Tuesday, 29 July 2014

Israel dapat bantuan Saudi perangi Hamas?



Putera Bandar bin Sultan merupakan pengatur utama paksi perisikan Mesir, Israel dan Saudi
Serangan Israel keatas Gaza mendapat mandat dari Raja Saudi menurut satu lapuran dari Timur Tengah. Mandat ini bukanlah satu rahsia lagi di Israel apabila dua bekas pegawai pertahanan dari kedua belah pihak telah membincangkan tentang kerjasama tersebut. Mantan menteri pertahanan Israel Shaul Mofaz mengejutkan penyampai stesen Channel 10 dengan memberitahu Israel telah menetapkan peranan untuk Saudi Arabia dan UAE tentang pelucutan senjata Hamas. Bila ditanya apakah yang beliau maksudkan, dia menambah bahawa dana Saudi dan UAE akan digunakan untuk pembangunan semula Gaza selepas Hamas dihapuskan.

Amos Gilad seorang pegawai utama pertahanan Israel dalam perhubungan dengan rejim Mubarak Mesir dan sekarang pengarah polisi kementerian pertahanan dan perhubungan ketenteraan memberitahu kerjasama diadakan secara rahsia dan tertutup. Kerjasama dengan Mesir beliau sifatkan adalah istimewa. Akui beliau masa ini merupakan tempoh terbaik dalam hubungan 'keselamatan' dan diplomatik dengan negara Arab.
 
Kejayaan adalah untuk kepentingan bersama. Raja Abdullah adalah diketahui telah menelefon presiden Abdul Fattah Al Sisi untuk meluluskan inisiatif genjata senjata Mesir tanpa mengira pandangan Hamas. Hinggakan penganalisa di Jerusalem Post sendiri mempertikaikan kewibawaan gencatan senjata itu samada ia benar-benar untuk menamatkan pertempuran tersebut.

Badan perisikan Mossad dan Saudi sentiasa mengadakan perjumpaan tetap. Kedua belah pihak saling bertukar maklumat dan perancangan ketika bekas presiden Mesir Mohamed Morsi hendak digulingkan, mereka juga saling berganding bahu membuat persediaan untuk Israel menggunakan ruang udara Saudi bagi serangan keatas Iran. Terdapat sumber yang kuat mendedahkan pihak Saudi membiayai kebanyakan rancangan kempen yang mahal terhadap Iran.

Dalam serangan Gaza, satu unit perintah tertinggi bersama oleh negara Arab dibentuk untuk menasihati perdana menteri Israel Benjamin Netanyahu bagi kaedah paling berkesan dalam operasi serangan darat di Gaza, seperti dilapurkan oleh Debka.

Lapuran tersebut juga menyatakan Raja Abdullah dari Saudi dan presiden Mesir al Sisi sentiasa berhubung setiap hari bagi menjayakan rancangan tersebut. Sumber itu lagi menyatakan, Israel telah menyediakan sebuah kapalterbang khas yang berada di lapangan terbang tentera di Kaherah, bersedia untuk menghantar sebarang maklumat rahsia penting antara pesiden Mesir dan Perdana Menteri Israel yang perlu disampaikan secara serahan tangan. Penerbangan itu hanya ambil masa kurang 90 minit. Saudi melalui Putera Bandar yang dilantik sebagai penasihat khas raja, sentiasa mengadakan hubungan langsung dengan ketua Mossad Tamir Pardo. Orang kuat dan penaja utama Al Sisi, ketua badan perisikan Mesir Ahmad Fareed al-Tohami sentiasa mengalu-alukan bantuan dari Amos Gilad, penasihat penting perdana Menteri Israel Netanyahu.

Matlamat utama tiga serangkai (Saudi - Mesir - Israel) seperti dinyatakan Debka ia melumpuhkan sayap tentera Hamas, menjatuhkan pengaruh poliriknya dan membentuk satu kerajaan baru di Gaza sebaik saja Hamas di hancurkan. Sumber tersebut menyatakan lagi bagi mendapakatkan sokongan Saudi dan Mesir, Netanyahu terpaksa mengorbankan perinsip utamanya - iaitu menjadikan Gaza dan Tebing Barat sebagai terpisah. Tetapi hasilnya Netanyahu mendapat ganjaran besar dari segi politik dalam mengurangkan tekanan antarabangsa yang boleh mengagalkan rancangan besar mereka. Operasi Gaza merupakan batu loncatan terhadap pakatan Israel-Saudi-Mesir, yang merangka kerjasama bagi menentang musuh bersama.

Maka terjawablah kenapa negara-negara Arab khususnya Saudi berdiam diri terhadap Israel dalam pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Palestin. Tangan-tangan merekalah yang bersubahat mengkhianati umat Islam kerana ingin terus berada di tampuk kuasa. Pakatan syaitan Najd dengan dajal ini dibuat dengan bermandikan darah umat Islam Palestin.

Golongan pengkhianat ini merasakan dengan kekuasaan dan kekayaan yang mereka miliki merasakan mereka dapat melakukan apa sahaja kemahuan mereka. Allah telah memberikan amaran tentang balasan yang keras yang bakal mereka terima samada di dunia atau akhirat. Sesungguhnya inilah jaminan kehinaan yang dijanjikan oleh Allah terhadap golongan pengkhianat ini;
 
(إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَن يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم مِّنْ خِلَافٍ أَوْ يُنفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ)

[Al-Maidah:33]

(Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.)
Rujukan:

1 comment:

  1. Jika benar al saud berdarah yahudi, maka bantuan itu tidak mustahil

    ReplyDelete

Belajar Quran