Muhammad Merah, yang dituduh membunuh beberapa orang askar Perancis dan Yahudi, dan telah dibunuh oleh penembak tepat dengan satu tembakan di kepala oleh polis Perancis selepas dikepung selama 32 jam; merupakan agen perisikan DGSE Perancis. Menurut sumber yang dipercayai dalam Il Foglio, the Directorate General for External Security (DGSE), agensi yang bertanggung jawab dalam perisikan dan pencegahan pengganas diluar sempadan, telah memberi jaminan kepada Merah, sebagai pemberi maklumat - masuk ke Israel dalam September 2010 melalui pusat pemeriksaan di sempadan Jordan.
Dia diberi kebenaran untuk tinggal selama tiga hari sebagai pelancung sebelum kembali ke Jordan dan kemudiannya menuju ke Afghanistan. Kemasukannya ke Israel, yang dilindungi oleh Perancis, untuk membuktikan keupayaan rangkaian jihad memasuki Israel dengan senang menggunakan pasport Eropah. Ia juga dilihat sebagai pemuda boleh digunakan untuk menyamar bagi memasuki pusat latihan pengganas.
Operasi itu berjaya tetapi nampaknya perangkap telah makan tuan! Operasi mereka untuk menonjolkan keganasan Islam dan ancaman al-Qaeda masih lagi wujud, sebaliknya berlaku apabila dalang operasi sebenar ini bocor. Ia menimbulkan kemarahan dikalangan masyarakat Perancis apabila diketahui pengganas tersebut merupakan pemberi maklumat perisikan Perancis; bahkan juga menimbulkan kemarahan berbagai agensi perisikan negara lain juga akibat kegagalan operasi tersebut.
Sila baca juga operasi zionis untuk mengfitnah Islam dan cetuskan kekacauan dunia dalam artikel yang lalu;
http://petunjukzaman.blogspot.com/2011/07/untuk-apa-norway-di-serang.html, http://petunjukzaman.blogspot.com/2011/11/persamaan-cubaan-bunuh-obama-dan-duta.html, http://petunjukzaman.blogspot.com/search/label/Serangan%20bom%20India

Bacaan lanjut;
No comments:
Post a Comment