tetapi satu masalah timbul keturunan yang didakwa dari Jesus dan Mary Magdalene dari Ethiophia ini adalah mereka berkulit hitam dan bukan berkulit putih (menepati amaran Rasulullah golongan ini akan menyerang kaabah!); dimana golongan ini telah di perangi dan cuba dihapuskan oleh pengasas gereja Katolik termasuklah Knights Templer. Peperangan tersebut ditulis secara terperinci oleh pengkaji Amerika Ean Berg bertajuk " The Cult of Black Virgin".
Pendedahan Murdoch itu akan diterbitkan olehnya dalam buku bertajuk “Barack Obama, The Christ Child Among Us.” Mengikut lapuran FSB lagi pendedahan yang menggemparkan dalam buku tersebut ialah dakwaan Obama adalah keturunan langsung dengan Jesus Christ dan Mary Magdalene, dimana beliau sejak lahir lagi telah dilindungi oleh Knights Templer. Kononnya misinya adalah mendamaikan manusia seluruh dunia tetapi terlebih dahulu memusnahkan semua peraturan-peraturan lama ( Old World Order ). Tetapi kebimbangan utama mereka adalah, apabila dakwaan Obama ini diketahui ramai, lapuran FSB itu menyatakan, kestabilan Amerika akan tergugat kemungkinan berpuluh-puluh juta lagi yang akan bangkit memberontak beliau kerana mempercayai beliaulah Anti-Christ yang ditakuti diramalkan akan muncul sebelum kehancuran dunia. Menariknya apabila semua isu ini timbul adalah mengesahkan asal-usul Obama yang misteri dan semua latarbelakangnya yang lalu telah di rahsiakan menyebabkan ramai mempercayai dia bukanlah kerakyatan Amerika.
Beberapa perkembangan yang berlaku sekarang ini termasuklah penyingkiran/penangkapan Strauss-Kahn dari IMF (kerana mendapati simpanan emas US telah tiada), serangan Norway, serangan Libya dan skandal Murdoch adalah kerana Amerika ingin menyembunyikan masalah ekonomi mereka yang tenat dan mengheret sama dunia dalam krisis.