Oktober lepas Iran dituduh untuk membunuh Duta Saudi di Amerika tetapi hanya menjadi tajuk berita untuk beberapa hari saja kerana berita tersebut sukar diterima masyarakat antarabangsa kerana jalan cerita yang diadakan itu terlalu rapuh. Keadaan ini sengaja diadakan bagi mewujudkan suasana tegang.
Yang jelas Iran lah yang lebih terjejas akibat tuduhan pengganas keatas Amerika, NATO, Israel atau sekutu mereka. Sebaliknya Washington dan Tel Aviv lah yang lebih beruntung. Oleh itu komplot yang baru diadakan semula.
Letupan yang terbaru berlaku di tiga negara iaitu India, Georgia dan Thailand hampir serentak, serta-merta akhbar seluruh dunia menyiarkan, Israel menyalahkan Iran atas serangan bom tersebut. Serangan terhadap India bertujuan untuk mengeruhkan hubungan dagang dengan Iran dimana kedua-dua negara itu baru-baru ini telah membuat perjanjian dagang menggunakan emas bagi menggantikan dollar Amerika. Beberapa hari sebelum itu Tamir Pardo ketua Mossad Israel telah membuat lawatan ke New Delhi (Haaretz). Apakah tujuan sebenar lawatan tersebut, seolah-olah perancangan yang lebih awal peringkat tertinggi telah diaturkan.
Sesungguhnya Israel dan Washington adalah negara yang menjadi penganjur atas beberapa serangan keganasan didunia. Kejadian itu kemudiannya di tuduh kepada orang lain terutamanya orang Islam bagi membentuk pandangan bahawa Islam itu adalah ganas. Walaupun tidak ada bukti yang kukuh terhadap kejadian terbaru ini, tangan-tangan Mossad jelas kelihatan sebagai dalang. Menuduh orang lain, perlanggaran undang-undang, kekejaman, jenayah perang dan kemanusiaan, ugutan; adalah kepakaran Israel yang tidak dapat dinafikan.
Sila baca juga peranan CIA & MOSSAD dalam pengeboman Norway.
Rujukan:
- http://www.veteranstoday.com/2012/02/15/iran-falsely-charged-with-india-and-georgia-attacks/
- http://www.thefinancialexpress-bd.com/more.php?news_id=98325&date=2012-02-12
No comments:
Post a Comment