Putera Khalid bin Talal |
Kerajaan Saudi merupakan penyokong kuat terhadap kudeta di Mesir sekarang ini dingatkan bahawa mereka juga boleh ditumbangkan dengan cara yang sama jika mereka berterusan menyokong kezaliman. Peringatan ini dikeluarkan sendiri oleh kerabat dirajanya.
Melalui akaun twitternya, pada Ahad 25 Ogos, Putera Khalid bin Talal (@Khalid_BinTalal) memperingatkan Kerajaan Saudi yang terus menyokong kudeta di Mesir.
Pangeran Khalid yang merupakan anggota keluarga di raja ini menekankan bahawa sokongan Saudi terhadap kudeta atas pemimpin Mesir akan membuka pintu bagi orang yang bernafsu untuk melakukan perkara serupa kepada pemimpin di Kerajaan Saudi.
Beliau merupakan anak ketiga Putera Talal bin Abdul Aziz ini menyebutkan, “Sesuai dengan syariat Allah swt., sunnah Rasulullah saw., dan manhaj Salafus Shalih, kita tidak diperbolehkan melawan dan tidak mentaati pemimpin yang sudah dibai’ah. Kalau kita wajib melaksanakan ketentuan ini di negeri kita, maka kita pun harus berpandangan serupa dengan rakyat Mesir di negerinya.”
Selanjutnya beliau berkata, “Pastinya ketentuan ini tidak berlaku pada negeri-negeri yang mengalami revolusi. Dimana majoriti rakyat menuntut turunnya penguasa yang zalim dan diktator. Inilah pendapat majoriti ulama.”
sumber; dakwatuna.com
No comments:
Post a Comment