Tidak sampai pun sejam selepas digegarkan oleh satu gempa bumi yang kuat pada Selasa, penduduk Pakistan disebuah pekan pesisiran pantai Gwadar mendapat satu lagi kejutan apabila sebuah pulau tiba-tiba muncul didalam laut, hanya satu kilometer lebih saja dari pantai.
Seorang wartawan tempatan, Bahram Baloch, telah mendapat berita sms dari kawannya. " Ada bukit tiba-tiba muncul di belakang rumah saya," katanya.
" Saya keluar, dan tercengang. Saya dapat lihat sesuatu yang kelabu berbentuk macam kubah dari jauh, seperti ikan paus raksasa berenang dipermukaan. Beratus-ratus orang keluar melihat macam tidak percaya."
Baloch dan beberapa rakan-rakannya melawat pulau tersebut pada pagi Rabu untuk memastikannya dan mengambil gambar.
"Ia adalah pulau berbentuk bujur kira-kira 250ka hingga 300ka panjang dan lebih kurang 60ka hingga 70ka muncul dari aras air," katanya lagi.
Ia mempunyai permukaan yang kasar, kebanyakannya berlumpur dan beberapa bahagian lagi terdiri dari pasir halus dan pasir kasar. Ada juga bahagian dari batu keras dimana Baloch dan rakan-rakannya mendarat.
sumber;http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-24272552
No comments:
Post a Comment