Ulamak-ulamak Islam dahulu bukan sahaja hebat didalam ilmu-ilmu al-Quran dan sunnah tetapi mereka menguasai segala aspek ilmu dunia yang dapat diambil pengajaran hinggalah hari ini. Seorang saintis Sepanyol dari University of Extremadura telah menemukan catatan perubahan cuaca yang dibuat didalam kitab kurun ke 9M dan 10M. Sumber kitab tersebut mencatatkan salji turun di Baghdad pada tahun 908, 944 dan 1007 hinggakan sungai-sungai membeku.
Kejadian berlaku lebih 1000 tahun dulu berulang kembali buat pertama kalinya pada zaman moden ini pada tahun 2008 - kitab tersebut banyak membantu ahli kaji cuaca (meteorologist) lebih memahami perubahan cuaca yang dialami sekarang.
Kitab 'kuning' yang merakamkan perubahan cuaca dunia yang ditulis oleh ulamak silam! |
Petunjuk tentang perubahan cuaca di Baghdad didapati dari penulis dan ulamak masyhur Islam seperti al-Tabari (913AD), ibn al-Athir (1233AD) dan al-Suyuti (1505AD); dimana mereka ini telah merakamkan perubahan cuaca dari masa ke semasa.
Penarang utama journal Weather, Dr Fernando Dominguez berkata, "Maklumat cuaca yang diperolehi dari sumber silam ini secara khususnya merujuk kepada keadaan yang melampau yang boleh menjejaskan masyarakat umum seperti kemarau dan banjir".
"Walau bagaimanapun, mereka juga telah merakamkan keadaan yang melampau yang jarang berlaku di Baghdad pada masa silam seperti ribut airbatu, sungai-sungai membeku atau terdapat juga keadaan bersalji".
Kajian tersebut memberikan maklumat berharga kepada saintis yang mencari jalan tentang corak perubahan cuaca dunia yang berubah dalam jangkamasa yang lama dan hinggalah kehari ini.
Beliau menambah lagi; " Kitab silam Arab ini amat berguna sebagai alat untuk mendapatkan gambaran saksi sebenar yang dapat menyokong teori yang dibuat tentang perubahan cuaca. Keupayaan untuk membina kembali cuaca sejak zaman silam memberikan kita sejarah berguna dalam memahami keadaan cuaca sekarang".
http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-2107130/Baghdads-frozen-past-revealed-ancient-manuscripts.html
No comments:
Post a Comment