Monday 16 January 2012

Apakah Al-Assad Syiria Sufyani?



Banyak kisah tentang kekejaman berlaku di Syria dibawah diktator Basyar al Assad tersebar dalam you tube dan juga tersiar dimedia. Antaranya yang mengejutkan dan tidak sanggup kita melihat ialah penghinaan keatas seorang muslim, iaitu dipaksa sujud diatas gambar Al Assad dan mengakunya sebagai tuhan sebelum dibunuh.

Saya rasa seperti tidak percaya tentang perkara tersebut berlaku di sebuah negara yang mengaku muslim. Lalu baru-baru ini saya mendapatkan kepastian tentang hal tersebut dengan sahabat saya yang sedang menuntut di Syiria. Beliau memaklumkan pembunuhan berlaku tiap-tiap hari dan dibunuh sangat kejam.



Berikutan dengan kejadian berlaku di Syiria ini terus mengingatkan saya tentang angkatan Sufyani yang akan muncul pada akhir zaman sebelum keluarnya Imam Mahdi seperti terdapat dalam beberapa riwayat;

أورد ابن الشجرى في الأمالى الشجرية عن أمير المؤمنين علي
 قال انظروا الفرج في ثلاث قلنا يا أمير المؤمنين وما هى قال اختلاف أهل الشام بينهم والرايات السود والقزعة في شهر رمضان فقيل وما القزعة قال أو ما سمعتم قول الله في القرآن : إن نَّشَأْ نُنَزِّلْ عَلَيْهِم مِّن السَّمَاء آيَةً فَظَلَّتْ أَعْنَاقُهُمْ لَهَا خَاضِعِينَ . آية تخرج الفتاة من خدرها وتوقظ النائم وتفزع اليقظان

Ali bin Abi Taleb (r.a.) said: " Wait for the end of misery once three things occur." We said: What are they, O' Prince of Believers? He said: "The dispute among the people of AshSham (Greater Syria), the Black Banners (battalions carrying black banners), and the Qaz'a in the month of Ramadan. It was asked: "What is the Qaz'a ? He said: "Haven't you heard what Allah said in the Quran (26:4): إن نَّشَأْ نُنَزِّلْ عَلَيْهِم مِّن السَّمَاء آيَةً فَظَلَّتْ أَعْنَاقُهُمْ لَهَا خَاضِعِينَ 'If We wish, We can send down to them from Heaven a sign, such that their necks remain surrendered to it (mesmerized in amazement).' This Aya (sign) that makes a girl come out of her bedroom, wakes up the person who is asleep, and frightens the one who is awake." (Ibn Al-Shajari's Al-Amali Al-Shajaria)

Muhammad al Baqir berkata, 'tetaplah ditempat kalian,jangan sekali kali menggerakan tangan dan kaki kalian sampai melihat tanda tanda yang muncul dalam satu tahun.aku akan menyebutkanya pada kalian: jika ada orang dari kota damaskus menyerukan sesuatu,(yaitu) keluarnya janin dari perut ibunya sebelum waktunya, jatuhnya sekelompok orang dari tempat sujudnya, tahun itu adalah tahun perpecahan di tanah arab. Adapun penduduk Syam saling berperang di bawah tiga kepemimpinan,yaitu al ashab,al abqo dan sufyani. kaum al ashab akan bersekutu dengan kaum mundhir, adapun sufyani dibantu oleh para pamannya dari bani Kalb. Peperangan itu dimenangkan oleh sufyani dan sekutunya merekapun membunuh lawan lawannya dari ashab dengan cara yang sangat kejam.

Cuba selidik dari manakah keturunan Al-assad ini? Sumber wikipedia menyatakan, mereka adalah dari aliran Alawi (Golongan sesat yang terkeluar dari Islam) dan tergolong dari suku kaum Kalbiyya!

11 comments:

  1. AllahuAkbar!!
    Zaman Imam Mahdi semakin hampir!

    ReplyDelete
  2. SubhanALLAH
    boleh jadi Basyar menjadi korban fitnah seperti Gaddafi, sehingga imagenya buruk di mata rakyatnya dan di mata dunia.
    Kita faham siapa itu dinasti saud, dan Rif'at Al-Assad adalah ipar raja Abdullah, boleh jadi ialah (beserta anaknya) yang menjadi musuh dalam selimut atau Sufyaninya

    saya baca dari seorang kawan

    ATTRIBUTES OF AS-SUFYANI
    http://www.facebook.com/photo.php?pid=574853&id=100000927808161

    http://www.joshualandis.com/blog/?p=424

    .

    ReplyDelete
  3. Terimakasih Anon kerana kongsi padangan. Ramai orang tidak percaya kalau kita cerita bagaimana peranan besar Dinasti Saud membantu US-Israel dan mencipta pergolakan di Asia Barat.

    ReplyDelete
  4. izinkan saya berkongsi artikel ini kedalam page saya, saya harap semua yang disampaikan adalah soheh.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan, sama2 kita doakan agar Allah memberi bantuan terhadap saudara2 kita di Syiria.

      Delete
  5. -dipetik dari blog sama-
    Bismillah,.. aku berlindung kpd Allah daripada maklumat yg tidak sahih,.. apapun, rujukannya hanya semata2 kepada hadis yg sahih shj,.

    -Tentera sufyani itu menurut hadis2 (cari la rujukan) akan diikuti oleh bani kalb.. Ye betul sufyani itu keturunan muawiyah bin abu sufyan,.. dan kebanyakannya keturunan arab sunnah wal jamaah di syria dan bertebaran ke sepanyol dan afrika utara semasa pemerintahan saki baki bani umayyah, dan sesetengahnya syiah alawi.
    Akan tetapi, bukti yang kukuh kita boleh kaitkan disini ailah bani kalb yg dikatakan rasulullah s.a.w itu jelas banyaknya keturunan syiah di syria sekrg ni,.. dan Basyar al-assad pun keturunan bani kalb. cuma org xberani nak cakap terang2 sbb sufyani tu kalau diikutkan, mestilah ahli sunnah yg kat syria ni, sbb muawiyah tu kan kita tau menentang saidina ali sehingga la ank cuc cicitnya, tapi masih ahli sunnah wal-jamaah dan cucu cicitnya juga penentang kuat khalifah abbasiyah walaupun abbasiyah itu ahli sunnah wal-jamaah (pendek kata kat sini mcm terlalu ekstremis menyokong para sahabat n membenci keturunan nabi). 50-50 apaupun iktikad kita mestilah berpihak pada golongan pembangkang syria sbb mereka menentang kezaliman syiah bashar al-assad ni.. Wallahualam

    ReplyDelete
  6. -dipetik dari blog sama-
    Sufyani tu mengikut mustadrak al-hakim (imam hakim), keturunan sunnah syria dari abu sufyan, menepati ciri2 yg ada pada FSA, dimana mereka menentang syiah pd masa sama bekerjasama dengan yahudi dan kristian barat memerangi mujahidin ahlussunnah yg mahukan pemerintahan khalifah dan fsa juga bertindak mengalu2kan penduduk syiah alawiyah (majoriti bani kalb) memasuki FSA selagi mana mereka menentang assad, iran.. huish pening2..apapun kita patut menyokong ahlussunnah selagi mana mereka dalam menetang kezaliman..

    ReplyDelete
  7. -dipetik dari blog sama-

    kalau kita tengok konflik syria, israel seakan2 menyokong FSA, dan menentang mujahidin, dan ini seakan2 membuat fsa untuk membalas budi yahudi zionis, dan mungkin sebab ini kemungkinan fsa la lahirnya keturunan sufyani.. sufyani seperti yg kita tau, akan menentang imam mahdi yg sememngnya akidah ahlussunnah, yg akan memacakkan bendera di baitulmaqdis..

    ReplyDelete
  8. -dipetik dari blog sama-
    harap admin boleh memperbetul hadis yg ditulis awal2 yg mana pemerintah madinah menghantar tentera ke makkah tu sbnarnya madinah sudah dikuasai oleh orang islam dari timur yg diwar2kan , bukan tentera sufyani lagi..cuma imam mahdi belum dicam lagi sbb mekah belum jatuh ke tangan org islam dari timur tu... mekah masih berada di tangan wahabi zionis, jadi bila wahabi zionis hancur sama sekali, sufyani a.k.a geng rapat wahabi zionis dan amerika(bukan salafi punn :p)marah la sbb geng dia dah hancur dan zionis pun takut gak sbb geng dari timur nak kekhilafahan , mengagumi ahlulbait tp xsuka syiah yg syirik dan bidaah (rafidhah shj)sdgkan sufyani ni kejam ngn orang2 yg menentangnya termasuk mujahidin yg mahukan pemerintahan islam... wallahualam..

    ReplyDelete
  9. Dok pening pa, basyar al assad berfahaman syiah nusairiah( syiah batiniah yg paling sesat) begitu juga syiah imam 12 ( iran ) fahaman syiah terkeluar dr islam. Maka dah tentulah sufyani dr golongan syiah.

    ReplyDelete
  10. Benarkah Basyar Assad Presiden Syria itu dialah Sufyani?
    Benarkah beliau asal berasal dari leluhurnya iaitu Yazid Muawiyyah..??

    Menyingkap semula sejarah penghapusan Nasab Ahlulbait Nabi yaitu Sayyedina Hussein AS serta para rombongannya diKarbala Iraq. Gara2 konspirasi licik Yazid Muawiyyah, akhirnya mereka terperangkap diPadang Karbala, hingga gugur syahid "Anak Mukjizat Nabi" dibumi Iraq. Kepalanya dipenggal dipisahkan dari badannya. Badannya dimaqamkan dibumi Karbala Iraq. Sedangkan kepalanya dibawa keDamsyik Syria sebagai bahan bukti lalu dipersembahkan kepada Yazid Muawiyyah.. Allah Yg Maha Memelihara, yg terselamat Putranya Sayyedina Ali Zainal Abideen AS yg masih kecil. Beliaulah sebagai penyambung warisan Nasab Ahlulbait Nabi, hingga dari titiannya telah berbangkit Sang Penyelamat, itulah dia yg dinanti2 Imam Mahdi AS...

    Apakah sejarah paling trajis itu bagi keluarga Nabi SAW akan berulang semula..?? Bayangannya ada tetapi dibumi yg lain dlm bentuk serangan yg lain..?? AlHadis ada menggambarkan : Apabila pasukan Pemuda Bani Tamim terperangkap dikepong oleh pasukan bala tentera Sufyani, muncullah AlMahdi dgn keramah super miraclenya. Bumi terbelah dua.. akhirnya pasukan bala tentera Sufyani tersungkor rebah ditimpa ditelan bumi.... Dikala itu Dunia Islam baru sedar siapa dia Sufyani =_* Dajjal. Dikala itu Satu Dunia baru buka ^_^ mata siapa dia AlMahdi AS... Wallahu'alam.....

    ReplyDelete

Belajar Quran