Wednesday, 15 February 2012

Apakah Muncul Matahari ke-2?

Matahari kembar seperti dalam Star Wars


Pakar sains angkasa menyatakan kemungkinan bumi akan mempunyai  matahari yang kedua akibat berlakunya fenomena kosmik. Peristiwa yang dinamakan supernova ini akan berlaku terhadap bintang yang paling terang yang dapat dilihat pada waktu malam. Ada yang mengatakan kemungkinan peristiwa tersebut berlaku pada tahun 2012! Tetapi kebanyakan saintis telah menyangkal teori tersebut dan menyatakan kemungkinan tersebut mungkin beratus-ratus tahun ataupun berjuta-juta tahun lagi.

Betelgeuse merupakan salah satu bintang dan yang paling terang dalam gugusan Orion. Buruj Orion merupakan bintang yang dijadikan panduan untuk menentukan arah kiblat. Saintis mendapati bahawa bintang ini sedang kehilangan jisimnya akibat pengurangan bahan bakar terasnya. Bila bahan bakarnya kehabisan bintang ini akan runtuh dan menyebabkan letusan yang amat besar. Letusan supernova menghasilakan cahaya berpiluh juta kali lebih terang dari matahari. Apabila ini berlaku waktu siang mungkin berlarutan berminggu-minggu di bumi.


Kedudukan planet Betelgeuse dalam buruj orion

Rujukan

No comments:

Post a Comment

Belajar Quran