Dalam fasa akhir dunia akan berlaku banyak pembunuhan demi pembunuhan yang dialami oleh umat Islam. Pembunuhan umat Islam oleh puak Syiah di Syria belum lagi reda, di tambah lagi dengan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Mesir oleh tentera yang diketuai oleh El-Sisi. Apakah kesalahan mereka, mereka hanya meminta supaya syariah Allah didaulatkan dan al-Aqsa dibebaskan dari Zionis.
Kekejaman yang dilakukan oleh tentera Mesir keatas rakyatnya sendiri sukar hendak difahami. Kekejaman dan pembunuhan yang dilakukan oleh tentera Mesir hasil pembiayaan oleh Saudi itu tidak pernah berlaku sebelum ini, hatta dalam semasa peperangan dengan Israel pun, jumlah rakyat Mesir yang terbunuh tidaklah seramai itu. Tambahan pula peperangan tersebut adalah melibatkan pasukan bersenjata bukan pembunuhan beramai-ramai melibatkan orang awam terdiri dari orang tua, wanita dan kanak-kanak.
Wael Qandil (Penulis tersohor di Mesir) berkata-kata sambil mengalirkan air mata :
Bilangan orang-orang yang dibunuh oleh tentera Mesir berganda-ganda daripada yang dibunuh oleh tentera Yahudi dalam Perang Oktober.
Tentera Mesir telah membunuh lebih 5000 orang Islam Mesir dalam satu bulan sejak rampasan kuasa bermula, termasuk lebih daripada 3000 dibunuh dan terbakar kebanyakan bahagian badan-badan mereka semasa "beberapa jam" di Medan Rabiatul Adawiyah.
"Ajarlah anak-anak anda bahawa orang-orang yang dibunuh oleh tentera Mesir dalam satu bulan lebih banyak daripada bilangan orang-orang Yahudi yang membunuh lebih 25 tahun.!
Ajarlah anak-anak anda bahawa tentera Mesir menjaga Yahudi dan tidak menjaga orang-orang di Mesir.!
Ajarlah anak-anak anda bahawa tentera Mesir memijak rakyat Mesir, membuang mereka ke dalam tong sampah, dan membunuh orang-orang yang tunduk dan sujud kepada Allah dan berdiri secara aman, dan mereka membakar mayat-mayat dan masjid.
Ajarlah anak-anak anda bahawa pemerintahan tentera mengkafirkan ayat-ayat Allah. "
Pemimpin Ennahda Tunisia, Rashid Ghannouchi berkata; "Apa yang berlaku ialah kekejaman yang bukan dilakukan oleh manusia tetapi oleh raksasa yang didorong oleh kebencian dan bersedia untuk membakar dunia dek kerana pihak berkuasa yang murah, dan menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang penghargaan terhadap kemanusiaan atau agama..."
Rasulullah juga mengaitkan bagaimana kebodohan akan turun bersamaan dengan huru-hara Al Harj. Kejadian ini sangat jelas dengan kejadian menimpa umat muslim saat ini. “Sesungguhnya di depan datangnya hari kiamat ada beberapa hari yang di dalamnya akan turun kebodohan dan akan diangkat ilmu agama serta banyak terjadi Al-Harj” (Al-Harj: pembunuhan)” (HR. Bukhari)
Saat menjelangnya kiamat akan keluar pemimpin yang disangka mempunyai pegangan agama tetapi sebenarnya akal mereka telah dicabut kerana mereka lebih mementingkan harta dan kekuasaan didunia dan sanggup membunuh sesama Islam.
Dari Abu Musa dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam yang bersabda, “Sungguh, menjelang terjadinya Kiamat ada masa-masa harj. “Para sahabat bertanya, “Apakah harj itu?” Beliau bersabda, “Pembunuhan.” Mereka bertanya, “Apakah lebih banyak jumlahnya dari orang yang kita bunuh? Sesungguhnya kita dalam satu tahun membunuh lebih dari tujuh puluh ribu orang?” Beliau bersabda, “Bukan pembunuhan orang-orang musyrik oleh kalian itu, tatapi pembunuhan dilakukan oleh sebagian kalian terhadap sesamanya.” Mereka bertanya, “Apakah pada masa itu kami masih berakal?” Beliau bersabda, “Akal kebanyakan manusia zaman itu dicabut, kemudian mereka dipimpin oleh orang-orang yang tak berakal, kebanyakan manusia menyangka pemimpin itu mempunyai pegangan, padahal sama sekali tidak demikian.”
HR Ahmad dan Ibnu Majah. Hadits Shahih
No comments:
Post a Comment