Friday 18 July 2014

Petaka MH17 Angkara Operasi Zionist di Schiphol?


Power: BUK missile launchers are capable of taking down aircraft the size of a Boeing 777 flying at a cruising altitude of 33,000 feet, meaning the impact is likely to have blown the plane apart in the sky [File image]
BUK missile launchers are capable of taking down aircraft the size of a Boeing 777
flying at a cruising altitude of 33,000 feet,meaning the impact is likely to have blown 
the plane apart in the sky [File image]


Petaka Negara

Misteri kehilangan MH370 masih belum lagi menemui jawapan, negara kita umumnya dan MAS khususnya telah ditimpa satu lagi bencana apabila pesawatnya MH17 dari Amsterdam jatuh terhempas akibat ditembak jatuh di sempadan Ukraine dalam wilayah bergolak Donetsk.

Semasa krisis MH370 kita didedahkan terdapat satu lagi pesawat yang sama telah disewa oleh Israel tanpa diketahui tujuannya. Kemungkinan mereka mempunyai tujuan untuk menyelidiki sistem pesawat MAS bagi menjalankan aktiviti jahat mereka samada ke atas negara kita sendiri atau dunia Islam seluruhnya, terutamanya bagi menjadikan negara kita dalam tekanan dan mendapatkan keperluan strategik yang mereka kehendaki dari negara kita. 

Helah Israel Hapuskan Palestin

Israel mempunyai pengaruh yang kuat di Ukraine. Presidennya yang baru yang enggan bergabung dengan Russia, Petro Poroshenko mendapat sokongan kuat dari Israel dengan melantik menteri kabinetnya dari golongan Yahudi dan juga rakyat Israel. Beliau juga dikatakan dari keturunan Yahudi, bapanya bernama "Valtzman" seorang Yahudi walaupun beliau gunakan nama ibunya sebagai surname "Poroshenko" juga seorang Yahudi. Kerajaannya mendapat sokongan padu jutawan Yahudi Ukraine, Igor Kolomoisky yang dilantik sebagai gabenor wilayah industri Dnipropetrovsk. Kuasa-kuasa zionist melalui pendokong-pendokongnya akan cuba meluaskan peperangan Ukraine ini bagi menjebak dunia dalam peperangan yang lebih besar dan dalam masa yang sama juga melaksanakan rancangan Israel sendiri untuk menakluki sepenuhnya wilayah Palestin dalam usaha mereka menegakkan Israel Raya.



Pada mulanya ada jangkaan Israel akan mulakan serangan darat membantai Palsetin melalui Gaza pada masa perlawanan akhir Piala Dunia. Tetapi mereka mempunyai perancangan lain yang lebih licik dan keji, melakukan serangan tersebut dengan berselindung dengan peristiwa MH17 ditembak jatuh di Ukraine. Samada tembakan itu merupakan helah yang akan disalah kepada Rusia dan menjebak kepada peperangan dunia yang di taja Rothschild (seperti peperangan dunia terdahulu) akan kita lihat nanti. Tetapi inilah waktu yang sesuai bagi rejim Zionist melaksanakan rancangan jahat mereka. Masa berlaku tembakan MH17 pada 14:15 UTC dan serangan darat Israel di Gaza pada 14:00 UTC terlalu rapat, sukar untuk dipercayai kedua-dua kejadian ini tiada kaitan atau perancangan awal dari Zionist.

Kenapa MH17 Ambil Laluan Risiko

Persoalan ini bukan untuk menyalahkan MAS kerana seperti MH370 mereka juga mungkin tidak mempunyai maklumat terhadap ancaman terhadap pesawat. Tetapi tanggung jawab tersebut sepatutnya juga dipikul oleh kawalan di lapangan terbang Schiphol di Amsterdam. Beberapa jam sbelum MH17 ditembak jatuh Militia Donetsk People's Republic (DPR) menembak jatuh kapal terbang pengangkut tentera udara Ukraine, Antonov-26. Dalam wilayah yang sama, pada 17 Julai lepas sebuah pesawat jenis yang sama telah di tembak oleh militia Luhansk People's Republic. Kenapakah tidak ada tindakan untuk mengelakan laluan tersebut kerana telah diketahui kawasan tersebut dalam lingkungan peluru berpandu pesawat? Atau mungkin MH17 dilencongkan dengan kawalan jauh melalui sistem ' fly by wire' yang terdapat dalam pesawat boeing?




Schiphol Airport Amsterdam Pengkalan Zionist MOSSAD.


Terdapat beberapa peristiwa yang membongkar kegiatan di Schiphol Airport yang dikaitkan dengan kegiatan rahsia MOSSAD. Antaranya peristiwa-peristiwa berikut; 

  1. Kapalterbang Israel mempunyai status istimewa di lapangan terbang schipol. Pada tahun 1992, Pesawat kargo ke Tel-Aviv El Al yang membawa bahan-bahan terlarang untuk perang biologi , yang di buat di US dan untuk dihantar ke Israel, terhempas di Amsterdam melanggar bangunan apartment. Pada mulanya di rahsiakan oleh pihak Belanda atas permintaan Israel tetapi didedahkan dalam satu lapuran rasmi pada Oct 1998, akhbar NRC Handlesblad melapurkan dari dokumen rasmi penyiasatan kapalterbang yang terhempas tersebut membawa 190 litre dimethyl methyl phosphonate, kimia yang digunakan untuk hasilkan gas beracun sarin.
  2. Pengakuan bekas menteri pertahanan Belanda Henk Vredeling dalam temubual TV NOS mengaku Belanda menjadi proksi Israel dalam perang Yom Kippur. Mereka menggunakan Schiphol Airport untuk menghantar bekalan senjata secara rahsia ke Israel dalam perang Yom Kippur 1973. Pada 29 Januari  1999, Hakim Besar Belanda mengaku kakitangan sekuriti El Al di Schiphol Airport adalah cabang polis rahsia Israel MOSSAD.
  3. Pada 25 Desember 2009, terdapat cubaan untuk meletupkan pesawat Northwest Airlines Flight 253. Seorang lelaki Nigeria Umar Farouk Abdulmutallab cuba meletupkan letupan disembunyikan dalam seluar dalamnya tetapi gagal. Ia didakwa sebagai rancangan al-Qaeda untuk meletupkan kapalterbang tersebut. Terdapat lapuran lelaki tersebut diberi kebenaran memasuki pesawat walaupun tidak mempunyai passport. 

Rujukan:
  1. http://www.realjewnews.com/?p=937
  2. https://en.wikipedia.org/wiki/Northwest_Airlines_Flight_253#Pre-boarding_event
  3. http://uk.politics.misc.narkive.com/uaE36Plc/schiphol-airport-european-hq-of-mossad
  4. http://eyreinternational.wordpress.com/2012/04/21/british-aviation-expert-critical-of-mossad-backed-israeli-airport-security-3/#comments
  5. http://en.wikipedia.org/wiki/Bijlmer_disaster

6 comments:

  1. Asalamualaikum
    melawatblog tuan sementara menunggu isya'
    terima kasih krn info ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih melawat. Semoga kita berjumpa malam qadar. Sama-sama kita berdoa semoga Allah menyelamatkan kita danmemberi kemenangan kpd umat Islam.

      Delete
  2. Salam.
    Sila baca link ini:
    http://jimstonefreelance.com./

    Dalam website itu ada diceritakan secara detail tentang MH17 dan perancangan Zionis.

    ReplyDelete
  3. MH17, MH370, 9/11.. semua menggunakan kapal terbang... hmm.. angkara zionist...!

    ReplyDelete
  4. www.homestaymelaka14.blogspot.com RM180 SEHARI Homestay bandar melaka mempunyai DUA UNIT RUMAH BERSEBELAHAN EMPAT BUAH BILIK DUA BILIK MANDI-TIGA BILIK BERHAWA DINGIN..Lokasinya yang terletak berhampiran jalan utama Sg. Udang-Ayer Keroh sangat sesuai sebagai penginapan kepada pelanggan kerana berhampiran jalan utama untuk ke lokasi-lokasi menarik di Melaka...Kadar Sewa RM180 SEMALAM
    Taman-Taman Berhampiran homestay dalam lingkungan 5 KM Taman Paya Emas, Taman Cheng Setia, Taman Cheng Perdana, Taman Bukit Cheng, Taman Sri Bertam, Taman Bertam Impian, Taman Bertam Indah, Taman Paya Rumput Permai, Taman Paya Rumput Indah, Taman Krubung Jaya, Taman Krubung Perdana, Taman Sri Krubung
    Lokasi-lokasi Menarik
    Dalam 1-5 minit
    TESCO Cheng, Bandar Cheng
    Dalam 5-10 minit Econsave Sg. Udang, Bandar Sg. Udang, Petronas Penapisan Melaka, Kem Terendak, MRSM Terendak, Pantai Puteri, Mydin MITC, MIBC, Kota Fesyen, Politeknik Kota, Malim, Pokok Mangga, UITM Bandaraya, UTEM Kampus Bandar, Zoo Melaka, Melaka Wonderland, Taman Botanikal, Melaka River Cruise, Taman Rempah, Batu Berendam, Jusco, TESCO, Melaka Sentral, Bukit Rambai dll..
    Dalam 10-15minitUTEM Kampus Induk, Seri Negeri, Bukit Katil, Jusco Ayer Keroh, MBMB, MPHTJ, MMU Bukit Beruang, AKMAL, UITM Lendu Alor Gajah, MRSM Alor Gajah, Pantai Puteri, dll…
    Dalam 15-30 minit Masjid Tanah, Kolej Matrikulasi Londang Melaka, Pantai Pengkalan Balak dll..
    Kadar Sewa
    RM180 SEHARI-SEBUAH RUMAH Sudah Termasuk Cuti Am Cuti Sekolah Sabtu dan Ahad..Check in = 1.00 pm
    Check out = 12.00 pm.

    ReplyDelete

Belajar Quran