Tuesday, 9 April 2013

Di Ambang Perang Besar Akhir Zaman


Tangan zionis yang dinaungi dajal sedang mempersiapkan peperangan dunia bagi menghancurkan umat Islam. Walaupun mereka sedang giat merencanakan rancangan jahat mereka terhadap umat Islam tetapi Alah juga sedang melaksanakan perancangan bagi menewaskan mereka dengan di turunkan pasukan tentera al-Mahdi yang akan memimpin pasukan umat Islam hinggalah mencapai kemenangan. 

Perlantikan Pope yang baru menggantikan Benedict dengan menggelarkan dirinya sebagai Pope Francis merujuk kepada Francis Asisi adalah satu isyarat yang jelas tentang rancangan jahat secara besar-besaran akan dilakukan keatas umat Islam. Pope Francis Asisi yang asal adalah merupakan pemimpin kristian abad ke 12 yang telah melancarkan peperangan salib terhadap umat Islam. Beliau merupakan simbol kepada tentera syaitan dan kekufuran. Presiden Israel Simon Peres menunjukkan rasa gembiranya terhadap perlantikan beliau dan telah mengatur jemputan secara rasmi untuk beliau melawat Israel pada 30hb April ini.

Dari Abu Hurairah r.a melapurkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:

Hari Kiamat tidak akan datang sampai Rom akan mendarat di al-A'maaq atau dalam Dabiq. Suatu tentera yang terdiri daripada (tentera) terbaik dari orang-orang di bumi pada waktu itu akan datang dari Madinah (untuk melawan mereka). Ketika mereka akan menetapkan diri dalam barisan, maka Rom akan berkata: "Jangan berdiri di antara kami dan mereka (umat Islam) yang mengambil tahanan dari antara kita, marilah kita bertarung dengan mereka", dan Muslim akan berkata: "Sebenarnya, dengan izin Allah, kita tidak akan mendapatkan selain daripada anda dan dari saudara-saudara kami yang mungkin anda melawan mereka ". Mereka kemudian akan berperang dan sepertiga (bahagian) tentera akan melarikan diri, yang Allah tidak akan mengampuninya. Sepertiga (sebahagian daripada tentera). Mereka akan menerima syahid yang terbaik di sisi Allah itu, akan dibunuh dan ketiga yang tidak pernah menerima keadilan akan menang dan mereka akan penakluk Konstantinopel. Dan ketika mereka akan sibuk dalam membahagikan barang rampasan perang (di antara mereka sendiri) selepas menggantung pedang mereka pada pohon-pohon zaitun, Iblis akan menangis: Dajjal telah terjadi di antara keluarga anda. Mereka kemudian akan meninggalkan (untuk kembali ke Syria), tetapi akan menjadi sia-sia. Dan ketika mereka kembali ke Syria, ia ( Dajjal ) akan keluar saat mereka akan masih mempersiapkan diri untuk pertempuran menyusun kedudukan.
(Sahih Muslim Kitab Al-Fitan Wa Ashrat As-Sa'ah, No. 6924)

Dalam hadis diatas yang menggambarkan peristiwa tersebut secara jelas menunjukkan bahawa peperangan yang sedang berlaku di Syria merupakan benih yang sedang disemai oleh pejuang Mujahidin Syria. Kemenangan yang telah dijanjikan terhadap Mujahidin yang sedang berjuang di Syria dimana akhirnya mereka akan membersihkan bumi Syria dari sebarang kesyirikan dan kekufuran. Bermulanya perang besar akhir zaman ialah apabila pihak kristian yang didalangi oleh barat cuba mengambil alih kuasa bagi melantik pihak yang mengikut telunjuknya dan hapuskan pejuang Islam.

Rujukan







12 comments:

  1. Videos Di atas tu, saya sentiasa ikut perkenbangannya. ENterthetruths usernya kan.

    Boleh Encik Nursi beri email ker nanti senang saya contact especially kalo ada berita baru.

    Bro, tak lama lagi bro. tak lama lagi. Aku berdoa agar benda nie cepat berlalu. Dan kita akan duduk disamping Nabi Isa as dan Imam Mahdi Yang sebenarnya. Amin Ya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah masih lagi berpegang pada barang yg sudah mati yg tidak lagi berfungsi. Zaman Kenabian sudah tamat ditutup buat selama2nya telah dimateri.. Kini Alam Kewalian pula silih berganti menerajui dibawah Sang Raja Wali. Carilah dulu yg hidup berpeganglah pada yg hidup dialah Ahlulbait Nabi Imam AlMahdi yg dinanti2..

      Delete
    2. Berpegang la pd Al quran n as sunnah rasullah saw.

      Delete
  2. Tuan boleh email saya petunjukzaman@gmail.com , terima kasih kerana berkongsi pandangan. sama-samalah juga kita membuat persediaan utk diri kita & keluarga kita supaya Allah sentiasa melindungi kita dari fitnah yang hebat ini. Amin Ya Rabbal a'lamin

    ReplyDelete
  3. FSA tu layak ke disebut mujahedeen ada byk versi tentang kejahatan mereka disana apakah mereka layak dipanggil wira
    Apakah saudara nursi tahu semua ini atau sengaja tutup mata dan sebaliknya berlindung di balik hadis tentang perang akhir zaman

    Faris


    ReplyDelete
    Replies
    1. sependapat dengan kau bro (y)

      Delete
  4. FSA yg dibantu Amerika ni tk boleh pakai. ..mujahideen yg dimaksudkan ni turut disertai pelbagai mujahideen dari negara2 Islam lain.

    ReplyDelete
  5. salam, mengikut sheikh imran hosein bangsa rom yg dirujuk oleh hadith diatas adalah dari russia. bg saya umat islam drpd pelbagai bangsa iaitu melayu, arab, india dan sebagainya akan bergabung dgn russia utk melawan america dan sekutunya. malaysia mempunyai hubungan yg erat dgn russia. majoriti penduduk russia bkn christian katolik tp christian orthodox. sama seperti jew orthodox di israel yg tidak berkomplot dgn zionist jews. majority penduduk america dan sekutunya beragama christian katolik, christian zionist dan jew zionist. Allahu'alam. ini drpd apa yg sy faham. islam akan bangkit dari timur. para ahlul bait ramai di timur. timur manakah itu? sama2 kita renungkan.

    p/s : anda x perasan knp skrg ini ramai ahlul bait menonjolkan diri di nusantara dgn m'gunakan gelaran habib?? mereka mempromosikan cinta Allah dan rasul, majlis selawat dan zikir di khalayak ramai.

    ReplyDelete
  6. AlHadis : "Jika sekiranya usia bumi ini hanya tinggal sehari lagi (akan kiamat) nescaya Allah akan bangkitkan seorang keturunan-ku (Ahlulbait dari Sulbi-ku) yg akan memenuhi semula bumi ini dgn keadilan dan kemakmuran, sebagaimana bumi sebelumnya telah dipenuhi dgn kekufuran dan kezaliman.." Yg dimaksudkan Ahlulbait Nabi itu dialah Imam Mahdi akan dibangkitkan, kapan sudah bertepatan dgn janji dan rencana-Nya Allah..

    Sabda Nabi : "Islam akan bangkit semula diTimur." Dan lagi Sabdanya : "Tuntutlah ilmu walau sampai keNegeri China." Tetapi dari Timur yg mana satu..?? Asal Islam bertapak berputik diMekah Timur Tengah, setelah berkembang kini telah terkulai layu dilanda Fitnah Dajjal AlMasikh. Tinggallah harapan pada Timur Jawi / Timur Nusantara. Mengapa Timur Nusantara..?? Dari kerana Islam dibawa oleh 7 beradik Ahlulbait dari Mekah, telah berhijrah keNusantara hingga keChina. Maka dinamakan mereka itu Wali 7 Alam Melayu... Wallahu'alam....

    ReplyDelete
  7. Hadis Nabi : "Jika sekiranya kamu ketahui dimana beradanya Imam Mahdi, maka bersegeralah kamu berbaiah dengannya, walau untuk ketemunya kamu terpaksa merangkak atas salji...." Dari maksod Hadis ini bererti mencari bertemu dan berbaiah dengan Imam Mahdi itu bagaikan satu kewajiban bagi mereka itu yang benar-benar mengenali apa itu Mahdi - yakni orang yang sentiasa dibimbing serta mendapat petunjuk Ilahi.... Allahu'alam.....

    ReplyDelete
  8. perang besar banyaknya berlaku di timur tengah... bagaimana pula nasib Malaysia? berperang jugakah, ataupun telah hancur lebur dek nuklear musuh2 Islam? kita dikelilingi negara2 bukan islam, singapura, thailand bahkan Indonesia juga tidak sebulu dengan kita... bukanlah bermusuh tetapi spt adik beradik yg berkelahi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi satu, bukankah Bani Tamim telahpun wujud ketika zaman Nabi lagi?
      boleh jadi orang Arab sendiri yang mengangkat martabat orang Arab Islam agar kembali gah seperti zaman Nabi...

      Delete

Belajar Quran