Thursday 29 August 2013

Al-Aqsa Dihujung Tanduk


Ketika ini hampir seluruh wilayah Arab sedang bergolak dan seluruh perhatian umat Islam tertumpu kepada peristiwa tersebut. Dalam masa yang sama tanpa disedari pihak Zionis Israel sedang menjalankan perancangan jahatnya terhadap Masjid Al-Aqsa. Usaha untuk meruntuhkan masjid suci umat Islam itu sedang rancak dijalankan.

Agensi media Palestin Alray melapurkan menurut jurucakap Al-Aqsa Foundation and Cultural Heritage Organization memberitahu berlaku keruntuhan berdekatan dinding masjid al-Aqsa disebelah barat pada lewat Selasa lepas. 

Keruntuhan berlaku berhampiran Bab as Silsila, pada bahagian barat masjid menurut beberapa orang saksi. " Ia merupakan keruntuhan kedua berlaku dibahagian dinding tersebut dalam masa 5 tahun," beritahu seorang saksi, Cum'a Usayle. Kata beliau lagi," Keruntuhan itu menyebabkan lubang yang dalam disitu. Ia menimbulkan bahaya kepada Masjid Al-Aqsa. Berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak dan wanita."



Dalam kenyatan berhubung kejadian yang sama oleh Sheikh Yusuf Adeis, Ketua Majlis Syura Palestin, "Yahudi sentiasa melakukan kerosakan terhadap al-Aqsa dengan berterusan menyelongkar kawasan lapangan dan melakukan penggalian dibawahnya, dengan itu juga menghalang umat Islam untuk melakukan ibadah disitu". Jelas beliau lagi "Semua petunjuk mengesahkan bahawa keruntuhan Masjid Al-Aqsa semakin hampir. Ini boleh disaksikan sendiri dengan sentiasa ada keruntuhan berlaku di Al-Aqsa dan sekitarnya...".

Sheikh Yusuf Adeis menjelaskan bahawa pihak berkuasa penjajah, berkerjasama dengan Majlis Bandaran Jurusalem, pihak berkuasa Israel Antiquities dan ketua-ketua ektrimis Yahudi, telah membuat persediaan untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa dan membina kuil Yahudi diatas tapak itu.

Beliau juga memberi amaran bahawa pihak Israel sedang mengambil kesempatan atas suasana yang berlaku di wilayah Arab sekarang ini untuk menjalankan rancangannya untuk menyahudikan Jurusalem dan tempat-tempat suci dan seterusnya menghalau penduduk asal Palestin seluruhnya.

Sumber;
  1. http://alray.ps/en/index.php?act=post&id=1606
  2. http://occupiedpalestine.wordpress.com/2013/08/22/sheikh-adeis-warns-collapse-of-al-aqsa-mosque-is-close/
  3. http://www.israeltoday.co.il/NewsItem/tabid/178/nid/24078/Default.aspx?hp=readmore

No comments:

Post a Comment

Belajar Quran