Monday, 2 September 2013

Perang Akhir Zaman Bermula di Aleppo - Bhg 2



Alhamdulillah, sebesar-besar kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana dengan hidayah dan petunjukNya maka petunjukzaman masih lagi diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk berkongsi pandangan dengan saudara se Islam dengan kisah dan peristiwa akhir zaman seperti terdapat dalam hadits-hadits Nabi s.a.w. Segala peristiwa yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w walaupun sejak 1400 tahun dulu tapi ianya seolah-olah sedang diberitakan sendiri oleh baginda kerana segala peristiwa tersebut benar-benar terjadi dihadapan kita. Itulah antara hikmahnya hadits-hadits peristiwa akhir zaman.

Kesempatan ini petunjukzaman bawakan sekali lagi tentang artikel Perang Akhir Zaman Bermula di Aleppo yang telah disiarkan genap setahun lalu. Alhamdulillah dengan ilham yang dikurniakan oleh Allah s.w.t segala pandangan yang telah diberikan disini adalah bertepatan dengan pandangan ulamak-ulamak muktabar. Dalam video tersebut para-para Sheikh yang dimuliakan telah memberikan penjelasan tentang peperangan yang sedang hebat berlaku di Syria sekarang. Siapakah pejuang-pejuang yang terpilih? Siapakah bangsa Romawi yang dimaksudkan? Siapakah musuh yang dihadapi? Semuanya diberi penjelasan oleh Sheikh-Sheikh tersebut; Sheikh Nabil Al Iwadhi, Sheikh Mohd. Hasan, Sheikh Muhammad Arifi dan Dr. Thariq Suwaidan.

Begitu juga pandangan petunjukzaman berkenaan Menara Jam Mekah. Ketika Menara Jam Mekah masih lagi dalam pembinaan sekitar tahun 2011 petunjukzaman telah memberikan pandangan dari segi hadits, dengan data-data teknikal dan saintifik bahawa Menara Jam Mekah melengkapi petanda kiamat yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah kenyataan tersebut telah banyak diperkatakan dan dipersetujui oleh alim ulamak.

Walaupun demikian kita sebagai manusia tidak sunyi dari salah dan silap, semoga Allah mengampuni kami dari kesilapan-kesilapan dan kekhilafan yang tidak disengajakan. Wallahu a’lam bish-shawabi.

3 comments:

  1. alhamdulillah... jgan takut kalau salah kerana fitnah dajjal memang dahsyat. yg dahsyatnya itu sehingga orang alim pun boleh pening memikirkannya. apatah kita ni orang2 biasa. yg penting sebenarnya jangan berhenti. jngan berhenti mencari kebenaran dan hakikat sesuatu yang berlaku itu. so jika semua itu sudah disokong ulamak muktabar? jadi apakah kewajipan umat islam itu sendiri, tatkala dia mendapat kabar bahwa mahdi sudah pun kluar. dan apakah hukumnya jika umat islam itu tidak turut serta bersama iamam mahdi sehinggalah segalanya selesai. adakah mereka akan dianggap org yang tidak beriman?? tidak raamai muslim malaysia yg mampu untuk ke sana, dan faktor utama adalah jauh. dan masa akan munculnya mahdi sudah sgt dekat. tolonglah jawab bagi saya supaya saya boleh merancang hala tuju perjuangan ini. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. maaf tanya kat admin tapi saya memang x boleh nak tanya ulama2 kita yg ramai tu. nak nak apabila yg ditanya jawapannya adalah salah rakyat mesir bukan salah tentera apa yg berlaku di sana. jawapan tu jer dah membuatkan aku meluat kalu nasib x baik kene ludah pulak muka dgn saya. nak buat camana tiada yg nabi cakap adalah salah. setakat ini semuanya btul, termasuk tentang zaman ini ada 2 golongan. ulama yg fasik dan ahli ibadah yg jahil. subhanallah...

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum saya mohd aizat. Boleh saudara tampilkan hadith tentang akhir zaman tentang golongan yang berperang di India, dan status hadith tersebut. Maaf jika menyusahkan, jazakallah

    ReplyDelete

Belajar Quran