Wednesday, 21 March 2012

Objek Misteri Angkasaraya di Perbatasan Galaksi



Teleskop NASA Fermi Gamma Ray dilancarkan sejak Jun 2008 telah menjumpai objek misteri angkasaraya di perbatasan spektrum electromagnetic, iaitu tahap penglihatan alam semesta yang paling jauh yang mampu dikesan oleh teknologi yang ada sekarang. Teleskop tersebut mengesan objek alam semesta yang disifatkan sebagai photon berkuasa-gila (crazy-energetic photons).

Saintis telah menjumpai objek angkasaraya misteri didalam galaksi bima sakti. Bentuknya seperti buih kembar berada ditengah-tengah galaksi kita. Setiap rentasan gelembung adalah 25,000 tahun cahaya tingginya.


Tahap cahaya yang dapat dilihat oleh mata manusia yang mengandungi tenaga photon adalah dalam lingkungan 2 hingga 3 electron volts. Manakala Fermi dapat menegesan cahaya gamma-rays dalam berbillion kali ganda lagi, dari 20 juta hingga lebih dari 300 billion electron volts. Buat masa ini para saintis hanya dapat membuat satu kesimpulan sahaja dari penemuan tersebut, " Kami tidak tahu apa-apa tentang objek tersebut!".

No comments:

Post a Comment

Belajar Quran