Monday, 15 April 2013

Serangan Bom di Amerika


Dua serangan bom dilakukan dikawasan sesak berhampiran garisan penamat perlumbaan Boston Marathon semalam mengakibatkan tiga terbunuh dan beratus-ratus lagi cedera. Seperti biasa pihak berkuasa US mengatakan ia merupakan satu serangan pengganas yang memulakan kembali siri serangan di US.

Seorang pegawai kanan perisikan US menyatakan terdapat dua butir bom yang diletakkan berdekatan dengan kawasan penamat acara marathon tersebut dan ia merupakan serangan terancang yang teliti.

Seorang saksi menyatakan bahawa beliau melihat pasukan kecemasan membawa ramai mangsa yang cedera parah dan ramai juga yang kehilangan anggota badan. Kesan-kesan darah boleh dilihat diatas jalan dengan banyak kaca-kaca dan serpihan bangunan bertaburan, kesan-kesan letupan jelas kelihatan hinggalah setinggi tiga tingkat bangunan.

Seorang pekerja hospital besar Massachusetts, Alisdair Conn, merupakan ketua bahagian kecemasan mengatakan: " Kejadian ini tidak pernah saya lihat sepanjang 25 tahun saya bertugas disini...kesan dahsyat persitiwa berdarah ini keatas orang awam.. hanya berlaku dalam peperangan."

Seramai 23,000 orang pelari mengambil bahagian dalam acara marathon paling tertua dan ternama didunia itu. Ia diadakan sempena Patriots Day yang merupakan sambutan ulangtahun peperangan pertama dalam Revolusi Amerika yang berlaku di Concord dan Lexington pada 1775.

sumber;

1 comment:

  1. Assalamualaikum,
    Nursi,
    Saya diberitahukan bahawa, dalang pegeboman tersebut adalah Dzhokhar Tsarnaev dan Tamerlan Tsarnaev.

    Mereka berdua dikatakan orang islam. Habislah kali ini, Diorang nak buat fitnah pulak cara macam itu.

    Teringat pulak kata2 Sheikh Imran Hosein, Kita Dalam "1 Day Like a Week", maknanya Amerika Akan Berpindah ke Israel.

    Di Malaysia, Lain Pulak Dah, Ada Bom Di Pulau Pinang, Keninggau Katanya. Allahu Akbar, Tak Lama Lagi Bro.

    ReplyDelete

Belajar Quran