Friday, 18 July 2014

Unsur Luar Lencongkan MH-17?

Walaupun tragedi MH-17 seolah-olah nampak sangat jelas ditembak jatuh oleh militia pro Russia seperti didakwa oleh Ukraine, tetapi persoalan besar mula timbul apabila penelitian terhadap laluan penerbangan terakhir dan tragis penerbangan pesawat Boeing 777 MH-17.

Setakat ini gambaran yang paling jelas di berikan oleh Vagelis Kamiros yang telah mengumpul  beberapa data penerbangan MH-17 yang terbaru seperti yang direkod oleh Flightware. Sebanyak 10 data yang terbaru menunjukkan ia melalui laluan yang selamat melalui arah selatan wilayah Donetsk, dan merentasi zon Diatas Lautan Azov, tetapi peliknya hanya dalam penerbangan semalam sahaja ia melalui betul-betul dalam ruang angkasa Donestk.
.
Kenapa lencongan dari laluan penerbangan biasa dan melalui zon terbabit menimbulkan persoalan? Kerana seperti yang ditunjukkan oleh peta WSJ, ia menunjukkan dengan jelas kedudukan kawasan larangan penerbangan yang tidak sepatutnya dilalui.

 Oleh itu sebelum membuat kesimpulan dengan begitu pasti tentang penglibatan militia pemberontak dalam kejadian tersebut, persoalan utama sebelum meletakkan kesasalahan itu kepada puak militia pro Russia ialah kenapa pilot melencongkan laluan dari laluan asal kebiasaannya, kenapa dia terbang dikawasan larangan penerbangan, adakah terdapat sebarang arahan dari Menara kawalan Kiev beberapa minit sebelum berlakunya letupan tragis itu? Atau seperti berlaku keatas MH 370 mungkinkah pesawat itu dilencongkan oleh faktor luar kawalan seperti menggunakan remote control?
 Sila lihat penjelasan video ini yang membuat pendedahan tentang perkara tersebut;


4 comments:

  1. Sebenarnya kapalterbang yang ditembak itu ialah MH370 dan bukannya MH17 seperti yang diputarbelitkan oleh Media.

    MH17 tidak ditembak, malah masih beroperasi di KLIA.

    Jadi kenapa Media mengatakan MH17 yang ditembak?

    Jawapannya ialah:

    Yahudi isreal ingin memulakan peperangan darat di Gaza dan untuk itu mereka memerlukan suatu insiden atau peristiwa yang besar berlaku supaya pandangan dunia dapat dialihkan.

    Jadi mereka telah merancang untuk menggunakan kapalterbang MH370 yang mereka rampas 4 bulan yang lalu dan mereka ingin menghempaskannya di Ukraine dan menyalahkan Rusia.

    Mereka memasukkan mayat-mayat penumpang MH370 yang telah mereka awetkan itu kedalam kapalterbang MH370 dan mereka melancarkannya sebagai MH17.

    MH17 yang sebenarnya tidak beroperasi pada hari tersebut (dibatalkan).

    Mereka menggunakan system radar untuk mengawal MH370 dan selepas sampai di Ukraine, mereka melancarkan roket ke arah MH370 dan meletupkannya.

    Dalam sekelip mata, Amerika menuduh Rusia yang bertanggungjawab meletupkan pesawat itu.

    Berikut adalah bukti-bukti yang penting untuk kita renungkan:

    1) Mayat-mayat yang dijumpai itu telahpun reput dan tidak ada sebarang kesan darah.
    2) Passport –passport yang dijumpai disitu menunjukkan tidak ada sebarang kesan terbakar dan masih baru.
    3) Media-media mula melancarkan serangan menghentam Rusia.
    4) Tidak ada lagi berita tentang Gaza di Media.

    Apakah motif utama Yahudi Israel itu?

    MOTIFNYA IALAH SUPAYA DUNIA TIDAK LAGI MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA KEKEJAMAN YANG DILAKUKAN OLEH ISREAL DI GAZA.

    Sumber rujukan:

    http://jimstonefreelance.com./

    http://www.washingtontimes.com/news/2014/jul/18/pro-russia-rebel-commander-suggests-passengers-die/#ixzz37qkaKYMb

    ReplyDelete
  2. Habes tu kotak hitam tu apa benda pulak ? Suka buat speakulasi sendiri

    ReplyDelete
  3. Rakyat Belanda plak camna bleh ada,,,?

    ReplyDelete
  4. Spekulasi merepek sangat tuu...
    adoii....

    ReplyDelete

Belajar Quran