Tuesday, 2 April 2013

Apabila Api di Anggap Air




Tipudaya dajjal bukan sahaja membelenggu manusia didunia ini tetapi juga hingga saat manusia meninggalkan jasadnya menjadi roh. Ia dilakukan secara licik dan amat bijak iaitu melalui mempengaruhi manusia supaya terjebak didalam hutang yang berpanjangan hingga tidak mampu untuk dijelaskan.

Hutang adalah amat tidak digalakan didalam Islam jika tidak ada urusan yang memerlukannya. Islam mensyaratkan wajib disegerakan menjelaskan hutang sebaik sahaja meninggal dunia. 

Roh seseorang yang berhutang tergantung antara langit dan bumi (tidak menuju ke tempat yang mulia) sehinggalah dibayarkan balik hutangnya itu. 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:

"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya, maka tergantung-gantunglah antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dijelaskan hutang itu."

Al-quran telah menerangkan kaedah yang begitu jelas didalam urusan yang melibatkan hutang piutang supaya orang-orang yang beriman tidak tertipu dalam menjalankan urusan yang sedemikian.

Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu..."

Begitulah telitinya dalam ajaran Islam tentang urusan berhutang untuk mengelakan umat Islam dari tertindas dalam mengadakan urusan hutang. Apabila umat Islam mengikut ajaran Islam sepenuhnya didalam setiap urusan termasuklah bidang ekonomi nescaya mereka akan menjadi kuat seperti didalam zaman kegemilangan khilafah Islammiyyah yang hanya menggunakan baitulmal (1) sebagai sumber ekonomi negara. Musuh Islam dari kalangan zionis yahudi menyedari akan kekuatan ini lalu ketika dihujung pemerintahan khilafah Othmaniyyah di Turki mereka telah menubuhkan perbankan kapitalis. Pada mulanya mereka menawarkan pembiayaan pembinaan jaringan keretapi dari Turki ke Mekah (2) bagi kemudahan ibadah haji tetapi secara licik pembiayaan tersebut menyebabkan kerajaan Othmaniyyah ketika itu jatuh muflis seterusnya menyebabkan terhapusnya penguasaan kerajaan khilafah Islam yang telah menguasai dua pertiga dunia lebih dari 500 tahun!

Sebaliknya seluruh manusia hari ini telah diperdaya oleh sistem ekonomi dajjal yang berasaskan riba-kapitalis apabila mereka menganggap penciptaan hutang itulah merupakan kemajuan kekayaan ekonomi. Bagaimanakah hutang yang merupakan asas kepada kemiskinan telah dicipta dengan berbagai-bagai kaedah yang mempersonakan hingga melahirkan debt-based money system yang menggunakan wang kertas. Bahkan wang kertas itu sendiri tidak berdasarkan kepada mana-mana nilai yang nyata seperti emas atau perak tetapi bergantung kepada nilai yang ditetapkan dalam dollar Amerika.

Sesungguhnya keadaan ketika dajjal berkuasa merupakan keadaan yang diselubungi tipu daya yang nyata, sehingga sampai di satu tahap manusia tidak lagi dapat membezakan antara api yang panas dan air yang dingin, bukan sahaja tidak dapat membezakannya bahkan api dianggap sebagai air dan begitulah sebaliknya;

Rasulullah Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar dengan membawa air dan api, maka apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya itu adalah api yang membakar. Sedang apa yang dilihat oleh manusia sebagai api, maka itu sebenarnya adalah air yang dingin dan tawar. Maka barangsiapa yang menjumpainya, hendaklah menjatuhkan dirinya ke dalam apa yang dilihatnya sebagai api, karena ia sesungguhnya adalah air tawar yang nyaman." Hadits riwayat Bukhari dan Muslim

Kita sekarang berada didalam fasa penguasaan dajjal yang dibawa oleh pendokongnya dari kalangan zionis yahudi dan kristian. Secara terancang mereka menguasai sistem ekonomi dunia melalui penubuhan instituisi perbankan dan melalui penubuhan sistem kewangan antarabangsa yang dinamakan IMF. Sebelum tahun 2000 terdapat 7 negara yang tidak dapat dikuasai oleh perbankan zionist iaitu Afghanistan, Iraq, Sudan, Libya, Cuba, Korea Utara dan Iran tetapi kini hanya tinggal 3 negara sahaja iaitu Cuba, Korea Utara dan Iran (3). Sebab itulah usaha yang berterusan untuk menakluki negara-negara tersebut semakin hebat dijalankan dengan berbagai-bagai alasan dan provokasi yang sengaja diada-adakan tetapi matlamat sebenar mereka ialah untuk membelenggu umat manusia melalui perbankan kapitalis. Dengan cara ini kapitalis zionis ini akan menghakis segala hasil mahsul sesebuah negara dengan menggantikan dengan matawang kertas dan sebahagian besar hanyalah sebagai nilai angka di paparan komputer sahaja yang dianggap sebagai ekonomi padahal nilai hutang yang perlu ditanggung. Setiap satu ringgit nilai yang kita pegang bermakna negara menanggung sepuluh kali ganda nilai tersebut dalam bentuk bon hutang!

Amat menghairankan apabila IMF mengharamkan penggunaan emas dalam sistem matawang melalui syarat perjanjian kewangan dengan perbankan pusat. Kedua-dua sistem kewangan samada sistem kewangan antarabangsa atau sistem perbankan antarabangsa adalah perkembangan yang unik didalam sejarah ekonomi dan kewangan umat manusia. Dengan kata lain tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia yang mengalami ketidakadilan dan penindasan dalam urusan kewangan dan perbankan. Inilah akibat kejahilan manusia tentang hakikat sebenarnya matawang dan dinamakan sistem perbankan hari ini.

Sebenarnya kemunculan matawang kertas dollar adalah hasil manupulasi Zionist selepas krisis minyak akibat perang Arab-Israel melalui usaha Amerika. Amerika yang diketuai oleh setiausaha negaranya pada masa itu, Henry Kessinger telah berjaya mempengaruhi Raja Arab Saudi untuk menjual keluaran minyaknya hanya dalam dollar Amerika sahaja. Saudi Arabia kemudiannya mempengaruhi seluruh negara arab lainnya untuk menyertai perjanjian tersebut. Bermula dari sini lahirlah penguasaan matawang kertas dollar yang dinamakan juga petro-dollar (4).

Inilah padahnya apabila zionis melalui sistem riba-kapitalis yang menguasai dunia melalui sistem ekonomi berdasarkan hutang. Akhirnya matawang dollar itu sendiri tidak mampu menampung beban hutang melalui penjanaan matawang kertas yang lama kelamaan semakin membelit Amerika dan semua negara eropah. Dengan cara ini dajjal melalui zionis yahudi yang berpusat di Israel memastikan dunia seluruhnya berada dalam genggaman mereka.



2 comments:

  1. Antara api & air dalam konteks Negara kita, harap boleh dikupas dan diberi pemahaman. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Api dan Air dua unsur yg berbedaan bertentangan berlawanan.
    Ada yg sangka Api dan Air saling memerlukan utk meredakan.
    Hingga Api Beracun disangka Air Madu ditelan menyegarkan.
    Yg kehausan rupanya tertelan Air Berpuaka merosakkan iman.

    ReplyDelete

Belajar Quran