Thursday, 22 November 2012

Simbol Sek di Tanah Haram!

تم افتتاح معرض باريس هيلتون


Kebimbangan umat Islam tentang pembangunan Mekah sebagai kota metropolitan akan membawa unsur barat semakin menjadi nyata. Dalam artikel PZ sebelum ini tentang pembangunan Mekah dan Madinah adalah petanda tentang wujudnya pengikut Yahudi dan Dajjal dikalangan golongan berpengaruh di Mekah dan Madinah.

Diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu ‘anha:

Rasulullah masuk ke kamarku dalam keadaan aku sedang menangis. Beliau berkata kepadaku: ‘Apa yang membuatmu menangis?’ Aku menjawab: ‘Saya mengingat perkara Dajjal maka aku pun menangis.’ Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: ‘Jika dia keluar sedang aku masih berada di antara kalian niscaya aku akan mencukupi (melindungi) kalian. Jika dia keluar setelah aku mati maka ketahuilah Rabb kalian tidak buta sebelah. Dajjal keluar bersama orang-orang Yahudi Ashbahan hingga datang ke Madinah dan berhenti di salah satu sudut Madinah. Madinah ketika itu memiliki tujuh pintu, setiap celahnya ada dua malaikat yang berjaga. Maka keluarlah orang-orang jahat dari Madinah mendatangi Dajjal ….” (HR. Ahmad, Abdullah bin Ahmad, Ibnu Hibban. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu berkata: Sanadnya shahih)


Kebimbangan ini semakin menjadi nyata dan tabir semakin tersingkap siapakah dalang tersebut apabila pembangunan Mekah turut membawa masuk anasir-anasir Dajjal di hadapan rumah Allah (Baitullah) itu sendiri. 

Paris Hilton dengan bangganya mengatakan dalam twitternya, "Sangat gembira gedung terbaru baru saja di buka di Mecca Mall di Saudi Arabia!,". Beliau mengatakan lagi," Ini merupakah gedung kami ke-5 di Saudi Arabia, dan gedung ke-42 seluruh dunia kini! Sangat bangga dengan kemajuan hebat brand ini!

Alasan mereka membenarkan gudang-gudang seumpama ini ialah kerana Saudi mengamalkan pasaran bebas dimana semua pelabur seluruh dunia boleh datang berniaga dan melabur. Inilah dasar kapitalis barat yang menjadi anutan mereka dan menjadi teras pembangunan Mekah dan Madinah. Umat Islam menjadi lalai dan terpedaya dengan keindahan materialisma ciptaan kapitalis ini sehingga Kaabah di hadapan mereka seolah-olah telah lenyap dan terhapus.

Umat Islam diseluruh dunia seolah-olah diperbodohkan apabila mereka cuba sedaya upaya untuk tidak menyumbang kepada Yahudi apabila memulaukan barangan Yahudi tapi apabila mereka berada di Tanah Suci merekalah yang menjadi penyumbang terbesar apabila membeli-belah barangan mereka dan memasuki hotel-hotel mereka!

Rujukan;
  1. http://edition.cnn.com/2012/11/20/world/meast/paris-hilton-store-mecca/index.html?eref=rss_mostpopular&utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+rss%2Fcnn_mostpopular+(RSS%3A+Most+Popular)
  2. http://www.huffingtonpost.com/2012/11/19/paris-hilton-mecca-holy-city-store-saudi-arabia-offends_n_2160504.html
  3. https://www.facebook.com/MakkahMall


Tuesday, 20 November 2012

Keluarnya al-Abdal Dari Syria

Rebel fighters retreat from the frontline with Syrian army troops in the town of Maarat al-Numan, on November 17, 2012.(AFP Photo / John Cantlie)
Rebel fighters retreat from the frontline with Syrian army troops in the town of Maarat al-Numan, on November 17, 2012.(AFP Photo / John Cantlie)




Berita dari Wall Street melapurkan bahawa pejuang-pejuang Islam di Aleppo yang mewakili 14 kumpulan pejuang Islam telah mengeluarkan kenyataan menolak pembentukan Syrian National Coalition (SNC) kerana ia sebagai alat kuasa barat. Mereka sebulat suara mengisytiharkan pembentukan kerajaan Islam berpandukan al-Quran dan Aleppo sebagai ibunegeri. Kumpulan pejuang yang tidak takut mati ini telah melakukan beberapa pengeboman besar-besaran di Aleppo.

Antara kenyataan mereka ialah; " Kami telah mencapai kata sepakat untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam yang adil dan menolak sebarang usaha dari pihak asing untuk membentuk pakatan atau majlis yang menguasai rakyat didalam Syria walau dari pihak mana sekalipun".

Kemunculan pejuang-pejuang Islam yang menentang kezaliman di Syam (Syria) dan juga adanya banyak kumpulan lain yang semata-mata inginkan kekuasaan terdapat didalam beberapa riwayat antaranya;

Diriwayatkan daripada Ali R.A beliau berkata: Akan berlaku fitnah di mana manusia akan memperolehi hasil daripadanya sepertimana ia memperolehi emas yang ada di lombongnya, maka janganlah kamu mencerca penduduk Syam tetapi cercalah kezaliman mereka, kerana sesungguhnya pada mereka itu terdapat Abdal, dan Allah akan mengutus ke atas mereka hujan dari langit lalu menenggelamkan mereka sehiggakan sekiranya mereka memerangi serigala serigala mereka akan menewaskannya. Kemudian Allah akan mengutus di waktu itu seorang lelaki dari keturunan Rasulullah SAW bersama 12,000 orang jika sedikit, dan 15,000 orang jika banyak, tanda tanda mereka "amt amt" (maut bagi penentangnya) di bawah tiga bandera lalu mereka itu memerangi pasukan tujuh bandera tidak seorang pun di kalangan mereka yang memimpin bandera itu melainkan kesemuanya tamakkan kerajaan (kuasa), mereka pun berjuang dan tewas (atau menang), kemudian zahirlah Al Hasyimi (Pemuda Bani Hasyim) lalu Allah mengembalikan kepada manusia kesenangan hidup mereka sehinggalah Allah mengeluarkan Dajjal. 

Semakin hari semakin jelas tentang tanda-tanda akhir zaman dimana banyaknya berlaku peperangan menjelang kedatangan Imam Mahdi. Antara tempat yang menyaksikan pertempuran yang hebat ialah negara Syria. Sebenarnya disinilah lahirnya pejuang-pejuang Islam yang terbaik yang akan berjuang bersama Imam Mahdi menentang Yahudi dan Dajjal. Rasulullah s.a.w telah membayangkan berlakunya fitnah huru-hara di Syria menyebabkan meluasnya kezaliman. Tetapi dikalangan mereka juga akan muncul wali ulama Abdal yang berjuang dan berbaiah dengan Imam Mahdi.

Dari Ummu Salamah, Ummul Mukminin r.a: bahwasanya Nabi s.a.w bersabda: “Akan terjadi perselisihan pada saat meninggalnya seorang Khalifah. Ketika itu ada seorang Quraisy penduduk Madinah yang kabur menuju Makkah, dia didatangi oleh penduduk Makkah dan mengeluarkannya hingga di Bai’at diantara rukun dan maqam dalam keadaan tidak suka. Lalu dikirim kepadanya suatu pasukan dari Syam, namun Allah tenggelamkan pasukan tersebut di al-Baida’(Padang pasir antara Mekah dan Madinah). Melihat kejadian seperti ini, dia didatangi oleh para ulama Syam dan ahli ibadah Irak, mereka langsung membai’atnya" Hadits Shahih riwayat Ibnu Hibban


Thursday, 8 November 2012

Arah Kompas Dah Berganjak

Compass
Setiap 100,000 tahun medan magnet bertukar, maknanya 
kompas akan  menunjukkan ke selatan bukan ke utara. 
Kali terakhir bumi mengalami penyonsangan arah ialah 
780,000 tahun dulu. Saintis masih lagi tidak jelas 
kenapa penyongsangan arah itu berlaku.
Kalau ikut arah utara kompas untuk ke Kutub Utara, belum tentu kita sampai ke Kutub Utara sekarang ini. Keadaan medan magnet bumi kini sudah berganjak pada kadar 40 batu setahun. Saintis mengatakan ia perkara normal, tapi anehnya mereka mengatakan ia hanya berlaku dalam kekerapan 100,000 tahun sekali; sudah tentu kalau dikira dalam sejarah kewujudan manusia dibumi ia bukanlah sesuatu yang normal untuk umat manusia.

Ia juga menjadi semakin memberi kesan terhadap kegiatatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Ia memaksa lapangan terbang tersebut ditutup selama sebulan bagi kerja-keja pengubahsuain.

Kedudukan arah baru itu bagi mengambil kira anjakan medan kutub utara, yang berganjak dari Kanada Utara kearah Russia pada kadar 40 batu setahun. Ini bermakna arah kompas kita berganjak 40 batu menghampiri Russia bebanding setahun lalu. Kira-kira setiap 5 hingga 10 tahun, anjakan kutub magnet bumi akhirnya akan mengakibatkan jajaran kompas and arah utara sebenar semakin ketara. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.

Bacaan lanjut;

Tuesday, 6 November 2012

Bintang Berekor Inikah?


This image shows the newfound comet C/2012 (ISON) as seen by the Remanzacco Observatory in Italy.
The image, taken by amateur astronomers Ernesto Guido, Giovanni Sostero and Nick Howes,
is a confirmation view of the comet, which was first discovered by Vitali Nevski (Vitebsk, Belarus)
and Artyom Novichonok (Kondopoga, Russia). Image released Sept. 24, 2012.
CREDIT: Remanzacco Observatory/Ernesto Guido, Giovanni Sostero & Nick Howes

Sebuah komet di namakan sebagai C/2012 S1 baru di jumpai pada 21 September lepas oleh ahli astronomi Russia bernama Vitali Nevski dan Artyom Novichonok. Ia dijangka berada pada jarak yang paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013. Ia sedang hangat diperkatakan di kalangan ahli astronomi kerana ia sangat terang lebih 15 kali ganda dari cahaya bulan purnama ketika menghampiri bumi. Ia sangat menakjubkan hingga cahayanya yang terang itu boleh dilihat dengan mata kasar disiang hari. Ini menunjukkan juga walaupun dengan berbagai teknologi yang dimiliki oleh NASA mereka masih lagi tidak dapat mengesan sepenuhnya objek-objek dilangit yang menghampiri sistem suria.
Ketika ia mula dikesan, komet tersebut berada sejauh 625 juta batu dari bumi dan 584 juta batu dari matahari, berada dalam kedudukan buruj Cancer. Tetapi apabila ia berada dalam kedudukan paling hampir dengan matahari pada 28 November tahun depan, ia berada pada jarak 800,000 batu dari matahari menyebabkan ia berubah menjadi objek menakjubkan, yang sangat terang hingga boleh kelihatan di siang hari.
Apabila ia mula beredar dari matahari, ia meninggalkan ekornya yang memanjang yang menjangkau hingga ufuk langit barat ketika matahari terbenam seperti lampu suluh dengan sudut cahaya lengkung 70 darjah.
Detik kemunculannya beberapa hari sebelum berada dalam kedudukan paling hampir dengan matahari pada 28 Nov. 2013 adalah paling menakjubkan. Ia akan berpusar dengan kencang dan menjadi objek paling terang ketika itu.
Comet C/2012 S1 (ISON) Orbit Map
This NASA graphic shows the orbit and current position of comet C/2012 S1 (ISON). The comet is at present located at 6.25 AU from the sun, with 1 AU being the distance from Earth to the sun. Image released Sept. 24, 2012.
CREDIT: NASA/Jet Propulsion Laboratory

















Dalam beberapa riwayat, antara tanda kedatangan al-Mahdi adalah munculnya bintang berekor (komet) yang sangat terang;
Ka'ab r.a. berkata, "Dari Timur akan keluar bintang sebelum kedatangan Imam Al-Mahdi.  Bintang itu berekor".  Dalam tafsirnya ia juga mengatakan, "la sebuah bintang yang muncul dari arah timur, menyinari penduduk bumi sebagaimana bulan bersinar pada malam purnama".

Sebenarnya pembahasan lengkap tentang bintang berekor sudah termaktub dalam kitab al-Jufr yang ditulis oleh Saidina Ali k.a.w. dan di dalam beberapa manuskrip yang lain.
Saidina Ali k.a.w. mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), "Kedatangan Al-Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun), dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad, dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad.  Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah.  Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyongsong fajar.  Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa, memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit.  Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya.  Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang-orang yang jahat".
 Kesimpulan dari ungkapan Saidina Ali k.a.w. dapat diambil kesimpulan seperti berikut;
  1.  Komet-komet itu mempunyai orbit yang tersendiri dan ia beredar di atasnya.  Kita tidak tahu apakah ia akan meninggalkan orbitnya lalu kembali lagi ke orbit itu disebabkan daya tarikannya yang sangat kuat walaupun dari jarak jauh, atau adakah ia akan pergi ke mana sahaja tanpa arah?  Saidina Ali k.a.w. menerangkan satu perkara iaitu setiap komet mempunyai orbit tersendiri.  Bagaimanapun komet Shoemaker yang meledak di permukaan Musytari membuktikan bahawa komet-komet itu boleh meninggalkan orbitnya.
  2. Komet-komet itu beredar dalam ruang orbit yang terbatas.  Oleh sebab itu kemunculannya akan berulang pada masa peredaran yang tertentu.  Saidina Ali k.a.w. telah membicarakan salah satu daripada komet yang muncul di bumi pada setiap dua pertiga dekad.  Satu dekad adalah sepuluh tahun, bererti kemunculannya antara tahun keenam dan ketujuh.  Lalu komet itu menghilang kemudian muncul semula apabila tiba waktunya.  Beliau juga menyatakan salah satu daripadanya yang muncul setiap dua pertiga abad. Dalam kitab lbnu Hamad (al-Fitan) telah menyatakan secara jelas bahawa kedatangan Al-Mahdi akan didahului oleh bintang yang hanya dapat dilihat dalam tempoh beberapa abad.
Apakah bintang berekor seperti inikah yang dimaksud dalam hadis-hadis tersebut sebagai menandakan kemunculan imam Mahdi yang ditunggu-tunggu? Wallahua'lam.

Rujukan;


Fenomena Luarbiasa di Langit Sebelum Hurricane Sandy

Gambar fenomena luarbiasa dilangit ini di ambil oleh David Hathaway dari NASA pakar dalam bidang solar physicist sebelum kejadian puting beliung Sandy. Kebanyakan yang menyaksikan fenomena ini mengatakan belum lagi melihat peristiwa tersebut sebelum ini.


Fenomena yang menakjubkan sebelum datangnya
puting beliung Sandy

Sunday, 4 November 2012

NY Subway Musnah Akibat Cerca Islam

Antara kemusnahan sistem subway New York

Serangan puting beliung Sandy menyebabkan sistem pengangkutan utama melalui subway telah lumpuh sepenuhnya. Puting beliung tersebut menyebabkan ombak besar yang menenggelamkan tujuh buah laluan subway New York dan tujuh buah stesen pengangkutan bas merupakan kemusnahan terbesar dalam sejarahnya.

Pengerusi Metropolitan Transport Agency (MTA), Joseph Lhota mengatakan," Sistem subway New York telah menjangkau 108 tahun, tetapi belum pernah mengalami bencana yang memusnahkan seperti ini, puting beliung tersebut telah mengkucar-kacirkan keseluruhan sistem pengangkutan, dalam setiap ceruk dan rantau dalam daerah ini. Ia telah menumbangkan pokok, memutuskan bekalan kuasa dan menenggelamkan segala terowong".

Mereka sebenarnya lupa inilah pembalasan diatas keangkuhan mereka yang mencerca Islam dengan mengadakan iklan secara besar-besaran di seluruh sistem subway dan keretapi mereka. Iklan itu yang dilancarkan oleh kumpulan zionist yang bernama American Freedom Defense Initiative (AFDI). Pada mulanya ia tidak dibenarkan oleh MTA tetapi telah mendapat kebenaran dari mahkamah daerah tersebut. Selepas keputusan tersebut MTA memaklumkan sebanyak 10 buah stesen subway akan memaparkan iklan tersebut bermula bulan lepas. Tidak sampai sebulan selepas iklan yang menghina Islam dengan keganasan kebinatangan dan mengangkat Israel sebagai bangsa bertamaddun; Allah telah menghantar kepada mereka puting beliung Sandy yang menyebabkan mereka bingung diatas kebinasaan yang menimpa mereka.


Air mencurah-curah menenggelamkan seluruh sistem subway New York

Kebinasaan ini menyebabkan mereka kebingungan

Bot dilaut hanyut hingga ke landasan keretapi

Inilah penghinaan keatas Islam yang dilancarkan oleh Yahudi
di seluruh subway New York
Wahai saudaraku teruskanlah perjuangan sesungguhnya
pertolongan Allah pasti datang!

Sesungguhnya janji Allah itu amat benar dan pertolonganNya pasti datang dari arah yang tidak disangka-sangka!

Sebenarnya orang-orang yang terdahulu dari mereka telah menjalankan rancangan jahat (terhadap agama Allah dan Rasul-rasulNya); maka Allah binasakan bangunan mereka dari asas-asasnya, lalu bumbung (bangunan itu) jatuh menimpa ke atas mereka, dan mereka pula didatangi azab kebinasaan dari arah yang mereka tidak menyedarinya.(Al-Nahl 16:26) |

Rujukan;

Saturday, 3 November 2012

New York 2012


Gambaran Filem 2012 tentang bencana alam melanda New York
Angin puting beliung Sandy yang membadai kota New York awal minggu ini telah meninggalkan kerosakan yang amat besar yang sama sekali tidak dijangka. Puting beliung tersebut betul-betul berpusat di New York menyebabkan kerosakan yang besar akibat kekuatan anginnya selaju 150km/j hingga menyebabkan ombak setinggi 7 kaki melanda pantainya. 

Ia mengakibatkan kenaikan paras air luar biasa hingga melumpuhkan New York sama sekali. Bekalan letrik setakat ini belum lagi pulih sepenuhnya. Ia juga telah meranapkan sama sekali beratus-ratus buah rumah akibat gabungan kuasa angin dan air yang dahsyat itu. Jumlah kerugian yang dianggarkan adalah lebih dari 50bil dolar.

Puting Beliung Sandy betul-betul berpusat di New York

Ombak besar membadai New York
Kemusnahan akibat puting beliung Sandy
Setakat ini ahli-ahli sains sedang mengkaji tentang perubahan cuaca yang sedang melanda dunia ini dan masih lagi belum lagi menemui jawapan terhadap penyebab yang mengakibatkan perubahan tersebut. 

Kita sebagai umat Islam sepatutnya mengambil pengiktibaran diatas bencana tersebut dan merasa gerun tentang amaran Allah terhadap balasannya kepada kaum yang engkar;


Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?(Al-Mulk 67:17) |

Hurricane Sandy update; http://www.disaster-report.com/2012/10/exclusive-live-news-hurricane-sandy.html

Belajar Quran